Tuesday, 10 July 2012

Gadis Edisi Terhad (GET) Bab 1






“Awak ni Landscape Architect ke tukang kebun?”
“Minta maaf Encik. Staff saya salah fax design. Design yang difaxkan kepada Encik tu untuk projek lain sebenarnya.”
“Awak tak faham bahasa ke? Do I need to repeat my question?”
Tinggi suara jejaka di hujung corong telefon. Sebelum telefon dijawab lagi, Miza sudah memberi isyarat merah, zon pelanggan yang tidak boleh dibawa berunding. Control composure Jasmeen! Client is always right! Mantra tersebut memang dipahatkan sentiasa diingatan agar tiap kali dimaki hamun Jasmeen tetap boleh berlagak tenang. Kadang kala mantra yang dipahat pun boleh bergegar – gegar kat kepala ni apabila terang – terangan kesalahan memang dibahu pelanggan itu sendiri. Sekarang situasi memang tegang  kerana dalam kes ini memang terang lagi bersuluh, salah Cik Miza kita tu ya.
“Minta maaf Encik. Saya Landscape Architect bukan tukang kebun.”
Then act like one!
Talian dimatikan. Jasmeen terkedu. Miza yang dari tadi berdiri di muka pintu biliknya menyusun sepuluh jari memohon maaf. Raut wajahnya jelas takut dan penuh perasaan bersalah.
“Awak dah jumpa design sebenar yang sepatutnya awak fax tadi?”
“Dah Cik Lysha.”
Fax sekarang ya. Lepas tu call client untuk pastikan mereka dapat. Jangan fax buta je. Follow up dan follow through tu penting.” Lembut Jasmeen memberi arahan.
Ketegasan Jasmeen di dalam kelembutannya membuatkan semua kakitangannya amat hormat kepadanya. Syarikat yang dibina bertahun sudah ini mendapat tentangan hebat daripada Papanya sendiri. Tinggi harapan Papa untuk melihat Jasmeen menyambung hasil titik peluhnya tetapi Jasmeen tetap dengan pendiriannya sehinggalah membawa kepada penubuhan Integrate Landscape Sdn Bhd ini.
 Nak marahkan Miza terang – terangan pun bukannya budak kecil lagi. Miza sendiri pun dah lama berkhidmat untuk Integrate Landscape. Bagi Jasmeen semua orang pernah melakukan kesilapan dan kesilapan sekecil ini masih boleh dimaafkan cuma Jasmeen agak terkilan kerana ini projek pertama dengan Modenreka dan yang menjerit di talian tadi ialah Boss merangkap Ketua Arkitek di Modenreka. Jatuh imej pada pandangan pertama.
“Cik Lysha, tapikan..”
“Apa lagi Miza?” Jasmeen merenung tajam ke arah Miza yang masih berdiri di muka pintu menanti bait – bait yang bakal dimuntahkan oleh Miza.
Client tu handsome sangat! Tersangat – sangat!”
Get out now.” Perlahan Jasmeen memberi arahan.
Ingat apa la tadi. Handsome ke? Kacak ke? Macho ke? Ganteng ke? Ada kena mengena dengan Fellah Delisya binti Farhan? Ada kena mengena dengan Integrate Landscape Sdn Bhd? Namun Jasmeen tetap mengakui suara di hujung corong telefon tadi kedengaran amat berkarisma. Suara yang berkarisma sudah pasti sedikit sebanyak melambangkan peri rupa empunya suara. Boss Modenreka tu handsome dan berkarisma la agaknya. Karisma dalam kurang ajar. Boleh gitu?


***


Nama: Fellah Delisya binti Farhan
(Jasmeen nama manja sebab arwah nenek yang panggil.  Fellah tu katanya dalam bahasa Arab bermaksud bunga Jasmin. Apa – apa je lah tapi aku suka lagi orang panggil Jasmeen sebab Fellah tu macam pelik sangat.)
Umur: 27 tahun
Status: Bujang (Tak apa sebab belum lagi masuk kategori anak dara tua.)
Pekerjaan: Arkitek Lanskap (Orang selalu ingat aku tukang kebun! Tak kisah pun.)
Bapa: Farhan bin Abdullah
Ibu: Nur Maria binti Malik
Adik: Ferhad Daniel bin Farhan
Suara Bob Marley berkumandangan. Telefon diambil di celah handbag. Nama pemanggil dibaca. Ferhad. Panjang umur. Baru terlintas di fikirannya untuk menghubungi Ferhad sebentar tadi.
“Meen, jomlah keluar. Bosanlah duduk terperap kat rumah je.” Mendayu suara Ferhad menuntut perhatian Jasmeen.
“Tak nak lah. Hari minggu je aku ada peluang nak rehat. Nak tengok pokok bunga sendiri. Hari kerja sibuk kena layan pokok bunga orang. Kau datang sinilah. Aku buat BBQ.” Jasmeen menjawab malas.
Sesungguhnya dia memang malas nak merambu tak tentu hala di hujung minggu.  Pokok bunga sendiri yang dimaksudkan walau cuma taman sekangkang kera yang dihias ringkas di balkoni kondominium mewahnya tetap mendapat perhatian utamanya. Lega dan hilang penat lelah seharian bekerja di luar apabila melangkah masuk ke rumah, balkoni yang sentiasa dibiarkan terbuka menghidangkan suasana damai dan tenang. Kalau tengok lanskap ringkas tersebut, sesiapa yang melangkah masuk ke rumah Jasmeen pun pasti tertawan dan sanggup saja tidur di balkoni.
Balkoni yang mempunyai ruang yang terhad itu telah diubahsuai seratus peratus. Lantai ditukar dengan hamparan kayu yang tahan hujan dan panas. Di sekeliling persegi balkoni ditanam pokok bonsai yang berpuluh tahun umurnya. Sentuhan hardscape daripada kayu jati yang berlekuk selang seli di dinding dihiaskan dengan gantungan mini pot yang ditanam pokok bunga yang berwarna warni. Yang paling istimewa ialah tiang kayu jati ditinggikan dikedua – dua hujung balkoni yang diserikan dengan pokok bunga kertas yang berwarna pink terang cantik menjalar di tiang. Buaian kain yang dijahit khas dengan pilihan kain yang tahan cuaca digantung di kedua – dua tiang. Sekali pandang apabila melangkah ke ruang balkoni seumpama berdiri di taman yang cukup indah!
“Ala, nak tengok wayang.” Rengek Ferhad lagi.
“Tengok kat Astro First je lah. Nak tengok cerita apa? Aku subscribe sekarang. Kau datang lepak rumah aku.” Balas Jasmeen masih berdegil.
“Meen, jomlah. Please.”
Tak sampai hati pula mendengar rayuan Ferhad Daniel, adik lelaki yang berumur 21 tahun tapi perangai manjanya kalau dengan Jasmeen kalah budak Tingkatan 1. Nak harapkan Papa dengan Mama nak bawa Ferhad tengok wayang jangan haraplah. Faham sangat kalau hujung minggu begini, Papa dengan Mama sentiasa sibuk. Event! Event! Pelbagai majlis rasmi yang harus dihadiri mereka sehingga masa untuk anak sendiri amat terhad. Menjadi bekas orang kerajaan penting dan orang ternama amat sukar. Terlalu ramai orang yang menuntut diberi perhatian dan layanan.
“Aku terus jumpa kau kat Wangsa Walk. Tengok wayang kat sana je.”
“Lah, jomlah tengok kat Pavillion, KLCC ke.”
“Nanti kau pergi shopping lepas tengok wayang. Kalau kat Wangsa Walk aku tahu tak ada yang kena dengan selera kau. Aku nak terus balik lepas tengok wayang.”
“Kenapa aku ada kakak yang tak rock macam ni? KLCC please.”
“Kalau kau nak kakak yang rock, pergi ajak Ella jadi kakak angkat kau. Baru betul – betul rock.” Marah pula Jasmeen mendengar kata Ferhad.
“Meen, please.” Ferhad masih merayu untuk kesekian kalinya.
“Lepas tu teman aku pergi nursery kat Sungai Buluh kalau sempat.” Jasmeen akhirnya mengalah. Tak sampai hati mendengar rayuan Ferhad. Tak salah pun menghabiskan masa untuk satu – satunya adik kandung.
“La, kau pergi sendirilah. Tak ada kerjalah aku nak pergi cari bunga.” Tukas Ferhad dengan nada malas.
“Giliran aku tak nak pula kau teman.”
“Aku ajak kau hilangkan penat bekerja. Ajak enjoy. Kau kerja macam kuli dah aku tengok. Semua nak buat sendiri.”
“Akukan boss merangkap kuli. Multiskill ni namanya.”
“Kat nursery kau tak ada bunga tu ke yang kau nak cari sampai Sungai Buluh?”
“Tak adalah. Kalau ada kat nursery aku buat apa aku pergi beli pokok bunga orang? Datin ni cerewet sikit. Private landscape punya job ni. Menyesal juga aku ambil job ni.”
Tiba – tiba terlintas ingatan perbualan telefon dengan Bos Modenreka tempoh hari. Budget handsome lah tu kalau orang dah minta maaf pun dia tak boleh nak cakap elok – elok. Desis Jasmeen di dalam hati. Rasa nak juga diluahkan kepada Ferhad Daniel tentang peristiwa dimarahi jejaka budget handsome itu tapi dipendamkan sahaja. Lupakan je lah.
“Mesti dia layan kau macam tukang kebun kan?” Ferhad kadang – kadang bengang juga melihat Jasmeen yang sanggup turun padan semata – mata nak memilih bunga mengikut kepuasan pelanggan pada hal memang tak level lah. Bukan kerja Jasmeen tu.
“Biasalah. Macam kau tak tahu.”
“Jadi ke tak ni? Please... Penat dah aku merayu. Nak jumpa kakak sendiri pun susah.” Ferhad kedengaran seperti berjauh hati sahaja.
Ah.. Ferhad Daniel memang pandai membeli hati seorang kakak. Jasmeen amat mengerti tentang perasaan Ferhad kerana dia pun pernah melalui fasa yang sama. Zaman remaja yang amat sunyi. Patutnya kau cari girlfriend ramai – ramai Ferhad, jadi playboy. Janji hidup kau meriah. Meriah dengan hiburan, meriah juga dengan masalah! Namun Ferhad Daniel umpama cermin Jasmeen. Kalau Jasmeen meletakkan cinta di carta terakhir hidupnya maka Ferhad Daniel pun mempunyai carta yang sama. Cinta yang suci akan datang dengan sendiri, tak perlu dicari! Prinsip mereka tentang cinta sama.
“Yalah.” Jasmeen mengalah.
LG Prada diletakkan di atas meja. Panas dirasakan cuping telinga apabila lebih daripada 10 minit bercakap di telefon dengan Ferhad. Telefonnya yang usang itu ditenung lama. Kewujudan pelbagai telefon pintar di pasaran daripada bermulanya taufan Iphone sampailah ke ribut  Iphone 4 tidak pernah menarik perhatian Jasmeen. Dia tetap setia dengan LG Prada yang dibeli lima tahun yang lalu. Baginya cukuplah menaiktaraf laptopnya ke Ipad. Cukuplah dengan mengusung Ipad untuk pelbagai kegunaan maya. Telefon cuma alat berkomunikasi yang asas sahaja. Janji boleh bercakap, boleh berSMS dah mencukupi bagi Jasmeen.
 Jasmeen cuma amat geram kerana aksesori LG Prada amat susah dicari di pasaran. Sarung LG Prada kepunyaannya berwarna hitam yang diperbuat daripada kulit sudah kusam. Hampir kesemua butik Prada yang ada di Kuala Lumpur sudah dijelajah untuk mencari sarung rekaan khas LG untuk Prada tetapi ternyata aksesori tersebut amat terhad pembuatannya. Setiap satu telefon hanya diberikan satu sarung sahaja dan Prada tidak mengeluarkan aksesori sarung tambahan yang lain. Malang sungguh!
Remote Astro dicapai. Butang off ditekan. Remote air – cond pula dicari. Mana pula ni. Jasmeen tercari – cari sampai ke rak TV.
“Hah! Ni pun.” Jasmeen menarik remote air cond tersebut yang elok terletak di atas susunan majalah.
 Remote diambil. Surat yang diterimanya semalam yang berada di bawah remote tadi menarik perhatiannya. Tertera dengan jelas nama Fellah Delisya binti Farhan di sampul surat tersebut. Surat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke The New York Botanical Garden, School of Professional Horticulture, ditimbang – timbang. Bersilih ganti daripada telapak tangan kanan ke telapak tangan kiri.
“Kalau Papa tahu, mati.” Desis Jasmeen.
Surat diletakkan kembali. Beg tangan Gucci ebony diamante yang hanya boleh didapati eksklusif di gucci.com disangkut ke bahu. Kunci kereta yang disangkutkan di kotak kunci yang berbentuk burung ditarik.
“Bibik, bibik.”
“Ya Cik Lysha.”
“Saya nak keluar dengan Ferhad. Tak payah masak ya untuk saya malam ni.”
Kalau dah keluar dengan Ferhad, mesti banyak aktiviti sampingan daripada aktiviti wajibnya. Selepas menonton wayang sudah pasti Ferhad akan menyuruhnya jadi dayang pengiring menemaninya membeli - belah. Tak padan dengan lelaki, kuat shopping mengalahkan Jasmeen.
Alang – alang keluar baik ajak Ferhad makan makanan laut di Jalan Alor, Bukit Bintang. Tempat makanan laut yang paling sedap tetapi paling tak senonoh lokasinya. Yang makan di situ pula bukan calang – calang orang. Tengok kereta – kereta mewah yang terparking di deretan gerai sudah cukup. Nampak sangat gerai tersebut amat terkenal dan orang sanggup pejam mata tapi hidupkan deria rasa lidah. Jasmeen hampir pengsan melihat gerai – gerai di Jalan Alor tersebut apabila pertama kali diperkenalkan oleh Herlina. Tapi bak kata Herlina dulu, sekali makan pasti nak lagi! 

Gadis Edisi Terhad (GET) Sinopsis







Tempat: Isetan KLCC

Fareez
“Safari Ralph Lauren please. Ralph Lauren Big Pony  #1 new arrival? Cool Water Summer Davidoff limited edition? Nope. Only Safari.”

Jasmeen
“Saya nak jugak limited addition Annick Goutal Petite Cherie tu. Kalau dah display kat kaunter, mana aci reserve – reserve!”

Gina
“Mana yang new arrival? Gucci Guilty? I ingat Gucci Flora. Last year keluar? Tak naklah. Gucci Guilty it is. Janji new arrival.”

Antara Fareez, Jasmeen dan Gina, siapa yang memulakan dan siapa pula yang menoktahkan cinta itu? Fareez menyintai Jasmeen sepenuh hati. Mengetahui hakikat Jasmeen sebenarnya ialah Fellah Delisya, Boss Integrate Landscape yang selalu dikutuk dan anak kepada Tan Sri Farhan iaitu pelanggan terbesarnya membuat Fareez berjauh hati. Jasmeen yang juga mempunyai getar hati yang sama namun sering kali ragu – ragu dengan suara hatinya. Suara hatinya yang sering menidakkan kehadiran cinta Fareez yang makin memekar dalam kalbu dan suara hatinya yang selalu meragui kehadiran Gina dan Diya dalam hidup Fareez. Bila nadi cinta bergetar menyedarkan Fareez cintanya hanya untuk Jasmeen, mampukah dikejar Jasmeen yang telah jauh membawa diri ke New York? Milik siapakah cinta gadis edisi terhad ini?



Monday, 9 July 2012

UNTUK SEMUA DOSAKU (USD) EPILOG




            “Hai morning.”
            “Morning.” Lisa membalas tapi pelik terasa. Dia bangun dan bersandar di katil. Menutup mata seketika dan cuba mengingati kisah yang terjadi semalam. Seakan – akan tidak mempercayai senyuman manis yang dihadiahkan oleh suami. Dalam hati terdetik, awalnya bangun. Siap menghadap laptop pagi – pagi dan mood macam orang baru dapat bunga sahaja.
            “Dah Subuh?” Lisa bertanya perlahan. Tak dapat menjangka mood sebenar Azri.
            “Aaa...you go first.” Azri mengelak tapi senyuman manis dihadiahkan untuk si isteri.
            Hampa dengan jawapan Azri tapi tetap juga Lisa melangkah ke bilik air. Pagi – pagi lagi mandi dan dia hampir terjerit kecil apabila jari yang terluka semalam terasa pedih terkena air. Nasib baik cepat – cepat dia menutup mulut. Mana pergi plaster? Malas nak fikir, Lisa membersihkan diri dan mengambil wuduk.
            Usai solat, Lisa tidak membaca Al – Mathurat seperti kebiasaannya. Tak tahan dipandang oleh si suami dan pelik dengan wajah berbezanya pagi ini. Semalam macam naga nak tersembur api tapi pagi ni dah macam kucing Parsi. Lisa merapikan diri di hadapan cermin dan tara.....okay sekarang dia tak tahu nak duduk mana. Duduk katil balik? Pergi duduk sebelah Azri di meja sudut sana dan buat – buat hilang ingatan yang dia kena maki semalam?
            “Yesterday, I’m sorry but it’s really not me. I didn’t drive your car.”
            “Lupakan. Saya dah maafkan.” Azri berdrama. Dia patut cakap dia tahu Lisa tak salah tapi tak kan hero nak cakap macam tu pula.
            “Hey. Come over.” Azri melambaikan tangan memanggil Lisa menghampiri tapi mata masih melekat ke skrin.
            “Apa?” Lisa menapak juga tapi berhenti di sisi dan berdiri.
            Azri menarik lagi sebuah kerusi dan menyuruh Lisa duduk. Skrin laptop disuakan ke arah Lisa.
            “I’m watching this. Verry funny. Verry – very.” Azri beria menyuruh Lisa tengok Youtube yang terpasang di skrin.
            “What?”
            “Beside Just For Laughs, this one beat the rest. Scare Tactics. It is super funny. You can just wipe away your stress by watching this dear. Come closer, watch this.”
            Azri beria memujuk Lisa menonton apabila Lisa hanya memandangnya, bukannya skrin laptop. Dia tahu dari dulu lagi hobi Azri menonton Just For Laughs. Dia pun suka. Sekadar menghiburkan diri sendiri.
            “We need to talk. It doesn’t work this way.”
            “Okay but watch this. Only this, please.” Lisa mengetap bibir tapi diikutnya juga. Kisah seorang lelaki yang di ‘prank’ oleh sahabatnya. Kononnya disuruh menjaga seorang kanak – kanak. Kanak – kanak tersebut sebenarnya hanya berlakon. Kanak – kanak tersebut bercerita yang dia selalu diganggu oleh hantu kakaknya yang telah meninggal dunia. Dan tiap kali dia bercerita, betul – betul ada suara hantu, TV mati dengan sendiri, barang – barang bergerak dengan sendiri dan akhirnya kakaknya yang mati itu betul – betul muncul sehingga lelaki yang sebenarnya di ‘prank’ itu terkejut separuh mati. Lisa hampir tergelak melihat reaksi lelaki tersebut yang ketakutan.
            “Kelakarkan?” Azri tergelak dan menarik tangan Lisa manja. Setelah bertahun – tahun berpisah, ini saat yang mengingatkan mereka kisah zaman remaja di Pasing. Hidup penuh gelak ketawa dan keriangan.


            “Yes. Funny. The look on his face. Oh my!” Dan akhirnya pecah juga ketawa Lisa bersabung dengan ketawa Azri.
            “Lisa.” Tiba – tiba Azri menyebut namanya lembut dan menarik kerusi Lisa supaya duduk berhadapan.
            “Sakit lagi?” Jari Lisa yang terluka dibawa ke ribaan. Dahi Lisa juga diurut perlahan dengan jari – jari lelakinya yang kasar tapi penuh kasih sayang. Sentuhan yang tak pernah berubah. Yang berubah mungkin hanya pada kata – katanya yang tak seiring dengan kata hati.
            Lisa tunduk. “Sikit je.”
            “Okay, good. Sekarang saya ada benda nak bincang.” Tegang suara Azri.
            Cuak juga Lisa dibuatnya.
            “Saya nak beli kereta baru. Lexus tu nak jual. Memang pantang saya orang lain bawak kereta saya.” Azri bersuara dalam nada yang agak marah. Susah dapat adik ipar yang pandai mengambil kesempatan.
            “Orang lain? Siapa?”
            Jadi Azri tahu bukan dia yang Azri tuduh semalam?
            “Nak kereta apa? X3 okay tak? Cool kan? Atau new Volvo? Anything but please German’s car.” Serik bawak Lexus. Tak mencabar langsung.
            “Say sorry.” Lisa berdiri. Dia yakin hal semalam tu dia betul. Dia tahu Azri ego orangnya. Kalau dulu memang Azri pandai memujuk tapi sekarang lain. Pertemuan mereka kembali umpama percantuman dua dunia yang berbeza.
            “I love you.” Azri memandang Lisa. Menentang pandangan Lisa yang tajam.
            
12.11.12 - some parts hv been removed
     
      

Thursday, 5 July 2012

Untuk Semua Dosaku (USD) Bab 24


       
Nur Lisa binti Tajudin

            Pagi yang bosan. Dia tak pasti kenapa dia ada di JB. Setakat nak jadi pemandu kehormat Lili? Bangun pagi – pagi, dia membantu Mak Cik di dapur. Menghidangkan sarapan pagi tapi alih – alih yang makan hanya dia dan Mak Cik. Papa dan Lili pergi kerja awal – awal pagi. Lara pergi sekolah. Dia kemudiannya melangkah bosan ke halaman rumah. Menikmati pemandangan taman yang elok terjaga. Banyak pokok – pokok bunga yang cantik dan berwarna – warni menghiasi halaman rumah.
            Terlintas pula untuk menghubungi Lydia. Sekadar berkongsi rasa hati yang bergetar hebat di saat ini. Pertemuan dengan Azri kedua kalinya agak mengganggu emosi. Kadang – kadang dia pelik. Azri membalas dengan pedih perbuatannya tapi apabila berjumpa kembali, dia kelihatan tenang sahaja. Selamba menghadapi ketenangan yang dipamerkan oleh Lisa mungkin? Habis tak kan dia nak melalak bertanya kenapa tinggalkan dia di bumi German seorang diri. Kenapa pergi tanpa sepatah kata kerana jelas benar salahnya juga.
            Masing – masing berlagak matang. Seperti tahun – tahun yang berlalu tidak membawa makna. Gaya Azri, Lisa yakin masih belum berkahwin. Masih riang dan mulut jahat seperti dahulu. Azri menantinya? Tak mungkin. Azri benci perubahan dan jalan yang dipilihnya. Azri tak mampu tinggalkan dunia indahnya. Akhirnya Lisa menghubungi jua Lydia.
            “Kenapa nak fikir sangat? Lisa, just go with the flow. Thinking beyond the line won’t change anything.
            “Kenapa Azri terlalu tenang? Selama ini, kalau benar dia sayangkan saya, kenapa tak terdetik pun satu perasaan bersalah? Perasaan berdosa mungkin? Kenapa dia boleh tersenyum memandang saya? Kenapa dia boleh selamba begitu sedangkan hidup saya sering dihambat oleh semua dosa yang pernah kami lakukan bersama? Dia? Dia boleh berjalan megah di bumi Allah tanpa perasaan ingin berubah.”
            “Enough Lisa. Every beautiful girl has that dumb ass guy that did her wrong and made her strong. As for him, selamba seorang Syed Azri itu bukan sebuah ketenangan tapi istidraj namanya. Ketenangan yang Allah bagi tapi jauh daripada keredhaan Allah. Itulah ketenangan sementara dunia. Ketenangan dan nikmat yang Allah kurniakan untuk menduga dan menyesatkan lagi hamba – hamba Nya yang lalai.”
            Dalam hati Lisa mengakui kata – kata Lydia.
1.      Every beautiful girl has that dumb ass guy that did her wrong and made her strong.
2.      Istidraj – you pass or you fail. Heaven or hellfire.
Apabila kamu melihat Allah memberikan kepada seorang hambaNya di dunia ini apa yang hamba itu suka atau berhajat, sedangkan hambaNya itu tetap dalam kemaksiatannya maka itulah istidraj.

            Lisa kadang – kadang bertanya dirinya sendiri dari mana kekuatan yang dia dapat untuk berdiri tegak dengan keputusannya. Yang dia tahu peluang untuk berubah sentiasa ada di depan mata, terpulang pada diri sendiri untuk kuat bertongkat di jalan Allah. Kadang – kadang mengharapkan pengampunan daripada Yang Maha Esa lagi mudah daripada mengakui dosa – dosa yang pernah dilakukan. Pahit untuk ditelan betapa lalainya seorang hambaMu ini.

           
Syed Azri bin Syed Gilani

            Azri memandang skrin komputer di pejabat Hotel Seri Murni sambil termenung jauh. Baru lepas baca e-mail yang dikirimkan oleh Sharifah Azra. Dari awal hubungannya dengan Lisa yang entah di mana penghujungnya dia sendiri pun tak pasti dapat dikesan oleh si adik. Mungkin kerana pertemuan demi pertemuan antara Lisa dan Sharifah Azra memutikkan hubungan persahabatan lebih daripada menghormati Lisa sebagai kekasih si abang.
            Balik Malaysia, Azri keseorangan. Nasib baik Sharifah Azra masih di Dubai jadi sesekali si adik balik ke JB pernah juga dia ditanya macam – macam. Semua yang berlaku tak seperti yang dirancang. Rancangan untuk balik bersama Lisa. Sharifah Azra tanya, dia cakap rancangan berubah. Tak pernah sekali pun dia berkata hubungannya dengan Lisa sebenarnya telah berakhir. Berakhir kerana pilihan Lisa, berakhir kerana sebuah keegoan kerana jauh di sudut hatinya hanya nama Lisa yang terukir tapi susah benar untuk membayangkan hidup bersama Lisa yang ‘baru’.
            “Is she turning into an alien?”
            “No.”
            “Then, she can fly now?”
            “What the f!” Azri berhenti setakat huruf f.
            “She grows a tail?”
            “Don’t be stupid. She is not Jumeirah Jane anymore.”
            “You are never Jumeirah Jo by the way. So perfect!” Tembak Sharifah Azra. Maklumlah mana Azri pernah sampai ke Dubai. Tak layak nak dipanggil Jumeirah Jo sebab dia tak pernah tengok pun bagaimana rupa Jumeirah Beach tu.
            Okay, dia tahu apabila jawapannya amat meragukan Sharifah Azra, sudah pasti si adik dapat mengesan alasan yang memisahkan mereka tak berapa nak masuk akal. Tak berapa nak masuk akal untuk orang lain lah kot. Dia nak cerita nanti orang cakap dia pula yang jahil gaya Fir Aun. Mana mungkin dia lupa kisah di Konstanz, kisah di hadapan Masjid Ul Ummah, Munich dan kisah di lapangan terbang Munich. Dia nampak Lisa. Bahkan dia nampak Lisa menangis tapi hatinya yang pedih tercalar dengan nota yang Lisa tinggalkan begitu sahaja sebaik dia bangun dari tidur amat susah untuk diterima akal. Lelaki mana yang tak tercalar egonya ditinggalkan kekasih yang selama ini ditatang dengan penuh kasih sayang dan dijaga seperti menjaga emas dan permata tapi ditinggalkan tanpa sepatah kata. Lisa tak kan faham.
            Entah kenapa pertemuan demi pertemuan dengan Lisa memutikkan rasa yang hampir terpadam.

^
^
^
^
^
^
12.11.12 - some parts hv been removed




            
            I put a comma Azri, for you to think, for you to accept who I am now, not a dot.

            Lisa merintih pilu.
            “Azri!!!!!”
            Sekali lagi Lisa menjerit. Melepaskan semua yang terbuku dan kini dia tahu ini yang dia terpaksa korbankan. Sebuah cinta yang hanya mengundang dosa. Berat dugaanMu ya Allah, tapi aku redha.
            “Lisa, his flight is tonight, wanna catch him?” Lydia muncul di muka pintu studio.
            Lisa mengangguk dan di lapangan terbang Munich, air mata Lisa tumpah sekali lagi. Azri sudah meninggalkannya. Pergi tanpa sepatah kata.
            Tanpa Lisa menyedari sepasang mata yang memandangnya dari kejauhan dengan sayu. Kadang – kadang melepaskan tanpa kata - kata itu cara yang terbaik.





p/s: GET dulu pun ending dgn lagu Sixth Sense jgak :))

Genggamlah cinta yang ku berikanSimpanlah selalu dalam hatiKu akan selalu dalam mimpimuMenemani tidurmu
Sudahlah sudahKu harus pergiJangan kau tangisi aku lagi




p/s: Assalamualaikum Readers, yess my last note here.

Once upon a time, before I started blogging, I scribbled this sentence;

The first thing you need to decide when you build your blog is what you want to accomplish with it, and what it can do if successful. ~ Ron Dawson’

So here come to end, I may say it is a 1 successful year in blogging and found that this is just not my thing. I may not stop writing but I’m not sure how it gonna be yet but as of now, any update or any new project will be updated at Facebook Karya Lepak Fans Page.

 p/s/s: Ni n3 panjang berjela ni. Saya minta maaf dah syok follow tiba2 saya stop so I really hope this n3 make up my decision. Don't worry, it just plain story that you can even guess the ending *ayat motivasi neh :))
TGIF!!!
XOXO - Rin Ahmad @ Karya Lepak


           
           
           
           

Wednesday, 4 July 2012

Prologue New Project & Surat Chenta


                DARREN UMAR BIN MEGAT ALI

                “Darren, kau dah lambat ni. Kata dating penting. Dating hidup dan mati.”
                “Tak lambat la. Aku cakap lepas Zohor. Mahu tak penting. Daddy cakap awek ni memang calon terbaik nak buat bini. Aku on je la.”
                “Zohor? Aku salah dengar?”
                “Tak. Telinga kau well function lagi. Mulai hari ni kau akan belajar dengar nama jenis – jenis solat 5 waktu. Lepas tu kalau kau ajak aku gi kelab, aku jawab jom pergi masjid instead kau jangan terkejut. Kalau tiba – tiba mood aku daripada ajak kau pergi buat marketing kat padang golf, tetiba aku nak ajak kau pergi dengar ceramah Ustaz Don, kau jangan pengsan ya. Hah, Bro!”
                Bahu Zaki ditepuk kasar. Darren tersengih sambil memperkemaskan pakaian yang baru ditukar. Kalau tadi kemas dengan suit hitam sebab baru lepas meeting AGM, kini dia dah siap bertukar santai kepada jeans dan abstract Ivy print shirt. Lengan panjang warna putih siap ada tompok – tompok coklat di bahagian bahu sikit. Nasib baik koleksi baju dari pejabat terus untuk ke aktiviti santai memang sedia tersusun dalam almari pejabatnya yang luas.
                Bellina. Panggil apa ya. Lina?  Nama penuh ialah Bellina binti Megat Amani. Wah, nama garang kemain. Ke sweet? Entah, awek – awek dia sebelum ni tak pernah ada nama Bellina. Kalau yang kerja part time jadi Ballerina ada la.
                “Okay, test jantung aku pass lagi Darren.”
                “Ops...Umar please. Not Darren.”
                Zaki ternganga.
                “Kau tak serius kan? Oh come on.....”
                “Wife is a special one so I got to select the best one. Girls....special plus not so special plus nak buat aku tambah migraine tu countless and belakang cerita. Give me one year. To proof all women no matter clever they are, once become a wife. They become stupid, dull and boring. So let’s make Daddy happy. Lepas tu aku susun balik semua koleksi aku. Life goes on macam biasa. Perempuan zaman sekarang lagi suka laki orang kan?”
                “Bro, tu kejam. Entah dia perempuan baik?”
                “Sebab baik lah kena buat bini.”



                BELLINA BINTI MEGAT AMANI

                “Bell, bakal suami kau dah sampai.”
                “Omaigod! Blazer tu. Sini. Hah! Selendang tu pun bak sini. Tolong aku lilit jap.”
                Kiki ternganga.
                “Kau kenapa?”
                “Mommy cakap mamat ni spesis mesjid. Aku kena hypo sikit. Karang habis aku kena titik dengan Daddy.”
                “Kau ni biar betul. Nak tambah lagi siri kahwin paksa kat alam maya ni ke?”
                “Jangan lurus sangatlah. Kitaorang nak pergi bercinta la ni. Aku tak gila lagi nak terus accept proposal Daddy macam tu. All in all aku dah check dia ni pakej baik punya. Bolehla nak bimbing aku ni.”
                Kiki ternganga sekali lagi. Tadi dia ingat Bellina nak keluar dating dengan sepupu sendiri. Nama bapak masing – masing dah gaya adik – beradik. Rupa – rupanya Daddy Bellina besties bakal Daddy in law si Bellina. Haishh! Boleh ke pergi bercinta macam pergi shopping? Dia sengaja singgah di pejabat Bellina alang – alang ada di Putrajaya ni. Sempat dikuli – batakkan oleh Bellina. Nasib baik BFF.
                “Sampai malam ke keluar? Kalau Datuk cari? Kalau Zaqwan cari? Helmi? Ijat? Faiz?”
                “Yada..yada..yada..cakap aku pergi entertain client.”

Bercinta sudah. Kahwin sudah. Bellina mengandung? Bunting pelamin?             
Megat Amani tersenyum lebar. Megat Ali jangan ceritalah. Pukul bola golf sampai hujung range perginya. Gembira!
Baby? Darren? Omaigod, so come nightmare!
Baby? Bellina? Oh, extra cute baggage!
Apakah reaksi Darren dan Bellina apabila terbongkarnya the true colors masing – masing? Adakah masing – masing akan kembali kepada kulit asal mereka atau berusaha agar sama – sama berubah dengan penuh keikhlasan? Bellina yang tercuit dahulu atau Darren yang merasakan tanggungjawabnya untuk membimbing Bellina?

                “Darren, I tak tahu nak cakap macam mana.”
                “Nak cakap apa Bell? You mengidam apa – apa ke?”
                “Naaa...not that.”
                “Then?”
                “My friends. Dorang nak buat baby shower. I mean it’s not right. It just not our things right?”
                Perlahan Bellina mengatur ayat. Takut tembus kat mana – mana. Maklumlah sejak kahwin, dia terus sepi dan menjauh daripada dunianya yang sebenar. Hanyut dalam belaian suami dan dunia ‘palsu’ ciptaannya yang indah. Or perfect so far! Bellina tersenyum nipis.
                “I tak rasa salah.” Dalam hati Darren tergelak.
                Oh! C’mon. Nowadays everybody is having baby shower. Lupa pula Bellina ni kan stok baik dan workaholic jer sebenarnya.
                “Okay, partly salah, we adopted western culture tapi I izinkan kalau you nak. Kalau you nak buat kat rumah kita pun boleh. You dah lama tak hang out dengan your friends kan? I boleh uruskan katering. You boleh panggil event planner. Let’s have a grand baby shower here.”
                “But dear,  tak best la you ada. My friends mesti segan.” Dalam hati janganlah encik sayang ni nak join sekali. Biasanya dulu dia attend baby shower Diane, semua kawan  suami Diane pun ada. Memang lagi meriah tapi kawan Darren kalau stok ustaz? Ngeee! Dahlah awal perkenalan dulu suruh panggil Umar. Umar? Huh! Tak glamour okay suami Bellina nama Umar. Dia selamba cakap tak nak panggil Umar sebab bekas kekasih kawan baik dia Kiki bernama Umar.
                Darren mengerutkan dahi berfikir seketika. Betul juga. Mesti kawan – kawan Bellina semua stok bergaya macam ustazah. Good for her. Darren tersenyum nakal dalam hati.
                Bagi dia, kenal sekejap dengan Bellina pun dah cukup. Okay Bellina bertudung tapi fikirannya amatlah terbuka. Tak lah dia sesak nak berlakon jadi ustaz sangat tapi penat juga nak pakai kulit palsu ni. Paling dia kagum, dah kahwin, koleksi pakaian rumah Bellina kalah pakaian clubbing awek – awek dia. Bellina cakap senang, ala kalau pergi oversea mana ada nak beli baju kurung. Ni baju rumah je lah. Dia senyum je lah. Bab shopping itu mereka sekepala. Bellina boleh jadi perunding fesyen dia dan dia boleh jadi perunding fesyen Bellina tapi pakaian rumah harus kena ikut ‘imaginasi’ dialah kan. Pergi kerja pandai – pandai lah cari yang mana awak suka. Ya tak?
                “Baby, come to Papa.”
                Bellina tersenyum. Wah! Ini ustaz romeo. Dia ingat mati – mati Darren stok ustaz tapi cool je. Dia balik lambat kerja, mana ada Darren bising. Paling tak Darren siap hantar pemandu peribadi dia tolong ambil. Kereta dia simpan je kat pejabat. Parking pun rata - rata. Kalau hilang? Entah, dia mengamuk kot lepas tu suruh Darren beli baru. Maklumlah dia makan gaji bukan macam Darren yang kerja sendiri. Ada kilang sendiri. Dia bukan anak manja Daddy. Dia suka kerja makan gaji. Susah sendiri walau pun tujuan sebenarnya satu. Nak hidup bebas di luar.
                “Yes Pa.”
                “Jangan naughty tau.” Perut Bellina yang makin nampak membulat diusap. Tak payah selak sebab Bellina kalau kat rumah seksi tak ingat dunia. Baju tak berlengan siap nampak pusat dan perut bulat dipadankan dengan skirt pendek sahaja. Hmm...cute sangat. Kan best ada isteri yang pandai menjaga mata suami. Kan?
                “I’m going to Bali soon. So we plan the baby shower on that date. You can have it here. I pun tak suka you buat kat tempat lain.”
                “Oh, sayang...sayang you sangat.” Bellina memeluk Darren gembira.
                Dalam fikiran dah terbayang, buat parti gaban besar – besaran la. Dah lama tak enjoy. Baby pun nak dance jugak ni. Bellina sudah terfikir nak hias rumah banglo ni macam mana. Semua kawan nanti minta tolong Kiki jemput. Yeehaaa.....

                BELLINA tersenyum. Rindu nak berkumpul dengan kawan – kawan baiknya. Kiki, Tasha, Suzy, Neera, Dalilah dan ramai lagi semua ada. Hari ini memang dia suruh hair dresser kegemarannya datang. Dah lama rambut pekung dalam tudung. Setakat pergi saloon untuk tatapan Darren je kebelakangan ini. Hari ni dia nak high light sikit dan pilih pakaian kegemarannya dulu. Sexy top dan flare skirt. Kontra sangat dengan penampilan di pejabat yang nampak rugged dengan seluar dan kemeja, tambah lagi tudung di kepala! Sampai naik ternganga budak – budak di pejabat hari pertama dia pakai tudung ke pejabat. Nak tunjuk baik punya pasal. Bellina memerhatikan sahaja Kiki tengah menyusun hadiah untuk baby yang dibawa oleh kawan – kawan. Banyak sangat.
                “Hello baby...” Tasha menghampiri Bellina dan mengusap perut Bellina yang terdedah. Bellina memakai top Gucci mendedahkan perutnya yang membulat dan makin seksi dipadankan dengan skirt labuh chiffon yang menyerlahkan ketinggiannya walau pun sedang mengandung.
                “I like the tattoo...awesome!”
                “Really? Yes...if it were to last.” Bellina pun tunduk melihat ukiran tatoo sementara yang dilukis oleh Viviene yang ditempah khas. Dia dah lama nak sangat buat tatoo biar yang tipu – tipu pun di perutnya yang bulat, putih dan tegang ini. Nampak sangat seksi dengan bunga raya warna merah di sisi perut dan daun yang berwarna hijau dilukis ke tengah. Esok dia buanglah. Tak sempat Darren tengok pun tapi dia nak juga ada gambar kenangan perut seksi dengan tatoo ni.
                “Hot belly ya hot Mommy!” Kiki menghampiri Bellina dan meletakkan tiara plastik yang berbentuk love di kepala Bellina.
                Budak – budak ni bab bergaya jangan cerita. Mana pernah mereka masuk kelab orang tak pandang. Semua jenis hot babe! Parti a.k.a baby shower yang dihadiri oleh semua kawan perempuan Bellina yang paling rapat ni makin rancak apabila tadi permainan teka hadiah untuk baby berlangsung dengan riuhnya sebentar tadi.
                “Welcome back our Bell!” Semua yang hadir menjerit dan berteriak. Maklumlah hari ini majlis yang Bellina atur bukan setakat baby shower nak main lipat – lipat lampin, main game buat susu paling sedap tapi juga hari melepak bersama Bellina setelah sahabat mereka seorang ini buat – buat bersalin kulit. Lelah juga hypo (hipokrit) dengan suami sendiri tapi Bellina cakap dia dah fall in love dengan Darren jadi setakat nak ubah fizikal, tarahal lah.


                BANGLO di atas bukit milik Darren Umar meriah dengan pelbagai gelagat kawan – kawan Bellina. Muzik kuat terpasang. Darren yang baru sampai terkejut. Macam ni gaya ke orang baik – baik buat majlis? Sangkanya kawan Bellina semua stok ustazah. Tapi dia dah syak juga, nak buat baby shower? Kan pelik tu.
                Darren melangkah ke arah pintu utama yang sedia terbuka. Suasana bising tapi apabila dia melangkah ke arah kolam renang di hujung ruang tamu barulah dia nampak sekumpulan model? pelakon? Bitch? Errr yang nyata bukan stok ustazah yang dia terbayang di kepala. Pakaian masing – masing ya ampun! Mata melilau mencari kelibat si isteri.
                “Bell!!!!!!!!!!!!!”
                “Omaigod!” Bellina dengan tangan cucuk ke bulan tengah menari mengikut irama muzik latar terkejut bagai nak rak melihat kelibat Darren yang sedang menjerit di hujung kolam renang.
                Guilty as charged!






               
SURAT CHENTA UNTUK READERS & FOLLOWERS BLOG KARYA LEPAK

Assalamualaikum,

Alhamdulillah beberapa hari je lagi, Karya Lepak akan celebrate 1 year anniversary.
Untuk Semua Dosaku (USD) akan jadi karya terakhir saya di blog.

Basically that saya pencen berblog tapi menulis tu, *ikut ideas/mood/time etc.

Prolog yang saya bagi kat atas tu ialah saya punya next project. Lepas saya siap touch up manuskrip USD & Arluna. Dua – dua saya akan hantar cuba nasib. Doakan.

Saya jugak nak minta maaf sangat – sangat ‘bout e-novel ke-2 saya Gadis Edisi Terhad (GET) yang lama pending di blog. I’ve never planned to get any of my e-novel published but then I’ll never pass good opportunity.
So far berita terbaru, GET Cuma akan keluar Jan 2013. Insya Allah *still subject to publisher arrangement.

This awesome 1 year is full of satisfaction.

Saya okay je GET keluar kurun ke berapa pun. USD & Arluna lagilah tak tahu bila kan. Jangan tunggu lah kot. Kalau ada – ada J

Yang penting this wonderful year was spent wisely with awesome readers!
Not once in my life I’ve dream to have a novel?? Printed version?? Not to mention a blog?? Saya buta IT actually *not stupid but not my kind I may say

So dear lovelies, this entry and last entry USD 24 gonna be the last entry in this blog.
I’ve removed GET & Arluna but will re-publish at soonest epi by epi so new readers can feel lepaking here like old readers do.
This new project is pelik sebab saya tak publish di blog tapi saya akan publish kinda album di Facebook Karya Lepak Fans Page. So short epi by epi will be updated at KLFP only. Do join KLFP.
Simple story just to feel the vibe of I-am- still-exist perhaps?

New Project Title: Pokok Krismas Bergerak
(ada la sebab why I chose this so funny title LOL! I hope u guys fall in love with Darren & Bellina too.)
Cover: Tak der pun lagi. Tgu Crash Tillez free nak buat sbb sy tak reti buat sendiri L

Special thanks dedicate to KLFP (Karya Lepak Fans Page) established by committed young and sincere reader who is not even an avid readers of all Malay novels not to mention my works but she does appreciate my effort I suppose (You can’t like all of my e-novels, Impossible right?) I don’t even know her and we contact only thru PM – FB KLFP *cool hah.
Thank you for your support KLFP and the new project will available upon your availability. I know this kinda surprise you.

Dear Readers, last entry, USD 24 & Epilogue will be published this coming Friday 6/7/2012.

Come to end of my surat chenta;
Thank you for all your support, yg rajin komen, yg rajin shout, yg rajin refresh page, yg sayang saya J
I am sorry for all mistakes, flaw here and there, cerita tak kemas, grammar mistakes, tak tereply comments, shouts, any wrong info shall there be or anything that come from my negligence.
Thank you again!
It’s really a wonderful 1 year.

Love,
Rin Ahmad @ Karya Lepak



Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...