Monday 20 June 2016

LOVE, LILA - CHAP 4


WARNING: This chap has 2 version. Kindly vote ur fav version to read next chap.





VERSI NO 1


            “Rugikan budak zaman baru grad terus masuk kerja hospital swasta.” Kak Yus memberikan pendapatnya. Hari ni Kak Yus shift malam sama dengan Alila.
            “Betul Kak Yus, Lila yang kerja GH beberapa tahun pun sempat jumpa macam – macam kes. Kes MVA paling mencabar sekali. Tak kira lagi kes gangster, kita kat dalam sibuk nak buat kerja, geng kat luar sibuk nak menghentak. Nasib baik tahun demi tahun semua sistem dah bertambak baik. Aspek keselamatan dah bagus. Sistem zoning dah bagus.” Alila memberikan pendapatnya.

            “Habis tu kenapa Lila tukar kerja?”
            “Cari pengalaman Kak. Sebab gaji pun ya jugak. Banyak yang saya belajar masa kat tempat orang. Tekanan tetap ada tapi seronok juga sebenarnya.”
            “MO pagi ni Dr Gina kan?” Kak Yus anggap mendengar skema jawapan Alila sambil bertanya pengganti MO shift malam. Dr Ihsan dan 10 minit tunggu nak balik tapi Dr Gina belum sampai. MO yang bertanggungjawab tak akan buat tak reti habis waktu kerja terus balik. Biasanya mereka akan menanti MO shift yang seterusnya tiba baru balik. Kadang – kadang waktu bertukar shift tu boleh jadi waktu paling sibuk. Kalau ada patient belum lagi konsultan tengok atau belum lagi masuk ward lagilah nak kena hand – over case note.

            “Yup betul. Kak Yus, Lila nak pergi beli air panas kat mesin tu. Kak Yus nak apa – apa tak? “
            “Tak payahlah. Kak Yus biasa kalau balik masa macam ni nak kejar sarapan dengan suami sebelum dia keluar kerja.”
            “Okay, saya gerak dululah.” Alila melangkah meninggalkan kaunter. Hanya ada 2 pesakit yang menanti giliran ke wad. Sempat Alila memastikan situasi dalam A&E semua terkawal sebelum melangkah keluar.

            Alila longlai menuju ke mesin air yang terletak di ruang lobi A&E. Penat dah mencengkam ke tulang. Nak berjalan pun rasa nak seret – seret aje kaki. Jadual kerja shift malam ni memang ada baik dan buruknya. Kalau bajet tak ramai pesakit memang best lah tapi kalau tiba – tiba macam – macam kes masuk kena pula kes MVA di Red Zone pun ada, memang boleh putus nafas sebaik habis shift. Kawan – kawan shift pagi boleh senyum tayang muka segar bugar, dia dengan budak shift malam lain muka dah serabai tahap jambatan nak roboh.

            Terpaksa masuk shift sebab jadual kalut di saat akhir. Ada staff bersalin awal semalam, ada sorang MC dan ada yang pihak pengurusan hantar kursus. Mana tak pening semua saat – saat akhir nak susun jadual balik. Pengakhirannya, Alila sendiri yang menawarkan diri untuk memenuhkan kakitangan A&E untuk shift malam. Biasanya semua ketua jabatan akan pusing jadual sebagai Sister on call semata – mata tapi dia hari ni terpaksa hands – on segala. Nasib baik beregu dengan Kak Yus yang banyak pengalaman juga, seronoklah sikit diajak bersembang di kala mata hampir terkatup.

            Duit mesin dah selamat telan tapi air tin yang ditekan sebagai pilihan tadi tak ada pula keluar dari mesin. Mesin gila! Tolonglah duhai pihak pengurusan letak mesin air yang high class sikit. Jatuh imej hospital kot macam ni. Dah lah tadi duit kertas tak nak terima, gigih Alila kira duit syiling nak cukupkan bayaran. Malam tadi ada orang ‘selamat’ ke kat A&E? Alila toleh kiri – dan kanan. Kerja hospital memang tak sah kalau ada sikit pemikiran tahyul. Bukan apa, tak nak percaya pun benda karut tapi sesekali masa tengah bengang ni memang saja cari asbab. Alila pandang mesin air untuk kesekian lamanya. Bye Wonda Latte! Till we meet again.

            Gedegang! Bunyi mesin air ditendang dari arah tepi.
“No wonder….” Alila tak agak – agak terus tunduk mengutip air tin yang keluar dari mulut mesin. Baru nak mengalah. Tak larat nak tunggu dah.
“Terima kasih, thank you, danke, spasibo?” Siap bahasa Jerman dan Rusia disebutnya sebab gadis yang ditolong ni buat dia wujud tak wujud sahaja.
“Terima kasih…maksud saya tadi patutlah budak – budak ni panggil….” Alila berdiri tegap, tak habis ayat pun sebab dia dah kaku macam renjatan elektrik apabila di hadapannya sekarang ialah Mr Saviour. Adakah zaman anak dara tuaku akan berakhir segera? Alila gelengkan kepala. Rasa nak tepuk pipi agar sedar dari angan – angan.
Pernah tak dengar orang cakap, ‘Every time you help someone it comes back twofold’?”
“Publika? Minggu lepas? Encik…?”

“Juhaidi…nama saya Juhaidi bin Johari.” Jude hulurkan salam.
“Saya Alila …alah, plaster aje. Tak harap pun Encik Juhaidi balas. Susah payah keluar skill macam tu. Tu yang budak – budak ni panggil mesin air gedegang. Saya tak boleh nak fikir dah nak main tendang – tendang baru keluar air. Penat sangat.” Alila memberi isyarat agar tangannya dilepaskan.
“Kerja sini? Baru habis shift?” Jude meneka. Badan Alila dibaluti oleh uniform hospital dan raut wajahnya serabai dan mengantuk habis. Makin comel apabila Alila dengan selamba menguap.
“Yap. Encik memang datang A&E? Tak sihat ke?”
“Tak lah. Saya ada temujanji. Medical check-up. Rugilah awak dah balik. Kalau tak saya serahkan jiwa dan raga saya untuk awak periksa.”
“Pick up line sangat Encik.”

“Juhaidi. Tak payah encik – encik.” Juhaidi gelak. Budak zaman sekarang memang dah tak layan pick up line. Dah basi nampaknya.
“Medical check-up blok sana la. Sesat sampai ke sini awak ya and you are way too early.”
“Budak hospital yang bagitau A&E pun ada mesin air. Yang kat blok sana, saya dah sepak berkali – kali pun still out of order. Nasiblah yang ni tak payah tunjuk skill tendangan maut air dah keluar.” Bab sampai awal, Jude sengaja tak nak jawab. Nampak macam budak baik sangat pula kalau stok bangun pagi. Bab hebat sepak mesin air wajib cakap sebab tu salah satu kehebatan budak asrama penuh macam dia. Kepakaran budak sekolah yang wajib ada kalua nak merasa air sedap selain air percuma kat dewan makan.

Alila gelak. Malu sebab tempat dia kerja ada mesin air tahap ‘kokak’ letak tepi sebab dia sudah tertawan dengan sikap selamba Juhaidi. Kalau pesakit atau pelawat lain datang dan mesin air buat hal, rasanya ada CEO pun kena turun tengok. Pesakit berduit yang datang semua beranggapan semua fasiliti yang ada di hospital swasta canggih seperti ini sangat sempurna. Nak dapat yang coolio macam Juhaidi memang agak tipis.
“Okay, got to go.” Alila berbahasa.
“Sure, jumpa lagi.” Juhaidi menarik tangan Alila dengan sengaja sehingga mendorong Alila ke arahnya.
Nasib baik Alila pula cekap. Kakinya kuat berpasak dengan jarak setengah meter darinya. Your move is bad, bro! Try harder.

“I’m sorry.” Jude lontar senyum dengan gaya ‘Sorry, I am not sorry’.
Alila menarik nafas panjang. Oii, nak salam ke silat? Salam perkenalan dan salam perpisahan Mr Saviour ni lama benar. Ikut konteks Islam memanglah gugur dosa setiap kali bersalam tapi ni melampaui batas dan syariat. Jantung aje boleh gugur kalau tengok gaya Juhaidi.
Sambil merungut sempat Alila menilai. Terbuai seketika melihat mata redup Juhaidi. Siapa pun yang dalam kategori macam dia boleh cepat aje ‘move on’ kalau tengok sinar mata lelaki stok macam ni. Nampak sangat Alila membela diri sendiri. Menafikan bahawa mustahil untuk dia jatuh cinta buat kesekian kalinya.

Juhaidi meletakkan kedua tangan ke bahu Aina.
“Awak okay?” Juhaidi berlagak prihatin.
Alila angguk dan berlagak normal.
Alila …actually…I heard you.”
“Saya tak faham.” Alila pandang Juhaidi. Dahi pun berkerut sekali.
“X marks the spots.” Perlahan Jude berbisik ke telinga Alila.
“Oh, God!” Alila tutup muka, yang dia tahu dia patut buat sekarang ialah angkat kaki, pecut!
Jude ketawa nakal sambil mata mengekori rentak lari Alila menuju masuk ke A&E. Gaya Alila lari macam menjunjung sangkak ayam pada hal kecil saja bagi Jude.




VERSI NO 2


            Dah masuk kali ke – 18 agaknya Alila melihat jam di tangan. Tak sabar nak tunggu masa rehat. Macam – macam rancangan dalam kepala ni. Nak jalan jauh sikit layan dim sum kat Avenue K atau layan kopi kat mana – mana kedai kopi dalam KLCC. Hari ni dah hari terakhir persidangan Persatuan Hospital Swasta Malaysia.

            “Aku warning kau siap – siap ni memang bosan sangat conference tu. Tiap – tiap tahun sejak hospital ni ditubuhkan memang HR akan hantar wakil nursing.”

            Ah, Amelia! Benar sekali amaranmu itu. Alila mengeluh dalam hati. Nak mengelat tak boleh kerana hari terakhir memang diasingkan persidangan khas untuk klinikal sahaja iaitu Nursing Conference. Kalau hari pertama dan kedua, semua peserta dari pelbagai latar tak kira klinikal atau non – klinikal akan berada dalam dewan yang sama. Nak mengelat pun boleh sangat.

            “Alila, jom kita pergi booth Active Scientific kejap lagi?” Ogy, budak Infection Control berbisik. Persidangan buat kat dewan lain. Pameran buat kat dewan lain. Memang banyak booth yang buka masa persidangan ni. Masa ni lah ada nak kenalkan servis hospital mereka. Vendor nak kenalkan produk kesihatan baru, peralatan mesin baru dan macam – macam lagi pameran berkaitan industri kesihatan.
            “Buat apa? Aku dah ada plan la.”
            “Aku nak main lucky draw kat situ. Kalau menang dapat health monitoring system branded tau. Aku nak bagi hadiah kat Mak aku.”
            “Like seriously?” Suara Alila agak meninggi sedikit tapi cepat – cepat mulut ditutup.
            “I am damn serious.” Sebutan ‘damn’ tu Ogy Tarik sampai 7 harakat kot. Tak agak – agak.
            “Bawaklah Mak kau screen kat hospital. Parent kan free.

            “Mak aku kat utara sana kau nak aku usung datang KL ni semata – mata nak periksa glukos dan haemoglobin semata ke? Ishh..tak masuk akal.”
            Alila geleng kepala. Ini macam pun ada. Ogy antara budak hospital yang dia boleh buat regu. Sempoi jugak. Kalau tak mana mungkin budak ni boleh target nak menang lucky draw bersungguh – sungguh macam tu.

            “Kau ajak budak kat dewan sebelah la. Aku dah ada rancangan. Sorry tau.” Alila menolak sopan. Mereka datang beberapa orang juga gabungan bahagian klinikal dan non – klinikal. Tajuk persidangan tahun ini “Safe and Efficient Hospitals” jadi CEO usung sekalilah budak mesin, budak IT dan Akauntan. Semua kena paksa tadah telinga dengar demi kebaikan sejagat dan ilmu secoet. Hari terakhir persidangan baru budak klinikal dan non klinikal berpisah dewan. Masing – masing kena dengar bahagian yang relevan dengan skop kerja.
            “Sure!”

            Alila terus menuju ke KLCC sebaik habis masa rehat. Niat nak menikmati dim sum dibatalkan. Dalam kepala dah tahu dah nak tapau apa, kat mana. Siap tapau memang sengih – sengih je alh Alila menonong ke Taman KLCC. Sejak dua hari dia bertapa di pusat konvensyen ni rasanya hari ini cuaca paling bagus. Redup dan berangin. Kalau tak hari – hari hujan.
            Alila mengambil tempat di tengah keriuhan orang ramai yang sedang melihat air pancut. Tengah hari buta pun meriah. Mungkin sebab cuaca yag sangat baik. Baru Cheese Benedict nak jejak ke mulut, seekor kucing Parsi comel menerkam ke kaki Alila. Kepala dah pusing 360 darjah mencari tuan punya kucing. Memang kucing anda cantik tapi tak dihargai sebab datang tak berjemput ya. Nak bagi rasa roti kat tangan macam tak kena. Bab kucing Alila memang tak serasi. Bukan takut, bukan geli cuma tak berapa kena jiwa.

            “Shooshh…” Alila menghalau dengan tapak tangan menolak kepala kucing yang sedang bergesel di kaki.
            “Even cat likes you.” Kucing diambil dan dipeluk agar tidak bergesel di kaki si gadis.
 “Terima kasih, thank you, danke, spasibo?” Siap bahasa Jerman dan Rusia disebutnya sebab gadis yang ditolong ini buat dia wujud tak wujud sahaja.
“Terima kasih…ingat ni memang kucing awak so I don’t think I should thank….” Alila berdiri tegap, tak habis ayat pun sebab dia dah kaku macam renjatan elektrik apabila di hadapannya sekarang ialah Mr Saviour. Adakah zaman anak dara tuaku akan berakhir segera? Alila gelengkan kepala. Rasa nak tepuk pipi agar sedar dari angan – angan.

Pernah tak dengar orang cakap, ‘Every time you help someone it comes back twofold’?”
“Publika? Minggu lepas? Encik…?”
“Juhaidi…nama saya Juhaidi bin Johari.” Jude hulurkan salam.
“Saya Alila …alah, plaster aje. Tak harap pun Encik Juhaidi balas tapi peluk kucing ala – ala cute tu kira balas eh?” Alila sempat perli sambil memberi isyarat mata agar tangannya dilepaskan.
Jude ketawa. Shopping? Lepak ke kerja sini?” Jude meneka.
“Kerja.”
“Kerja? SA butik mana?”
Alila tersedak. Rupa dia ni ada gaya Sales Assistant kat butik Prada ke, Bally ke SA butik Miu Miu?
“Tak lah encik. Saya attend event kat KLCC Convention Centre tu. Dah jemu makan kat dewan dorang jadi saja nak melepak.” Terluncur satu nafas dia buat apa kat taman siap pakej bagitau kerja di hospital mana. Melampau sangat tahap bela diri Alila pada hal mengaku jadi SA pun sempoi. Boleh beli branded stuff diskaun banyak sikit.

 “Okay, got to go.” Alila berbahasa.
Habiskan lah minuman awak dulu. Roti tu pun belum habis.” Jude memujuk seakan tak mahu waktu berlalu pantas.
“Seganlah saya makan dan minum sorang.” Alila beralasan.
“Laa…ramaikan orang kat sini. Kalau segan jom share dengan saya.”
“Excuse me, my cat.” Gadis berumur belasan tahun berdiri di hadapan Jude.
“Yeah…here you go.” Jude menghulurkan kucing tersebut kepada si gadis.
“Thank you.”
“Welcome.” Jude membalas dan kembali menghadap Alila.

“Awak tak suka kucingkan? Nampak sangat.”
“Tak lah tak suka tapi saya tengah makan and need my ‘me time’.” Kalau dia nak berteman, baik dia ikut Ogy pergi main lucky draw aje.
“ ‘Me time’ awak dah jadi ‘us time’ ya.” Jude selamba menarik air di tangan Alila.
“Susu?” Bekas plastik dal.komm dipandang sebelum menikmati airnya.
Alila geleng. Tergamam sampai tak keluar suara sebenarnya.

Then?” Jude terus melegakan tekaknya. Susu pun susu lah. Dahaga juga bila nampak air sejuk di tangan Alila.
“Air kopilah. Cube Coffee. Dalam tu ada kiub kopi. Awak kacau nanti slowly kiub tu cair dan awak boleh rasa tiga jenis rasa kopi. Paling bawah espresso, tengah latte dan paling atas entah…, cuba awak rasa.”

“It is sweet just like you.”  
“Pick up line sangat Encik.”
Jude gelak mujur tak tersembur saja air di dalam mulut. Dah tak laku nampaknya pick up line zaman sekarang. Seronok melihat telatah Alila. Makan langsung tak nak pelawa dia. Air tu pun dia ambil dengan muka tebal.
“Saya pergi dululah Encik. Jumpa lagi.” Terasa nak tepuk pipi sendiri sebab nampak sangat gatal nak jumpa balik. Mereka sama – sama berdiri.
Sure, jumpa lagi.” Juhaidi menarik tangan Alila dengan sengaja sehingga mendorong Alila ke arahnya.

Nasib baik Alila pula cekap. Kakinya kuat berpasak dengan jarak setengah meter darinya. Your move is bad, bro! Try harder.
“I’m sorry.” Jude lontar senyum dengan gaya ‘Sorry, I am not sorry’.
Alila menarik nafas panjang. Sambil merungut sempat Alila menilai. Terbuai seketika melihat mata redup Juhaidi. Siapa pun yang dalam kategori macam dia boleh cepat aje ‘move on’ kalau tengok sinar mata lelaki stok macam ni. Nampak sangat Alila membela diri sendiri. Menafikan bahawa mustahil untuk dia jatuh cinta buat kesekian kalinya.
Juhaidi meletakkan kedua tangan ke bahu Alila.
“Awak okay?” Juhaidi berlagak prihatin.

Alila angguk dan berlagak normal.
Alila …actually…I heard you.”
“Saya tak faham.” Alila pandang Juhaidi. Dahi pun berkerut sekali.
“X marks the spots.” Perlahan Jude berbisik ke telinga Alila.
“Oh, God!” Alila tutup muka, yang dia tahu dia patut buat sekarang ialah angkat kaki, pecut!

Jude ketawa nakal sambil mata mengekori rentak lari Alila menuju masuk ke KLCC. Jude gelak dan mata mengekori langkah Alila sehingga lesap dari pandangan. Sengaja Jude menyambung bacaan di skrin telefon. Tadi niat dia melepak di taman memang nak imbas sikit – sikit teks ucapannya nanti tapi matanya tertarik dengan gerak laku Alila. Dari jauh dia nampak Alila setting tempat duduk. Minum kemudian kucing datang nampak Alila halau – halau manja dan kakinya memang gatal nak melangkah ke sini. ALILA...hmmm sedap nama tu. Jude menyebut nama Alila sehingga terasa sesuatu di lubuk hati.

Jude sebenarnya dijemput oleh ECRI Institute untuk memberi ucapan di APHM. Ramai penyelidik dalam pelbagai bidang pernah dijemput untuk memenuhi sesi bahagian teknologi dalam perubatan. Dapat sesi yang terakhir jawabnya ramai yang tak nak dengar, jamu mata tengok dia je lah jawabnya.

ROBOTIC SURGERY: COMPLICATIONS DUE TO INSUFFICIENT TRAINING

Banyak juga isu yang Jude bakal kupas dalam sesi ini. Setiap pengalaman dari sisi – sisi gelapnya secara halus dimasukkan dalam ucapan agar semua pihak yang bertanggungjawab sedar akan apa yang terjadi di dunia luar. Penat mata menala ke skrin, Jude pandang lagi ke arah Alila melarikan diri tadi. Mengimbau gaya Alila lari macam menjunjung sangkak ayam. Boleh pecah perut dibuatnya pada hal segankan perkara kecil saja.



Nota kaki: Vote oke!
Lev, KL 
           


            

Thursday 16 June 2016

LOVE, LILA - CHAP 3




            Alila termenung di hujung pantri. Ingatkan tempat kerja baharu penuh ketenangan, rupa – rupanya kisah lamanya tetap mengekori. Mungkin Kinah dan Zahira tak perasan kehadirannya di sebalik pintu pantri. Tangan yang hampir menolak pintu terkaku apabila mendengar namanya disebut.
            “Tak percayalah Sister Alila macam tu.”
            “Aku pun tak percaya. Nampak lemah lembut dan baik orangnya tapi betul kawan aku yang kerja kat hospital lama Sister Alila cakap.”
            “Habis tu kau rasa dia masuk sini pun MD (Medical Director) hospital sana yang recommend kat PIC (Person in Charge) kita ke?”
            “Agaknya la kot. Baru masuk terus naik jadi DM (Department Manager). Kak Yus yang dah lama tunggu post tu sedih tau tak. Sister Alila dah la muda lagi, masuk – masuk terus dapat post tu.”
            “Eh, tak lah. Dia anak dara tua tapi nampak memang awet muda. Badan solid memanglah. Rupa pulak cun. Bab – bab kerja aku rasa Sister Alila pun ada pengalaman yang hebat. Dia kan pernah kerja kat Mount E tapi ya lah kalau masuk pakai kroni memang tak cantik lah.”
            Alila tarik nafas dalam. Mata dipejamkan. Aku anak dara tua? Eeeii…sama macam Papa dan Mama. Tak habis – habis nak ungkit. Relaxlah. Zaman sekarang janji badan pandai jaga, tak kisahlah umur berapa pun. Lagi pun hospital swasta baharu mana sama konsep dengan hospital kerajaan. Tak payah tunggu nak menopause baru boleh jadi ketua jabatan. Siapa cekap, ada pula pengalaman kerja yang hebat dan rekod perkhidmatan cemerlang memang mudah naik pangkat.
Kalau dia tak masuk, lagi panjang umpatan mereka berdua. Alila tarik nafas panjang dan dengan nada suara berbaur arahan, “Ada beberapa orang penjaga kepada pesakit yang ada sindrom ‘manjalitis’ tengah ganggu Wawa kerja dan menyibuk sebelah patient. Dr Zaidi dah bising. Boleh kamu berdua bantu kat luar?” Kinah dan Zahira angguk tanpa sebarang kata dan terus meluru keluar pantri.
            Alila memicit handrub yang ada di sinki sebelum duduk. Niatnya nak minum secawan air. Kalau baharu lepas keluar dari Red Zone memang penat. Budaknya ramai pun tadi tapi ‘pak cik’ konsultan, Dr Hasan mengada nak juga dia assist. Saringan rawatan pertama padahal MO (Medical Officer) dah stabilkan pun tapi kecoh sangat dengan pesakitnya. Macam dalam A&E tu pesakit dia sorang ada. Arahannya kepada Kinah dan Zahira bukan serius pun sebab kalau penjaga buat kecoh, dia sebagai DM A&E (Accident and Emergency) yang perlu ke depan. Kerja di hospital swasta mulut kena manis walau pun dalam keadaan kritikal dan sangat sibuk.
            “Ouch!” Alila terjerit kecil. Rupa – rupanya ada luka kecil di tangan. Langsung tak perasan. Masa buat kerja tadi dia pakai sarung tangan. Bila masa pula luka? Walau pun lukanya sangat kecil dan hampir tak nampak pun, hanya Tuhan yang tahu pedihnya kena siram dengan handrub. Seksa ooo. Benda – benda yang cik misi tak suka ialah tak perasan tangan luka dan selamba tekan handrub. Haru!
            Kertas tisu ditarik dan Alila duduk. Tak boleh lama pun kat pantri ni, kejap lagi mesti banyak kes masuk punyalah.    Telefon bimbit yang disenyapkan nada dering dikeluarkan daripada poket uniform.
Alila baru teringat dia tak pernah pun padam gambar kenangannya bersama Amar. Masih penuh memori telefon dengan gambarnya bersama Amar. Malas – malas Alila membelek gambar – gambarnya bersama Alila dan menekan gambar tong sampah di sebelah kanan skrin. Lenguh juga jari telunjuknya bergerak di skrin telefon. Sampai ke gambar terakhir, jari telunjuknya teragak – agak. Gambar selfie mereka berdua. Alila yang paksa Amar keluar makan malam sempena Hari Kekasih. Amar sememangnya budak baik dan tak pernah pun menjadikan 14 Februari sebagai hari untuk meraikan apa – apa di antara mereka. Cuma Alila yang stok larung segala benda. Sesungguhnya kedegilannya menjadikan hari itu hari terakhir buat mereka. Sampai hati Amar tak pernah berterus – terang. Betul cakap Mama, jangan cari orang kaya nanti susah. Orang kaya ni sebaik mana pun mereka, nanti dicarinya juga pasangan yang sekufu.
            Alila tak jadi memadamkan gambar yang terakhir. Bukannya tak boleh move on orang cakap tapi biarlah gambar tu dijadikan peringatan. Nak cari pasangan biarlah sepadan. Dia ni orang kebanyakan sahaja. Jururawat ni setakat kuli, mana nak padan dengan doktor. Kalau ada kes terpencil jururawat kahwin dengan doktor pun mungkin doktor tu pun biasa – biasa saja, tak ada mak ayah yang merasakan diri hebat macam ibu – bapa Amar. Enggang biar terbang bersama enggang, pipit terbanglah mencari pasangan pipit mu yang lain.
            Alila malas nak layan kisah aku seekor pipit. Cawan dibasuh dan keluar sahaja dari pantri, Alila disapa mesra oleh PIC yang nampaknya sedang ralit berbual dengan Dato’ Ng.
            “Alila, sini.”
            Automatik pandangan Alila bersabung dengan Kinah. Ni lah orang cakap, speaking of the devil. Tak pasal – pasal Alila rasa kehadiran PIC mereka, Dr Shahran sangat tak kena masa. Nampak sangat mengiakan gosip Kinah dan Zahira sebentar tadi.
            Sungguh di awal perkenalan tak pernah dia tahu Amar anak kepada MD tempat dia bekerja. Bagi Alila, kalau dah suka tak ada masa nak tengok kiri dan kanan. Dah tersuka pula kat Amar yang sangat baik orangnya, lagi lah siapa mak dan ayah Amar dia tak peduli tapi siapalah dia, sekadar cik misi. Manalah kategori doktor hebat macam ayah Amar nak pandang. Jawatan MD dipandang tinggi maklumlah tu pangkat untuk orang klinikal yang paling tinggi. Ada dua pangkat sahaja dalam sesebuah hospital yang menerajui tampuk pimpinan paling tinggi iaitu MD atau PIC dan Chief Executive Officer (CEO) atau Executice Director (ED). Sorang jaga bahagian klinikal, sorang jaga bahagian operasi. Kalau di hospital kerajaan lain pula gelarannya. Bertingkat – tingkat lagi jawatan utama dalam sektor kerajaan.
            “Alila, macam mana kerja sini so far?”
            Alila senyum sebelum menjawab. Kalau zaman jadi misi junior dulu memang takut sangat kalau doktor – doktor ingat nama. Berdoa sakan agar doktor - doktor lupa nama dia. Maklumlah zaman semua benda tak pro. Memang takut kena sergah dan disuruh macam – macam.
            “Okay Doktor. I’m doing great.”
            “Hospital kita dah banyak upgrade dan setakat ni yang paling canggih. We are ready for more competitive market.” Dr Shahran menunjukkan semangat yang tinggi. Maklumlah, banyak sangat hospital swasta tumbuh sekarang jadi pesakit mempunyai banyak pilihan. Kena ada sesuatu yang istimewa barulah boleh menarik minat pesakit datang.
            Perbualan kosong akhirnya melencong ke arah kerja. Nak – nak Dr Ng beria cerita tentang pesakit terbaharunya. Dr Shahran beria – ria angguk. Pesakit membawa maksud duit dan setiap jenis prosedur yang doktor lakukan ialah duit. Lagi banyak prosedur, lagi banyak caj, lagi mahal bil rawatan pesakit. Tak ada duit, redha sajalah melangkah ke hospital kerajaan yang hakikatnya tak kurang hebatnya dari segi servis klinikal.
            “When is the asset meeting?”
            Alila geleng tanda tak tahu. Dia cuma akan dijemput kalau ada department A&E nak beli mesin baharu dan dia bukan asset meeting committee members.
            “Dr Ng, do you know that we are fighting with IJN to buy the latest robotic surgery machine?”
            Alila mengatur langkah untuk cabut. Tak nak dia dengar fasal barang yang tak ada kena mengena dengan A&E.
            “Doktor, saya jalan dulu. Nak cari plaster, luka sikit ni hah.” Alila tunjuk luka yang tak seberapa tapi saja nak cari alas an.
            “Okay, nanti kena infection pula. Have a nice day ahead ya.”
            “You too doc.” Alila berlalu dan tepuk pipi sendiri. Plaster? Dah macam dia pula yang ada penyakit ‘manjalitis’ luka secoet pun nak beria – ria. Alila menuju ke kaunter di tengah – tengah A&E.
            “Tolong hulurkan saya plaster tu.”
            “Aik Sister, kata hospital punya tak best, stok pink Sister mana?”
            “Oh, saya bagi kat Mr…ah..never mind. Pass je kat saya.”
Alila dengan hati – hati menampal plaster sambil fikirannya menerawang. Boleh pula memori dia buat ulang – tayang setiap gerak laku Mr Saviour. Kerutan dahinya, anggukannya, wajah selambanya mintak dua masa orang nak bagi satu je dan yang penting senyuman dua saat yang dilemparkan sebelum Alila cepat – cepat kalih pandang ke arah Pasha.




JUDE hampir – hampir menendang kaki meja di depannya namun mujurlah wajah ceria si adik menenangkan jiwa, mengingatkan dirinya agar terus bersabar.
            ‘LET A HUNDRED FLOWERS BLOOM.’
            Tulisan dengan huruf besar besar di skrin telefon seakan memomokkan Jude. Permainan duniawi yang merangkap hidupnya sekian lama. Bermula dengan apa yang dirasakan tidak apa – apa sehingga membawa rasa yang Jude tak sanggup lagi memikirkan berapa banyak dosanya terhadap manusia yang tak pernah pun dikenalinya. Mereka fikir dia bodoh? Mereka fikir ini semua kebetulan? Kenapa dia? Kenapa?
            “Betul tak nak ikut?”
            Jude gelengkan kepala. Mata dipejam lama seumpama menahan diri daripada meledakkan amarah yang terpendam. Saat mata dibuka, wajah ceria terpampang, kelihatan sangat teruja dengan percutian keluarga yang sedang dirancang.
            “Kitaorang akan singgah jemput Juita kat Singapore, kemudian terus terbang ke Melbourne. June tunggu kat sana terus. Rugilah abang tak ikut. Kitaorang punya rancangan gempak giler tau kali ni. Never ending party, enjoy the best view of Melbourne and the list goes on.”
            “I just got a call. Abang nak kena kerja.” Jude mengawal riak sambil merujuk ke telefon bimbit di tangan.
            Julia angguk sambil membelek plaster pink yang masih di jari. Lasak betul plaster ni. Dah berapa hari pakai buat mandi pun okay lagi.
            “Pergi mana? Back to US?”
            “Moscow.” Jude kerling ke arah plaster pink di jari si adik lantas senyuman nipis tersungging di bibir.
            “Moscow? Darn! Suddenly Melbourne lose its charm to me.” Tinggi suara Julia melantun diiringi ketawa kuat. Kalau lah boleh nampak di udara frekuensi tu mesti kelakar.
            Jude angguk. Dah lama Julia dan adik – adik yang lain sibuk nak pergi St. Petersburg tapi dia tak pernah layan. Rusia dan segala kenangan yang ada di sana menjadikannya tempat terakhir dalam senarai pilihan Jude untuk pergi bercuti. Kali ni kerja jadi terpaksa! Pengalaman pertama di sana yang sepatutnya menjadi kenangan zaman remaja yang indah telah tersemat menjadi kenangan yang paling pahit.
            “Penat kot bang, kerja base kat US, kejap travel gi Jerman, lepas tu Moscow. Tu baru Julia sebut negara yang merentas benua, yang lain – lain tempat abang pergi tu? Tak bujang sampai ke mati abang kalau terus macam ni? Kenapa tak kerja dengan Brown aje? Common, Daddy tak hantar pun abang belajar sampai Imperial untuk jadi kuli batak orang forever.”
            “Julia, abang pun tak rancang nak jadi kuli orang forever. Nak juga jadi bos.” Jude saja tekan sebutan perkataan ‘forever’. Dia pun memang tak akan lama di Intuitive Surgical. Tekanan yang diterima rasanya sudah sampai ke penghujung. Biar apa pun taruhannya, I want my freedom back! Jude melirik ke arah Julia dan melemparkan senyuman. Mata kembali beralih ke skrin telefon bimbit. Tetingkap WhatsApp ditutup berganti dengan The Star Online. Berita yang terpapar di skrin sangat menarik perhatiannya.

“MOSCOW - Last 2012, company Intuitive Surgical, the inventor of da Vincci has lose its monopoly right for the production of such systems, and they became more available to medics, the specialist believes but then came the latest da Love. From da Vincci to da Love, there are hardly any chances for the system to be made in Russia - the Russian robotic technology in this field lags far behind foreign competitors. There are only 2 da Love robots in Russia today.

Russian surgeons are known as wizards for their hands, but the current development of the robotic technology in the world may deprive them of their reputation in a blink of an eye.”

            “Daddy, pujuklah Jude ikut kita. Please….” Julia berdiri dan menarik tangan Encik Jayden ke arah si abang.
            “Apa?” Jude buat muka tak bersalah.
            “We are begging you. Tak nampak?”
            “Tak.” Jude beralih sedikit, memberi ruang agar Encik Jayden duduk di sebelahnya.
            “Trip mana kali ni?”
            “Moscow. Boltkin beli mesin baru. Team installation mintak turun. Ada problem katanya.”
            Encik Jayden serius memandang anak lelaki sulungnya.
            “Tak stabil? Ingat lagi bagus daripada da Vincci.”
            “Sepatutnya macam tu lah tapi ni lebih kepada Intuitive nak balik kuasa monopoli jadi yang dorang upgrade cuma dari segi imej dan perkakasan. Looks more robotic friendlier than da Vincci. Imej yang lagi jelas tu yang jadi modal utama pasaran. I can say benda lain semua sama.”
            “Daddy dengar mesin baru tu pun nak masuk pasaran Malaysia. Betulke?”
            Jude angguk. Setakat ni, hanya ada 3 buah mesin da Vincci di Malaysia dan mesin robot tercanggih yang baharu diluluskan oleh FDA (Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat) sedang dalam perebutan antara IJN dan pusat perubatan swasta terkemuka di Malaysia. Siapa pun yang dapat, yang untung tetap dia. Inilah peluang terbaik untuk berada di tanah air sendiri. Jude tak kisah pun turun pangkat daripada penyelidik terkemuka kepada bahagian operasi. Kepakarannya amat diperlukan dan adanya dia di tanah air sendiri akan menguntungkan negara dalam pelbagai aspek.
            “Daddy, cerita bola lagi bagus lah. Cerita kerja bosan.”
            “Hmm….sebab dah tahu ending cerita mesti Daddy suruh Jude balik kerja dengan Brown kan?”
            “Betul tu Daddy. Paksa aje abang tu.” Julia menyampuk.
            “Okay..bola kita ni apa cerita terkini?”
            “Qu Puteh Daddy….”Julia sengih lebar. Perli sebenarnya. Dunia sukan tiba – tiba meriah dengan penaja utama pasukan negeri. Jarang terjadi dalam sukan tanah air penaja lagi popular daripada pasukan tajaan.
            “Harapnya musim baru liga Malaysia ni semacam ada satu aura yang berbeza. Bukan terhad kepada penaja yang popular semata.”
“Ya lah Daddy, Jude pun dah naik malas nak layan liga ni. Harap-harap apa berlaku di atas padang sama hebat dengan aura yang terpancar, bukan yang berlaku luar padang, luar stadium, dalam terowong dan sebagainya yang hebat. Moga ada minat nak layan bola tempatan semula.”  Makan dalam sahaja ayat Jude.
Tak sampai lima belas minit bermalasan dan berborak dari topik bola hingga berpatah ke topik Melbourne, Jude mendapat panggilan telefon dengan membawa berita yang sekian lama ditunggu.
“Kejap ya Daddy.” Jude sopan meminta izin untuk menjawab telefon.
Encik Jayden hanya mengangguk.
“Kau yakin ke betul?” Jude bertanya untuk kesekian kalinya.
“Daddy kau tu macam dekan di bawah pangkal buluh. Hati – hati.” Encik Bakar, penyiasat upahan ketawa dalam pada mengingatkan Jude.


Jude pula lelah mentafsirkan peribahasa. Ikut situasinya sekarang, yang paling logik ialah mungkin Encik Bakar merujuk kepada sikap Daddy yang sangat pandai berahsia. 


Note: 1. Rahsia apa? 2. Dalam situasi macam mana korang nak Alila jumpa Mr Saviour? 3. Ke baru baca secoet dah pilih #team? Jangan lagi oke. 

TGIF!

Love
RA
@
KL

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...