Saturday, 5 May 2012

Hutang Cinta Part 2 (Akhir)

   
         
“Zie, duduk dulu. Mama dah siapkan breakfast. Pergi ajak Arif sekali.” Puan Nuriza menegur Zinnia yang baru keluar bilik. Pagi – pagi dah bersiap gaya nak keluar. Pelik pula.
            “Ehem...tak apalah Mama. Nanti Arif keluar kejap lagi. Zie nak keluar jalan.” Zinnia melangkah keluar rumah tanpa menghiraukan Mama yang menantinya di meja makan.
            “Zie, tunggu Mama nak cakap sikit.” Puan Nuriza meninggikan suara. Zinnia patut ditegur sebelum melampau – lampau perangainya.
            “Nantilah Mama.” Dalih Zinnia tapi kakinya terpaku di muka pintu.
            “Tak ada nanti – nanti. Pendek sahaja Mama nak cakap. Mama rasa Zie patut fokus apa yang terbentang di hadapan mata Zie. Arif dah jadi milik Zie. Fokus untuk kebahagiaan sendiri. Tengok masa depan. Bukan duduk menyesal dengan apa yang dah berlaku.”
            “Cuba Mama cakap macam mana Zie nak bahagia kalau dalam hati Zie asyik teringat yang bahagia yang sedang Zie cipta atas air mata Suria.”
            “Jangan sia – siakan masa depan sendiri dan jadi isteri derhaka semata – mata ikutkan perasaan. Arif sayangkan Zie. Dia pilih Zie bukan Suria. Allah dah tentukan jodoh Arif Muzaffar ialah dengan Zinnia Zulaikha bukan Suria.” Tinggi suara Puan Nuriza cuba membuka mata anak tunggal perempuannya.
            Kalau Arif tak mengadu pun dia dapat membaca hubungan rumah tangga anaknya yang sedang bergoncang hebat. Zinnia memang pantang ditipu. Benda kecil pun besar baginya kalau melibatkan sebuah penipuan.
            “Bahagia ialah sebuah kemaafan.” Kata Zinnia.
            Dia tak kan mampu bahagia selagi Suria tak memaafkannya. Salah dia. Konon sayangkan Suria. Konon Suria ditatang sebagai adik sendiri tapi dia buta menilai perasaan Suria. Dia tak pernah tahu selama ini hubungan mesra Suria dan Arif lebih daripada hubungan seorang sepupu. Dia hanyut dalam perasaannya sendiri. Cintanya kepada Arif Muzaffar membutakan hati.
            “Kalau Zie nak dengar Mama memohon maaf sebab Mama tak bagitahu Zie tentang Suria dan Arif, okay sekali lagi Mama minta maaf. Mama memang tak nak Zie tahu.” Puan Nuriza mengalah. Cuba memenangi hati Zinnia.
            “Mama pentingkan diri sendiri. Zie tak kisah kalau Arif tipu Zie. Dia lelaki. Sepuluh orang perempuan pun Arif boleh pulun kalau dia nak. Setakat Suria dia nak, Zie pun dia nak, itu Zie tak hairan Mama tapi Mama orang yang lahirkan Zie. Mama patut fikirkan hati dan perasaan Zie. Buat apa Zie nak terima lelaki yang tak kahwin pun lagi dah pandai nak duakan Zie. Dengan sepupu sendiri pula tu. Mama tak patut subahat dengan Arif. Mama tak patut buat Suria macam tu. Kesian dia Mama.”
            “Zie!” Puan Nuriza meninggikan suara. Tak habis – habis Zinnia menyalahkan keputusannya untuk menyorok hubungan antara Suria dan Arif. Dia tak sampai hati melihat Zinnia kecewa. Arif Muzaffar cinta pertama Zinnia Zulaikha. Apatah lagi apabila Zinnia giat merancang masa depannya dengan Arif ketika itu. Sebagai ibu, dia sendiri serba salah. Kepada Allah dia berserah.
            Zinnia yang bergerak keluar rumah tidak dihalang. Biarlah. Alihnya Puan Nuriza minum dan menjamah mee hoon goreng Siam yang dimasaknya selepas Subuh tadi sendirian. Langsung tak lalu nak tunggu Arif keluar. Kalau anak dah tak reti nak menghargai pengorbanan seorang ibu kerana salah yang tak seberapa, buat apa dia nak layan. Kalau dia sebagai ibu sakit hati, kasihan anak yang menanggung dosa. Baiklah dia bertenang dan memberi ruang kepada Zinnia untuk mempertimbangkan keadaan sebenar. Anggap sahaja Zinnia terkejut dengan berita yang baru diketahuinya.
            Bohonglah kalau dia tak terasa dengan layanan dingin Zinnia sejak sebulan yang lalu. Kalau tak setiap minggu Zinnia wajib telefon bertanya khabar. Cakap kalau tak sampai sejam tak sah agaknya. Kadang – kadang dari awal nak sedia bahan nak masak sampai siap masak mereka anak beranak masih bergayut di telefon. Begitulah akrabnya hubungan Puan Nuriza dan Zinnia Zulaikha. Anak perempuan tunggal lah katakan. Dialah madu, dialah racun.
            “Mama, Zie mana?” Tanya Arif apabila dia keluar dari bilik, bayang Zinnia sudah hilang. Tak penat ke. Baru sampai dari Kuala Lumpur, orang nak rehat – rehat dulu dia terus keluar merayap.
            “Pergi jeti lah tu. Mana lagi. Marah Mama lagi lah tu Arif.” Puan Nuriza membalas ringkas. Gelas yang kotor di atas meja ruang tamu disusun diatas dulang.
            “Mama, Arif minta maaf semua ni jadi sebab Arif.” Arif Muzaffar duduk menghadap si mertua. Ikutkan hati mahu pipi mulus Zinnia dilayangkan penampar tapi kesabaran masih bersisa di dada. Mereka dah jadi suami isteri. Apa yang nak dikisahkan si Suria tu. Perkara dah lama berlalu.
            “Lain kali, kalau nak jadi lelaki sejati, kata kena seiring dengan hati. Jangan cakap suka tapi hati cakap tak. Orang fikir macam – macam. Kan dah susah sekarang ni.” Leter Puan Nuriza sekian kalinya. Marah juga terjebak dengan masalah Arif. Dia pula yang disalahkan oleh Zinnia. Walau pun nampak keputusannya menyorok hubungan Arif dan Suria umpama menyerahkan anak sendiri ke dalam mulut buaya tapi pengakuan Arif Muzaffar dan cerita sebenarnya membuat Puan Nuriza yakin, menerima Arif Muzaffar sebagai menantu adalah tepat. Arif Muzaffar menantu yang baik dan selayaknya untuk membimbing Zinnia yang keras walau pun nampak lembut.
            “Mama pun faham keadaan Arif masa tu. Serba salah jadinya.”
            “Jadikan pengajaran. Berkata benar biar pun pahit.”
            “Sebelum Mama lupa, siapa Zarfan?”
            Puan Nuriza menyambung kata sebelum meninggalkan Arif Muzaffar terkulat – kulat di ruang tamu. Kalau nak mengimbas perkenalan Zinnia dan Suria bertahun – tahun dulu memang berkotak kad memori nak kena buka balik tapi memori Suria menjerit macam orang gila dalam rumah ni memang Puan Nuriza tak akan lupa.
            Zinnia dan Suria berkenalan sejak zaman sekolah. Zinnia senior. Suria junior tingkatan 4. Dah umur 16 tahun pun kerjanya asyik menangis tak nak duduk asrama. Si Zinnia baik hati. Kerjanya memujuk sahaja si Suria sehinggalah suatu hari minggu, Arif Muzaffar menjenguk Suria di sekolah. Keluar outing bertiga. Arif dan Zinnia bertentang mata, jatuh cinta dan dalam diam menyulam rindu.
            Si Arif pula rupa – rupanya menjanjikan bulan dan bintang kepada Suria pada masa yang sama. Rupa – rupanya bulan dan bintang yang dijanjikan sekadar bulan dan bintang plastik. Suria taksub menyintai Arif. Daddy dan Mommy Suria merayu – rayu memohon Arif mengikut angin Suria. Kononnya pemangkin sehingga Suria tamat belajar. Diikutkan rentak dan kehendak Pak Long dan Mak Long demi hubungan keluarga, demi melihat Suria berjaya. Sangkanya Suria akan bertambah matang apatah lagi setelah melanjutkan pelajaran ke luar negara. Sangkanya Suria sudah dapat membezakan kasih sayang Arif cuma kasih seorang saudara tetapi sampai sekarang rupa – rupanya Suria makan hati. Tergila – gilakan sepupu sendiri yang hatinya hanya untuk Zinnia Zulaikha.
            “Mama, Su tidur bilik Kak Zie boleh tak? Lampu matilah bilik tamu tu. Su takut.” Pujuk Suria manja. Suria pantang cuti memang akan bertandang ke Kuala Pahang. Tak kira Zinnia ada atau tidak di rumah dia tetap datang. Katanya tempat paling best untuk berehat. Anak orang berada. Mak dan ayah sendiri tak ada masa nak melayan jadi Puan Nuriza dijadikan tempat bermanja. Bagi Suria, Zinnia dah seperti seorang kakak. Puan Nuriza dah seperti ibu sendiri.
            “Okay tapi bilik Zie Mama tak sempat kemas lagi. Semalam dia baru balik Shah Alam. Bersepah lagi bilik tu.”
            “Tak apalah Mama.” Suria tersenyum dan melangkah masuk ke bilik Zinnia. Kad pemberian Arif di tangan dikibar – kibar. Gembira! Suria merebahkan badan ke katil. Nyaman dapat berehat di kampung yang terletak di tepi pantai ini. Suria sempat jumpa Arif sekejap dan terus meminta pemandu Daddy menghantarnya ke sini. Balik jauh – jauh pun bukan ada orang yang menunggu di rumah. Daddy dan Mommy sibuk memanjang. Arif pun kalau tak paksa bukan nak jumpa. Kena merengek – rengek macam budak – budak baru dapat jumpa. Susah betul abang sepupunya seorang tu tapi dah itu cinta hatinya.
            Mata Suria tertancap pada kotak berbunga – bunga cantik di atas meja belajar Zinnia. Perlahan kaki diatur ke arah meja tersebut. Penutup kotak dibuka. Pelbagai kad dan sampul surat disusun kemas di dalamnya. Suria tersenyum sendiri. Dah ada boyfriend ke Kak Zie ni. Patutlah katanya nak kenalkan kepada seseorang apabila mereka bertemu di Kuala Lumpur hujung minggu ni. Zinnia suruh balik kampung tunggunya tapi Suria yang tak sabar nak jumpa Puan Nuriza. Hatinya memang dah melekat di Kuala Pahang. Takkan dilupakan kenangan manis melepak di jeti Kuala Pahang pertama kali Zinnia membawanya balik kampung. Orang bandar mana pernah hidup suasana kampung. Zinnia beruntung. Semua jenis kehidupan dia rasa. Puan Nuriza pengusaha kafe di Kelab Golf Pantai Lagenda. Jadi Zinnia bukanlah anak nelayan tapi anak seorang wanita yang membesarkan anak – anak dengan berniaga. Sebelum Kelab Golf dibuka, Puan Nuriza mengambil tender mengusaha kafe di bandar Pekan.
            Kan best hidup seorang Zinnia Zulaikha. Apa yang ada disekelilingnya semuanya umpama rahmat. Suria tumpang sekaki. Kebaikan Zinnia dan kasih sayang yang Zinnia curahkan sepanjang dia mengharungi kehidupan di asrama amat bermakna. Kalau tak dah lama dia cabut. Tak larat nak hidup di asrama. Prep (preparation class) siang malam. Aktiviti ko – kurikulum di hujung minggu lagi. Tak faham macam mana budak – budak sekolah asrama penuh yang daripada tingkatan 1 lagi boleh survive. Dia yang masuk tingkatan 4 di SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan pun azab nak mengharungi. Setiap hujung minggu sahaja pantang minggu outing, Arif yang ketika itu di tahun 3 UM dikerah turun melawatnya. Tak kira kalau tak hari – hari dia menangis di telefon mengadu kepada Daddy dan Mommy.
            Sekeping sampul surat yang paling atas diambil. Tulisan di sampul surat tersebut membuat jantung Suria berdegup kencang. Tulisan Abang Arif! Kad di dalamnya dibuka. Suria ternganga. Kad yang diusungnya ke hulu ke hilir sebijik sama dengan kad yang sedang dibacanya sekarang. Bezanya kata hati di dalamnya. Kak Zie dengan Abang Arif? Sejak bila? Air mata mula merembes keluar. Sekeping demi sekeping kad di dalam kotak dibuka. Kad dari zaman mereka di SMSSHA lagi.
            Zinnia Zulaikha, salam perkenalan. 
            Zinnia, a very small degree of hope is sufficient to cause the birth of love. Some hope perhaps?
            Sejak bila Arif merayu cinta Kak Zie?
            Zie, sayang awak. Belajar rajin – rajin. Jaga Suria sekali.
            Zinnia, miss you. Love you. Keep an eye on Suria.
            Zinnia Zulaikha, All my life, my heart has yearned for a thing I cannot name. Until I meet you. So now I know the name is Zinnia Zulaikha. Sweet name. The sweet name that surely fans fires.
            Bait – bait cinta untuk Zinnia Zulaikha dan nama Suria yang berselang sekadar jaga Suria, tengokkan Suria, tolong ajar Suria, look after her, keep an eye on her. Setakat itu ingatan Arif kepadanya. Tangan Suria terketar – ketar. Tak mampu nak membaca setiap kiriman Arif Muzaffar. Maklumlah, sekolah asrama. Gaya bercinta budak – budak. Kad ialah benda wajib. Nak jumpa facebook, messenger, email bukan senang macam dunia luar.
            Suria melangkah keluar bilik. Kepala berdengung seperti hendak meletup. Puan Nuriza yang sedang menonton televisyen terpinga – pinga apabila melihat Suria meluru keluar bilik. Dengan tangisan Suria menerkam pintu utama rumah dan berlari dalam kepekatan malam. Puan Nuriza panik. Cepat – cepat disarungkan tudung di kepala, lampu suluh diambil, pintu rumah dikunci dan jejak Suria dicari.
            Nasib baiklah tekaannya tepat. Suria sedang menangis dalam kegelapan malam di hujung jeti. Perlahan Puan Nuriza menghampiri Suria.
            “Su nak mati. Su tak nak hidup lagi...” Jeritan Suria memenuhi jeti yang sunyi.
            “Suria, kenapa ni?”
            “Arif, Mama. Arif.”
            “Abang Arif sepupu Suria ke?”
            “Abang Arif bercinta dengan Kak Zie tapi dia cakap dia sayang Su. Sampai hati Abang Arif buat Su macam ni. Dia cakap dia tunggu Su habis belajar.” Suria menangis teresak – esak. Kata – katanya terputus – putus. Tersekat – sekat dengan hidung yang mula berair dan air mata yang makin melebat.
            “Mana Su tahu?” Puan Nuriza tak sedap hati.
            “Ni Mama. Mama tengok kad ni. Sama kan? Semalam dia bagi Su. Sebelum tu dia bagi Kak Zie. Sama Mama. Sama. Dia mainkan Su.”
            Kad Valentine ditangan Suria diambil. Sama!
            “Mungkin juga dia mainkan Kak Zie. Bukan Su.” Puan Nuriza sekadar nak sedapkan hati. Kasihan melihat Suria yang berlari dalam kepekatan malam. Dah macam orang gila.
            “Su tak tahu Mama.” Suria seperti nak gila. Dalam hatinya kecewa. Kalau orang tu bukan Zinnia Zulaikha mungkin hatinya tak separah ini.
            “Su jom balik. Tak elok malam – malam duduk tepi kuala macam ni.” Pujuk Puan Nuriza sambil memerhati keadaan sekeliling. Bahaya. Kawasan Kuala Pahang ni bukan main ramai penagih dadah. Boleh jadi mereka ni ada di mana – mana bersembunyi di tengah kepekatan malam.
            “Mama janji Su, kita bincang dengan Kak Zie. Kenapa Su tak pernah cakap hubungan Su dengan Arif lebih daripada saudara selama ni?” Puan Nuriza memeluk bahu Suria. Kepala Suria diusap – usap. Perlahan tangan Suria ditarik. Memujuk agar pulang berbincang di rumah. Bukan di tengah kepekatan malam.
            “Su malu nak bagitau bercinta dengan sepupu sendiri.”
            “Mama pun serba salah. Kalaulah Mama tahu dari dulu Su ada hati dengan Arif. Mesti Mama larang Zinnia daripada merapati Arif. Su jangan risau. Kita bincang elok – elok.” Tangan kanannya memeluk tubuh Suria yang masih menangis. Gadis yang menangis kerana cinta. Suria bukan seorang. Berapa ramai gadis di luar sana yang mempunyai nasib yang sama? Dicurangi? Ditinggalkan? Ditipu?
            Apabila sampai di rumah, Puan Nuriza menemani Suria di biliknya. Langsung diajak Suria tidur bersama. Tangan Suria diusap.
            “Su dah macam anak Mama. Kak Zie dah macam kakak Su juga kan? Su maafkan Kak Zie tak? Mama janji Mama bagitau Kak Zie suruh tinggalkan Arif. Kak Zie akan dengar cakap Mama. Su jangan sedih – sedih ya.” Hati Puan Nuriza bergalang pilu. Antara kebahagiaan Suria atau kebahagiaan anak sendiri yang harus dipilihnya.
            “Mama...” Suria memeluk Puan Nuriza terharu. Mommy pun tak pernah memujuknya begini. Kalau dia merajuk macam mana sekali pun, Arif yang disuruh Mommy memujuknya. Daddy dan Mommy tak pernah membelainya begini. Kalau Suria memilih Arif, bermaksud Suria akan kehilangan Zinnia dan Mama yang penyayang. Suria serba salah.
            “Mama...janji Su.”
            Dan sehingga kini dia memegang janji Suria. Sedikit pun tidak dikhabarkan kepada Zinnia. Suria terus kembali ke Nottingham. Langsung tak berjumpa dengan Zinnia. Mengelak sehinggalah Zinnia bertemu dengan Suria sendiri sebulan yang lalu. Dalam hati, di saat keluarga Arif Muzaffar menghantar pinangan hanya Tuhan yang mengetahui betapa susahnya untuk menerima pinangan tersebut. Serba salah dibuatnya sehingga memaksa Arif membuka mulut memberitahu cerita sebenar. Kasihan Suria. Semoga Suria bertemu dengan cinta sejatinya, cinta yang tidak bertepuk sebelah tangan. Doa Puan Nuriza.
           
            ARIF Muzaffar menyarungkan selipar Adidas tiga jalur berselang biru putih dan bergerak ke arah kawasan jeti. Mana lagi tempat Zinnia menikmati angin petang kalau balik kampung kalau bukan duduk – duduk mengambil angin di jeti kayu yang lama ditinggalkan sejak pembinaan jeti moden di sebelah. Kata Zinnia dulu kat jeti tu Sofia Jane pernah berlakon filem Cinta Kita. Filem zaman tuk kaduk yang dia tak mampu nak ingat tapi dia boleh bayangkan panorama indah di sekeliling jeti yang memanjang ke laut dan dikelilingi oleh perahu dan kapal – kapal kecil nelayan yang dicat dengan pelbagai warna. Sekarang jeti kayu tersebut dah hampir kosong kawasan sekitarnya. Yang tinggal hanya perahu – perahu lama yang sudah rosak tetapi cahaya matahari yang malu – malu memancar menyerikan pemandangan di pagi hari.
            “I think we need to talk.” Topi putih senget dibuai angin laut dikepala dibetulkan. Punggung dilabuhkan di sebelah si isteri yang ralit memandang ke tengah laut.
            “Nothing to talk Arif. Our life will never be the same again.” Pasrah sahaja bunyinya.
            “Awak boleh salahkan saya. Awak boleh bencikan saya tapi bukan Mama. Bukan salah mama.” Arif memulakan bicara, Kedua – dua tangan ditongkatkan ke jeti. Kaki dilunjurkan ke bawah. Dihayunkan mengikut hayunan kaki Zinnia di sebelah.
            Macam mana nak mengaku salah kalau hakikatnya jauh benar menyimpang daripada apa yang Zinnia faham. Itu semua sejarah. Kisah Arif dan Suria dah lama berlalu. Hanya Suria yang berat menerima kenyataan. Bukan dia sengaja nak menjalinkan hubungan dengan dua wanita dalam satu masa yang sama. Dia bukan lelaki begitu tapi desakan Pak Long dan Mak Long yang sentiasa memaksanya menjadi hulubalang pengiring Suria membuat Suria sering salah faham. Suria kena lah bezakan. Kad untuk Zinnia jauh lebih istimewa. Untuk Suria sekadar menunjukkan sayangnya sebagai abang sepupu tapi untuk Zinnia lebih daripada itu.
            “Saya tak tahu macam mana nak berdepan dengan Suria. Saya malu.” Zinnia berkata perlahan. Pergilah separuh sayangku. Pergilah separuh cintaku. Pergilah bahagiakan Suria adikku. Dalam hati Zinnia berlagu pilu. Masih dirantai perasaan bersalah.
            “Awak nak saya tinggalkan awak dan terima Suria?” Arif memandang Zinnia di sebelah.
            “Arif...” Hati Zinnia berdetak. Tak sangka itu yang terluncur daripada mulut si suami. Agaknya Arif dah penat melayan rajuknya.
            “Kalau jawapan awak ya sekali pun saya tak akan tinggalkan awak.” Tangan kanannya beralih arah. Bahu Zinnia menjadi sasaran. Berlingkar di bahu Zinnia agar dapat mendamaikan hati seorang isteri.
            “Mama tak patut buat Suria macam tu. Nampak sangat Mama pentingkan anak sendiri daripada...”
            “Kenapa? Kalau Mama bagitahu, awak nak putuskan hubungan kita dan mengalah untuk Suria?” Arif mencelah.
            Zinnia terdiam. Sanggupkah dia kehilangan Arif Muzaffar demi Suria?
            “Baby, look here. Come look at my eyes.” Arif memusingkan badan Suria agar memandangnya.
            “This is a comman mistake woman always make.”
            “What? This is not comman. My husband has another girlfriend before married and happened to be with my love one and you tell me I don’t have right to sulk and comfort myself and trying to figure out the best solution for my life?” Panjang senafas ayat Zinnia. Maklumlah peguam katakan.
            “No – no. Not that. You have every right to merajuk. I’m here can pujuk and comfort you tapi yang you buat kat Mama tu salah. Saya nak awak balik, minta maaf dengan Mama. Dia fikirkan kebahagiaan awak. Awak patut bangga Mama dahulukan kebahagiaan awak. Mungkin nampak macam salah tapi Mama tetap tak salah.” Arif menasihati si isteri. Dia anti-cerekarama. Dalam hidup ada masalah kena selesaikan. Kena berterus terang. Kena saling menasihati dan sebagai suami dia kena tegas. Cukuplah masa yang diberi untuk Zinnia melayan perasaannya.
            “Tak nak.” Balas Zinnia tunduk memandang air laut melalui celahan kayu – kayu binaan jeti yang renggang.
            “Don’t fall under typical woman who listen half, understand quarter, think zero and react double.” Perli Arif. Dia tahu Zinnia pantang dicabar. Pantang disindir.
            “I’m not.”
            “Yes you are. You listen half. Dengar cakap Zarfan. Zarfan tu nak pikat isteri saya memanglah dia burukkan saya kat depan awak. Then you understand quarter. Awak dengar part Suria macam setengah mati knowing we are in love. Suria yang macam orang gila di Nottingham tapi awak tak dengar part saya berterus terang dengan Suria. Awak tak dengar part saya buat Suria faham yang hubungan saya dengannya tak lebih tak kurang sebagai saudara sahaja. Then you think zero. Langsung tak fikir perasaan saya. Saya suami awak Zie. Langsung tak fikirkan perasaan Mama. Mama orang yang lahirkan awak kat dunia. Suria siapa? Sekadar seorang kawan. Sekadar pertalian yang terbina atas kasih sayang sesama insan dan awak hanya fikirkan perasaan Suria? The worst is when you react double. Merajuk sampai sebulan. Lama tahu tak saya bersabar. Biadap lagi dengan Mama. Kalau terdetik dalam hati Mama dia terkilan dengan perangai awak, awak sedar tak awak dah jatuh pangkat jadi anak derhaka?” Arif menarik nafas panjang. Melepaskan segala yang terbuku di dada. Sebelum Zinnia jauh terpesong dek sekadar melayan perasaan bersalah yang merantai hatinya.
            “Am I that bad?” Pandangan ditala ke arah Arif Muzaffar. Kata – kata si suami meresap jauh ke sanubari. Arif tak pernah marah. Tinggikan suara jauh sekali. Pagi ni ayat Arif dah macam ayat peguam dah. Tak ada gaya ayat businessman.
            “Yes even worse but I love you. I love you.” Arif menarik kepala Zinnia ke bahu. Rambut Zinnia diusap dan ubun – ubunnya dikucup penuh kasih sayang.
            “Tapi saya berhutang dengan Suria. Dia kenalkan saya dengan awak dan saya buat dia macam tu.” Zinnia berkata perlahan. Bimbang mengganggu mood Arif yang tengah marah.
            “Awak berhutang dengan saya. Dengan Mama. Bukan dengan Suria. Terimalah kenyataan. Tak semua orang dalam dunia ni dapat apa yang dia nak. Itu takdir Suria. Takdir awak lain. Kalau awak kasihankan Suria cuba awak fikir, dia hidup macam tidur atas duit. Nak beli LV sebijik harga puluh – puluh ribu macam nak beli cendol. Awak? Ke hulu – ke hilir usung fail turun naik court sekadar nak dapat 3 ribu sebulan. Please wake your sense up. Allah Maha Adil. Dia jadikan saya milik awak dan suatu hari nanti Suria akan bertemu jodoh yang sepadan dengannya.”
            “You compare love and LV? How not fair.”
            “Yeah, LV only missing O and E. Not much different.”
            Zinnia tergelak. Arif...Arif...Dalam diam semuanya disimpan dan dihembus sekali nafas.
            “I’m sorry.”
            “Yeah you should be. You’re wasting our honey moon time.” Balas Arif bergurau.
            “Nak LV mahal – mahal yang macam Suria boleh?” Rengek Zinnia manja. Mereka berpegangan tangan menyusuri jeti.
            “I’ll give LOVE. LV tak best.” Arif mengusik. Perempuan. Pantang sebut bab beg tangan. Besar biji mata.

            “MAMA, Zie minta ampun. Zie salah. Zie tak patut salahkan Mama.” Sampai sahaja di rumah yang lima belas minit berjalan dari jeti, Zinnia berlari ke arah Puan Nuriza yang sedang berehat di bilik.
            Arif Muzaffar hanya membiarkan mereka anak – beranak bertukar rasa hati. Zinnia keras orangnya tapi dengan cara yang betul, tegas tetapi penuh kasih sayang pasti Zinnia akan kalah. Siapa yang mampu menolak kebenaran kata – kata seorang suami. Balik KL nanti siaplah kau Zafran. Pandai – pandai nak kacau hubungan rumah tangga orang.
            “Zie tak akan mampu bahagia dengan Arif kalau Mama tak maafkan Zie. Zie tahu Zie terlalu turutkan perasaan.” Air mata menitis jua melihat Mama diam sahaja.
            “Bahagia ialah sebuah kemaafan.” Kata Zinnia. Kalau tadi baru dia berkata demi mengharapkan kemaafan Suria tapi kini kemaafan seorang ibu yang lebih bermakna dan didambakannya.
            “Bahagia ialah sebuah kemaafan.” Sama kata hati tua yang melahirkan Zinnia Zulaikha ke dunia. Mana mungkin Puan Nuriza tak mampu memaafkan Zinnia Zulaikha. Dialah satu – satunya anak perempuannya. Zinnialah tempat dia mencurah rasa, berkongsi segalanya.
            “Mama maafkan Zie. Mama nak Zie hidup bahagia.” Ucapan seorang ibu tanda kasih terhadap seorang anak yang tak berpenghujung. Semua orang akan melakukan kesilapan dalam hidup tapi jangan terlalu lama di jalan yang salah kerana pintu kemaafan tidak selalunya akan terbentang di hadapan mata.
            “Dah?” Arif mencelah. Tak larat nak tengok drama air mata lama – lama.
            “Eeii kacau je.” Rungut Zinnia dengan diikuti ketawa halus Mama.
            “Jom sini, cerita best kat TV. Arif pinjam Zie jap Mama.” Arif mengenyit mata ke arah ibu mertua yang teramat baik dan sporting. Tangan Zinnia ditarik.
            “Ally Mc Beal? La episod zaman batu lah ni.” Rungut Zinnia.
            “Jap sayang. Nak suruh dengar judge tu cakap apa.” Mereka tercegat di hadapan TV.
            “Mana ada judge?” Kat depan hanya ada si Ally tengah ternganga melihat Robert Downey Jr menyanyikan lagu untuknya. Hero kegemaran Zinnia tu.
            “Dah...dah tak nak tengok hero tu. Tengok hero ni. Dengar Yang Arif nak cakap apa.” Dagu Zinnia dicuit. Tak berkelip tengok hai..ni nak marah ni.
            Zinnia tergelak. Dia rupanya The Judge. Yang Arif tapi tak berapa nak arif.
            “Okay, I’m listening.” Mereka berdiri bertentang mata.
            All love shifts and changes. I don't know if you can be wholeheartedly in love all the time. I really don’t know but with you Zinnia Zulaikha, I know I can so please be a good wife to Arif Muzaffar.”
            “Yang Arif, I’ll be the one. Am trying.” Zinnie mengenyit mata. Malulah nak drama lebih – lebih. Mama kan ada kat dalam bilik tu.
            Sebulan yang lalu, Zinnia rasa dia berhutang dengan Suria. Hutang cinta. Hari ini Arif Muzaffar menyedarkannya, mana ada istilah hutang cinta. Kalau dah cintakan seseorang, kita hanya berhutang dengan orang yang cintakan kita. Cinta tak boleh dibayar. Cinta tak boleh ditukar ganti biar pun dengan LV termahal!


 p/s: Happy Holiday!!
Sorry tgah demam Avengers My super hero Arif Muzaffar
 XOXO!!!           











Friday, 4 May 2012

Hutang Cinta Part 1


Kadang - kadang dia yang menyatukan hati kita adalah dia yang menghancurkan hati kita.
Kadang – kadang dia yang menggembirakan hati kita adalah dia yang menitiskan air mata kita.
Kadang – kadang dia tetap silap dalam memberi yang terbaik untuk kita.
Kadang – kadang dalam kesilapan itu, kebahagiaan yang terbentang adalah kerananya.
Kadang – kadang kita lupa kebahagiaan yang terbentang bukanlah selamanya.
“Bahagia ialah sebuah kemaafan.” Kata Zinnia.
“Bahagia ialah sebuah kemaafan.” Sama kata hati tua yang melahirkan Zinnia Zulaikha ke dunia.

Ini kisah hidup Zinnia Zulaikha dan Arif Muzaffar.
Antara kasih ibu, syurga di bawah tapak kaki suami dan rasa bersalah yang merantai seorang Zinnia Zulaikha.











            “CANTIKNYA kad. Thank you.” Zinnia tersipu – sipu. Bunga diribaan dicium berkali – kali.
            Tak sangka Arif Muzaffar datang menjemputnya di rumah sewanya di Shah Alam ini.
            “Nak pergi mana ni?” Tanya Zinnia apabila kereta Arif mula meninggalkan perkarangan rumah teres dua tingkat yang disewa beramai – ramai di Seksyen 2.
            “Okay. Hmm...Bintang Walk?”
            “Yes mam.” Jawab Arif dan tersenyum nipis. Ikutkan sahaja cakap tuan puteri.
            “I balik kampung malam ni.” Zinnia bercakap sambil mata tak lepas memandang Kad Valentine di tangan. Zaman universiti. Budak Law pula tu. Semua orang sambut, dia pun sambutlah. Yang dia tahu sebaik dia buka pintu rumah, Arif siap menghulurkan jambangan bunga ros merah yang wangi dan sekeping kad. Hati berbunga – bunga mewangi kalah bau bunga ros yang memenuhi kereta.
            “Paper Malaysian Legal System tu rasanya kali ni fail lagi tak?” Usik Arif sambil menjeling Zinnia di sebelah.
            “Paper MLS atau paper MALAS tu? Haiya..tatau la nak cakap apa. Malas nak ambil lagi dah. Nak give up dah ni.” Rungut Zinnia manja. Kertas terakhir katakan.
            “Balik kampung tenangkan fikiran. Nanti sampai sini mesti dah tenang boleh buat elok – elok. Malam ni enjoy dengan saya, esok boleh enjoy dengan Mama.”  Pujuk Arif. Bijak mengambil hati Zinnia.
            “Orang dah kerja bestnya cakap.”
            Arif Muzaffar tergelak. Terserlah wajah tampannya di sebalik kilauan lampu – lampu jalan. Tak puas mata Zinnia memandang.
            Pertama kali mengenali Arif Muzaffar, dia terpikat dengan gaya Arif yang gentleman. Gaya bahasanya teratur dan nampak seperti seorang yang penyayang. Kalau tak penyayang tak kan sanggup jenguk Suria yang jauhnya beratus batu. Untung Suria, untung juga Zinnia dapat curi pandang setiap kali mereka keluar outing bersama. Maklumlah bercinta dalam diam. Malulah kalau Suria tahu.
            Sekarang selamat Suria melanjutkan pelajaran ke luar negara, tak payah nak sorok – sorok lagi. Minggu depan Suria balik boleh declare kot hubungan mereka. Timbang Zinnia dalam hati. Lagi pun Suria dah macam adik sendiri. Sebelum keluar dari kereta apabila sampai di tempat parking, Zinnia menyimpan kad yang bertulis kata – kata romantis di dalam handbag.

            Zinnia Zulaikha,
            You may never know how important you are to me or how much I care for you, but you are and you will always be. Remember that I couldn’t afford to lose someone I've learned to care about so much.
            Arif Muzaffar

            Esok nak bawa balik kampung. Nak simpan di dalam kotak khazanah dia. Semua kad pemberian Arif selama ini diletakkan di dalam kotak kertas cantik yang disimpan di rumahnya di kampung.

            ZINNIA melarikan berus bersaiz sederhana ke muka. Nak pergi court kalau make up tak naik setengah inci, tak payahlah susah – susah nak baca kes. Nak – nak kalau hakim tu lelaki. Payah nak dapat judgement kalau tak melawa. Kenyataan hidup sesungguhnya men pro women dan vice versa. Ini bukan dongengan semata – mata. Kalau urusan kerja, ramai yang memilih untuk berurusan dengan berlainan jantina. Toleransi lebih sikit.
            “Baby, balik awal ya. I dah janji dengan your mom nak balik petang ni.”
            Zinnia terdiam. Wajah Arif yang sedang membetulkan tali leher dipadang sekilas.
            Dingin.
            “Tengoklah. Kerja banyak kat pejabat.”
            “Then take half day leave.” Arah Arif Muzaffar. Mata beralih dari cermin panjang di dinding ke arah Zinnia yang sedang duduk menghadap cermin meja solek.
            Zinnia tidak memberi sebarang reaksi. Wajah yang dirias rapi ditatap dan mata yang baru disapu maskara dibesarkan. Bagi kering dan kemas penataannya. Malas nak jawab. Arahan lembut yang keluar dari mulut Arif Muzaffar tegas maksudnya. Iramanya merdu tapi tak seiring dengan nyanyian hatinya sekarang. Biasanya semua kata – kata yang keluar dari mulut Arif Muzaffar umpama nyanyian jiwa tapi sejak peristiwa itu, sejak segala – galanya terbongkar, hatinya mula bergendang pilu.
             Dia kerja sendiri bolehlah. Kita ni makan gaji. Zinnia merungut dalam diam. Tangannya ligat menaikkan sanggul di kepala. Rambut yang dibela separas pinggang disikat rapi dan disanggul bulat. Terkial – kial tangan kanan Zinnia nak mencapai net beriben hitam untuk mengemaskan sanggul. Maklumlah tangan kiri menahan sanggul yang cantik terletak di pusar kepala. Kalau terlepas tangan kiri ni, haru nak naikkan balik sanggul. Kalau sanggul siput gaya orang lepas bersalin lainlah. Main tarik, klip, siap. Ini nak bagi tahan sekerat hari di court. Nak berjalan ke hulu – ke hilir lagi.
            “Let me help you.” Arif mengambil net beriben hitam dan diletakkan di kepala si isteri. Tangan kiri Zinnia ditolak lembut. Tangannya yang berurat hijau tampak sedikit keras bermain dengan riben tetapi akhirnya mahkota si isteri kemas berhias.
            Mata Zinnia tak berkelip melihat reaksi Arif Muzaffar. Suami penyanyang dan romantis. Kalau biasanya dia yang mengada – ngada meminta Arif membantunya bersiap tapi hari ini mulut seperti terkunci. Nak cakap terima kasih pun mulut terasa berat.
            “I love you. Only you.” Ucap Arif lembut. Leher jinjang si isteri dikucup sekilas dan sepuluh minit kemudian, enjin kereta Arif kedengaran meninggalkan perkarangan rumah.
            Oh, Arif Muzaffar! Cinta pertama sentiasa sempurna sehingga cinta kali kedua muncul. Dan dia, Zinnia Zulaikha hanyalah cinta yang kedua.

            KASUT ni pun, masa nilah nak buat hal. Zinnia membetulkan kasut yang tak selesa. Dengan fail yang bersusun – susun di tangan, badan disandarkan di dinding, kaki kiri menguis kasut yang ditanggalkan. Sebiji pasir melekat di kasut pun buat Zinnia tak mampu nak berjalan. Macam mana nak selesa kalau skrit ketat tak ingat, berjalan pula dengan kasut Swank tinggi 3-4 inci kot. Jadi sebiji pasir cukup untuk membuat langkahnya pincang.
            “Nah.” Jejaka budiman mengambil kasut, membuang pasir didalamnya dan menyarungkan ke kaki Zinnia.
            “Don’t do this again. Mind you I’m married.” Zinnia berjalan cepat – cepat meninggalkan Zarfan yang terkulat – kulat. Peguam muda, hebat bergaya, berjaya pula dan tak jemu – jemu memikat.
            “Leave him. Leave Arif.” Zarfan mengejar Zinnia.
            “Saya tak akan tinggalkan suami saya.”
            “Walau pun dia lelaki tak guna? Playboy? Penabur janji – janji manis?”
            “That’s before. Before he’s married to me.”
            “Playboy will never change. Playboy will never make his partner happy and live at ease.”
            “Kalau playboy tak mampu membahagiakan pasangannya, macam mana pula seorang perampas isteri orang mampu membahagiakan pasangannya?”

            ZINNIA menarik nafas lega. Kepala disandarkan di kereta yang dipasang penghawa dingin seminimum mungkin. Blazer hitam yang membalut tubuh langsingnya ditanggalkan. Kemeja putih lengan panjang dibetulkan kolar yang mula senget. Hatinya berbelah bahagi. Terngiang – ngiang pesanan Arif pagi tadi. Nak balik jumpa Mama.
            Mesti Mama gunakan Arif untuk menyuruhnya balik. Zinnia dah hampir sebulan mogok. Serentak mogok dengan Arif dan Mama. Pada Zinnia, kedua – dua mereka tidak jujur. Hatinya tertutup pada sebuah pembohongan. Hatinya sakit. Perit mengenangkan kebahagiaan yang dibina bersama Arif adalah atas air mata orang lain. Dia bukan perempuan macam tu. Suria umpama adiknya sendiri. Pertemuan sebulan yang lalu menjawab pertanyaannya selama ini kenapa Suria tidak muncul di hari perkahwinan Zinnia dan Arif.
            “Kak Zie.” Suria terkejut.
            Tak sangka disapa oleh Zinnia Zulaikha di Modesto’s The Curve. Orang yang cuba dielakkan sepanjang hidupnya. Nak lari dah tak boleh.
            “Su, rindunya.” Zinnia tak segan – segan memeluk Suria di hadapan clientnya. Peduli apa dia. Lagi pun urusan kerja kalau dah sampai tempat makan haruslah dah tak berapa formal. Zarfan yang duduk di sebelah Datuk Wahab menegur Suria. Terkejut Zinnia. Suria nampak serba salah dan tersenyum sahaja menjawab teguran Zarfan.
            “You kenal Suria?”
            “My junior, LLM kat Notts sekali dulu.”
            “Oh. Excuse me.” Zinnia tersenyum kepada Datuk Wahab dan Datin Kasmah yang agak terganggu dengan lagaknya.
            Terlupa Suria dan Zarfan sama – sama mengambil kursus LLM  International Commercial Law di University of Nottingham. Dia baru kenal Zarfan sejak bekerja di firma guaman yang sama. Bezanya dia baru praktis. Buat bank litigation penat ya ampun. Ke hulu ke hilir setiap hari bawa 20 ke 30 fail, berkejar setiap hari turun naik court, kasut tinggi setiap hari, blazer dan skirt ketat dan jangan lupa, cuaca panas terik sehingga berpeluh segala sampai sanggul sebonda di kepala pun macam penuh air peluh. Bukan dekat nak berkejar tempat parking dan turun naik tangga di Kompleks Mahkamah di Jalan Duta. Maklumlah mana tak berkejar kalau court mula setiap pagi pukul 9. Zarfan dah lepas tahap azab best lah. Pergi court bawa dua tiga fail sahaja. Banyaknya mengekor sahaja Zinnia ke hulu ke hilir. Sabar ajelah.
            Mahu tak terganggu. Tengah makan dan ralit bercakap tiba – tiba apabila Zinnia ternampak Suria yang lalu di sebelah mejanya, tangan kanannya refleks menarik tangan Suria. Nasib baik dia tak kena tampar dengan Suria yang agak terkejut disapa kasar begitu. Zinnia menarik tangan Suria ke bahagian luar Modesto’s. Mereka duduk seketika di sofa yang disediakan untuk pengunjung yang datang sekadar untuk minum – minum.
            “Su sihat?”
            “Sihat. Alhamdulillah. Still breathing and able to move on.”
            Zinnia tergelak. Lain macam sahaja jawapan Suria tapi belum mengesyaki apa – apa.
            “Kak Zie macam mana? Dah jadi isteri orang ni nampak makin berseri – seri.” Puji Suria ikhlas. Kalau Zinnia tak cantik, kalau Zinnia tak bijak, kalau Zinnia tak manja tak kan Arif Muzaffar memilih Zinnia dan bukan dirinya. Suria yang sebaik dia mengerti apa itu cinta, hanya Arif Muzaffar yang memaknakan perkataan itu dalam hidupnya. Sepupu sendiri. Jatuh cinta dengan sepupu sendiri!
            “Oh best! Your Abang Arif is so loving. I’m glad to be his wife.” Balas Zinnia sambil tergelak kecil. Gembira bercerita dengan Suria tanpa menyangka hati Suria yang hampir sembuh mula berdarah kembali.
            “Yeah, lucky you. Kak Zie, I’m coming with my boss. I’ve to make a move.
            “Su, wait. Hari tu kenapa tak datang?” Zinnia masih tak puas hati tak nampak batang hidung Suria di hari kegemilangannya. Tanya pada Mak dan Ayah Suria jawapan langsung tak memberangsangkan. Suria kerja? Dia kahwin Public Holiday. Firma guaman mana rajin nak buka hari cuti umum macam tu.
            “Su ada hal. Memang tak dapat nak elak tapi Su kirim hadiahkan?” Suria memaniskan muka. Hari Zinnia dan Arif diijabkabulkan, ialah hari dia berkabung. Menangisi cinta yang tak kesampaian.
            “Yeah thank you but I’m expecting your presence not your present.” Balas Zinnia dan memeluk tubuh Suria. Suria yang dianggap seperti adik sendiri. Dia mana adik perempuan. Adik – beradiknya semua lelaki. Abang Long, Abang Ngah, Abang Chik semua dah ada kehidupan masing – masing. Dia je yang baru nak menapak. Baru nak memulakan hidup bersama Arif Muzaffar. Cinta pandang pertamanya. Zinnia bergerak ke meja nya tadi dan matanya menghantar Suria sehingga Suria hilang di sebalik dinding yang memisahkan dua ruang di dalam Modesto’s.
            Setengah jam kemudia, Zinnia berdiri dan Zarfan di belakangnya menghantar Datuk Wahab dan Datin Kasmah dengan pandangan mata di tempat parking. Zinnia meminta diri tetapi ditahan oleh Zarfan.
            “Jom minum dulu.”
            “Arif dah on the way balik la.” Balas Zinnia sopan. Zarfan kenal Arif Muzaffar. Si suami kerap juga bertandang ke pejabat. 
            “Untung Arif. Seorang sampai separuh mati cintakan dia. Seorang lagi sampai buta tak nampak apa sekeliling dia.”
            “What are you talking about?” Zinnia angin mendengar komen sinis yang keluar daripada mulut Zarfan.
            Ringan mulut Zarfan bercerita dan ayat terakhirnya ‘Your mom knows all about these.’ membuat air mata Zinnia mengalir laju tak dapat ditahan lagi.


p/s: TGIF!! Cter ni ada Part 1 and Part 2 je. Dah lama peram. Segan nk bagi sbb cerpen sy kan 'terer' sgt buat smpai kena tibai kaw2 sim nya kat p2u. Agak insaf jgaklah :p
Enjoy ur holiday & lev u guys.
XOXO!!

Tuesday, 1 May 2012

Untuk Semua Dosaku (USD) Bab 4


            “Cepat dapat pengganti?” Syed Gilani yang tengah ralit membaca The Munich Times terkejut apabila disapa oleh Syed Azri. Tadi Lisa memohon diri untuk pergi menjemput kawan. Tak sangka kawan yang dimaksudkan ialah Syed Azri. Batang hidung Lisa tak nampak pula.
            “Mana ada Daddy. She is just my junior.”
            Ini yang malas nak jumpa. Selepas berbasa – basi dah boleh agak ini yang akan ditanya Daddy. Nak cakap lebih – lebih pun dia bukan mengenali lagi siapa sebenarnya seorang Nur Lisa ni. Bukan Azri tak faham perlian Daddy.  Dia berani hantar Lisa sebagai translator pun sebab dia main aci confident yang Lisa mampu buat. Sepatah je dia tanya sebelum buat Lisa ternganga dengan idea luar alam dia. Kena jugak tanya latar belakang Lisa untuk melayakkan diri dengan tugasan tu. Kalau tak layak malulah Dr Syed Gilani.
            “Kau belajar U mana ni?”
            “TUM.”
            Jawapan Lisa cukup untuk menjayakan rancangannya untuk mengelak daripada berjumpa dengan Daddy. Budak ijazah masuk TUM minta maaflah, amat luar biasa. JPA pun tak hantar budak pergi TUM. MARA adalah kot tapi agak terhad. Tak tahulah nanti tahun – tahun depan JPA pun hantar. Nak masuk TUM, A-Level German (ALG) harus kena full score. Full score tahu tak! Kenapa nak kena full score dan bahasa German wajib berabuk (pandai sangat) ialah sebab ijazah ditawarkan di TUM hanya dalam bahasa German. Kalau Master macam dia lainlah. Ada dwi bahasa. Nak ternganga pun ada masa dengar Lisa cakap dengan selambanya dia budak ijazah TUM. Kalau budak ni stok sopan segala dia nak tabik spring tapi memandangkan gaya Lisa yang tak berapa nak senonoh abaikan je lah. Azri cuma lupa nak tanya Lisa ambil bidang apa. Jangan cakap budak kejuruteraan cukup. Pengsan dia nanti. Kalau kursus lain, fakulti di main campus terletak di bandar. Hanya fakulti kejuruteraan mekanikal, kimia dan IT agak terpencil iaitu terletak di Garching.
            “Mommy tahu bising nanti.”
            “Daddy tak payahlah bagitau.” Jawab Azri senang. Seperti biasa mengambil mudah semua perkara.
            “Damia Humaira tu anak kawan baik Mommy. Azri kena timbanglah perasaan Mommy sikit.” Leter Syed Gilani.
            “I know my mommy. She wouldn’t mind. Kenapa Daddy tak cakap Daddy sendiri yang kisah? Papa si Damia Humaira tu bukan kawan baik Daddy ke?”
            Azri malas nak layan sikap berpura – pura Syed Gilani. Orang korporat, biasalah. Ayat manis 24 jam. Kerja nak ambil hati orang sahaja. Kalau budi bahasa Syed Gilani kurang, manakan dapat memegang jawatan penting di negara orang.
            Dubai bukan setakat sebuah negara tapi sekarang Dubai ialan penjenamaan. Sebuah jenama yang dicipta oleh orang Arab yang rakus dan bercita – cita tinggi. Azri sering ditadahkan dengan cerita kehebatan visi dan misi orang Arab untuk mencipta nama Dubai di mata dunia. Kisah pemerintahan Dubai legasi Sheikh Rashid yang diwarisi oleh Sheikh Maktoum bin Rashid al Maktoum. Zaman pemerintahan Sheikh Maktoum pada tahun 1990 ialah zaman termakbulnya cita – cita dan impiannya untuk menjadikan Dubai sebagai pusat pelancongan nombor satu di dunia dan hub kewangan utama di tanah Arab dan seterusnya dunia. Sheikh Mohammad bin Rashid al Maktoum mengambil alih legasi abangnya dan menyambung lagi kegemilangan pembangunan Dubai yang diketengahkan penjenamaan di seluruh dunia dengan taglineThe sun never sets on Dubai World’.
            Syed Gilani selalu memberi contoh kepadanya dan Sharifah Azra agar mengikuti cara dan budaya orang Arab bekerja. Dah lali telinga mendengar cerita tentang kehebatan pembangunan Dubai tapi dalam hati Azri selalu berkata ‘hebat sangat sampai tak ingat bumi berpijak jangan nanti jatuh termengadah’. Bagi Syed Azri cara orang Arab terlalu agresif tanpa memikirkan risiko apatah lagi apabila Daddy selalu bercerita tentang perancangan Dubai yang bergerak secara keseluruhan mengikut arus masa bahkan menentang masa. Kata Daddy setiap bangunan yang naik, satu tingkat boleh siap dalam masa dua hari. Kata Daddy lagi, mereka dalam perancangan untuk membina bangunan tertinggi di dunia yang akan dilengkapi dengan satu – satunya hotel 7 bintang di dunia. Gila! Mana tak gila kalau tagline kerajaan mereka ialah ‘Dubai city in total mobilization, not only in competition with time but IT IS A PROTEST AGAINST TIME’.
            Okay cukup kepala penuh dengan agenda kerajaan Dubai, moral of the story nya cuma  mulut manis Syed Gilani langsung tidak diwarisi oleh Syed Azri. Budak Lisa ni nak kena lipat balik rumah nanti. Kan cair telinga dengar topik Damia Humaira. Nak cakap kat Daddy, dia kantoi Damia Humaira curang takut karang kena serangan jantung kat sini. Kalau curang dengan lelaki yang lebih baik darinya okay lah jugak, ini muka macam jambatan tak siap. Aii..kan dah mula mengeji tapi dah itu kenyataan. Damia Humaira sampai sudah tak mengaku tapi Azri malas nak layan. Kawan jalan – jalan pegang tangan siap bahu lentok? Shit man! Dia tak buta lagi. Cara hidup Azri dan Damia Humaira memang lebih kurang. Jumpa kawan laki perempuan tepuk tampar, laga pipi perkara biasa. Masalahnya sekarang jalan pegang tangan penuh mesra dah macam Marienplatz tu mereka punya. Dahlah Damai Humaira yang dulu terhegeh – hegeh nak menggoda dia lepas tu diri sendiri yang buat hal, memang dia angin. Mesti Damia Humaira tak menyangka dia balik cepat dari Amsterdam. Lantaklah. Dia bukan suka tahap gila bayang pun kat si Damia Humaira ni. Ayat sedapkan hati.
            “Dah, baliklah dulu. Dah lewat ni.”    Tegur Syed Gilani.
            Tak boleh nak sentuh hal peribadi Syed Azri, panjang jawabnya. Ini sambung Master pun bukan reti nak bincang. Dah dapat baru nak bagitau orang tua. Sharifah Azra nasib baik kat bawah ketiak, boleh nak kawal. Harapkan Syed Azri ni anak lelaki sahaja hati Syed Gilani tak lah runsing sangat. Pandai – pandailah jaga diri.
            “Ingat overnight kat sini.” Azri menukar topik.
            “No, I’m catching Emirates last flight tonight. Tomorrow afternoon I’ve lunch session with my team. Lisa mana?”
            “Oh...” Tu je mampu jawab. Hidup seorang Syed Gilani. Boleh mati tak cukup rehat untuk orang yang tak biasa kerja kuat. Azri menggamit Lisa yang berdiri macam anak patung di tempat yang ditinggalkannya tadi. Beku dah kena cium. Mulut durjana. Memang nak kena ajar. Bisik Azri dalam hati pakai ayat kejam. Kata pilih passion kan....rasakan kehangatan anak Syed Gilani.
            “Uncle.” Sapa Lisa sopan apabila menghampiri Syed Gilani dan Azri. Dia malas nak menghampiri dua beranak ni tadi. Gaya Syed Gilani cerita macam dah lama tak jumpa Azri jadi biarlah anak beranak bercerita tanpa orang luar.
            “Thank you for spending your precious time with me today.”
            “Welcome. I am hired and will be paid handsomely. Don’t worry.” Lisa membalas sopan dan menjeling ke arah Azri yang sedang menguis – nguis kasutnya ke lantai. Entah apa yang dikuis. Dua – dua tangan dalam poket. Nampak sangat malas nak melayan si ayah.
            “Be my translator again on my next trip.”
            Syed Gilani tersenyum. Baik budak Lisa ni. Kalau Damia Humaira tak ada nak bermesra dengan orang tua. Kalau jumpa pun, tangan Syed Azri terus ditariknya dan dibawa lari jauh – jauh. Sekadar senyum dan angguk – angguk sahaja batas hubungannya dengan bekas kekasih Syed Azri. Dia sendiri pun malas nak masuk campur. Nur Lisa ni pula tak berani dia nak teka apa hubungan sebenarnya dengan Syed Azri. Sehari bersama Nur Lisa dan melihat cara dia membawa diri nampak amat matang. Kalau betul Nur Lisa berada di bumi Bavaria tak sampai pun sebulan, hebat sungguh jati dirinya.
            “No, no. You be my translator on my trip to Emirates.”
            Syed Gilani tergelak. Pandai Lisa mengambil hati.
            “Which part of Emirates you want to go?”
            Lisa tersengih – sengih. Dubai lah. Dah kata pak cik kerja kat Dubai. Tak kan nak pergi Abu Dhabi kot. Lisa bermonolog sendiri. Apabila Lisa menjawab pertanyaan Syed Gilani, dia termalu sendiri. Fahamlah Lisa selama ini dia tersalah info. Ingat Dubai tu sebuah negara sendiri. Rupa – rupanya dalam United Arab Emirates (UAE) terdiri daripada 7 buah negeri iaitu Abu Dhabi sebagai kapital, Dubai, Sharjah, Ajman, Umm Al-Qaiwain, Ras Al-Khaimah dan Fujairah. Malunya apabila diberi penerangan ringkas oleh Syed Gilani. Eeii...rasa macam kampung betul.
            “Tengok Lisa teringat foreigner ladies strolling along Jumeirah Beach. Local people call them Jumeirah Jane. You are the exact version of Jumeirah Jane.” Tegur Syed Gilani selepas ceramah UAE For Dummies.
            “Jumeirah Jane?” Lisa pelik. Nama tak boleh blah.
            “We have place called Jumeirah Beach Road at Dubai. Foreigners especially all the mat salleh expatriate will buy a house along the beach. The mat salleh going out for work and the minah salleh or the wife will spend their leisure strolling along Jumeirah Beach. They are leading a very lavish lifestyle. So local people call the minah salleh Jumeirah Jane.”
            “I’m exactly the opposite version Uncle. I am here now with scholarship not family sponsor. That makes a lot of difference already.” Jawab Lisa merendah diri. Nak hidup pun seksa. Dia boleh siap kira berapa patah perkataan keluar tadi. Rasanya beratus euro juga dia dapat daripada Azri nanti ni. Itu dikatanya ‘lavish lifestyle’? Amatlah tak!
             “Kalau Lisa Jumeirah Jane, haruslah si semak Azri ni Jumeirah Jo.” Syed Gilani mengusik. Sekadar menduga reaksi anak sendiri yang dari tadi diam tak berkutik.
            Terangkat muka Syed Azri mendengar namanya disebut.
            Lisa tergelak. Azri semak? Not semak lah tapi sexy-smart-beard Jake Gyllenhaal perhaps? Biasanya Lisa anti-janggut tapi melihat Azri dengan renungan tajamnya dan muka bersahajanya membuat matanya amat fokus kepada SSB (sexy-smart-beard) menghiasi wajah Azri. Lisa menjeling ke arah Azri.
            Dup! Mata mereka bertentangan.
            Lisa melarikan pandangan.
            Azri buat – buat melihat jam di tangan.
            “Apa yang semaknya. Baru lepas trim ni.” Azri menggosok dagu yang melengkapkan lagi pakej pada wajahnya yang hampir sempurna.
            Syed Gilani tersenyum. Syed Azri. Syed Azri.

            SELEPAS menutup pintu balkoni rumah, Lisa melangkah ke katil. Potong mood nak menghayati keunikan pokok minum susu tu. Dahi ditepuk. Macam mana boleh lupa nak telefon Tengku Akhbar batalkan temujanji ni. Patutlah Tengku Akhbar telefon banyak kali siang tadi tapi dia sibuk ‘bekerja’. Mana boleh nak jawab. Lantaklah. Nanti pandai – pandailah dia pergi kutip beg – beg dengan Tengku Akhbar tu. Tak kan Tengku Akhbar rajin nak datang Pasing lagi sekali.
            “Mandi, tukar baju dulu baru tidur.” Tegur Syed Azri apabila melihat Lisa mula berlingkar di atas katil dengan baju siang tadi. Dia sendiri dah mandi dan menukar seluar pendek. Disarungkan juga t- shirt sleeveless Lakers. Kan dah susah ada room mate, house mate atau studio mate tak sama spesis ni. Memang boleh nak buat selamba berspender seksi – seksi dalam rumah tapi saham kena kasi up dulu. Getus Azri dan duduk di sofa bed menghadap TV.
            “Alahai malasnya.” Lisa merungut. Busy body jugak si Azri ni. Ikut hati nak tidur aci campak blouse dan skirt kat lantai, bush masuk gebar cepat – cepat tapi segan pula dengan Azri yang dan wangi – wangi dalam baju tidur. Dengan malas Lisa melangkah ke bilik air. Mandi dalam lima minit lepas tu dengan selamba dia keluar dengan tuala berbalut di tubuh. Lupa nak bawa masuk baju tidur dalam bilik air.
            Azri menjeling sekilas. Budak ni betul menggoncangkan iman aku.
            “Lisa, iman aku tak cukup tebal nak tahan kau punya free show. Jangan nak goda – goda.”
            “Ya lah.” Sound direct langsung tak tapis si Azri nih. Lisa merungut, cepat – cepat mengambil pijama kartun tweety dan menghilang dalam bilik air.
            Keluar sahaja dari bilik air, TV sudah ditutup, lampu utama juga sudah di tutup. Dengan bantuan lampu sisi katil Azri, Lisa melangkah ke arah katilnya. Malam kedua tidur serumah. Semalam dalam keadaan xanax menguasai diri, dia langsung tak mempunyai perasaan yang pelik. Saat ini, cuak pula terasa. Susun atur studio satu bilik ini sebenarnya bukak pintu sahaja, sebelah kanan ialah pantri yang lengkap dengan kabinet dan peralatan memasak. Depan kabinet ada sebuah meja makan tiga buah kerusi. Lepas pintu bilik air ialah sofa bed yang menghadap TV yang dipasang melekap di dinding. Sebelah TV ialah katil Lisa. Katil Azri di hujung balkoni yang menghadap meja belajar. Tetiba terasa studio ni sempit sangat. Rimas juga nak mengharungi hidup sehari ke sehari dengan orang yang tak dikenali.
            Lisa berhenti lama di hadapan katilnya. Tak jadi melangkah ke katil sendiri, Lisa melangkah dua tiga tapak lagi menuju ke katil Azri.
            “Awak.” Lisa tunduk sedikit memegang bahu Azri.
            “Apa?” Mata yang baru belajar nak pejam dipaksa buka.
            “Nak cakap ni.” Lisa menolak kaki Azri ke tepi. Dia duduk di hujung kaki Azri.
            Azri buat – buat bodoh. Apa pulak ni. Memang leceh lah kalau serumah dengan perempuan. Ada sahaja kerenahnya.
            “Cakaplah. Aku ada kelas esok ni.” Jawab Azri acuh tak acuh.
            “Saya nak berkenalan. Kekoklah macam ni.” Lisa duduk bersila. Kakinya bersentuh dengan kaki Azri yang berlunjur.
            “Macam budak – budak.” Kaki ditolak ke pinggang Lisa. Saja nak menyakat. Main gesel – gesel kat orang dia ingat aku ni siapa? Buaya tahu tak. Kena masa aku lapar selamatlah kau Lisa. Bisik hati kecil Azri nakal.
            “Awak belajar mana duduk sini? Ke dah kerja?” Soalan pertama.
            “Master. TUM.”
            “Sama kita. Laa...sempitnya dunia.”
            “Jangan nak over.”
            “Dulu degree kat mana? TUM jugak ke?” Soalan kedua.
            “Tak. FH. Augsburg.”
            FH ni kat sini orang panggil macam university of applied science atau kat Malaysia universiti atau institusi teknikal yang tawarkan kursus yang ada asas kejuruteraan sahaja.
            “Wow! Dah lama kat sinilah. Dulu course apa? Sekarang course apa?” Soalan ketiga.
            “Diplom Mechanical. Master of Science in Mechanical Engineering. Specialized in Numerical Simulation and Flight Engine. Detail enough?” Azri bangun bersandar di kepala katil. Tak senang tengok mata bundar Lisa memancarkan cahaya bulan. Apa yang dia nak teruja pun tak tahu. Lisa yang patut kena puji sebab dah sah dia yang lebih gempak tapi takut Lisa kembang semangkuk jadi abaikan sahaja pujian itu.
            “Was studierst du? Kau budak architect ke?” Teka Azri random. Bertanyakan soalan yang sama kepada Lisa. Dalam hati berharap janganlah budak engine jugak. Istilah biasa untuk pelajar kejuruteraan.
            “Oh no. I’m doing mechanical. I guess I am your most beautiful junior.” Lisa tersengih. Mempamerkan giginya yang putih tersusun rapi.
            Uhuk – uhuk. Air liur telan dah macam rasa pasir. Azri menggelengkan kepala. Dunia tengah berputar salah paksi ke ni? Kaji selidik dia kat TUM ni, Malaysian tak sampai 7 orang pun ada. Master dia dan Hanif. Itu pun Hanif punya course ialah elektrikal. Kampus Hanif di bandar. Fakulti yang ada di kampus yang terletak di bandar ialah seperti fakulti arkitek, elektrikal, sivil dan bisnes. Lagi satu kampus TUM ialah di pinggir bandar Garching Research Center. Hanya fakulti mekanikal, kimia dan IT ada di Garching. Yang ramai di TUM ialah budak pHd. Memang tak mampu nak kenal lah sebab peluang nak jumpa tak ada nak – nak kalau lain kampus. Budak ijazah setakat ini yang dia tahu ialah si Lisa ni lah. Kalau tengok gaya Lisa yang agak daring dan luar alam, tak hairanlah kalau IQ pun luar alam juga. Budak pandai perangai memang semacam. Ops budak gaya model Itali pagi tadi yang nama Tengku Akhbar belajar di TUM juga ke agaknya? Azri bertanya dalam hati. Nak tanya Lisa takut kena cop tukang sibuk pula.
            “Kau apahal nak duduk jauh – jauh?” Tanya Azri. Nak tahu kisah seorang Nur Lisa terbabas jadi room matenya. Nak tukar topik junior cantik itu juga. Haru!
            “Saja tak nak campur. Kat sana tempat yang dorang sedia ada sekor mamat ni duk ikut bontot je. Rimas.” Lisa main aci tak tapis juga memberi alasan sebenar dia berpindah.
            “Yalah tapi tak kan tak check room mate kau siapa? Kau budak mana? KL eh?” Teka Azri lagi. Budak tu agaknya Tengku Akhbar si model Itali agaknya. KL tu dia teka sebab gaya Lisa yang nampak dah biasa lepas bebas. Dia lepas bebas juga. Orang Johor tapi. Biasalah pengaruh negara jiran pun tak kurang hebat.
            “Yes, KL. Saya kena tipu. Orang yang tolong cari tu cakap room mate perempuan. Nak buat macam mana.” Jawab Lisa selamba. Ada riak sedih juga di wajah. Ada riak sakit hati diperbodohkan oleh adik sendiri juga terpamer di wajah. Ada riak takut juga kalau lah si Azri seorang yang jahat. Semuanya cuba dibungkus, simpan dalam ceruk hati.
            “Pandai – pandai kau pun ada juga part bodoh ya.” Perli Azri sambil mengerutkan dahi.
            Lisa mencubit peha Azri. Panjang aje tangannya mencapai.
            “Aduh! Apa nih.” Dahi Azri berkerut menahan sakit. Kuku cantik berias  Lisa sangat tajam. Sakit tu.
            “Sorry. Last saya nak tanya. Awak betul tak kisah ke?” Soalan terakhir Lisa. Macam tak boleh percaya sahaja soalan terakhir.
            “Ehemm...” Azri membetulkan anak tekak.
            “Kisah in fact aku tak suka tapi aku okay kalau kau behave. Pandai – pandailah tolerate kalau nak hidup aman bahagia dengan aku.”
            “Ceh.” Ayat nak hidup aman bahagia gaya pasangan dah kenal lama.
            “Tak aku serius ni. Kau tahu kan aku cakap semalam kalau kau sedar lah masa tu. Frienship will never work between man and woman so what are we after this is base on what are we sharing and what kind of life are we leading after this.”
            “Oh.” Lisa tak mampu nak mengulas panjang. Nampaknya Azri dah berfikir jauh risiko mempunyai teman serumah berlainan jantina.
            “And, I tell you. I am a perfect blossoming man.” Azri mengenyitkan mata sengaja menakutkan Lisa.
            Kena ingatkan jangan nak buat tayangan perdana kat depan dia kalau nak hidup aman bahagia. Bukan boleh percaya Lisa ni. Dia sendiri lagilah tak boleh percaya. Dengan Damia Humaira dia boleh tahan sebab kenangkan nak buat bini, kenangkan Mommy dan Daddy jadi boleh tunggu kot tapi kalau dengan Lisa takut karam tak bersebab nanti. Patutnya saat Damia Humaira menyerah dia ngap je. Menyesal. Mesti dah dapat kat mangkuk tingkat yang dia nampak hari tu agaknya madu Damia Humaira.
            “Noted. Thank you.” Lisa agak cuak dengan ugutan Azri.
            Dia memang biasa bergaul bebas dengan lelaki. Lepak di rumah Ariana di Mahkota Dewi yang selalu ada Jack dan Fuad. Kadang – kadang hujung minggu balik kelab pagi – pagi buta singgah tidur di kondominium mewah Tengku Akhbar. Pergi kelab bertemankan lelaki bersilih ganti tapi duduk serumah? Ini tak pernah. Dia mana ada kekasih. Stok geli – geli adalah. Hidup dia belajar – belajar dan enjoy – enjoy. Kalau bercinta nanti leceh. Belajar entah ke mana. Nak enjoy lebih – lebih pun banyak sekatan nanti.
            Lisa berdiri mahu bergerak ke arah katilnya. Baru dia nak melangkah, tangan kanan disambar oleh Azri.
            “Woman engineer to be. Please be a nice room mate will ya.” Azri tersenyum.
            Oh, tahukah Syed Azri bin Syed Gilani senyuman itu pembuka kepada jalan – jalan dan ruang – ruang penyatuan hati nanti? Lisa menggelengkan kepala. Menghilangkan ketidak - percayaan kepada senyuman manis yang dilemparkan oleh Syed Azri. Tangan Azri ditolak dengan tangan kiri. Jangan nak goda – goda aku. Lisa menahan rasa tapi senyuman paling manis dibalas. Bagi 1-1 lah kan.
            Azri terkesima. Coolio betul budak ni.
            “Do you know what woman engineer capable of doing?” Azri melepaskan tangan Lisa tapi pandangan terhala tepat kepada Lisa yang berjalan ke katilnya.
            “What?”
            “Sie beginnen mit Nähmaschinen und mit der Atombombe geendet.”
            “Gila!” Jawab Lisa kuat.
            Ada patut cakap ‘they begin with sewing machines and end up with the atomic bomb. Dahsyat sangat tu.
            Yang Syed Azri tak sedar;
            They begin with love and end up with detest.
            They begin with simple relationship and end up with complex one.
            Yang Nur Lisa tak sedar;
            They begin with room mate and end up with marriage.
            They begin with dark path and end up with her bright Ad- Din preference path.
            “Good night Love Lisa.”
            “Halt deinen Mund und schlaft bitte!
            Marah betul Lisa kena usik. Shut up and sleep please. Azri mengajuk kata – kata Lisa dalam hati. Kepala dibaringkan kembali ke bantal.
            Lisa menarik gebar.
            “Tak nak tanya pasal Tengku Akhbar ke?”
            “Azri!”



p/s: Es tut mir leid für den Fehler im USD 2. Ich habe 'Wie heizen sie?' geschrieben, wenn tatsächlich die richtige Grammatik ist, 'Wie Heißen Sie?'. Deutsche Sprache ist nicht einfach.


p/s/s: Korang faham tak? hehehe....tu ayat minta maaf. Ada ayat German kaput dlm USD 2. Thanks sifu yg tegur & sape2 yg found, detect any typo, misleading infos. Kindly share and let me know. Every day is learning journey.
Lev ya!


Pasing - Paradise NL & SA
Current favourite song. Do enjoy!

           
           

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...