Lisa
pelik melihat Lili tersenyum – senyum selepas berbual di telefon. Gaya macam
bercakap dengan Bos tapi lepas letak telefon, gaya macam orang angau. Lisa
dapat tangkap Lili cakap ‘Ya Bos’, ‘Baik Bos’ tapi yang pelik siap gelak –
gelak.
“Ehem...lepas
cakap dengan Bos pun tak kan lah nak kena sengih sana – sini. Semacam je Kak
Long tengok.”
“Tak
ada apa – apalah.”
“Jangan
cakap pak we Lili tu Bos Lili.” Lisa mengusik. Sakit hati kena hantar Lili
sekali pun tapi kalau dah namanya hubungan adik beradik, dia tak kisah beralah.
Lagi pun kenalah layan berbual, jenuh nak tunggu sampai JB bawak jalan lurus macam ni.
“Tak
ada pak we lah.” Tengku Akhbar seorang je yang Lili tengah target ni tapi Kak Long janganlah kacau line. Lili menyambung jahat di dalam hati. Cinta pertama. Pertama
kali tengok di KBU, hati Lili dah jatuh tergolek – golek.
Nak
tergelak pun ada sebab tiba – tiba tak ada hujan tak ada rebut Tuan Syed
telefon. Nak tanya okay ke tak dan nak tanya balik JB dengan siapa. Sah Najwa
dah siap bagi laporan penuh dia balik JB dengan Lisa. Memang dari awal lagi dah
rancang nak suruh Lisa yang hantar dan perancangannya yang biasa – biasa pada
asalnya kini dirasakan seperti amat hebat. Nak sangat dia tengok mereka berdua
ni apabila bersemuka macam mana gaya agaknya. Tak seronok dengar Najwa cerita.
Dipaksa Najwa cerita kisah pagi banyak kali tapi jawapan Najwa menghampakan.
Nampak macam kenal tapi tak ada cakap – cakap pun. Muka Lisa garang sahaja
Najwa cakap. Dengar Najwa cakap reaksi Lisa garang tu gaya macam benci benar
Lisa dengan Tuan Syed tapi kenapa? Kenapa mereka berpisah kalau dah gayanya
macam Romeo dan Juliet dalam gambar tu.
Kalau
budak – budak hotel tahu Tuan Syed ini suatu ketika dulu milik kakak dia,
agaknya popular tak sekejap dia kat Hotel Seri Murni? Aci tak dia guna Lisa nak
tarik perhatian Tuan Syed? Mana tahu tahun ni dapat anugerah pekerja cemerlang
lagi. Tak gerek la pula nak popular
pakai nama Lisa. Lili pun dah cukup komersial apa nama tu. Lili bersangka baik.
Bukan dengan cara ini dia akan buat untuk mencantas jalan Tengku Akhbar tapi
Lili dah cukup gembira dengan panggilan Tuan Syed tadi. Entah kenapa dia rasa
Tuan Syed telefon semata – mata kini dia adik Lisa dan bukan sebagai seorang
pekerja.
Tuan Syed: You dah balik JB?
Lili: Dalam perjalanan. (Pehal
tetiba nak tahu ni?)
Tuan Syed: Samalah kita. Saja nak tahu
you okay ke tak.
Lili: Ya Bos. Saya okay. (Wah,
caringnya Bos aku. Uwekkk ni ada udang dalam mee.)
Tuan Syed: Balik JB macam mana ni?
Dengan siapa?
Lili: Dengan kereta. (Confirm. Udang
kara dalam mee ni, bukan sebarang udang. Tunggu ya Bos, surprise!!)
Tuan Syed: Jumpa esok.
Lili: Baik Bos. (Hahaha....padan
muka. Dia sengaja tak jawab balik dengan Lisa)
“LILI
nak drive.”
“Tak
payah. Kalau Kak Long mengantuk baru tukar.” Lisa menolak pelawaan Lili. Lagi
pun tak sampai Seremban pun lagi.
Budak
tengah remaja memang suka test power.
Bagi Lisa, memandu kena fokus. Mana ada istilah test power. Bawak Perdana
je pun. Kalau Ferrari, Beemer, Posh ke lainlah. Bawak pulak kat jalan di German. Walaweii kenangan terindah. Rugi kalau belajar di German tapi tak
nak ambil lesen di sana. Bila lagi nak merasa bawak kereta macam pelesit. Selamat dan tak kena saman pun. Had
laju yang dinasihatkan lebih daripada had laju maksima kat sini. Kat sana 130km
sejam had laju yang dinasihatkan. Kat sini 120 km sejam dah kira macam roket.
Entah buat apa bayar tol, ada lebuh raya elok – elok pun tak tahulah. Had laju
maksima autobahn, ikutlah had laju kemampuan kereta anda. Berani bawak, berani tanggung.
Baru
Lili nak buka mulut nak memujuk Lisa, telefon si kakak berdering. Lili berkerut
dahi apabila Lisa menghulurkan telefonnya minta jawab.
“Apa?”
Lili menyambut telefon dengan malas
“Tolong
jawab. Handsfree tertinggal dalam handbag lagi satu.”
Terlupa
nak ambil handsfree yang dia sumbat
dalam poket depan beg tangan yang digunakannya ke pejabat pagi tadi. Lepas
bercakap dengan Lydia, tangan gatal sumbat handsfree
dalam beg. Patutnya tinggalkan setiap masa kat dashboard ni. Kan dah susah
kalau stok suka tukar – tukar beg tangan ni. Ya lah, kata balik JB acara
santai. Tak kan nak usung beg tangan Braun Buffel kulit berkilat – kilat yang
dia bawak pergi pejabat hari – hari.
Cukuplah dengan beg jenama XOXO yang santai nak turun JB.
“Hello
Kak Lisa. Darling ni. Sedihla akak tak datang rumah petang ni.”
“Ops. Ni bukan Kak Lisa. Dia tengah drive.”
“Oh sorry.” Muram sahaja suara budak nama
Darling ni.
“Nak
pesan apa?”
“Tell her I love her. Bye.
Assalamualaikum.”
Lili
tergamam. Dia pernah lah tengok budak nama Darling ni. Baru darjah dua kot.
Sopan dan comel tapi selalu lupa nak tanya Lisa siapa dia ni. Lydia kawan Kak
Long ni janda ke apa?
“Siapa?”
Lisa menjeling ke sebelah sekilas.
“Darling.
Dia cakap ‘tell her I love her’. Dia
anak luar nikah Lydia ke Kak Long?”
“Lili!
Jangan kurang ajar sangat mulut tu.”
“La
tanya je. Pakai tudung, tutup litup belum tentu baik pun. Macam Kak Long la.
Dulu bukan main lagi.” Lili tersenyum dalam hati. Nak je cakap macam dia tak
tahu Kak Long dengan Tuan Syed dulu dah macam laki bini pun. Nasib baik tak
‘ter’ada anak luar nikah je. Entah – entah ada? Siapa tahu kan?
Lisa
membrek kereta dan memberi signal kiri dan berhenti di laluan kecemasan. Dia
dah tak boleh sabar. Dia boleh terima kalau perempuan tua busuk di German
menghinanya, remaja – remaja di German yang tak tahu apa itu agama Islam
sebenarnya atau dihina oleh Syed Azri tapi darah daging sendiri? Dia tak nak
jadi macam kakak Lydia.
“Lili
turun sini. Turun!” Lisa mencerun ke arah Lili. Matanya besar kecik – besar kecik sahaja melihat Lili sekarang. Kalau tak diajar, sampai bila
pun Lili ni tak reti nak hormat dia sebagai kakak.
“Apa
ni Kak Long?”
“Dengar
sini ya Lili. Kak Long dah cukup sabar apa yang Lili buat pasal rumah sewa tu.
Kak Long dah cukup sabar apa yang Lili burukkan Kak Long dengan Tengku Akhbar.
Ingat Kak Long tak tahuke? Lili cakap Kak Long menyewa dengan kekasih? Siapa
yang kenakan Kak Long suruh menyewa dengan lelaki? Lili pernah fikir tak entah
– entah kakak Lili ni mati kena rogol dan bunuh kat sana? Pernah tak sesaat
pakai otak tu fikir pasal orang? Pernah tak?” Lisa menjerit lantang.
Dia
tak peduli langsung berhenti di laluan kecemasan adalah suatu kesalahan. Kalau
dia terus memandu pun, mungkin dia tak boleh nak fokus dan bakal mengundang
kemalangan sahaja.
“Betul
Lili nak tahu siapa Darling?”
Lili
diam. Takut kalau Lisa benar – benar tinggalkannya di tepi jalan. Hey kat mana
ni? Betul – betul sunyi tempat Kak Long berhenti. Dahlah hampir senja.
“Tak..tak..Lili
minta maaf. Lili tak cakap macam tu lagi.” Lili tergagap – gagap memohon maaf.
Dalam hati menyumpah – nyumpah. Apa yang Kak Long buat selalu mengena sahaja.
Macam mana dia nak menang sekarang kalau sah kereta ni Kak Long yang pandu.
Kalau dia nak melawan maknanya mencari nahas.
“Darling
anak sah taraf. Dia anak yatim piatu. Dia anak saudara Lydia. Lebih tepat anak
kakak Lydia. Tahu macam mana Darling boleh jadi anak yatim piatu? Sebab....”
“Kak
Long tak apalah. Tak payah cerita.” Lili mengangkat kedua – dua belah tangan
gaya meminta ampun. Jalan cerita nampak macam syahdu. Tak kuasa dia nak
menangis sebab budak kecik tu.
“Dengar!
Kak Long nak Lili dengar.”
“Kak
Long....” Lili dah takut mendengar suara Lisa yang tegas dan garang. Sebijik macam gaya Papa kalau mengamuk.
Ishh...lembut – lembut Lisa yang macam Mama pun, rupa – rupanya ada bahagian
yang dia menurun perangai Papa.
“Kakak
Lydia kahwin dengan boyfriend dia
lepas kena tangkap khalwat. Mereka memang sosial zaman muda. Masing – masing
dah kerja. Dah kahwin, sebab dua – dua pasangan ni sebenarnya budak pandai,
mereka mula berubah. Kakak Lydia mula nampak cahaya Ilahi. Suaminya pun sama.
Kemudian mereka dapat Darling. Lepas beberapa bulan mereka kahwin baru
mengandung. Tapi masyarakat kita suka menghukum semata – mata melihat kisah
silam. Pernah kena tangkap khalwat. Jadi Darling semua orang cakap anak luar
nikah.”
“Err...”
“Lepas
Darling lahir, suami kakak Lydia meninggal dunia kemalangan. Keluarga Lydia
kaya raya. Anak Tan Sri Ahmad, kenal?”
Lili
menelan air liur. Tak kan tak kenal. Eh, Danish Lutfi anak Tan Sri Ahmad tu
adik Lydia lah kot? Siapa tak kenal, playboy
seantero. Semua artis baru yang muda bergetah dia sapu.
“Keluarga
Lydia menentang apabila kakaknya nak berkahwin dengan pasangannya. Maklumlah
kena tangkap khalwat. Laki tu pula anak orang biasa – biasa tapi dorang tak tahu laki tu lah punca anak
mereka menemui jalan yang benar. Keluarga lelaki tu pun menentang juga sebab
kononnya tak nak anak mereka kahwin dengan anak orang kaya yang sombong. Dalam
hidup kadang – kadang dalam musibah kita bertemu cahaya. Kenapa? Kerana tiapa
kali kita susah, kita akan lebih dekat dengan Allah.” Dia faham perasaan
Durrah, kakak Lydia.
“Jadi
kakak dia kahwin tak dapat restulah? Anak derhaka betul.”
“Kat
situ ya dia jadi anak derhaka tapi pilihan Durrah menemukannya dengan jalan
Allah. Habis bagus sangat ibu bapa yang dah tahu anak mereka perangai macam
syaitan dan membiarkan anak – anak terus hanyut? Dah kena tangkap khalwat pun
tak bagi kahwin pada hal masing – masing nak bertanggungjawab? Masing – masing
dah kerja dan cukup syarat sah kahwin?”
“Tak
la...” Suara Lili kendur sahaja.
“Masing
– masing dah berubah tapi keluarga Lydia tetap memandang hina Durrah dan
suaminya. Macam dalam drama Kak Long rasa tapi realitinya memang wujud lagi
sistem kasta macam tu. Durrah betul – betul kembali ke landasan yang betul.
Pernah suatu hari Durrah balik rumah masa tengah mengandung, seluruh keluarganya
pulaukan dia. Dia cakap Durrah anak orang Arab mana sesat. Berkelubung macam
tu. Kalau setakat nak sorok perut baik tak payah.”
“Bodoh
betul keluarga Durrah tu. Lydia mana? Kenapa dia tak stand up for her sister? Nampak dia pun baik je.”
“Cakap
orang bodoh. Yang tadi hina orang pakai tudung, tutup litup tu kenapa? Awak tu
pun bodoh sama. Sama macam masyarakat Melayu tipikal. Orang nak berubah bukan
nak sokong, nak menjatuhkan lagi ada.”
“La...sorry la.”
Lisa
menjeling cermin belakang. Geraklah. Sambil bawak
kereta pun boleh cerita. Harap – harap Lili ambil pengajaran. Lisa yang
positif. Lili yang negatif. Penat Lisa cerita, dia angguk, dia geleng, masuk
telinga kanan kemudian keluar telinga kiri.
“Lydia
kat London. Masih belajar. Durrah kahwin, tak ada orang bagitahu dia pun. Dia
balik pun masa Durrah dah tenat. Sakit awalnya mungkin kerana tekanan. Tekanan
orang sekeliling. Lepas suami Durrah meninggal dunia, keluarga mentuanya
menuntut hak jagaan cucu mereka tapi mana boleh. Hak jagaan anak mestilah dapat
kepada Durrah. Tak payah nak turun naik mahkamah sebab Durrah bekerja dan tiada
sebab untuk dia tak layak menjaga Darling tapi sebab keluarga mentua selalu
buat hal, selalu pergi serang Durrah, akhirnya dia tak tahan. Tiap kali Darling
menangis, tiap kali Darling merengek, Durrah semakin merasakan tekanan
membesarkan anak seorang diri. Tekanan daripada kawan – kawan sekerja yang
memandang serong melihat Durrah membesarkan Darling seorang diri juga cukup
hebat. Tekanan dari depan dan belakang, kiri dan kanan membuat dia kerap
mengambil pil – pil penenang. Bertahun lamanya Durrah memendam rasa. Mencari
redha Ilahi tanpa sokongan sesiapa pun. Habit yang melekat lama – kelamaan membuat
hatinya rosak.”
“Mati
sebab tu? Apa bingai punya budak opis
macam tu?”
“Biasalah
kerja dengan KPMG. Atas office, bawah
pub. Meeting client dan lepak lepas
kerja pun kat pub. Tiba – tiba Durrah berubah, mesti susah nak co-op dengan existing environment dia. Nak tukar kerja bukan senang. Family pun dah tak support lagi. Nak tak nak kena kerja. Kak Long nak tanya ni. Apa
Lili rasa penyebab kematian dia? Sakit hati yang rosak atau sakit hati yang
terluka dengan tekanan sekeliling?”
Lisa
mengeluh. Lili tak akan mungkin mengerti. Lili masih jauh di alam remaja yang
mengkhayalkan. Dia faham perasaan Durrah. Sekali kita bertemu titik cahaya, nak
menggapai cahaya tersebut agar menerangi seluruh hidup bukan senang.
Terutamanya orang – orang seperti Durrah dan dia. Dosa – dosa semalam menjadi
alibi masyarakat untuk menghukum. Dosa – dosa semalam membuat diri rasa terhina
dan kadang – kadang terasa kerdil bukan setakat di mata Allah tapi di mata
masyarakat sekali pun. Semua yang dilalui oleh Durrah pernah dilalui oleh Lisa.
Bezanya Durrah bertemu cahaya bersama orang yang tersayang. Orang yang
tersayangnya pergi dalam iman, dalam senyuman. Orang tersayang Lisa?
Menghinanya dan langsung tak menghormati pilihannya.
“Sakit
hati kot.” Lili endah tak endah sahaja menjawab.
Lisa
diam. Sakit hati yang dirobek dengan kata – kata memang boleh melumpuhkan
semangat. Sayang Lydia tiada di samping Durrah. Lydia dulu tak seliar Durrah,
dunianya belajar dan belajar sahaja dan taklah sebaik sekarang tapi bersama
Durrah di saat – saat akhir hidupnya menitipkan cahaya dalam jiwa dan raganya
juga. Sehingga Lydia sanggup membawa Darling ke London bersamanya. Memanglah
ada duit semua jadi. Lydia lebih daripada mampu untuk mengupah pengasuh untuk
menjaga Darling tapi untuk membesarkan seorang kanak – kanak seperti anak
sendiri? Lisa tabik berkali – kali. Lydia pernah meminjamkan diari arwah Durrah
kepadanya. Rasanya air matanya mengalir sehingga tertidur membaca duri dan
rintangan yang dilalui oleh arwah. Bila ditanyakan kenapa Lydia mahu dia
membacanya. Jawapan Lydia membuat Lisa terpana.
“Saya
tak tahu ajal saya bila. Saya tak akan selalu di samping Lisa. Kalau suatu hari
nanti Lisa keseorang dan diuji tanpa henti. Jangan mengalah. Jangan sesekali
mengalah. Untuk berubah, kita kena kuat. Ya sokongan orang sekeliling penting
dan kita harapkan tapi ingatlah, kalau ditanya amalan kita di akhirat nanti pun
kita keseorangan, maka untuk mencari jalan ke syurga, apa salahnya seorang
diri. Kalau benar tidak ada orang nak menyokong kita sekali pun. Allah kan ada.
Tak cukup kasih sayang Allah untuk kita?”
Hanya
air mata yang menjadi jawapan kepada soalan Lydia. Yang membuat seorang Nur
Lisa kuat. Yang membuat seorang Nur Lisa mampu melupakan seorang Syed Azri. Dia
faham Lydia tak mahu Lisa lemah seperti Durrah. Memang kebiasaan Lisa akan
mengambil pil Duromine atau Xanax kadang – kadang bukan kerana anxiety disorder yang dialaminya pun,
tapi kadang – kadang semata – mata untuk melarikan diri dari masalah atau
sebagai jalan penyelesaian singkat. Lydia tak nak Lisa jadi seperti Durrah
kalau suatu hari nanti Lisa keseorangan.
Kerana seorang sahabat yang inginkan
yang terbaik untuk Lisa.
Kerana Allah telah menetapkan ujian yang
menguji ketaatan Lisa.
Kerana ujian bakal menuntut seorang
isteri menutup aib seorang suami.
Yang bakal diharungi seorang diri.
Yang bakal terpendam dalam hati.
Yang bakal menusuk duri mawar ke tangkai
hati.
Seakan
– akan Lydia mampu membaca rintangan yang menanti di hadapan Lisa. Mampukah
Lisa menjalani dugaan tanpa Lydia, sebagai isteri? Sebagai isteri kepada
seseorang yang tidak pernah diharapkannya walau pun dicintainya sepenuh hati. Sebagai
isteri seorang Syed Azri aturan adik yang menabur fitnah dan aturan takdir Nur
Lisa.
Semester
terakhir Lydia meninggalkan Lisa sendirian dia bumi German, dipupuk kata – kata
Lydia di dalam hati. Nasihat Lydia yang mengatakan memang ramai orang yang
bertemu hidayah jauh di rantau kerana di rantau orang, hati cepat menjadi
sunyi, menjadi walang dan tersentuh. Paling penting, di tempat orang senang nak
membezakan baik dan buruk. Jelas perbezaannya. Di Malaysia kadang – kadang nur Ilahi
terkambus antara adat dan budaya, terselimut antara yang fasikh dan yang benar.
Lisa
memandu dalam keadaan sedikit pilu. Lili di sebelah dah tertidur. Sampai di
R&R Seremban mereka berhenti untuk makan dan solat jamak. Baik berhenti
awal – awal daripada dah malam benar, leceh nak berhenti. Lisa nampak Lili
terus keluar dari surau selepas solat. Dia pula lama berteleku di sejadah. Lama
Lisa panjatkan doa. Mengharapkan hadirnya Syed Azri, kembalinya Syed Azri
seketika cuma mungkin untuk mengingatkan dosa – dosanya yang lalu. Mungkin dia
sudah lalai di mana – mana. Mungkin amalannya ada yang terkurang di sana -
sini. Syed Azri hanyalah bayangan kisah silam. Untuk mengingatkannya tentang
hari ini. Hari ini yang dia bernafas untuk mencari keredhaanNya.
Lisa
melangkah keluar surau dengan perasaan yang bercampur - baur. Lisa mengatur
langkah di lorong yang menyambungkan surau, bilik air dan kedai – kedai sambil
mencari kelibat Lili. Tadi Lili cakap nak beli cool blog. Bab solat, Lili kalau
suruh boleh pula ikut. Tapi tadi dia gertak nak tinggalkan kat sini. Acilah
kan. Sesekali pakai kuasa veto kakak. Lagi pun benda wajib terpaksa ke tak
terpaksa ke memang wajib kena buat. Lama – lama okaylah. Sebelum melangkah ke
kereta, sekali lagi Lisa membuang pandang ke arah surau. Terkenang coretan
diari kehidupan Durrah setiap kali menjejakkan kaki ke rumah Allah yang sudah
dihafalnya.
March 2003
Rupa
– rupanya, rumah Allah memberi sejuta ketenangan. Darling menendang – nendang
di dalam perut. Mungkin seronok dibawa melangkah ke rumah Allah. Kenapa lambat
benar dia berjumpa tempat sebahagia ini? Kenapa kelab – kelab malam yang
menjadi tempat bahagia di zaman remajaku? Ya Allah, ampunkan dosa – dosa
hambamu yang hina ini. The tragedy of my life is not that it ends so soon but
that I wait so long to begin with. For everything I have today, thank you
Allah. Alhamdulillah.
April 2003
Sekali
lagi bersama Daddy mengimarahkan majlis ilmu di masjid berhampiran rumah kami
malam ini. Darling gembira agaknya. Menendang – nendang dengan aktif apabila
balik ke rumah. Daddy Darling pun teruja. Kami semua gembira tapi jauh di sudut
hati, terasa kebahagiaan ini sementara sahaja. Bukan aku tidak bersyukur tapi
hati ini tetap sakit. Rindukan Mama, Papa seperti mana Daddy Darling rindukan
Mak dan Ayahnya. Semoga suatu hari nanti Darling tidak akan merindui kami
seperti kami merindui kalian. I know life was never meant to be easy but I never
thought it would be this hard. Still, thank you Allah. Alhamdulillah.
March 2004
Berada
di tempat yang sama. Walau pun ketenangan berada di rumah Allah tetap
mendamaikan jiwa tapi kini hatiku tidak dapat tidak diselubungi duka. Dulu
bersama Daddy Darling tapi kini Mommy keseorangan. Besar dugaanMu ya Allah. Kau
berikan ku seluruh cahaya hidayahMu tapi kau ambil satu – satunya temanku.
Mampukah aku menghadapi dugaanMu ini? Mampukah ya Allah kerana aku semakin
lemah. If I
ever have someone to talk to and to share with, I would only ask one question.
Have you ever felt so alone and nothing makes sense? Well that’s how I feel
right now. I feel like I’m facing everything myself, with nothing but tears and
fake smiles. Again, I am still grateful. Alhamdulillah.
Tubir
mata Lisa mula bergenang. Sekurang – kurangnya Durrah bertuah. Merasa
menjejakkan kaki bersama orang tersayang di rumah Allah. Dia? Sedang Lisa menala mata ke hujung
taman di hadapan surau R&R untuk menahan air mata daripada tumpah, Lisa
yang sambil menyusun langkah, terhenti melangkah tiba – tiba. Air mata yang
hampir tumpah di pipi diseka dengan hujung lengan baju. Beg tangan XOXO tersandang
di bahu beralih ke tangan. Terbuai – buai beg tangan berhias taburan bentuk love yang comel dan cantik dimainkan di
tangan kanannya. Jenama beg kegemaran Lisa. Entah dia tak peduli orang lain
kenal ke tak jenama beg XOXO ni tapi dia suka je. Mata yang ditundukkan
memandang hayunan beg cuba mentafsir bayangan di hadapan. Sama seperti bayangan
yang dilihatnya di hadapan Masjid Ul Ummah di Munich dulu. Syed Azri, bayangan
atau kenyataan?
Hadirnya
Syed Azri dua kali dalam lintasan mata di hadapan rumah Allah. Sebelum Azri
kembali ke Malaysia, dia ingat kali terakhir dia nampak Syed Azri ialah di
hadapan Masjid Ul Ummah, Munich tapi mungkin juga sekadar bayangan sebab jarak
yang jauh juga. Apatah lagi setelah lama mereka tak bersua sejak Lisa berpindah
ke Olydorf. Azri tak pernah mencarinya di Olydorf. Bohonglah kalau Azri tak
tahu Lisa berpindah ke mana kerana dia pernah terserempak dengan Hanif dan
memberitahu tempat tinggal barunya. Tak kan Hanif tak tolong pukul canang? Atau
namanya sudah diharamkan disebut oleh Syed Azri tapi kali ini Lisa mula goyah.
Baru di tengah embun pagi tadi, dia berjumpa dengan Azri. Tak kan sekarang
orang yang dia nampak sedang berdiri sambil menghisap rokok di taman seberang
jalan ialah Azri? Bukankah Azri di Kuala Lumpur? Tak kan dia silap. SSB Syed
Azri yang menawan hati remajanya dulu hanya satu di dunia. Okay tak kira SSB
Jake Gyllenhaal, Ryan Reynolds atau SSB model kacak Gabriel Aubry atau David
Gandy sekali pun, hanya SSB anak Tuan Syed juga yang melekat di kepala.
AZRI
mencampakkan puntung rokok ke dalam tong hijau di hujung taman. Taman yang
betul – betul menghadap surau R&R Seremban. Penat memandu seorang diri.
Entah kenapa dia rajin nak menghabiskan masa di R&R. Biasanya kalau setakat
KL-JB atau JB-KL dia akan rembat sahaja. Malas nak membuang masa berhenti. Tadi
dia sempat dengan santainya minum kopi siap makan mee rebus. Tak sedap
langsung. Akhirnya dibiarkan sahaja tak habis. Sekarang, dah habis rokok
sebatang, perut terasa masih lapar. Beli roti pun cukup. Macam tak biasa alas
perut dengan roti. Kalau Lisa dulu, dapat cheese
bun dah menjerit macam dapat makan seekor kambing. Suka sangat.
Lisa?
Azri menarik nafas dalam. Lisa tinggalkan dia tanpa sepatah kata malam itu. Dia
tak kan lupa. Dia tinggalkan Lisa di bumi Germany tanpa sepatah kata juga. Adil
bukan? Cinta? Kasih sayang yang dia taburkan Lisa belum cukup ertinya. Lantas
bagaimana lagi dia nak tunjukkan cintanya, buktikan betapa pentingnya Lisa
dalam hidupnya?
Bukan
dia tak menghormati perubahan Lisa tapi egonya menambat jiwa yang pernah
dibalut duka. Bukan takut dengan bayang – bayang sendiri tapi takut langkah
Lisa tak mampu diikuti dan akhirnya Lisa memandangnya penuh hina. Biarlah
mereka berpisah begini. Walau pun hati sakit tapi egonya masih bertempat. Dia
boleh hidup dipandang Lisa dengan kebencian tapi bukan kehinaan. Cantiknya
Lisa, ayunya Lisa sekarang mungkin bukan untuknya lagi. Dia tak layak pun untuk
Lisa. Memuja dari jauh mungkin atau meneruskan hidup dengan bersandarkan
kenangan lalu. Cukup? Cukuplah. Selama ini pun, hari – harinya bukan ditemani
oleh kekasih atau mana – mana perempuan pun. Hidup juga. Azri malas nak fikir
lebih – lebih walau pun tanpa sedar tadi dia menelefon Lili. Buat malu hero.
Tak pernah umur dia nak telefon tanya – tanya khabar macam tu. Dia memang Bos
yang prihatin tapi kalau setakat mabuk waktu bersuka ria, dah di luar etika
kerja nak kena ambil berat pula.
Azri
membeli cheese bun dan sebotol Coke.
Malas nak berlama – lama dengan orang yang makin ramai. Dengan plastik di
tangan, Azri menuju ke arah bertentangan, tempat keretanya diparking. Sebelum
tu singgah dulu masuk bilik air. Basahkan muka yang agak mengantuk dan lemau
ni. Keluar dari bilik air, elok dia mengesat mukanya dengan sapu tangan, baru
perasan lighter tadi tertinggal di
atas bangku di taman. Laju kaki melangkah ke taman. Harap – harap ada lagilah.
Azri tersengih apabila lighter biru
masih berada di atas bangku. Sempat sebatang lagi rokok dibakar. Tengah
menghembus asap dengan penuh nikmat, mata terhala ke arah seseorang yang juga
sedang memandangnya. Lisa? Dia nampak Lisa cepat – cepat mengalihkan pandangan.
Rokok tidak dihabiskan dan dicampakkan sahaja ke dalam tong sampah. Azri
berjalan perlahan menuju ke arah Lisa. Tak pula dia melarikan diri. Tegak macam
patung sahaja.
“Lisa.”
Azri menegur berhati – hati. Takut salah orang pula.
“Assalamualaikum.”
Lisa berpaling dan berdiri memandang Azri. Nak lari pun nampak macam budak
tadika pula.
“Nampak
saya awak nangis? Kenapa? Terharu sangat ke?”
Azri
nak tergelak tapi air muka Lisa yang mendung macam baru lepas menangis membuat
dia tak sampai hati nak meletuskan tawa. Senyum je la. Jumeirah Jane yang dah
jadi Ustazah Nur Lisa baru lepas menangis. Kenapa agaknya?
“Tak
tapi pelik.”
“Apa
yang tak? Apa yang pelik? Kalau dah jodoh tak ke mana.”
Lisa
mengetap bibir mendengar usikan Azri. Jodohku siang dan malam kupinta agar
diketemukan dengan seseorang yang mampu membimbingku. Azri? Not in million years!
“Kali
terakhir saya nampak awak. Kat Munich. In
front of the mosque. It’s you, it’s really you. Right?”
“Kalau
orang tu handsome macam saya. Ya
kot.” Azri tersenyum lagi.
“Ya
lah. Apa yang saya cakap, apa yang saya pilih, mana pernah penting bagi awak.
Semua nak main – main. Tak pernah nak serius. Tak apalah.” Lisa melangkah
meninggalkan Azri.
“Lisa...okay look.” Azri menarik tangan
Lisa.
“Azri...”
Lisa hampir terjerit kerana terkejut tapi cuba mengawal suaranya daripada
memalukan Azri di tengah – tengah orang ramai.
“Ops!
Sorry tapi berlapik kan?” Azri cepat
– cepat melepaskan tangannya yang mencengkam lengan Lisa kuat. Terlupa batasan
yang dijaga oleh Lisa sekarang. Tertampar sekali lagi egonya. Bosan!
Lisa
menarik tangan kanan yang dilepaskan oleh Azri dan menunduk.
“Kenapa
panggil saya ‘Azri...’ macam tu lagi? Kenapa nak merajuk lagi? Merajuk dengan
orang yang sayangkan kita Lisa. Yang cintakan kita. Patut ke saya pujuk awak
sekarang? You tell me.” Azri
menyambung senafas. Meluahkan apa yang terbuku setelah kisah mereka di Pasing
berakhir.
Senafas
Azri menuturkan kata – katanya. Senafas sesak nafas Lisa mendengarnya.
“Azri...”
“Lagi.
‘Azri...’ Jangan Lisa. Jangan.” Azri menghela nafas dalam. Lisa sahaja yang
memanggilnya lembut begitu. Panggilan yang dirasakannya penuh dengan kasih
sayang.
Lisa
makin menunduk. Termalu sendiri dengan kata – kata Azri yang semuanya benar.
Lenggok bahasa adalah jenis zina. Macam mana dia boleh lupa manusia boleh
hanyut hanya kerana suara merdu?
“Saya
jalan dulu.” Lisa tersenyum sekadar menghormati Azri dan meminta diri. Sebak
masih menguasai diri. Tiba – tiba dia betul – betul menjiwai perasaan Durrah
sekarang. Beginilah rasanya mencintai seseorang tapi sebenarnya jauh. Durrah
terpisah nyawa, dia? Terpisah dengan pilihan hidup yang berbeza.
Have you ever
felt so alone and nothing makes sense? Well that’s how I feel right now. I feel
like I’m facing everything myself, with nothing but tears and fake smiles.
Lydia,
bukan setakat Durrah Nujhan, seorang yang bernama Nur Lisa pun boleh kehilangan
arah dan panduan kerana tersesat dalam ulitan cinta dunia. Kuatkan semangatku
ya Allah. Betul diri terasa kosong. Kosong kerana dulu Azri dunianya. Dia belum
hilang ingatan. Jauh diusir segala kenangan bersama Azri di Pasing dulu sekali
pun, semuanya datang bertandang sekelip mata. Kalau dibuang sekali pun segala
gambar – gambar kenangan mereka berdua, Lisa tetap tak mampu membuang
ingatannya sendiri.
Pasing,
Germany
“Azri
tolong please....please...”
“Sebut
nama Azri tu ikut nota muzik yang betul ya.”
“Azri...”
“Lagi?”
“My love, my shining sun, honey bunny,
darling, sweetie pie, my everything....”
“No...no...lagi...” Azri mengarah sambil
bercekak pinggang.
Amboi!
Nak minta tolong sikit pun bukan main kena buli. Lisa memasamkan muka.
“Azri...Azri...Azri...”
“Congratulations. You just hit the right
note! Okay. I’ll do.” Azri menepuk tangan. Dia suka cara Lisa memanggilnya
begitu. Antara mereka tak pernah wujud istilah panggilan mesra tapi cara Lisa
memanggilnya amat istimewa. Betullah orang cakap, keserasian wujud sebab
toleransi. Lisa amat bertoleransi selama hidup dengannya. Tak sama dengan
kemanjaan Damia Humaira yang tipikal. Lisa manja bersahaja. Lisa membuai hanya
dengan memanggil namanya.
“Okay,
saya tidur dulu. Bye! Good Night!”
Lisa terlompat – lompat keriangan. Seronok apabila Azri sanggup menolongnya
menyiapkan assignment. Kacang je lah
bagi senior pandai macam Azri tu. Dia sekadar mengambil kesempatan. Sungguh dah
dua malam rasanya tak tidur. Macam ni seksanya jadi budak TUM. Pada hal baru
semester ketiga.
“Lisa...Lisa...come here.” Azri menggoyangkan jari
telunjuknya.
Baru
nak tarik selimut, kena bangun balik. Dengan malas Lisa menuju ke meja belajar.
Azri dah siap dengan pen dan kertas A4 kosong. Skrin laptop yang tadi
menayangkan game poker dah bertukar
kepada Words.
“Kiss Pill. Nanti ngantuk.” Azri menarik
tangan Lisa mendekatinya.
“Yalah.”
Cup!
Lisa
mengahdiahkan sebuah kucupan di dahi Azri.
“Buat
biar dapat full marks tau.”
“Yes madam.”
Lisa dengan
senyuman berbaring siap sempat buat senaman betulkan urat di atas katil. Azri
hanya tergelak melihat keletahnya.
“Emmm...” Azri menghampiri Lisa di
katil. Suis projektor pelangi dibuka.
“Sleep with rainbow tonight. Tidur sambil
dengar lagu MLTR, Sleeping Child ni okay.” Azri menepuk bahu Lisa sebelum
kembali ke meja menghadap laptop. Lagu MLTR Sleeping Child dimainkan di laptop.
Azri mula ralit membuat kerjanya. Untuk Lisa, demi Lisa.
Lisa
tergelak. Mata dipejamkan dan tak sampai berapa saat, dia sudah hanyut dibuai
mimpi. Keesokan pagi, dia bangun dengan badan yang segar tapi Azri siap
terlentok di meja belajar. Semata – mata nak menyiapkan assignment Lisa. Perlahan Lisa menghampiri Azri. Mouse digerakkan ke skrin dari muka
surat pertama hingga ke muka surat akhir.
Perfect!
Lisa
menguntum senyum. Belakang Azri ditepuk perlahan.
“Wake up!”
Lisa memeluk Azri dari
belakang dan berbisik “Thank you dear.”
AZRI
sanggup berkorban apa sahaja untuknya tapi kenapa Azri tak sanggup untuk
berjalan seiringan dengan jalan yang dipilihnya kini? Bukan susah pun. Malah
ilmu Azri jauh lagi hebat dari ilmu di dadanya tapi apa gunanya ilmu tanpa
amal?
“Lisa,
tunggu. Saya, ya saya yang awak nampak.”
Air
mata Lisa mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Tempat yang sama. Di hadapan rumah
Allah. Waktu yang berbeza tapi perasaan yang sama. Dulu, memandang Azri dari
jauh. Hati pedih dalam keterasingan. Kini, memandang Azri di hadapan mata tapi
hati tetap pedih. Pedih dalam keterasingan.
Lirik
baris terakhir lagu Sleeping Child ‘keep you away from the world so wild’
melekat di kotak fikiran Lisa.
Dear Azri, you can’t even keep me away
from sin, the simplest sin, how can you ever keep me away from the world so
wild?
Dear Lisa, hold strong. Sometimes love just ain’t enough.
p/s: i think this song suits them well :(
I don't want to lose you
but I don't want to use you
just to have somebody by my side. I don't want to hate you,
I don't want to take you
but I don't want to be the one to cry.
And that don't really matter to anyone anymore.
But like a fool I keep losing my place
and I keep seeing you walk through that door.
(Chorus)
But there's a danger in loving somebody too much,
and it's sad when you know it's your heart you can't trust.
There's a reason why people don't stay where they are.
Baby, sometimes, love just aint enough.
Now, I could never change you
I don't want to blame you.
Baby, you don't have to take the fall.
Yes, I may have hurt you, but I did not desert you.
Maybe I just want to have it all.
It makes a sound like thunder
it makes me feel like rain.
And like a fool who will never see the truth,
I keep thinking something's gonna change.
(Chorus)
And there's no way home
when it's late at night and you're all alone.
Are there things that you wanted to say?
And do you feel me beside you in your bed,
there beside you, where I used to lay?
And there's a danger in loving somebody too much,
and it's sad when you know it's your heart they can't touch.
There's a reason why people don't stay who they are.
Baby, sometimes, love just ain't enough.
Baby, sometimes, love... it just ain't enough.
Oh, Oh, Oh, No
but I don't want to use you
just to have somebody by my side. I don't want to hate you,
I don't want to take you
but I don't want to be the one to cry.
And that don't really matter to anyone anymore.
But like a fool I keep losing my place
and I keep seeing you walk through that door.
(Chorus)
But there's a danger in loving somebody too much,
and it's sad when you know it's your heart you can't trust.
There's a reason why people don't stay where they are.
Baby, sometimes, love just aint enough.
Now, I could never change you
I don't want to blame you.
Baby, you don't have to take the fall.
Yes, I may have hurt you, but I did not desert you.
Maybe I just want to have it all.
It makes a sound like thunder
it makes me feel like rain.
And like a fool who will never see the truth,
I keep thinking something's gonna change.
(Chorus)
And there's no way home
when it's late at night and you're all alone.
Are there things that you wanted to say?
And do you feel me beside you in your bed,
there beside you, where I used to lay?
And there's a danger in loving somebody too much,
and it's sad when you know it's your heart they can't touch.
There's a reason why people don't stay who they are.
Baby, sometimes, love just ain't enough.
Baby, sometimes, love... it just ain't enough.
Oh, Oh, Oh, No
p/s/s: tetiba nak tambah. Since cter ni x hbs di blog, basically asal sy buat USD is nak share this value je kot. So the main objective of this USD is actually wrapped up in this epi. Dosa kecik, dosa besar, nak berubah, tepuk dada, tanya selera. Jgn harapkan org utk berubah. Sentiasa positif dlm hidup.
Yg lain bunga2 je kot. Kalau x cliche & sweet, sape nk baca kan? I'm great in making u guys ada rama2 dlm dada & flying & sitting on rainbow..hahaha...