Monday, 18 December 2017

LOVE LILA BAB 2 dan BAB 3





BAB 2











“AKU nak boyfriend macam Tarabas.”
“Mimpilah. Orang tak siuman aje nak bad boy jadi laki. Kalau kau bajet Fantaghiro kau akan pilih stok Romualdo.”
“Pasha, aku main-mainlah. Aku tak pernah pun tengok Cave of Golden Roses tu. Kak Long yang kategori baby boomers tu yang dok canang tak habis-habis minat kategori lelaki macam Tarabas tapi suami sendiri terbabas. Ni dah zaman 2.6 bilion kut. Bukan zaman paleolitik. Tak wujud laki macam Tarabas. Jahat dan bad boy kategori budak zaman sekarang cuma tahap playboy. Bagilah tahap serial killer, witch ke atau vampire ke, baru thrill. Playboy  tu bukan bad boy tapi gatal tau tak.”
Pasha cuma gelak. Mangkuk mi yang dipesannya sudah semakin tinggi, setinggi harapan hendak kahwin cepat. Mereka berdua sudah termasuk dalam kategori anak dara tua. Kalau balik rumah, ibu bapa masing-masing bising takut sangat anak dara mereka tidak laku. Mereka berdua bukan tidak pernah ada kekasih tetapi ingin mencari yang boleh dijadikan calon suami itu yang nan hado.
Sekarang tekanan Pasha kurang sedikit sebab kekasih hati sudah ada iaitu yang di depan dia ini yang baru naik taraf single-mingle. Wanita ini tidak nampak cahaya hendak dapat kekasih baharu. Banyak sebab sebenarnya yang menjadi faktor mereka masih begini. Contohnya, dek kesibukan jadual kerja yang tidak menentu, sangat memilih dan faktor paling kritikal ialah serik bertemu dengan lelaki yang mata keranjang. Pasha tahu Alila sudah serik. Dia mahu yang ada x-factor. Mahu yang sekali tengok sudah ada aura. Kalau tengok terjatuh cinta dengan suami orang? X-factorlah sangat.
“Sekurang-kurangnya lega aku dengar kau dah move on. Dah boleh berangan pasal Tarabas segala tu okeylah.”
Alila tersenyum tetapi matanya ralit ke meja. Ya, hidup mesti diteruskan. Kali ni dia nak ikut sahaja gerak nalurinya. Apa yang paling utama ialah jangan mengada-ngada hendak cari kekasih yang kaya-raya macam Amar lagi. Sayang takkan ke mana kalau sudah nyata tidak sekufu. Alila terpaksa akur dengan kenyataan bahawa masih wujud manusia berfikiran jumud di zaman ini.
“Kau tengok apa macam tak berkelip?” tanya Pasha dengan mulut yang penuh dengan mi.
Bukannya restoran Boat Noodle itu menggunakan mangkuk berjenama Portmeirion pun. Corak di mangkuk itu mungkin kelihatan ala-ala jenama Portmeirion tetapi memang bukan. Yang lebih layak untuk dibandingkan ialah pinggan mangkuk viral yang berwarni-warni di jual di Central Market suatu ketika dulu.
“Mangkuk-mangkuk yang dia orang guna ni hah, macam tak cukup sifatlah. Tajam-tajam aje hujung. Silap hari bulan ada yang terluka tak pun berderai.”
“Darah… darah… oh my God!”
Tidak sempat habis ayat dan belum pun lagi Alila meletakkan mangkuk yang sudah licin ke meja, terdengar jeritan daripada pelanggan yang duduk di belakangnya.
Kan dah cakap, mangkuk yang dia orang hidangkan ni kualiti rendah sangat. Nasiblah tempat makan hipster. Makanan Thai kena dengan selera ramai jadi memang meletuplah nama restoran Boat Noodle. Getus hati Alila.
Restoran ini menawarkan menu paling popular iaitu rice noodle dengan dua jenis kuah. Satu soy sauce (masin dan pedas sedikit) tetapi sangat sedap. Satu lagi kuahnya agak manis. Nama pun agak pelik dan janggal disebut. Ada daging dan ayam. Saiz mi dalam satu hidangan sedikit saja. Dua kali telan, selamat masuk perut. Harga semangkuk mi adalah RM1.90. Biasanya paling sedikit yang dipesan oleh pelanggan adalah tiga mangkuk. 
Sudah menjadi kegilaan pula kalau boleh menyusun mangkuk mi setinggi mungkin.
Menjadi sangat kut pemasaran Boat Noodle. Letak secoet mi semangkuk kemudian nak bagi kenyang kena pesan 13 juta mangkuk. Okey, over kau Alila! Macam-macam yang berlegar di fikiran Alila sebelum memandang ke meja belakang. Ingin melihat betul atau tidak tekaannya tadi. Tepat sekali tekaannya dan mujurlah si gadis yang berteriak minta tolong sebentar tadi sudah siap ada Mr. Saviour.
“X marks the spot.” Laju mulut Alila berkata apabila terpandang Mr. Saviour.   Alila cepat-cepat menutup mulut. Kuat sangatkah dia bercakap sampai mata redup si dia mencari sepasang matanya dan akhirnya pandangan mereka bersabung. Alila mengalah seraya merendahkan pandangan matanya.
“Lila… darah macam banyak tu. Tolonglah. Kau kan nurse.” Terjerit pula Pasha dalam restoran ni apabila melihat suasana dah agak kelam-kabut.
Restoran memang penuh ketika itu. Rakannya di depan ini nama saja jururawat terlatih tetapi boleh dia buat tidak peduli pula. Alila mengangkat jari telunjuk cepat minta Pasha diam.
Hanya dengan mimik muka, Alila mengajuk, “Oh my God! Oh my God!”
Pasha tergelak sehingga hampir tersembur makanan di dalam mulutnya. Tengah kritikal macam ni boleh pula Alila buat kelakar.
“Syy…”
Alila berpaling ke belakang sekali lagi tapi apabila melihat Mr. Saviour yang sudah bergerak dari tempat duduk dan kini betul-betul berada di belakangnya, yang terkeluar dari mulut sungguh dia sendiri tidak sedar.
“Aku takut darah.” Alila terus tunduk sambil mengacau straw dalam air kegemarannya iaitu Ice Blended Green Tea.
Sahlah mamat ni sibuk duk tolong awek tu, buat apa dia nak jadi tukang sibuk. Omel hati Alila.
“Kau ni kan.” Pasha geram melihat muka tidak bersalah Alila.
Alila angkat tangan, lambai tanda ‘peace’.
“Aku baru lepas shift kut. Bagi mukalah sikit,” balas Alila dalam nada berbisik.
Alila kembali meneruskan kunyahan yang terhenti. Dalam hati, dia mengagumi Mr. Saviour yang sangat cool. Punyalah awek tu gelabah tapi dia punya reaksi macam awek tu kena gigit semut aje.
Darah juga banyak menitik ke meja kerana mangkuk yang pecah tadi berlaga dengan mangkuk lain yang bersusun di depan mereka itu. Meja makan mereka kelihatan seperti tapak perang laki-bini. Pekerja restoran pula riuh di meja belakang mula menghulurkan bantuan.
Kembang telinga Alila kerana cuba memasang telinga, ingin mendengar suara Mr. Saviour tetapi sepatah haram pun tidak didengarinya.
Tengah buat ‘silent treatment’ dengan awek atau memang stok lelaki istimewa? Orang cacat pekak, bisu kan jatuh dalam kategori istimewa. Omel hatinya.
Atas kesedaran sivik yang sangat minima tetapi semangat ingin tahu yang tinggi, Alila dengan malas-malas menyelongkar beg tangan dan mengeluarkan sekeping plaster berwarna neon pink.
Kalau warna-warni macam ni jangan sangka aku cilok hospital punya ya. Ini hak milik peribadi. Omel hati Alila lagi.
“Nah, cukup tak satu?” Jiwa kejururawatan menyerlah juga akhirnya.
Mr. Saviour angkat jari telunjuk dan tengah.
Maknanya nak dualah tu. Huh! Menyesal tanya. Rungut hati Alila. Dia mengambil satu lagi plaster dari dalam beg dan menghulurkan kepada lelaki itu.
“Terima kasih,” ucap wanita itu.
Aduh! Perempuan tu pulak yang jawab. Misi nak move on one more step tak berjaya. Mesti hantu raya mommy Amar merayap dalam Boat Noodle kacau line dia. Hati Alila merungut, masih belum melupakan sepenuhnya kisah cinta terlarangnya.


AMAR memandang sekeliling. Mencari kelibat Soraya. Dari jauh dia nampak Soraya ayu melangkah dengan skirt labuh berjalur menegak dipadankan dengan baju ala kimono berwarna coklat gelap. Anggun dan sopan. Jauh bezanya dengan Alila yang ringkas orangnya. Kalau hendak melihat Alila berskirt, siap kena buat permintaan. Bagusnya Alila pula, dia layankan sahaja walaupun merungut sedikit. Orang sudah biasa beruniform, agaknya memang tidak suka melawa lebih-lebih.
Kisah mereka nampaknya benar-benar berakhir di bumi bersejarah Melaka.
“Hai…”
“Assalamualaikum Dr. Soraya,” balas Amar, membetulkan sapaan Soraya.
“Yeah… my bad. Waalaikumussalam Amar. Jangan nak berdoktor dengan I ya. Berapa kali I dah pesan ni.”  Soraya menegur dengan senyuman yang masih meleret.
Amar terus memecut kereta ke destinasi.
“I tukar siaran boleh? Light FM ni mengantuk sangat. Mix FM okey tak?”
Amar mengangguk sahaja dan tangan Soraya terus menekan punat radio mencari siaran Mix FM.
“Daddy dengan mommy you sihat?”
“Sihat semua. I ingat you selalu jumpa mommy?”
“I terperuk dalam OT tak pun ICU atau CCU, mana nak keluar merayap ke lain kalau tak ada urusan. Jarang sangatlah jumpa.”
Amar mengangguk sahaja. Dia kagum dengan Soraya yang memilih bidang yang kurang popular ini. Tidak ramai doktor yang memilih untuk menjadi pakar anestesiologi atau pakar bius ini. Malaysia sangat kekurangan tenaga mahir dalam bidang ini. Peratusan pakar bius dengan pesakit memang tidak seimbang.
“You antara ‘budak OT’ yang sempat menikmati kehidupan yang normal contohnya pergi dating.”
Soraya ketawa mendengar komen daripada Amar. Dia sangat memahami persepsi setiap orang. Tidak kira sama ada kategori doktor, jururawat atau kerani yang bekerja dalam kompleks OT memang dilabel tidak ada ‘life’ walaupun hakikatnya itulah kehidupan normal mereka.
Orang cakap, alah biasa tegal biasa. Siapa yang cakap pakar bius tidak menikmati kehidupan normal itu sangat salah. Lihat sahaja isteri kepada angkasawan negara, hidup meriah bukan main. Follower di Instagram pun mencecah 205 ribu orang. Memang kalah artis ‘sendu’ sekiranya hendak menyaingi wanita itu.
Selain itu, ramai lagi doktor perempuan yang sempat berkongsi OOTD (Outfit Of The Day) di Instagram setiap hari. Persepsi versus realiti selalu berbeza kerana kehidupan seseorang ditentukan oleh tuan punya badan. Dalam kes ni Soraya terkejut kerana Amar berfikiran begitu. Agaknya bagaimana penampilan bekas kekasih separuh nyawanya dulu? Cantikkah? Bergayakah? Pucuk pangkalnya, sudahkah Amar melepaskan segalanya pergi?


“HANDSOME kut Tarabas. Patutlah kak long suka sangat. Kau agak Pasha, Mr. Saviour kat belakang ni lagi handsome ke Tarabas lagi handsome?” soal Alila sambil tersengih nakal.
Dia menghulurkan telefon yang skrin terpapar wajah Nicholas Rogers yang memegang watak Tarabas. Sempat dia mencari di Google!
Pasha tersedak.
“Gila kau ni. Ini zaman apa? Kau bandingkan manusia zaman kuno dengan manusia zaman kontemporari buat apa?”
“Syy…” Alila pantas menegakkan jari telunjuk ke bibir.
“Huh! Muka bersegi dengan rahang bersudut. Alis pulak elok terbentuk. Hidung dah sama mancung. Mata mamat tu tak sesepet Tarabas dan kulit pun tak secerah Tarabas. Jadi aku rasa mamat belakang kau tu lelaki Melayu kontemporari yang lagi kacak daripada Tarabas. Tak ada maknanya nak banding dengan Tarabas yang dah sebaya abah kau,” ujar Pasha, gigih membuat perbandingan.
Tarabas tua pun kacak kut masa zaman muda dia. Hati Alila terus merungut.
Dia tersenyum sendiri. Gilakan Tarabas umpamanya hanya di  abun-abun. 






BAB 3




ALILA termenung di hujung pantri. Ingatkan tempat kerja baharu penuh ketenangan, rupa–rupanya kisah lamanya tetap mengekori. Mungkin Kinah dan Zahira tidak perasan kehadirannya di sebalik pintu pantri. Tangan yang hampir menolak pintu terkaku apabila mendengar namanya disebut.
“Tak percayalah Sister Alila macam tu.”
“Aku pun tak percaya. Nampak lemah lembut dan baik orangnya tapi betul kawan aku yang kerja kat hospital lama Sister Alila, beritahu.”
“Habis tu kau rasa dia masuk sini pun MD (Medical Director) hospital sana yang recommend kat PIC (Person in Charge) kita ke?”
“Agaknyalah kut. Baru masuk terus naik jadi DM (Department Manager). Kak Yus yang dah lama tunggu jawatan tu sedih, tahu tak. Sister Alila dahlah muda lagi, masuk-masuk terus dapat jawatan tu.”
“Eh, taklah. Dia anak dara tua tapi nampak memang awet muda. Badan solid memanglah. Rupa pulak cun. Bab-bab kerja aku rasa Sister Alila pun ada pengalaman yang hebat. Dia kan pernah kerja kat Mount E tapi yalah kalau masuk pakai kroni memang tak cantiklah.”
Alila tarik nafas dalam. Dia orang tak tahu ke kelayakannya yang sebenar? Zaman sekarang kalau pergi hospital kerajaan pun samalah. Bersepah misi yang ada ijazah. Pangkat gaji lagi tinggilah daripada Matron yang dah lama kerja tapi tak ada kelulusan tinggi. Zaman dulukan tahap jururawat paling tinggi pun post basic sahaja. Naik ikut pengalaman. Rungut hati Alila.
Mata dipejamkan. Aku anak dara tua? Eii… sama macam papa dan mama. Tak habis-habis nak ungkit. Relakslah. Zaman sekarang janji badan pandai jaga, tak kisahlah umur berapa pun. Lagipun hospital swasta baharu, mana sama konsep dengan hospital kerajaan. Tak payah tunggu nak menopause baru boleh jadi ketua jabatan. Siapa cekap, ada kelulusan dan ada pula pengalaman kerja yang hebat dan rekod perkhidmatan cemerlang memang mudah naik pangkat. Hati Alila terus mengomel.
Kalau dia tidak masuk ke pantri, lagi panjang umpatan mereka berdua. Alila menarik nafas panjang.
Dengan nada suara berbaur arahan dia terus berkata, “Ada beberapa orang penjaga kepada pesakit yang ada sindrom ‘manjalitis’ tengah ganggu Wawa kerja dan menyibuk sebelah pesakit. Dr. Zaidi dah bising. Boleh kamu berdua bantu kat luar?”
Kinah dan Zahira mengangguk tanpa sebarang kata dan terus meluru keluar pantri.
Alila memicit cecair pencuci tangan yang ada di singki sebelum duduk. Niatnya hendak minum secawan air. Kalau baru keluar dari Red Zone memang penat. Staf di Red Zone agak ramai juga tadi. Tetapi konsultan iaitu Dr. Hasan masih mahukan dia membantu. Padahal pesakit Dr. Hasan telah disaring dan dirawat oleh MO (Medical Officer). Tetapi kecohnya berlebihan seakan-akan menidakkan kerja yang telah dilakukan oleh MO.
Macamlah hanya pesakit dia seorang yang perlukan perhatian. Sajalah tu buat-buat tak nampak suasana sebenar A&E yang sedang kecoh dengan ramai pesakit. Rungut hati Alila.
Arahannya kepada Kinah dan Zahira bukanlah serius. Tetapi sekiranya penjaga membuat kekecohan, dia sebagai ketua di bahagian Accident & Emergency (A&E) yang perlu berhadapan dengan pihak atasan. Kerja di hospital swasta perlu sentiasa bermanis mulut walaupun dalam keadaan kritikal dan sangat sibuk.
“Ouch!” Alila terjerit kecil.
Rupa-rupanya ada luka kecil di tangan. Langsung dia tidak perasan. Seingatnya, semasa dia melakukan kerja tadi dia memakai sarung tangan. Bila masa pulak luka?
Walaupun lukanya sangat kecil dan hampir tidak nampak, hanya TUHAN yang tahu pedihnya disiram dengan cecair pencuci tangan itu. Terasa sangat seksa. Itulah antara hal yang paling tidak digemari oleh ‘cik misi’. Haru!
Kertas tisu ditarik dan Alila duduk. Dia tidak boleh berlama-lama di pantry. Sebentar lagi pasti banyak kes masuk. Telefon bimbit yang disenyapkan nada dering dikeluarkan dari poket uniform.
Alila baru teringat dia tidak pernah pun memadam gambar kenangannya bersama Amar. Masih penuh memori telefon dengan gambarnya bersama Amar. Perlahan-lahan Alila membelek gambar-gambar itu dan kemudian menekan ikon tong sampah di sebelah kanan skrin. Lenguh juga jari telunjuknya bergerak di skrin telefon.
Sampai ke gambar terakhir, jari telunjuknya teragak-agak. Gambar swafoto mereka berdua. Alila yang memaksa Amar keluar makan malam sempena Hari Kekasih. Amar sememangnya budak baik dan tidak pernah menjadikan 14 Februari sebagai hari untuk meraikan apa-apa di antara mereka. Cuma Alila yang jenis harung sahaja segala benda.
Sesungguhnya kedegilannya menjadikan hari itu hari terakhir buat mereka. Sampai hati Amar tidak pernah berterus-terang. Betul cakap mamanya, jangan cari orang kaya nanti susah. Orang kaya, walau sebaik mana pun mereka, nanti dicarinya juga pasangan yang sekufu.
Alila tidak jadi memadamkan gambar yang terakhir. Bukannya dia tidak boleh menerima kenyataan. Tetapi, biarlah gambar itu dijadikan peringatan. Hendak mencari pasangan biarlah sepadan. Dirinya hanya orang kebanyakan sahaja. Bekerja sebagai jururawat, setakat kuli, mana padan dengan doktor.
Kalau ada kes jururawat berkahwin dengan doktor pun, mungkin doktor itu biasa-biasa sahaja, tidak ada ibu bapa yang merasakan diri mereka hebat seperti ibu bapa Amar. Enggang biar terbang bersama enggang, pipit terbanglah mencari pasangan pipit yang lain.
Alila malas hendak melayan kisah Aku Seekor Pipit. Cawan dibasuh dan keluar sahaja dari pantri, Alila disapa mesra oleh PIC yang nampaknya sedang ralit berbual dengan Dato’ Ng.
“Alila, sini.”
Automatik pandangan Alila bersabung dengan Kinah. Inilah yang dikatakan speaking of the devil. Tak pasal-pasal Alila rasa kehadiran PIC mereka, Dr. Shahran sangat tidak kena pada masanya. Nampak sangat kehadiran lelaki itu mengiakan gosip Kinah dan Zahira sebentar tadi.
Sungguh di awal perkenalan dia tidak pernah tahu Amar anak kepada MD tempat dia bekerja. Bagi Alila, kalau sudah suka, tidak ada masa hendak melihat hal lain. Dia memang suka pada Amar yang sangat baik orangnya, tetapi dia tidak pula peduli siapa ibu bapa Amar. Dia hanyalah seorang jururawat. Tentulah doktor hebat seperti ayah Amar tidak akan memandangnya.
Jawatan MD dipandang tinggi oleh setiap individu kerana itulah pangkat bagi bidang klinikal yang paling tinggi. Ada dua pangkat sahaja dalam sesebuah hospital yang menerajui tampuk pimpinan paling tinggi iaitu MD atau PIC dan Chief Executive Officer (CEO) atau Executice Director (ED). Seorang jaga bahagian klinikal, seorang jaga bahagian operasi. Kalau di hospital kerajaan lain pula gelarannya. Bertingkat-tingkat lagi jawatan utama dalam sektor kerajaan.
“Alila, macam mana kerja kat sini setakat ni?”
Alila tersenyum sebelum menjawab. Ketika dia masih seorang jururawat junior dahulu, memang dia sangat takut sekiranya mana-mana doktor mengingati namanya. Dia selalu berdoa agar setiap doktor lupa akan namanya. Maklumlah ketika itu semua urusan masih belum efisien. Memang takut disergah dan disuruh melakukan pelbagai hal.
“Okey Doktor. I’m doing great.”
“Hospital kita dah banyak upgrade dan setakat ni yang paling canggih. We are ready for a more competitive market,” ujar Dr. Shahran dengan menunjukkan semangat yang tinggi. Maklumlah, kini semakin banyak hospital swasta dibina. Jadi pesakit mempunyai banyak pilihan. Perlu ada sesuatu yang istimewa barulah boleh menarik minat pesakit untuk datang.
Perbualan kosong akhirnya melencong ke arah kerja. Apatah lagi Dr. Ng beria-ia bercerita tentang pesakit terbaharunya. Dr. Shahran pula beria-ia mengangguk. Pesakit membawa maksud duit dan setiap jenis prosedur yang doktor lakukan ialah duit. Lebih banyak prosedur, lebih banyak caj dan lebih mahal bil rawatan pesakit. Sekiranya tiada duit, pesakit perlu reda sajalah melangkah ke hospital kerajaan yang hakikatnya tidak kurang hebatnya dari segi servis klinikal.
“Awak tahu bila mesyuarat aset akan diadakan?”
Alila menggeleng tanda tidak tahu. Dia cuma akan dijemput sekiranya department A&E ingin membeli mesin baharu dan dia pula bukan ahli jawatankuasa mesyuarat aset.

“Dr. Ng, you tahu tak kita sedang bersaing dengan IJN untuk membeli mesin pembedahan robotik yang terbaru?” soal Dr. Shahran. 
Alila hendak mengatur langkah untuk beredar dari situ. Dia tidak mahu mendengar tentang urusan barang yang tiada kena-mengena dengan A&E.
“Doktor, saya jalan dulu. Nak cari plaster, luka sikit ni,” beritahu Alila sambil menunjuk luka yang tidak seberapa itu. Dia sengaja mencari alasan.
“Okey, jangan sampai terkena infection pulak. Have a great day ya.”
“You too, doc,” balas Alila kemudian berlalu dan menepuk pipi sendiri.
Plaster? Dia sendiri tidak percaya dengan alasannya tadi. Macam dia pula yang ada penyakit terlebih manja kerana luka sedikit pun beria-ia mahu diplaster.
Alila menuju ke kaunter di tengah-tengah A&E.
“Tolong hulurkan saya plaster tu.”
“Aik sister, kata hospital punya tak best, stok pink sister mana?”
“Oh, saya bagi kat Mr… ah… tak ada apa-apalah. Bagi aje kat saya.”
Alila dengan hati-hati menampal plaster sambil fikirannya menerawang. Boleh pula fikirannya membuat ulang tayang setiap gerak laku Mr. Saviour. Kerutan di dahinya, anggukannya, wajah selambanya yang meminta dua plaster sedangkan Alila beri satu sahaja. Paling penting adalah senyuman dua saat yang dilemparkan sebelum Alila cepat-cepat mengalih pandangan ke arah Pasha bermain-main di fikirannya.


JUDE hampir-hampir menendang kaki meja di depannya namun mujurlah wajah ceria si adik menenangkan jiwa, mengingatkan dirinya agar terus bersabar.

LET A HUNDRED FLOWERS BLOOM.

Tulisan dengan huruf besar di skrin telefon seakan-akan memomokkan Jude. Permainan duniawi yang memerangkap hidupnya sekian lama. Bermula dengan tiada sebarang perasaan sehingga membawa rasa yang Jude tidak sanggup lagi memikirkan berapa banyak dosanya terhadap manusia yang tidak pernah pun dikenalinya. Mereka fikir dia bodoh? Mereka fikir ini semua kebetulan? Kenapa dia? Kenapa?
“Betul tak nak ikut?”
Jude menggeleng. Mata dipejam lama seumpama menahan diri daripada meledakkan amarah yang terpendam. Saat mata dibuka, wajah ceria terpampang. Kelihatan sangat teruja dengan percutian keluarga yang sedang dirancang.
“Kita orang akan singgah jemput Juita kat Singapore, kemudian terus terbang ke Melbourne. June tunggu kat sana terus. Rugilah abang tak ikut. Kali ini kita orang punya rancangan gempak gila tau. Never ending party sambil menikmati permandangan yang paling indah di Melbourne dan banyak lagi dalam senarai.
“Abang baru dapat panggilan dari ibu pejabat. Abang nak kena kerja,” balas Jude, mengawal riak sambil merujuk ke telefon bimbit di tangan.
Julia mengangguk sambil membelek plaster merah jambu yang masih di jari. Lasak betul plaster ni. Dah berapa hari pakai buat mandi pun masih elok.
“Pergi mana? Balik U.S ke?”
“Moscow.” Jude kerling ke arah plaster merah jambu di jari si adik lantas senyuman nipis tersungging di bibir.

“Moscow? Wah, tiba-tiba Julia rasa Melbourne dah tak menarik!” Tinggi suara Julia melantun diiringi ketawa kuat. Kalaulah boleh nampak di udara frekuensi suara tu mesti kelakar.
Jude mengangguk. Sudah lama Julia dan adik-adiknya yang lain sibuk ingin pergi ke St. Petersburg tetapi dia tidak pernah melayan. Rusia dan segala kenangan yang ada di sana menjadikannya tempat terakhir dalam senarai pilihan Jude untuk pergi bercuti melainkan zaman bersama Sean dan Jijie. Kali ini disebabkan kerja, jadi dia terpaksa!
Pengalaman pertama di sana yang sepatutnya menjadi kenangan zaman remaja yang indah telah tersemat menjadi kenangan yang paling pahit.
“Penat kut bang, kerja based kat U.S. Kejap travel ke Jerman, lepas tu Moscow. Tu baru Julia sebut negara yang merentas benua, yang lain-lain tempat abang pergi tu? Nak bujang sampai ke mati abang kalau terus macam ni? Kenapa tak kerja dengan Brown aje? Common, daddy tak hantar pun abang belajar sampai Imperial untuk jadi kuli orang forever.”
“Julia, abang pun tak rancang nak jadi kuli orang forever. Nak jugak jadi bos,” balas Jude, sengaja menekan perkataan forever.
Dia pun memang tidak akan lama di Intuitive Surgical. Tekanan yang diterima rasanya sudah sampai ke penghujung. Biar apa pun taruhannya, I want my freedom back! Hati Jude memberontak.
Jude melirik ke arah Julia dan melemparkan senyuman. Mata kembali beralih ke skrin telefon bimbit. Tetingkap WhatsApp ditutup berganti dengan The Star Online. Berita yang terpapar di skrin sangat menarik perhatiannya.

MOSCOW - Last 2012, Intuitive Surgical, the inventor of da Vinci has lost its monopoly right for the production of such systems and they became more available to medical experts. The specialist believes in this, but then came the latest da Love. From da Vinci to da Love, there are hardly any chances for the system to be made in Russia - the Russian robotic technology in this field lags far behind the foreign competitors.
Russian surgeons are known as wizards for their hands, but the current development of the robotic technology in the world may deprive them of their reputation in a blink of an eye.

“Daddy, pujuklah Jude ikut kita. Please…” rayu Julia sambil berdiri dan menarik tangan Encik Jayden ke arah Jude.
“Apa?” Jude buat muka tak bersalah.
“Kita tengah pujuk ni. Tak nampak?”
“Tak.” Jude beralih sedikit, memberi ruang agar Encik Jayden duduk di sebelahnya.
“Nak ke mana pula kali ni?”
“Moscow. Boltkin beli mesin baru. Team installation diminta turun. Ada masalah katanya,” jelas Jude, ringkas.
Encik Jayden serius memandang anak lelaki sulungnya.
“Tak stabil? Ingatkan lagi bagus daripada da Vinci.”
“Sepatutnya macam tulah tapi ni lebih kepada Intuitive nak balik kuasa monopoli. Jadi yang dia orang upgrade cuma dari segi imej dan perkakasan. Looks more robotic-friendly than da Vinci. Imej yang lagi jelas tu yang jadi modal utama pasaran. Nak dipendekkan cerita, benda lain semua sama.”
“Daddy dengar mesin baru tu pun nak masuk pasaran Malaysia. Betul ke?”
Jude mengangguk. Setakat ini, hanya ada tiga buah mesin da Vinci di Malaysia dan mesin robot tercanggih yang baru diluluskan oleh FDA (Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat) sedang dalam perebutan antara IJN dan pusat perubatan swasta terkemuka di Malaysia. Siapa pun yang dapat, yang untung tetap dia. Inilah peluang terbaik untuk berada di tanah air sendiri. Jude tidak kisah pun sekiranya turun pangkat daripada penyelidik terkemuka kepada bahagian operasi. Kepakarannya amat diperlukan dan adanya dia di tanah air sendiri akan menguntungkan negara dalam pelbagai aspek.
“Daddy, cerita bola lagi baguslah. Cerita kerja bosan.”
“Hmm… sebab dah tahu ending cerita mesti daddy suruh Jude balik kerja dengan Brown kan?”
“Betul tu daddy. Paksa aje abang tu.” Julia menyampuk.
“Ok… bola kita ni apa cerita terkini?”
“Qu Puteh daddy,” ujar Julia, tersengih lebar. Perli sebenarnya.
Dunia sukan tiba-tiba meriah dengan penaja utama pasukan negeri. Jarang terjadi dalam sukan tanah air penaja lagi popular daripada pasukan tajaan.
“Harapnya musim baru liga Malaysia ni semacam ada satu aura yang berbeza. Bukan terhad kepada penaja yang popular semata-mata.”
“Yalah daddy, Jude pun dah naik malas nak layan liga ni. Harap-harap apa berlaku di atas padang sama hebat dengan aura yang terpancar, bukan yang berlaku di luar padang, di luar stadium, dalam terowong dan sebagainya yang hebat. Moga ada minat nak layan bola tempatan semula,” ujar Jude dengan maksud yang mendalam.
Tidak sampai 15 minit bermalasan dan berborak daripada topik bola sehingga berpatah balik ke topik Melbourne, Jude mendapat panggilan telefon dengan membawa berita yang sekian lama ditunggu.
“Kejap ya daddy,” ujar Jude sopan, meminta izin untuk menjawab telefon.
Encik Jayden hanya mengangguk.
“Kau yakin ke betul?” Jude bertanya untuk kesekian kalinya.
“Daddy kau tu macam dekan di bawah pangkal buluh. Hati-hati,” pesan Encik Bakar, penyiasat upahan Jude. Dia ketawa ketika mengingatkan Jude.
Jude pula lelah mentafsirkan peribahasa. Ikut situasinya sekarang, yang paling logik ialah mungkin Encik Bakar merujuk kepada sikap Encik Jayden yang sangat pandai berahsia. 













Sunday, 17 December 2017

LOVE LILA BAB 1









BAB 1











“ALI… Ali… you okey ke tak ni?”
Alila yang sedang asyik melayan perasaan mencari suara yang menegur. Badan ditegakkan.
“Maaf, susahkan you. Terima kasih jugak sebab habit  suka check-in tempat tu. Ada faedah jugak akhirnya.”
Amar tersenyum lebar. Sepanjang hubungannya dengan Alila, salah satu perangainya yang Alila cukup tidak suka ialah menggunakan aplikasi check-in di Facebook. Bagi Alila, tidak perlu sibuk hendak beritahu orang di mana mereka berada. Bagi Amar pula, semua itu tidak ada makna apa pun. Bukan luak pun orang tahu dia dan Alila di mana. Malah tanpa Alila pun Amar sering menggunakan aplikasi check-in. Gerak lakunya tiada yang perlu dirahsiakan.
“Niat kita yang penting Ali.”
Alila angguk. Amar yang sering berada di jalan yang lurus, yang sentiasa ikhlas dan yang sentiasa menambat hatinya. Malangnya, Amar di hadapannya kini bukan lagi miliknya.
“Ali, kita pergi makan dulu? You mesti penat dan masih terkejut. Laporan polis tadi simpan elok-elok. Itu aje harta paling berharga sekarang ni. Hmm… nasib baik telefon tak kena rembat sekali. Tengah bercakap dengan boyfriend baru ke sampai kena ragut tu?” soal Amar dalam nada bergurau.
Alila menepuk bahu Amar tanda beria-ia menidakkan tekaan Amar.
“Sorry.” Cepat-cepat Alila tersedar. Dia bukan lagi sesiapa dalam hidup Amar.
Amar melontarkan senyuman. Reaksinya seperti tiada apa-apa yang berlaku antara mereka. Umpama semuanya baik-baik sahaja.
Alila mengekori Amar ke kereta dan seakan-akan dapat membaca gerak langkah Amar yang seperti kebiasaannya.
Cepat-cepat Alila bersuara, “Please, jangan layan I macam ni. Tak betul semua ni.”
Amar gelak.
Alila terdiam. Aku ada buat lawak ke?
“You ingat I nak buka untuk you ke?”
Alila angguk. Eh, bukan ke?
“Ali,” sebut Amar dengan slanga Inggeris yang pekat.
Sebutan nama Ali kedengaran sebagai Eli di telinga Alila dan sesungguhnya dia rindu. Hanya Amar yang memanggilnya begitu. Hanya Amar.
“I nak bagi you ni. Masuklah. You nak buka pintu sendiri kan?” Amar dengan gelak kecil menghulurkan sapu tangan yang baru dikeluarkan dari poket kepada Alila dan terus bergerak ke tempat penduduk pemandu.
Alila bungkam. Kenapa mesti begini Amar? Kenapa masih prihatin seperti dulu.
“Kita makan kat tempat yang selesa sikit, kemudian I hantar mana you nak pergi. You nak balik KL terus pun I boleh hantar.”


“CANTIK tempat ni,” puji Alila.
Terasa macam pasangan sedang berkasih. Sungguh keadaan sekelilingnya sekarang membuatkan dia terasa hiba. Amar memilih meja makan yang paling tepi. Pandangan boleh ditebar ke seluruh pelosok Melaka tanpa halangan. Mahu ditanya apa perasaan sebenar Amar sekarang kerana Amar langsung tidak nampak kekok.
Saya bukan lagi kekasih hati awak Amar. Bukan lagi milik awak. Hatinya memberontak.

Amar, you kat Melaka? I nak minta tolong.

Tidak sampai setengah jam selepas WhatsApp dihantar dan dibalas, Amar terus berada di depannya dan kini masih tenang duduk setentang menikmati hidangan makanan barat di The Shore. Keluar dari perut kereta, Alila hanya menurut dan tidak banyak cakap. Sungguh dia tidak mampu hendak mengarah dan memilih tempat seperti dulu-dulu. Mulut terkunci dan saat Amar menekan butang lif 41, peluh mula merenik di dahi.
“Sedap?”
“Bolehlah,” jawab Alila ala kadar.
Pemandangan yang terhidang di hadapan mata tidak setanding dengan makanan yang dihidangkan di atas meja. Terlalu banyak restoran makanan barat di Kuala Lumpur yang biasa Alila lewati, menjadikan hidangan di restoran Pampas Sky Dining Steakhouse biasa-biasa sahaja.
“Tempat kerja baru macam mana?”
“Bolehlah.” Masih terlalu awal untuk Alila menilai.
Amar meletakkan pisau dan garpu ke pinggan.
“Ali…”
Alila membalas renungan Amar.
“Ya.”
Amar menarik nafas dalam. Dia kenal dengan renungan Alila yang ini. Dia tahu apa maknanya.
“You nak dengar jawapan macam mana? I okey. I bahagia. Nak-nak lepas baru clash dengan boyfriend. Lepas tu kena pindah tempat kerja pulak. Oh, yes… I’m so freaking happy. You know… like the world is mine.” Suara Alila agak meninggi. Straw di dalam gelas dimain-mainkan.
“I minta…”
“Jangan. Jangan cakap apa-apa,” pintas Alila.
Kita berkasih. Kita berpisah. Ucapan maaf tidak relevan untuk situasi begini.
“Amar, makanan kat sini sedap. Sunset view with you sounds so cliche. Terima kasih sebab you tolong I, terima kasih sebab you buktikan yang you memang lelaki yang baik sehingga saat ini. Semua ni, makes me feel so good. I don’t feel like a loser at least for a moment. At least, when I am with you.”
Alila menarik nafas. Lega. Terngiang-ngiang suara mama saat ini.
“Berapa kali mama cakap Amar tak sesuai dengan Lila. Kita ni siapa, dia tu siapa. Sekarang ke Lila baru nak sedar?”
Mama, sampai mati Lila akan ingat pesanan mama dan Lila janji, Lila tak akan melakukan kesilapan yang sama sekali lagi. Getus hati Alila.
“Ali, kita lepak kat atas dulu? Jom!” ajak Amar seakan-akan tidak mahu membiarkan senja yang menjelma berlalu tanpa Alila di sisi.
“I nak balik.”
“I hantar you balik sampai KL terus lepas Maghrib. I janji.” Amar angkat tangan seakan-akan bersumpah.
You janji you cintakan I tapi you lupa. You janji you akan setia tapi you alpa. Hati Alila berkata-kata.
Alila tersenyum sinis. Ada apa dengan janji? Alila menimbang-nimbang pelawaan Amar. Hendak terus balik ke KL, Alila umpama orang hendak memandang pulau, perahu ada, pengayuh tiada. Alila memegang kejap telefon di tangan. Satu-satunya harta yang dia ada di saat ini. Dengan terpaksa, Alila menurut sahaja.
“Okey tak ni?” Amar memandang Alila di belakangnya.
“Okey.”
“Buat senaman sikit bagi cergas.”
Right on! Alila menjawab dalam hati. Anak tangga demi anak tangga dipijak dengan penuh hati-hati. Jantung Alila berdebar bagai nak rak.
“You bukan acrophobia tapi kenapa berpeluh dan pucat ni?” soal Amar sambil turun satu anak tangga untuk menyaingi Alila. 
Acrophobia ialah perasaan takut pada ketinggian. Jauh panggang dari apilah kerana pekerjaan sampingan Alila menuntut keberanian untuk berada di tempat tinggi.
“You ikut I rapat-rapat.”
Amar menggenggam erat telapak tangan Alila. Sampai ke kaunter di tingkat 42, sebelah tangan menggagau mencari dompet untuk membeli tiket dan sebelah tangan masih memegang tangan Alila. Tiket berharga RM 18 seorang, mahal atau setimpal semata-mata hendak mengecapi keindahan pemandangan Melaka dari puncak belum dapat Alila nilaikan.
“I okey.” Alila meloloskan genggaman tangan Amar. Kedua-dua belah telapak tangan digosokkan.
“Jom.” Amar kelihatan bersemangat. 
Saya tahu awak okay, dear Alila. Tadi Amar sempat mengira denyutan nadi Alila, dari telapak tangan, tangannya beralih ke pergelangan tangan mencari nadi. Mujurlah semuanya normal. Denyutan 70 hingga 90 kali dalam tempoh seminit adalah normal dan denyutan nadi Alila dalam kiraannya tadi, 85 kali per minit.
Berada di atas puncak The Shore yang digelar Sky Tower di Melaka adalah perkara yang menggembirakan Amar dan Alila. Di celah semua permasalahan sekurang-kurangnya mereka berdua menghargai nikmat keindahan alam.
“Kadang-kadang I tak faham kenapa ramai sangat orang suka datang ke Melaka.”
“Sebab sejarahlah kut. Makanan pun ya,” jawab Alila, polos.
Pandangan ditebar ke arah lautan di hujung daratan Melaka. Wah! Pemandangan sama macam naik kereta kabel di Langkawi. Bangunan dan daratan yang dipagari oleh bukit-bukau dan lautan. Memang pemandangan dari puncak sungguh indah. Tambahan pula apabila matahari mula menyembunyikan diri. Pancaran warna senja teramat indah.
“Jadi betullah orang kita suka ingat sejarah lama. Kalau jantung kita berdegup laju, berpeluh dan wajah agak pucat selain daripada sebab kesihatan, memang sahlah sebab adrenaline rush. A history between us. Itu yang sedang berlaku terhadap you sekarang ni Ali. You love history as much as they do.”
“Amar…” panggil Alila sambil duduk bersila di sebelah Amar.
Terasa tamparan hebat kerana gagal menyembunyikan gerak laku. Terasa amat murah kerana mencari bekas kekasih saat diduga begini. Alila patut dapatkan bantuan Superman, Batman atau Ironman dan bukannya Amar! Kedua-dua belah kakinya diangkat dan dipeluk. Dagu ditongkatkan ke lutut.
“Ali… I harap dan berdoa you akan hidup bahagia tanpa I. Kalau you nak I ada dengan you sehingga you boleh lupakan ‘kita’, I akan ada untuk you. Just ask or…”
“…just forget,” sambung Alila.
“Ali, cinta dan jodoh adalah perkara yang berbeza dalam konteks kita. I always want you to come back, berlagak tak ada apa yang pernah berlaku dan kita akan hidup bahagia selamanya.”
“Saya akan jumpa orang yang cintakan saya, saya pun cintakan dia dan dialah juga jodoh saya.”
Melihat lambaian senja seolah-olah melihat semua yang pernah terjadi antara Amar dan Alila menjadi sebuah lembaran sejarah yang baru. Cinta ini biar pergi tapi hidup ini jangan ibarat seperti negeri berubah resam, ibarat tahun berubah musim.




Assalamualaikum and good day readers,

Alhamdulillah. Finally...

Coming to you this January 2018, Love Lila under new publisher: Alaf 21

Show some love okay :D

(I will post daily proofread chapter until January 2018 :p)




xoxo,

RA @ KL




Sunday, 30 July 2017

LOVE, LILA - CHAP 10

           






SUASANA di ruang tamu rumah Encik Jayden meriah dengan gelak tawa Juita, Julia dan Juhaidi. Macam – macam cerita keluar. Cerita basi semasa mereka bercuti di Melbourne tanpa Jude pun keluar lagi. Tak habis – habis biarpun dah berbulan. Maklumlah, dah lama mereka tak bercuti lengkap berlima. Mesti ada yang tercicir.
            “Hari tu dengar cerita cari the best roses in town. Nak bagi kat siapa?”
            “Tak payah tanyalah Juita. Jude ni mak cik cleaner pun dia bagi bunga.”
            “No Daddy. You should see his eyes. Bercahaya semacam.” Cepat Julia membangkang pendapat si ayah.
            Encik Jayden angkat kening. Juhaidi pula selamba sahaja menyuapkan makaroni bakar ke mulut.
            “I’m ready.” Juhaidi jawab gaya tak ada perasaan. Terus semua mata memandang ke arahnya.
            “Ready what?” Tanya Julia dan Juita serentak.
            “To settle down.”
            “Daddy ingat keutamaan Jude sekarang nak selesaikan hal kerja. Kata banyak masalah. Isu copyright lah, contractual lah. Mana satu ni?”
            “Daddy dah risau abang tak join Brown. Nasiblah.” Julia gigit bibir dan angkat bahu tanda tak nak masuk campur.
            Juhaidi meletakkan sudu dan garfu ke pinggan. Mulut dilap dan pinggan ditolak sikit ke depan. Banyak juga dia makan. Berselera sebab adik – adik perempuannya memang pandai masak. Keistimewaan yang jarang jumpa untuk perempuan muda di zaman moden ini. Tambah lagi mereka mempunyai pembantu rumah. Didikan arwah Mommy memang hebat. Anak – anak dilengkapkan dengan pelbagai kemahiran dan diajar agar pandai berdikari.
            “Daddy, Jude minta izin nak kahwin.”
            Encik Jayden terbatuk – batuk kecil. Juita tutup mulut. Julia tepuk tangan.
            “Tahniah!” Julia sahaja yang menerima berita yang dibawa Jude tanpa ada kepentingan sendiri. Cuma tadi apabila dia bertukar pandangan dengan Juita, umpama telepati mereka risaukan bagaimanalah penerimaan June nanti. Juita agak rapat dengan June jadi untuk terus sama – sama merasa gembira dengan berita yang dikhabarkan oleh Jude agak mengambil masa.
            “Julia dan Juita dah siap makan?”
            Ekor mata si ayah disambut dengan sedikit rasa gusar. Nampaknya jalan si abang tak semudah yang disangka.
            “Dah.” Juita menjawab sambil meneguk air limau suam kegemarannya.
            Julia angguk tanda dia pun dah siap makan.
            “Daddy ada nak cakap sikit dengan abang. Tinggalkan kami berdua sekejap.”
           


            ALILA teragak – agak untuk memberitahu Jude rancangannya hari ini atau tidak. Pakaian yang ada dalam almari diselak – selak. Rancangan mereka ialah ke Pavillion untuk membeli – belah. Kemudian cari tempat untuk makan dan lepak – lepak. Jadi kod pakaian boleh saja smart kasual. Ringkas sangat tak boleh kot terjebak makan malam kat restoran yang kategori ‘Fine Dining’.
            “Bukan suami pun. Tak payahlah nak report segala.” Alila membebel sendiri. Sebenarnya dia kecewa. Siang tadi Jude janji kalau dia lapang, nak bawa Alila makan malam tapi tengoklah dah hampir petang dan tak ada berita langsung. Alih – alih, budak – budak Mount E yang turun KL kerana menghadiri kursus pula yang sibuk ajak dia keluar merambu. Malam minggu kot, mana ada budak – budak sebaya dia yang separuh hidup menghambakan diri kat tempat kerja bila cuti nak duduk bertapa kat rumah.
            Akhirnya Alila memutuskan untuk memakai gaun potongan tirus yang labuh ke lutut berwarna kuning terang. Rantai leher panjang dengan loket geometri hitam disuai – padankan. Rekaan gaun tersebut cukup ringkas dengan leher berbentuk V dan berlengan pendek. Rambutnya yang panjang dibiarkan lepas sahaja. Alila berpusing di hadapan cermin. Okaylah, nampak ceria sikit pakai warna macam ni. Black is so boring. Pink is so foxy but I just hate pink.
            Tepat pada pukul 5 petang, Alila dijemput di hadapan rumah. Mujur Mama dan Papa tiada di rumah jadi tak ada sesi soal jawab sebelum keluar rumah. Hanya pesanan melalui WhatsApp diberitahu kepada Mama. Takut juga terbabas sampai tengah malam baru balik.
Setelah berjam – jam keluar – masuk kedai, Alila bersyukur sangat dia tak gatal nak sarungkan kasut bertumit tinggi. Mujurlah dia selamba sahaja menyarungkan sandal bertali halus.
            “Makan jom.” Seetha dah mula lapar.
            “Makan kat sini atau kat luar? Tuan rumah, ada cadangan?” Ivana merujuk kepada Alila yang terkial – kial dengan beg plastik dan beg kertas hasil membeli – belah sebentar tadi.
            “Aku mana – mana pun boleh tapi tunggu aku solat kat sini jap. Korang fikirlah. Malam minggu ni. Kalau nak lepak makan lama sikit baik kita keluar.” Alila sekadar memberi cadangan. Elok dia siap solat harapnya rancangan dah ada. Dia gagal sikit bab memberi cadangan makan dan lepak – lepak ni sebab mana – mana pun dia taram.
            “Kitaorang tunggu depan kedai Smiggle.” Janet membuat gaya menghalau Alila agar cepat – cepat pergi.
            Alila menyerahkan beg - beg ditangan kepada Janet. Malas nak usung semua masuk surau. Dah tua pun layan Smiggle lagi. Bahaya produk alat tulis keluaran Australia ini ialah orang nak beli bukan sebab nak guna tapi sebab suka tengok. Semua produk berwarna terang seperti warna kuning gaun yang dipakai dan mempunyai identiti sendiri. Kalau dia masih budak sekolah, mahu kopak Mama nak beli semua alat tulis ni. Mahal kot!
Alila meninggalkan Janet, Sheeta dan Ivana. Tak risau pun sebab ini bukan kali pertama pun bekas rakan - rakan sekerjanya di hospital Mount Elizabeth datang ke Kuala Lumpur. Mereka dah biasa. Macam mana Alila hafal setiap ceruk Vivo di Singapura, begitulah sahabat – sahabatnya dah hafal setiap ceruk Pavillion. Sepuluh minit kemudian Alila selesai mendirikan solat Maghrib dan keluar dari surau dengan make up di wajah yang dah dibersihkan. Malas nak merias lagi, Alila hanya melengkapkan gaya dengan mengoles gincu berwarna neutral di bibir.
            Mereka berlima meninggalkan Pavillion sejurus selepas meninggalkan butik Smiggle. Kali ni Alila tak terjebak membeli pen walau pun habis juga dekat lima ratus ringgit Alila berbelanja. Jururawat dengan pen hilang umpama irama dan lagu. Tak boleh dipisahkan. Tak sah kalau tak hilang pen melainkan gantung kat leher. Mujur awal bulan. Alila jenis spesis berjimat cermat. Nak cari baju nak yang fesyen cantik – cantik tapi kalau boleh nak masuk kedai tahap Reject Shop aje. Cuma hari ni terbabas juga beli dua pasang baju jenama Dorothy Perkins dan Bebe. Kena bertaubat lepas ni sebab wajib dah simpan duit nak kahwin kalau molek sahaja perjalanan hubungan Alila dengan Jude. Kalau betul bagai dikata, nak masuk 200 hari tu bukan lama. Silap haribulan kena buat pinjaman peribadi nak kahwin sebab tak cukup duit. Bab ni Alila seram sikit. Nak majlis kahwin cantik – cantik atau sekadar ikut apa ajelah yang dia dengan Papa mampu.
            Kereta diparkir tak jauh dari blok yang dituju. Malam minggu mana berani nak parkir bersepah. Mahu kereta lesap nanti. Baru sahaja melabuhkan punggung di kerusi, telefon Alila berbunyi. Senyum sampai ke telinga nampak nama yang tertera di skrin telefon. Alila berborak tanpa meninggalkan meja. Tak kisah pun perbualan didengari oleh Ivana and the gang. Biar pun tak lama Alila di Mount E tapi hubungan mereka sangat akrab.
            “Pak we la tu.” Janet mengusik.
            Alila sengih. Dengar suara Jude di hujung talian dengan latar belakang muzik kompilasi Listen Without Prejudice daripada George Michael memang kena betul.
            “Bukan saya dah cakap nak ajak keluar makan malam ke?”
            Alila dah serba salah. Ketat jugalah suara orang di hujung talian. Separuh perasaa rasa bersalah, separuh lagi Alila gembira sahaja dikelilingi oleh teman – teman lama yang sekepala. Itu yang tangah sempat tunjuk apa yang dia nak di menu. Pakai bahasa isyarat pun  boleh buat pesanan.
            “Kawan tempat kerja lama di Mount E datang. Saya teman dorang jalan. Kalau nak saya temankan awak makan boleh aje.” Alila memujuk.
            “Cakaplah awak kat mana. Saya jemput but I’ll give you time to have fun with them first. Awak tunggu je, saya akan datang.”
            Alila memberitahu lokasinya secara ringkas. Nak lagi tepat kejap lagi kongsi sahaja lokasi menggunakan aplikasi WhatsApp. Lagi tepat dan memudahkan Jude. Alila lega kerana dalam nada suara Jude yang serius tapi tetap tinggi toleransinya.
            “Korang tidur mana malam ni?” Alila bertanya sebaik memutuskan panggilan telefon.
            “Kat Dorsett. Jomlah join. Lamalah tak borak sampai lebam.” Ivana memujuk.
            Alila geleng kepala. Dia tak minta izin Papa pun tadi nak bermalam di luar jadi tak beranilah nak berjanji. Balik lambat biasa Papa bising sikit je. Kalau langsung tak balik memang boleh jadi kes anak derhaka. Mahu Alila kena halau keluar rumah. Kebebasan yang diberi taklah sampai tak ada sempadan.
            “Jomlah borak sampai ‘lebam’. Tadi kau nampak baju, kasut dengan beg aje. Pandai pula sekarang buat - buat nak borak dengan aku kan.” Alila perli. Kek lobak merah bergula melaka yang dipesan tampak amat menyelerakan. Nak makan benda lain Alila takut tak sempat. Nanti Jude sampai, nak smabung makan malam sesi kedua pula.
            “Gambar yang JJ tag kat Facebook kau tu memang betulkan? Bukan Photoshop?” Seetha pandang muka Alila tak sabar menanti jawapan.
            Alila dah agak. Mesti ada juga yang akan bertanyakan gambar ‘artsy’ tempoh hari.
            “Memang gambar betullah. Kejap lagi dia datang ambik aku. Aku kenalkan nanti. Aku balik dengan dia korang tak ada masalah kan?”
“Boleh je. Kasi ‘can’ lah.” Sheeta menyambut dengan ketawa. Mereka menikmati makan malam sambil berbual pelbagai topik. Dari isu tahun ni durian tak banyak masuk ke Singapura kerana kurang menjadi sampailah kepada topik yang tak dapat nak dielakkan; drama doktor dan pesakit. Dah keluar hospital pun masih ingat tempat kerja. Pekerjaan lain tak ada kot yang 24 jam ingat tempat kerja.
“Korang ada baca tak latest news kes kat hospital di Hong Kong?” Alila baru nak sambung lagi topik sensasi dunia perubatan apabila bahunya ditepuk lembut dari belakang.
“Nurses and their talking shop.” Jude senyum dan menyambung. “Hai everyone.”
Alila membalas senyuman dan memperkenalkan Jude kepada Sheeta, Ivana dan Janet.
“Hai Jude. Alila kena sambung gosip Hong Kong dia lain kali.”  Sheeta membalas sambil merujuk kepada ‘talking shop’ yang dimaksudkan oleh Juhaidi iaitu bercakap dengan rakan – rakan perihal kerja walau pun berada di luar waktu kerja. Semua yang ada di meja ketawa mendengar ayat balas Sheeta.
“I pinjam Miss Alila and the dinner is on me. Have fun ladies!”
“She’s all yours.” Janet mengusik Alila.
“Thank you for the dins.” Ivana pula mencari peluang untuk berbual. Mata memang tak boleh nak lepas tengok buah hati Alila ni. Gred A plus. Rupanya yang kacak, gayanya yang ranggi tetapi kemas dan bahasanya yang mesra buat mereka semua selesa dan Ivana rasa dari bahasa mata Sheeta dan Janet mereka sependapat dalam memberi markah.
Jude terus ke kaunter membuat bayaran sambil memberi peluang kepada Alila mengucapkan selamat tinggal kepada kawan – kawannya.




            “SINI?” Alila pandang ke arah papan tanda di depan mata dan toleh pula ke belakang.
            “Okay kan? Ke tak okay? Nak pergi tempat lain? I don’t want to waste time and this place kinda cool. Saya pernah datang tapi lama dululah.”
            “Saya boleh bau lagi minyak wangi Janet dari sini….tapi boleh lah. Jom masuk.” Alila geleng kepala. Semasa mereka melangkah keluar restoran Table 23 dan dia dah terbayang Jude bawa tempat makan yang romantis. Paling kurang pun yang menghadap pemandangan Menara Kuala Lumpur atau KLCC. Alih – alih Jude berhenti sepelaung sahaja dari restoran Table 23.           
            “Ni Billie Holiday dan ni Miles Davis.” Jude tunjuk gambar di dinding seraya mengatur langkah terus ke meja yang ditempah. Terteleng – teleng Alila nak kenal mana satu Billie Holiday mana satu Miles Davis. Kot ya nak bagi dia kenal sangat, berhentilah dua – tiga saat bagi dia telek betul – betul.
Jude memilih untuk bersantai di tingkas atas. Kalau di tingkat bawah, nanti sesak pula dengan orang yang datang semata – mata nak menikmati ‘live music’ oleh artis jemputan. Restoran dan bar No Black Tie terkenal dengan artis jemputan popular untuk mendendangkan lagu atau muzik Jazz. Suasana dan lagu latar memang relax dan menenangkan tapi bayaran masuk yang dikenakan agak mahal bagi Alila. Tempat dan dekorasi tak adalah mewah mana pun.
            “Tengok muka saya pun dah tahu ke saya buta Jazz?”
            Jude gelak. “Tak nak dengar live music tak pe. Just listen to me.”  
            “Don’t worry. I am a good listener so I can listen to both. I spend half of my working hours listening to bullshit.” Meja yang Jude pilih agak strategik kerana Alila boleh curi pandang tengok persembahan di tingkat bawah. Kot lah orang kat depan dia ni nak layan Jazz semata bukannya nak layan dia pun. Mata Alila melilau pula melihat menu.
            Jude gelak lagi. Alila ni umpama ‘happy pills’ seorang Juhaidi Johari. “Coke and crispy potato wedges.”
            “Itu aje?” Alila merungut perlahan tapi jelas di telinga Jude.
            “Saya dah makan berat kat rumah. I’m sorry but you just order what you want to eat.”
            “Tadi cakap nak dinner. Penat tau saya rasa bersalah tadi sebab keluar tak tunggu awak telefon rupanya dia dah kenyang pun. Light coke je lah.” Alila hanya memesan minuman. Menu kat sini memang tak menarik sangat pun. Ramai datang sebab nak lepak semata. Mujurlah dia tak terlalu lapar dan mengenangkan kalori sepotong kek lobak merah bergula Melaka yang dimakannya tadi menyamai kalori sepinggan nasi, elok jugalah Alila menahan nafsu makan.
            “Alila, cuba sambung cerita awak kat Hong Kong tu.” Jude memang boleh layan apa jua cerita kalau bersangkut paut dengan bidang perubatan.
            “Oh, tu pasal satu kes jadi kat hospital di Hong Kong. Seorang pesakit yang ada obesiti ni jatuh dari wheelchair masa ditolak oleh jururawat dan pesakit tu saman. Final verdict surprisingly yang salah bukan jururawat yang tolak wheelchair tu tapi kebetulan ada seorang jururawat yang lalu di sebelah semasa kejadian. Jururawat tersebut disabitkan bersalah sebab tak tolong walau pun ada di tempat kejadian.”
            Jude senyum segaris. Langsung tak terkejut. Keadilan yang dicari kalau melibatkan pelbagai pihak susah nak ditujukan kepada A atau B. Tak semudah itu. Dia dah biasa menyaksikan kesan selepas setiap projek yang dijalankannya berjaya. Tak pernah sekali pun Intuitive disabitkan bersalah.
            “Jadi, risaulah ni?”
            “Ya lah. Kami kat hospital kena panggil dengan top management. Dorang pesan agar extra careful dengan pesakit zaman sekarang. Kita ada kat hospital nak membantu save lives tapi dorang nampak kami ni dah macam gaya nak membunuh dorang pula.” Panjang lebar Alila berkongsi cerita.
            “Tell me about your work. Saya rasa sangat menarik kerja awak tu.” Alila pun nak tahu juga pekerjaan sang kekasih siap suka – suka pergi balik Moscowlah, USA lah.
            “Tak lah menarik sangat. You saved lives in your capacity and I created something to make life easier for people like you.”
No…you saved lives. I killed people for living. That’s the hard truth. Kata hati yang amat perit untuk diakui. Jalan untuk berpatah ke jalan yang benar juga amat sukar tapi kerana kesedaran yang sedikit demi sedikit menjengah semuanya akan menjadi kisah paling pahit dalam hidupnya. Kerjaya yang tak pasti, keluarga yang penuh rahsia dan masa depan yang sedang dicorakkan agar kembali bercahaya.
            “What I am amazed by is, this is the first time I know anyone who created something so tech! I’m so glad that you are not a doctor.”
            Jude gelak lagi. Ayat terakhir Alila tu rendah sahaja nada suaranya tapi cukup untuk buat Jude rasa sedikit selesa.
            “I’m so glad that you are mine.” Pintas Jude cepat, menyambung ayat Alila gaya berirama. Zaman media sosial ni memang mudah dapat maklumat cuma kena rajin FB hopping, insta hopping aje. Nanti akan jumpa semua rantaian maklumat.


            “Jude, why do you love me?”
            “Alila, why do you love me?”


            “Hey, mana aci. Saya yang tanya dulu.”
            “Baru nak tiru skema jawapan.” Jude melirikkan senyuman. Muzik latar menenggelamkan perbualan mereka seketika namun apabila turun ke nota yang rendah, Jude menyambung kata.
            “Betul nak tahu kenapa?”
            “Jangan nak bagi jawapan ala – romeo pula. Keluar bintang, bulan segala.”
            Jude senyum. Kerusi diengsot mendekati kerusi Alila. Bahu dirapatkan dan rambut Alila diselak ke celah telinga.
            “…sebab…”
            “Hmm…sebab?” Alila dah tak sabar nak dengar. Kalau dia budak baru belajar bercinta sah boleh pengsan dengan setiap pergerakan Jude. Mujurlah ‘hakak’ ni dah ada pengalaman bercinta. Getus hati nakal Alila.
            “You know how to…..”
            “..do CPR? No…no…I heard that a lot during my early practice. Not now please…” Alila menolak bahu Jude agar menjauhkan diri darinya sambil ketawa. Klise sangat alasan para lelaki suka keluar dengan cik – cik misi.
            ….how to take care of yourself. Awak pandai jaga diri sendiri Alila. Itu yang paling penting untuk kekal bersama seorang Juhaidi Johari. Kali pertama kerana keletahnya yang bersahaja. Kali kedua kerana rupanya yang rupawan dan perwatakannya yang menawan. Kali ketiga kerana hatinya sudah terpikat dan tak mungkin berpaling lagi. Cinta tak perlukan alasan berkajang.

            “You love me because I am your true love Alila.” Jude jawab terbalik. Patutnya tu sesuai jadi skema jawapan Alila. Sekilas tapak tangan diusap ke kepala Alila persis menenangkan anak kecil yang sedang menangis.

             Alila angkat kepala, memandang Jude yang sedang melemparkan segaris senyuman. Tiada kata yang mampu diungkap. Hanya sebuah senyuman terbentuk dibibir Alila. 

            Dear Jude,
            My first love is bitter. I just hope my true love is better and forever.

           Senyuman Alila menenangkan. Apa jua yang bakal terjadi kepadanya atau apa jua yang bakal dia harungi bersama Alila, manis atau pahit, Jude yakin Alila mampu. Mampu untuk terus teguh.

            Pertama, da Love. Kedua, Jayden versus Johari. Ketiga, my dear Alila. Kata – kata Encik Jayden sebentar tadi juga bersilang di minda. Kata – kata Encik Bakar yang memarahi Jude kerana lambat menghampiri keluarga Johari juga terngiang – ngiang. Rindu, siapa yang tak rindu? Kecewa, siapa yang tak kecewa? Sedih, siapa yang tak sedih? Takut, siapa yang tak takut? Semua jenis perasaan menakluk jiwanya cuma semangat kental seorang Juhaidi Johari yang masih kuat menongkah arus dugaan. Semuanya diatur satu demi satu. Akal tak sekali datang, runding tak sekali tiba.
           









                  

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...