Jasmeen merenung sekeliling halaman rumah yang
besar. Hadiah harijadinya yang ke – 26. Rumah banglo yang terletak di kawasan
perumahan elit, Valencia. Cantik memang cantik. Kalau tak takkan harganya
mencecah hampir dua juta. Halaman yang luas masih kosong tanpa sebarang
sentuhan ajaib tangannya. Hatinya agak
tersentuh apabila Papa cuba sedaya upaya untuk membeli hatinya yang semakin
menjauh. Papa mesti tahu kawasan perumahan Valencia ini pernah mendapat
anugerah Malaysia Landscape Architecture
Award 2009 bagi kategori Excellent
Landscape Planning & Development daripada Institute of Landscape Architects Malaysia. Kalau tak takkan Papa
yang menentang minatnya dari dulu lagi sanggup mencari rumah yang menjadi
sebutan ramai Landscape Architects di Malaysia ini.
Hati Jasmeen
tak lalu untuk mereka landscape rumah
sendiri. Tak terjangkau akal fikirannya mendiami rumah sebesar ini berdua
dengan Bibik. Ditambah lagi dengan lokasi Valencia yang jauh dari pusat bandar
menyukarkan langkah rutinnya. Jasmeen lenguh berdiri. Langkah dihala ke pintu
utama. Teringat perbualan telefonnya dengan Mama sebentar tadi. Papa meminta
Jasmeen untuk mengadakan house warming.
Katanya rumah dah beli setahun tapi jamuan doa selamat tak pernah lagi dibuat.
Bukannya Papa tak tahu hasrat Jasmeen untuk menjual rumah ini. Daripada terbiar
tak berorang baik dijual sahaja. Ingatannya menerawang ke perbualannya dengan
Tan Sri Farhan tempoh hari.
“Papa tak
izinkan Meen jual rumah tu. Kalau tak nak duduk sekarang pun nanti dah kahwin
boleh Meen duduk sana.”
“Ala.. Pa,
nanti Meen siapkan lanskap rumah tu cantik – cantik, kasi up sikit harga rumah pastu
Papa jual eh?” Pujuk Jasmeen lagi.
Prinsip
Jasmeen pula berbeza. Sudah pasti lah Jasmeen akan mengikut kemahuan suami biar
pun hanya tinggal di rumah teres. Namun Jasmeen malas nak memanjangkan hal. Kalau dengan Papa memang
Jasmeen tak akan menang. Akhirnya pasti salah seorang akan terluka. Niat dihati
Jasmeen sekarang ialah untuk menyiapkan konsep lanskap rumah ini. Sekurang –
kurangnya menghargai pemberian Papa. Cuma mood
belum ada. Jadi jual ke tak belakang kira.
“Bibik! Bibik! ”
Laung Jasmeen kuat.
Bibik dibawa bersama untuk mengemas apa yang
patut. Tak elok jika rumah ini dibiarkan langsung tidak berurus. Sekali – sekal
Jasmeen akan membawa Bibik menjengah rumah di Valencia ini.
“Dah siap ke? ”
“Dah Cik Lysha. ”
“Okay, jom balik. ”
Ujar Jasmeen sambil mengunci pintu utama rumah.
Tombol pintu kayu yang
diperbuat daripada kayu jati siap berukiran mewah itu ditarik untuk memastikan
pintu telah selamat berkunci. Jasmeen berjalan mengelilingi rumah bermula dari
belah kanan rumah mengikut pusingan jam dan berhenti di hadapan Mercedes C-Class
Coupe. Jasmeen berpuas hati dengan tahap keselamatan rumah ini. Bukan apa,
risau juga. Memang keseluruhan kawasan Valencia dilengkapi dengan sistem CCTV
tetapi mengenangkan pembinaan banglo baru di lot hujung Valencia membuat
Jasmeen mengambil langkah awal. Prevention
is better than cure!
Irama Bob Marley berkumandang sebaik sahaja
kereta menderum laju meninggalkan Valencia. LG Pradanya yang mendendangkan
irama Bob Marley tersebut. Suara Adele yang mendendangkan Rolling In The Deep di radio kereta diperlahankan.
“Meen, kau kena tolong
aku. ” Suara Ferhad kalut menerjah telinganya yang disumbat earphone handsfree.
“Apa? ” Tanya Jasmeen
dengan mata yang difokuskan ke jalan raya.
“Apa je yang aku nak
cakap, tak kira apa pun, kau kena jugak tolong. ”
“Cakaplah dulu kalau ya
pun.”
Suara Jasmeen meninggi. Marah juga dengan sikap
Ferhad yang suka memaksa. Tak boleh tidak. Sama seperti hujung minggu yang
lalu. Penat Jasmeen melayan Ferhad seharian, alih – alih bila diajak teman
memcari pokok bunga di Sungai Buluh, ada sahaja alasannya. Tak aci! Ini lah
satu – satunya part paling tak best bergelar seorang kakak. Asyik kena
mengalah je.
“Since
when? Kau gila? ” Makin meninggi suara Jasmeen mendengar penjelasan Ferhad
di hujung talian sehinggakan Bibik yang berada di sebelah pun melatah kerana
terkejut. Permintaan Ferhad baginya teramat gila. Langsung tak masuk akal.
“Please Meen. This is my only shot. Kena ada replacement. Kalau tak esok aku kena fired. Habislah strategi aku. ”
* * *
“Fareez you free ke sekarang? ” Tanya Diya sebaik mereka melangkah keluar dari restoran Leha Kelfood.
Mereka beriringan menuju ke tempat letak kereta.
Agak jauh juga kereta di parking. Maklumlah restoran ni terletak di deretan
rumah kedai yang hanya mempunyai tempat letak kereta di hadapan kedai. Ikut
logik pun, kalau restoran dah penuh dengan pengunjung, ditambah lagi dengan
kewujudan restoran lain yang popular seperti Sate Haji Samuri, Secret Recipe,
Nasi Lemak Antarabangsa dan pelbagai lagi restoran menarik di deretan kedai
yang sama, ratio kependudukan dengan parking amatlah tak mencukupi.
“Sekejap bolehlah. 1 hour maybe. ” Balas Fareez kekenyangan.
“Okay enough. Temankan I cari
hadiah untuk Atuk I. Ingat nak
hadiahkan baju batik je nanti Atuk boleh pakai masa kenduri kahwin sepupu I nanti.”
“Okay boleh je. Pergi dengan my car then I’ll drive you back here to take
your car.”
“Okay.”
Fareez dan Diya melangkah masuk ke Binwanis
Ampang Park. Baru 15 minit menemani Diya, Fareez mula bosan apabila Diya
melencong daripada memilih baju batik untuk Atuknya kepada aktiviti memilih
baju untuk diri sendiri. Kelibat Diya dicari dan dilihatnya gadis tersebut
sedang asyik membelek kain baju kurung di hujung sana.
Fareez mengambil keputusan untuk membuat
aktiviti sendiri. Dia bergerak ke arah bahagian baju lelaki. Fareez leka
memerhati baju – baju untuk lelaki yang berjenama Ungaro, Giani Versace dan
Valentino. Dua - tiga helai baju yang berkenan dihati dibelek – belek. Fareez
sedar ketampanannya yang amat terserlah mengundang pandangan salesgirls di Binwanis. Argh..perempuan.
Semua sama. Kalau tak rupa yang dipandang pasti poket yang ditimbang.
Fareez meluat dengan pandangan gadis – gadis
penjual di Binwanis. Pandangannya terhenti pada kain Giani Versace yang
terletak di rak paling atas. Cantik juga ni fabrik ni kalau buat kemeja kerja. Fareez mendekati salesgirl yang leka dengan handphone di tangan. Orang lain
sibuk usha aku, minah ni boleh pulak buat derk.
Desis Fareez dalam hati.
“Excuse
me.” Fareez menegur.
Sales girl tersebut masih tidak perasan
dengan kehadirannya. Fareez mula hilang sabar.
“Excuse
me! You ni nak jual kain ke nak bercinta kat sini? Main – main SMS pula
masa kerja.” Sergah Fareez lantang.
Arghh shit!! Mana budak lain ni. Jasmeen mula
melilau mencari sales girl yang lain.
Dari tadi lagi Jasmeen mula mengelak dari melayan pelanggan. Sejak Binwanis
memulakan operasi lagi, ada je pelanggan menghampiri pasti dia berpura – pura
menghantar kain ke kaunterlah, lipat kain di rak belakanglah dan bermacam –
macam helah lagi direka untuk mengelakkan tanggungjawab paksaan ini. Manalah
dia tahu apa pun pasal kain ni. Kalau nak beli baju kurung pun yang dia tahu
pesan kat Mama dan pastikan kain baju kurungnya satu – satunya yang ada atau
kain limited edition. Maaf sikitlah
kalau nak pakai baju kurung yang bergulung kat kayu – kayu di rak ni, silap –
silap haribulan sama dengan kain baju kurung mak cik – mak cik kat pejabat
sebelah!
Siaplah kau
Ferhad. Bisik hati kecil Jasmeen. Jasmeen mula berdiri tegak. Takut juga
melihat gelagat mamat handsome tetapi
garang bak serigala jadian di hadapannya ini.
“Patutlah kerja main – main. Jual
kain pun boleh pakai handphone limited
edition.”
Bidas Fareez
kasar apabila melihat salesgirl
tersebut berdiri macam patung tidak berkutik. Bukannya nak diambil gulungan
fabrik yang ditunjukkan tadi. Sempat pula pandangannya menangkap LG Prada yang
diselukkan ke dalam seluar oleh gadis tersebut. Kalau dah kaya sangat buat apa
nak kerja sini? Buat menyusahkan orang sahaja. Cuma apa yang nak dihairankan
dengan budak zaman sekarang, sanggup berhabis wang ringgit semata – mata untuk bergaya.
Fikirnya lagi.
Sekali
tengok cantik juga salesgirl ni. Rupa
taklah comot gaya budak lulusan SPM. Dengan bentuk muka yang bujur, mata yang galak
dan hitam bersinar dan alis mata yang melentik menambah keayuannya. Muka bersih tanpa cela walau pun tidak mengenakan make up tebal. Dengan sedikit lip tint cukup menambah seri gadis yang
masih tegak macam patung di hadapannya ini. Boleh polish lagi ni. Bisik Fareez nakal.
“Encik nak
yang mana satu?” Jasmeen berbahasa. Suara salesgirl
tersebut mengejutkan lamunan Fareez.
“That one.”
“Sekejap ya
encik.” Jasmeen melilau sekeliling. Macam mana aku nak turunkan kayu fabrik tu.
Kain yang ditunjukkan oleh mamat handsome
keturunan Jacob serigala jadian dalam filem Twilight ni letaknya paling atas.
Paling atas tahu tak! Aduh! Jasmeen bingung. Kerusi dipanjat. Tangan Jasmeen
terawang – awang cuba menggapai kain tersebut.
“Hati –
hati.” Fareez mula cuak apabila melihat gerak langkah salesgirl itu yang nampak amat kekok dimatanya.
“Tak apa
Encik. Dah biasa.” Kepala hotak dia
dah biasa. Heyy...malang betul nasib aku hari ni. Hilang sudah keayuan duduk
terlompat – lompat kat kerusi ni semata – mata nak mencapai rak atas. Jasmeen merungut
dalam hati. Berpeluh – peluh dibuatnya.
Tiba – tiba
bukkk!!! Berdebuk bunyi kayu fabrik menimpa mamat budget handsome yang tengah menunggu. Jasmeen pegun.
KL
ReplyDeleterindu serindu rindu rindunya kat GET...
USD pun sama..uwaaaaaaaaa..eh ARLUNA jugak..JET pejuang too
syg selalu - Mrs Jijie-
Berikanlah jawapan
DeleteHuraikanlah simpulan
Biar tenang jiwaku
Setelah kasih lama berlalu
Tidak mungkin kulupa
Perjanjian kita
Di bawah rumpun bambu
Di kala bulan sedang beradu oh..oh..
Mengapa terjadi perpisahan ini
Di kala asmara melebar sayapnya
Mengapa kau pergi di saat begini
Di kala hatiku terlukis namamu
Kalau memang tiada jodoh
Apa lagi nak ku heboh
Aku malu pada teman
Pada semua
Rindu ... rindu serindu rindunya
Namun engkau tak mengerti oh...oh
Pilu ... pilu sepilu pilunya
Namun engkau tak perduli
Malu ... semalu malunya
Untuk Nina yg rindukan GET & USD
hahha teringat sibling homeroom sy dulu layanzz LOL lagu karat mcm ni....
(utk mu juga Kim *aku tau ko x baca pon tp nk jgak sebut here)
Namun apa daya orang tak sudi
Mahu ... semahu mahunya
Namun apa daya orang dah benci
Berikanlah jawapan
Huraikanlah simpulan
Biar tenang jiwaku
Aku malu
lagu utk Nina yg rindukan GET & USD & JET
Deleteok klu mcm tu nak tambah ckit la komen tu..
Delete1) rindu lagi kat tuan punya story..
2) rindu kat Jijie..wakakaka
nak tgk lagu apa plak dpt nnt..yeayyyyyy..-banana dance-
syg selalu - Mrs Jijie-
as-salam KL,
ReplyDeleteishhh ... Fareez nothing to polish of tat limted edition girl ... she is so purrrrfect - perfectly natural tat u gonna fly over to NY jaz to get her heart blooms ... heheee
oh yeah i'm imagining of living comfortably in tat almost 2 million ringgit banglo house at elite area Valencia ... jom skodeng rumah jasmeen!
Ferhad- he is cool ... hmmm nanti KL u buat g story Ferhad & his girl Aliya ..
w'salam Jazmeen...
Deleteawk x boring ke layan GET lagi...hahhaha x menahan soklan saya neh...
best la koya rumah mcm tu...our pension nk reach 1 million pon barely kot...hahhaa *tu pon tgu pencen ya bkn now like now....
err bersyukur...bersyukur dgn apa yg ada...
pandai merangsang sy menulis lagi yea..psiko. Loikke :))
sambung lg KL
ReplyDeleteyes kiki next week ada lg n3 :)
Deletesalam..
ReplyDeleteerkkk.. abess la jasmeen!!! mengamuklah serigala jadian.. hahhaaa gud luck jasmeen :)
blh tahan longkang mulut si serigala nih..
w'salam Ayu...
DeleteJasmeen kena kontrol ayu habis2an..chaiyok!
mulut org berpuasa..mmg bususss
GET yang kak rin publish skrg ni edisi touch up ek?
ReplyDeletenim yessza a bit je....perasan ke ada yg bertambah :p
DeleteHuh? Serigala? Dah naik pangkat kah? Hahaha.
ReplyDeletemana lagi up serigala ke naga SASG?
DeleteLOl!
Haha kelakar time ni. Gara2 ferhad nk usha sorg horloji sgup Dia jd jurujual situ. Tp sbb ada kecemasan dia paksa jasmeen genti jap tmpt dia. Akhirnya btembung ngn serigala jadian yg cukup macho lg hensem haha. Tpksa la tadah telinga haha
ReplyDeletewah2...dia smbg baca lagi la :)
ReplyDeleterindu ek kat fav hero awk?
ermmm... masih tak jemu nak ulang baca banyak kali..... rindu dgn karya2 anda KL.....
ReplyDeleteThanx Aida, hope awak sudi juga follow cerita baru saya yg santai di KLFP!
DeleteSalam Ramadhan.
KL, Saya baru follow about 2 months, totally fall in love dgn ur karya. Just nak tanya, utk GET ni, akan publish sampai entry brp ye? Could it be 40? I really hope so sbb kat penulisan2u sikit sgt2. Boleh kan? Cant wait to read next entries and the book itself. All the best sistah!
ReplyDeleteHai dear, Salam Ramadhan...
ReplyDeleteGET akn publish di blog till PV is out which estimate early next year & mayb around 20+++++....hahha p2u x update, saya x der luck kot dgn market p2u so awk kna layan kat sini all my karyass :p
Thank you!