Que Zafril
Hmm..Rupa? mestilah
komersial. Kata pramugara. Nak tengok dia senyum? 24 jam boleh tengok sebab dia
memang pemurah. Lagi pun hidup seorang Que Zafril mana pernah ada masalah. Ada
masalah cabut je lah.
Hmm..cutting body? Macam model tu haruslah.
Kata pramugara paling handsome abad
ini. Kan Kan Kan?
Hmm..nama? Komersial gilerr. Pakej la dengan rupa. Apa orang
cakap? 2 in 1? Tapi kalau semuanya komersial, hobi pula mestilah semua yang
stok – stok terhad je. Cu teka?
Sara Nabila
Hmm..Rupa agak
komersial. Putih melepak tapi nak tengok dia senyum? Mak ngaii..susah ooo.
Maklumlah orang susah, mestilah banyak masalah. Dengan rambut pendek lurus
paras bahu siap fringe depan, sekali
tengok macam baby doll tapi baby doll masam la!
Hmm..cutting body? Macam model tapi macam
rendah sikit. Dalam 5 kaki 2 inci. Tak lepas nak jadi runaway model sudah pasti. Jadilah pemakan gaji tegar. Gaji RM 1800
lepaslah takat diri sendiri duduk KL ni.
Hmm..nama pula langsung
tak komersial. Kalau tengah jalan, takat orang panggil Sara!Sara! memang Sara
buat tak tahu. Nak tahu kenapa? Sebab berjuta orang nama Sara kat dunia ni.
Anggap je lah orang tu panggil Sara lain. Kalau betul orang panggil dia,
panggil la siap binti sekali kan?
“Encik, tak kan semua
bilik nak buat studio?” Tanya Sara serius.
“Suka hati saya lah,
saya bayarkan?” Balas Que.
Sara pelik:
Baru last week dia siapkan studio jamming
untuk bilik atas rumah mamat ni. Tak kan sampai dua bilik nak buat kot? Jangan
cakap nak buat bilik recording pula? FLY FM studio nak pindah kat rumah mamat
ni ke?
Que tak pelik:
Sebab dia rasa dalam
hati dia ada ‘rasa’ skettt dekat awek Acoustic Consultant ni. Comel!!!
Que
Sara:
+Saya tak suka
pramugara.
-Saya boleh tukar
kerja.
+Kerja apa?
-Apa – apa je. Cakap
je, semua saya boleh jadi.
+Errr...(Sara speechless. Ada cara lain tak nak
me‘rambus’kan mamat ni dalam hidup dia?)
Sean
Norman
Dia punya segala yang
diinginkan lelaki; harta, kuasa, wanita tapi bukan bahagia. Antara sayangkan si
adik atau sayangkan sang isteri, bolehkah untuk dia tidak memilih? Butakah dia
sehingga tak nampak setiap kejelikan di depannya atau hatinya sudah lama
terpadam cahaya cinta.
Nur
Indah
Sara, maafkan aku. Kata
– kata yang terlafaz hanya jauh di lubuk hati. Sebuah ikatan persahabatan yang
dikorbankan demi tamaknya hati meraih cinta. “Aku akan buat Sean lupa dia ada
adik yang bernama Sara.”
Shah
Ezlan
Alasan Papa tak restu.
Semua tu merepek Sara. Sebenarnya awak tak cintakan saya. Tak pernah Sara. Tak
pernah. Relevan lagikah perbezaan darjat pada masa kini? Salahkah dia kerana
jatuh cinta dengan adik tauke pusat snooker?
LOVE IS TRUST....
LOVE IS CRAP!
p/s: Novel terbaharu daripada Rin Ahmad, yeay finally! Silalah pelepak tegar sekalian terutama pelepak sejak dari zaman batu blog, die hard fan Abang Sean dengan Indah dapatkan di kedai - kedai buku berhampiran ya.
New novel and new resolution because in life, you enter every different phase and every next level of your life will demand a different you!
Assalamualaikum and Happy New Year :D
xoxo,
KL @RA