Thursday, 26 January 2012

Jejaka Edisi Terhad Bab 1

            Sehol!!!” jerit Sara sebaik keluar dari bilik Bos.
            Tangannya penuh dengan kertas – kertas A4 siap berconteng hikayat terbaru Mr Boon Praraks.
            “Tak boleh bawak bersabar ke Sara?” Tegur Sheena sambil menjeling ke arah Ainul yang turut terkejut dengan jeritan Sara.
            “Tak boleh lah tu.” Celah Ainul.
            Tak ada yang pelik pun kalau siapa – siapa yang keluar bilik Bos meroyan. Kalau tak meroyan tu peliklah. Orang dah besar panjang dan masing – masing berkelulusan tinggi dilayan macam budak hingusan. Bercakap macam bagus, dia punya kelulusan entah ijazah dalam bidang sains pekebende. Ada hati nak tunjuk lagak dengan pekerja yang merangkap tiga dara pingitan yang sememangnya lulusan kejuruteraan. Cuma kira terpaksa sekapal dengan Mr Boon Praraks kerana mereka bertiga ni antara yang bertuah campur malang ditawarkan bekerja di Praraks Acoustic Sdn Bhd. Zaman yang tak boleh nak memilih kerja. Apa ada kat depan mata, terima dengan hati yang terbuka namun Sara yang paling tidak dapat menerima kenyataan. Nampak sangat Sara teramat tak suka dengan bidang yang terpaksa diceburinya. Bidang yang langsung tak glamour dan penat dan bosan yang amat.
            Sheena dan Ainul sahabat baik yang sama – sama pemegang Ijazah Kejuruteraan Elektrikal manakala Sara baru menyertai Praraks Acoustic berkelulusan Ijazah Kejuruteraan Mekanikal. Zaman sekarang mana senang nak dapat kerja. Sara mengimpikan gelaran jurutera perunding mekanikal dan bukannya perunding akustik.
            Acoustic consultant? Err..pardon?
            Dah berkali – kali Sara kena macam tu. Maklumlah orang tak tahu pun kewujudan jawatan kehormat Acoustic Consultant di pasaran pekerjaan Malaysia. Syarikat yang menawarkan khidmat perunding akustik pun tak sampai 15 buah syarikat. Tak kira lagi mana syarikat yang benar – benar menawarkan perkhidmatan terbaik dan teliti. Kebanyakannya hanya sebagai syarikat ali baba, jual barang, peralatan dan kelengkapan akustik dan berlagak pandai di hadapan pelanggan.
            “Sara, sehol tu macam best arghh  nak kutuk orang kat dalam tu. Pinjam ayat eh.”
            “Nah, take it.” Sara buat – buat tangkap perkataan dari mulutnya dan membaling penumbuk kepada Ainul. Hahaha..nak kutuk Bos kena penuh adab, sehol tu alkisahnya bermaksud asshole. Segan jugak kalau nak mengamuk sebut bukan – bukan jadi kenalah pandai improvise sikit.
            “Keluar pergi mana ni?”
            “Rumah pelanggan baru. Sri Carcosa.”
            Owh.” Sheena menyambung kerja tapi terkejut apabila disambung Sara dengan jeritan.
            “Sri Carcosa Seremban 2 lah bukan Bukit Tunku!”
            “Hah?” Sheena dan Ainul ternganga.
            Mahu tak melopong. Jam dah pukul berapa ni? Pukul 4 petang dah. Tak kan tak boleh tunggu esok kalau nak ke rumah pelanggan sekali pun.
            “Sara, no comment.” Sheena mengangkat tangan tanda menyerah diri.
            Mereka dah biasa kena buat kerja bodoh. Semalam Ainul yang kena bertapa semalaman di pejabat semata – mata nak siapkan kerja urgent nak bagi pelanggan katanya. Bila esok paginya Ainul serahkan dokumen, Bos boleh cakap, “It’s okay. Next week baru I jumpa dia.”
            Tak rasa macam nak cekik – cekik dapat Bos macam tu? Sara kembali ke tempat duduknya. Tak sempat nak tengok keratan – keratan iklan kerja daripada The Star yang baru dipotongnya. Kalau dulu setiap hari Ahad Sara wajib bertapa di MPH untuk memborong segala jenis majalah hiburan, sekarang dengan status gadis miskin yang baru disandangnya, hanya surat khabar The Star yang wajib dibelinya setiap hari Ahad. Maklumlah golongan miskin tegar. The Star pun terpaksa dibelinya kerana setiap hari Ahad memang berlambak iklan kerja dikeluarkan. Kalau harapkan Kelly, Jobstreet dan JobsDB semata – mata entah bila agaknya dia berpeluang nak dapat pekerjaan idamannya. Sumpah tak nak jadi Acoustic Consultant sampai ke tua.
            Sara mengemaskan meja kerjanya dan beg besar Victoria Secret disumbat dengan measuring tape, clipboard dan checklist standard untuk membuat pengiraan asas di tapak. Kalau rumah pelanggan tu automatiklah akan dipanggil tapak kerja. Sara bergerak ke bilik air dan menghadap cermin sekadar menambah bedak dan mengoles sedikit lipsheer. Kalau pergi rumah pelanggan gaya orang baru lepas keluar hospital nampak sangat tak berkarisma. Walau macam mana bencinya Sara dengan profession yang disandangnya sekarang, dia tetap bekerja bersungguh – sungguh. Kalau gaji baru RM1800, kerja pula main –main, rezeki yang berkat baru berapa sen sebenarnya yang tinggal? Tak boleh. Tak boleh. Dia kena juga berusaha sehingga berjaya dan membuktikan dia mampu hidup berdikari. Sara kembali ke meja dan menyandang handbag di bahu dan tangan kiri membimbit beg besar Victoria Secret. Kunci kereta dikeluarkan siang – siang. Senang. Tak adalah depan kereta baru terhegeh – hegeh.
            Sara melambai ke arah Sheena dan Ainul dan terus melangkah turun. Pejabat ni terletak di tingkat satu di deretan rumah kedai yang terletak di SS2, Petaling Jaya. Jadi dekatkan nak pergi Seremban 2 dari sini? Sara melangkah ke arah parking yang terletak di seberang jalan. Gaji ciput, parking pun kena bayar RM50 tiap – tiap bulan. Seksa betul. Rungut Sara tak habis - habis.
            “Sara! Sara!Sara! Sara!”
            Sara meneruskan langkahnya. Menonong je buat tak tahu. Peduli apa dia orang menjerit nama Sara sepuluh kali pun. Bukan dia je nama Sara kat muka bumi ni.
            “Sara Nabila Saidin!”
            Sreettt....
            Okay dia terpaksa brek. Tu memang orang panggil nama dia. Sara berpaling. Ceh, si Ainul rupanya. Suara tak komersial, mana dia nak cam. Hahaha...mati kalau Ainul tahu dia kutuk ni. Sara pegun di kaki jalan. Tunggu je Ainul yang berlari mendapatkannya.
            “Nak terkeluar anak tekak aku panggil. Selamba je kau buat tak dengar kan.”
            “Err..sorry.” Balas Sara tak berdosa.
            Apesal?” Tanya Sara buat – buat prihatin. Kasihan juga tengok Ainul terjerit – jerit dan berlari dengan selipar Jepun mendapatkannya.
            “Ni, alamat rumah pelanggan kau. Kau nak pergi ketuk semua rumah ke kat Sri Carcosa tu?”
            Aigoo...my bad.” Sara menepuk dahi.
            Punya sakit hati sampai alamat rumah pelanggan pun dia tak mintak dengan Bos. Nombor telefon je dia ambik. Tak kan nak telefon pelanggan mintak alamat. Buat malu je.
            Thanks Ainul.” Sara tersenyum.
            Ainul terus cair. Maklumlah susah nak tengok si Sara tersenyum macam ni.  Asyik memuncung 24 jam. Tak pun muka stone kat depan laptop. Kadang – kadang muka vinegar pun ada. Bagi Ainul muncung itik ke, stone ke, vinegar sekali pun, dia tetap nak pandang muka sahabat yang baru dikenalinya ini. Comel macam baby doll. Rambut pendek lurus paras bahu dan rambut depan menutupi dahi menampakkan matanya yang bulat besar.
            “Sara, yang saya dan Sheena recommend kat awak semalam tu, awak dah fikir ke?” tanya Ainul lembut.
            “Hmmm...” Sara berdehem.
            Tak tahu macam mana nak mulakan kata. Serba salah pun ada. Sape suruh gatal merungut kat depan kawan – kawan. Kan dah susah. Sheena dan Ainul ajak duduk rumah flat sekali dengan mereka. Sara tak nak sebab dia tak suka kongsi barang, kongsi rumah dan kongsi privasi dengan orang. Sengalnya dia ialah sibuk membebel sewa rumah apartment di Puchong Permata mahal. RM600. Mahal la kan? Tapi masalahnya dia dah laburkan duit bayar deposit siang tadi. Maksudnya esok dia dah tak akan menumpang di rumah flat mereka. Patutnya dia berjimat dengan gaji seciputnya ini tapi apabila mengenangkan duit simpanan yang masih berbaki, bolehlah tahan lagi.
            “Ainul, segannya nak bagitau awak tapi saya kena tolak. Saya sewa di Puchong sebab senang saya nak ulang alik rumah anak murid saya. Kalau saya tak pindah nanti saya takut jauh sangat balik kerja terkejar – kejar nak pergi mengajar.” Sara menjawab dengan berat tapi dia tak suka berbohong.
            Bercakap benar biar pun pahit memang menjadi polisi hidupnya. Yang paling benar dan paling besar rahsia hidupnya tu tak apa tak bagitau. Hahaha....
            It’s okay lah. Saya dan Sheena ingat boleh jimat kalau awak tonton sekali tapi if you have decided so, malam karang kitaorang tolong awak kemas barang okay.” Ainul memegang tangan Sara memberi kelegaan kepada sahabat. Mengerti perasaan bersalah Sara. Lagi pun murid – murid Sara memang ramai kawasan Puchong dan Bangi. Mereka memang dah maklum kerja sampingan Sara sebagai cikgu tuisyen.
            Bye.”
            Ainul melangkah pergi dan Sara meneruskan langkahnya dengan perasaan yang agak bersalah. Nak tonton macam mana kalau perkataan tonton yang bermaksud kongsi tu pun dia baru kenal. Nampak sangat seumur hidupnya tak pernah dia nak tonton – tonton dengan orang. Kadang – kadang memang kena pentingkan diri sendiri.
            Sampai di kawasan Sri Carcosa, Sara berpusing – pusing mencari rumah mengikut alamat yang diberikan oleh Ainul.
            22 Jalan S2 J2, Sri Carcosa, Seremban 2
            Itu je alamat. Bos ni tak tahu ke kawasan ni penuh dengan alamat S2? Yang membezakan alamat cuma D10, D9,D3, D4, D11 dan bla..bla... Habislah minyak Viva aku macam ni. Sara mula bengang. Duduk hujung dunia macam ni pun nak buat studio kat rumah. Bukan ni kawasan elit orang yang dah pencen ke? Orang tua pun nak buat studio jugak kat rumah ke? Sara, Sara jangan buruk sangka. Nanti kot orang tua dah pencen tu nak buat bilik tadarus gred A, amacam? Berdosa je buruk sangka. Sara mententeramkan diri sendiri.
            Sara mendail nombor pelanggan yang diberi. Encik Zafril namanya. Profil pelanggan langsung dia tak tanya. Sakit hati punya pasal. Sara tak suka buat studio. Sara lagi suka projek berprofil tinggi. Kalau buat projek kerajaan atau projek komersil nanti dia boleh bercampur dengan jurutera perunding yang lain. Yang lagi berpengalaman. Bolehlah nak timba pengalaman dan ilmu. Ini menghadap orang kaya yang tak tahu nak habis duit ke mana. Bosan!
            “Hello.” Sara memulakan kata.
            Yes.”
            Aik. Tu je jawab. Sara pelik. Suara tak gaya pak cik – pak cik pun atau pelanggan dia ni omputih? Alamak, ni yang lemah sangat. Nanti tanya macam – macam. Sara punya style, pergi tengok tempat, tanya kehendak pelanggan, bagi option sikit – sikit dan terus blah. Kalau omputih banyak cekadak. Nanti siap ajak tea la, kalau pergi tengah hari, ajak lunch lah. Mesra alam lebih – lebih kalah adab orang Melayu.
            I think I’ve lost. Where is your house to be exact? There are S2 roads everywhere.” Sara bertanya ringkas. Siap cakap kenapa dia sesat. Semua jalan ada S2, macam mana nak cari.
            You think or you really lost?”
            I am.” Balas Sara bengang. Sempat dia ni nak perli – perli.
            It’s J2. S2 J2. Cari betul – betul cik adik.”
            Pap!
            Kurang asam punya olang! Ada terus letak telefon macam tu. Eh, cakap Melayu. Melayu lah tu. English accent pekat tak hengatt. Ke dah lama duduk Malaysia. Sara menala ke arah kertas yang bertulis alamat sekali lagi. Alahai besarnya huruf J2 ni. Jalan yang dia nampak tadi pula semua S2, D bla..bla.. Macam mana boleh tak perasan ni. Bikin malu Sara Nabila je. Sara membuat pusingan U dan mata melilau mencari nombor jalan. Okay, ni pun rumah Encik Zafril kita. Sara melilau sekitar halaman rumah banglo dua tingkat. Ringkas. Tak ada lanskap langsung. Dia memang dah tak hairan dah tengok rumah besar – besar dan masuk ke rumah orang kaya ni. Maklumlah kalau orang tak kaya, tak kan ada duit nak buat studio. Kat garaj yang terpacak cuma sebuah motosikal berkuasa besar. R6? Gulp! Sara menelan air liur.


***

           
            Come in.”
            Que Zafril nak tergelak tengok awek kat depan dia ni terkocoh – kocoh nak bukak kasut tumit tinggi yang dipakainya. Apa ingat ni rumah Mat Salleh masuk aci terjah tak payah buka kasut. Selamba betul awek ni.
            “Hai, Sara.” Sara memperkenalkan dirinya dan menghulurkan tangan untuk bersalam.
            “Mr Boon Praraks sends you here?”
            Yes. I’m an Acoustic Consultant. We should start on your project by giving me some directions.” Sara menghulurkan kadnya.
            Saringan pertama Sara dengan sekilas pandang;
1.      Mudanya! Anak ayam ke apa ni kaya semacam.
2.      Berlagak sikit gayanya. Tangan asyik dalam poket jeans je.
3.      Mix blood kot. Ayah expatriate kot.
            Banyaklah kau punya kot Sara. Malu cakaplah malu. Muka mamat ni sebijik macam orang putih tapi jelas berbangsa Melayu. Putih okay! Fair gilerrr! Memang terus out dari senarai dialah. Dia punya taste macam yang describe kat novel. Tall, dark, handsome pasti. Kalau dua – dua putih, anak keluar karang orang ingat bukan Melayu pula. Tak boleh. Tak boleh. Tak mampu nak describe rupa lelaki di hadapannya yang arghh..tak nak pandang lebih – lebih. Malu jadi tak boleh nak review lagi tahap kekacakan lelaki di hadapannya ini. 3 kali malu!!!

1.      Sesat sebab dengan bijaknya huruf J2 macam tiba – tiba hilang kat kertas apabila Sara baca. Siap kena perli.
2.      Sara dengan selamba bataknya masuk rumah tak bukak heels. Dah sekali jenguk rumah macam kat Beverly Hills. Tuan rumah pun pakai selipar. Tak payahlah nak bukak – bukak kasut kan?
3.      Dia hulur salam mamat ni boleh buat derk je.

            Are you Encik Zafril?” Sara bertanya.
            “Que Zafril. Can call me Que or Zafril or anything excites you.
            Gila apa nak panggil apa – apa. Anything excites you? Fullamak ayat memang tahap flamboyant. Saja je Sara tanya kot penat membebel – bebel rupanya ni orang gaji dalam rumah ni ke? Bukan boleh harap. Tengok muka nakal lelaki di hadapannya ini memang Sara boleh jangka kalau betul ini pelanggannya memang hidupnya bakal haru biru. Pasti! Sara membuka beg dan mengeluarkan buku notanya dan beberapa helai kertas lakaran.
            “Sara, sorry. Saya dah bagitau Mr Boon saya nak keluar sekarang. Boleh datang lusa tak? Mr Boon cakap awak dah on the way jadi saya tunggu jugak. Saya nak keluar dah ni.” Melihat Acoustic Consultant yang dengan tak segannya duduk di sofa tanpa dipelawa mula mengeluarkan bahan – bahan kerja, Que mula rasa bersalah.
            What?” Sara terjerit kecil. Ingat rumah dia ni kat belakang Puchong tu ke?
            “Nak saya repeat ke?” Que menayangkan senyuman mautnya. Tak sangka awek comel yang dihantar. Tau ke buat kerja ni? Hatinya berbolak - balik.
            Are you okay with it?” Que buat – buat prihatin.
            Sure but...” Ayat Sara mati di situ.
            Pandangannya jatuh ke arah cue snooker yang bersusun dalam almari yang melekat di dinding cermin berbingkai kayu. Koleksi ke betul – betul pandai main ni? Langkahnya cepat – cepat dihala kembali keluar rumah. Penat pun tak hilang lagi. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. Nasibnya malang betul sejak kebelakangan ini. Dua benda dalam rumah ni membawanya ke zaman bahagianya. Lupakan Sara. Lupakan. Sara memujuk hatinya sendiri.
            Yeah, anything wrong?” Que yang melangkah ke arah pintu untuk menghantar Sara balik terus memotong.
            “There’s nothing wrong with me, there’s a lot wrong with the new world I live in.” Sara tiba – tiba hiba. Melihat Que memegang tombol pintu mengiringi pemergiannya mengingatkan Sara akan seseorang yang cukup bermakna dalam hidupnya. Nyawa Sara!
            “Pardon?” Pelik kenapa tiba – tiba wajah masam awek ini tiba – tiba berubah menjadi sedih.
            Apa yang dibebelkan Sara dia tak dengar. Perlahan sangat. Marah lah tu. Patut ke dia rasa bersalah? Dah dapat telefon cakap ada van dah dalam perjalanan nak ambil krew. Nak buat macam mana. Malaslah nak fikir.
            “Sara Nabila.” Panggil Que sambil melihat nama yang tertera pada kad yang dihulurkan Sara sebentar tadi.
            “Ya Encik Zafril.” Sara berhenti melangkah.
            “Macam kenal lah awak.”
            Yeah right....” Sara terus menonong pergi. Maaflah ayat macam tu tak laku dah kat pasaran masa kini. 



p/s: TGIF!! Untuk peminat tegar CC-FF & Joe-Nina, tiada paksaan untuk mengikuti kisah cliche Que-Sara. 
First TGIF for JET!!
Good day all :)
 

I got a pocket,
got a pocket full of sunshine
I've got a love and I know that it's all mine
oh.oh,oh
Do what you want,
but you're never gonna break me,
sticks and stones are never gonna shake me
oh,oh,oh

Take me away (take me away)
A secret place (a secret place)
A sweet escape (a sweet escape)
Take me away (take me away)
Take me away (take me away
To better days (to better days)
Take me away (take me away)
A hiding place (a hiding place)


I got pocket,
Got a pocket full of sunshine
I've got a love and I know that it's all mine
oh,oh,oh

Wish that you could,
but you ain't gonna own me
do anything you can to control me
oh,oh,oh

There's a place that I go
That nobody knows
Where the rivers flow
And I call it home
And there's no more lies
And the darkness is light
And nobody cries
there's only butterflies


The sun is on my side
Take me for a ride
I smile up to the sky
I know I'll be alright

The sun is on my side
Take me for a ride
I smile up to the sky
I know I'll be alright
           

Wednesday, 25 January 2012

Promo Jejaka Edisi Terhad


Kisah dua dunia yang berbeza dan bersatu dengan satu rasa.
Kadang – kadang bila hidup orang lain bengkang - bengkok,
kita gelak sebab;
kita berada di jalan yang lurus.
Kita terlupa bahawa dunia ini umpama roda.
Bila hidup kita pula yang bengkang – bengkok, 
orang tu gelak kan kita tak? 
Atau orang tu tetap setia bersama kita?



Que Zafril bin Abdullah
Hmm..Rupa? mestilah komersial. Kata pramugara. Nak tengok dia senyum? 24 jam boleh tengok sebab dia memang pemurah. Lagi pun hidup seorang Que Zafril mana pernah ada masalah. Ada masalah cabut je lah. HE HE HE.
Hmm..cutting body? Macam model tu haruslah. Kata pramugara paling handsome abad ini. Kan Kan Kan?
Hmm..nama? Komersial gilerr. Pakej la dengan rupa. Apa orang cakap? 2 in 1? Tapi kalau semuanya komersial, hobi pula mestilah semua yang stok – stok terhad je. Cu teka?

Sara Nabila binti Saidin
Hmm..Rupa agak komersial. Putih melepak tapi nak tengok dia senyum? Mak ngaii..susah ooo. Maklumlah orang susah, mestilah banyak masalah. Dengan rambut pendek lurus paras bahu siap fringe depan, sekali tengok macam baby doll tapi baby doll masam la!
Hmm..cutting body? Macam model tapi macam rendah sikit. Dalam 5 kaki 2 inci. Tak lepas nak jadi runaway model sudah pasti. Jadilah pemakan gaji tegar. Gaji RM 1800 lepaslah takat diri sendiri duduk KL ni.
Hmm..nama pula langsung tak komersial. Kalau tengah jalan, takat orang panggil Sara!Sara! memang Sara buat tak tahu. Nak tahu kenapa? Sebab berjuta orang nama Sara kat dunia ni. Anggap je lah orang tu panggil Sara lain. Kalau betul orang panggil dia, panggil la siap binti sekali kan? KAH KAH KAH.





“Encik, tak kan semua bilik nak buat studio?” Tanya Sara serius.
“Suka hati saya lah, saya bayarkan?” Balas Que.

Sara pelik:
Baru last week dia siapkan studio jamming untuk bilik atas rumah mamat ni. Tak kan sampai dua bilik nak buat kot? Jangan cakap nak buat bilik recording pula? FLY FM studio nak pindah kat rumah mamat ni ke?

Que tak pelik:
Sebab dia rasa dalam hati dia ada ‘rasa’ skettt dekat awek Acoustic Consultant ni. Comel!!!

Que Sara:
+Saya tak suka pramugara.
-Saya boleh tukar kerja.
+Kerja apa?
-Apa – apa je. Cakap je, semua saya boleh jadi.
+Errr...(Sara speechless. Ada cara lain tak nak me‘rambus’kan mamat ni dalam hidup dia?)


I can see clearly now, the rain is gone,
I can see all obstacles in my way
Gone are the dark clouds that had me blind
It’s gonna be a bright (bright), bright (bright)
Sun-Shiny day.

I think I can make it now, the pain is gone
All of the bad feelings have disappeared
Here is the rainbow I’ve been prayin?for
It’s gonna be a bright (bright), bright (bright)
Sun-Shiny day.

Look all around, there’s nothin?but blue skies
Look straight ahead, nothin?but blue skies

I can see clearly now, the rain is gone,
I can see all obstacles in my way
Gone are the dark clouds that had me blind
It’s gonna be a bright (bright), bright (bright)
Sun-Shiny day.


Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...