Thursday 17 December 2015

NOVEL TERBAHARU: JEJAKA EDISI TERHAD



Que Zafril
Hmm..Rupa? mestilah komersial. Kata pramugara. Nak tengok dia senyum? 24 jam boleh tengok sebab dia memang pemurah. Lagi pun hidup seorang Que Zafril mana pernah ada masalah. Ada masalah cabut je lah.
Hmm..cutting body? Macam model tu haruslah. Kata pramugara paling handsome abad ini. Kan Kan Kan?
Hmm..nama? Komersial gilerr. Pakej la dengan rupa. Apa orang cakap? 2 in 1? Tapi kalau semuanya komersial, hobi pula mestilah semua yang stok – stok terhad je. Cu teka?


Sara Nabila
Hmm..Rupa agak komersial. Putih melepak tapi nak tengok dia senyum? Mak ngaii..susah ooo. Maklumlah orang susah, mestilah banyak masalah. Dengan rambut pendek lurus paras bahu siap fringe depan, sekali tengok macam baby doll tapi baby doll masam la!
Hmm..cutting body? Macam model tapi macam rendah sikit. Dalam 5 kaki 2 inci. Tak lepas nak jadi runaway model sudah pasti. Jadilah pemakan gaji tegar. Gaji RM 1800 lepaslah takat diri sendiri duduk KL ni.
Hmm..nama pula langsung tak komersial. Kalau tengah jalan, takat orang panggil Sara!Sara! memang Sara buat tak tahu. Nak tahu kenapa? Sebab berjuta orang nama Sara kat dunia ni. Anggap je lah orang tu panggil Sara lain. Kalau betul orang panggil dia, panggil la siap binti sekali kan?
“Encik, tak kan semua bilik nak buat studio?” Tanya Sara serius.
“Suka hati saya lah, saya bayarkan?” Balas Que.

Sara pelik:
Baru last week dia siapkan studio jamming untuk bilik atas rumah mamat ni. Tak kan sampai dua bilik nak buat kot? Jangan cakap nak buat bilik recording pula? FLY FM studio nak pindah kat rumah mamat ni ke?

Que tak pelik:
Sebab dia rasa dalam hati dia ada ‘rasa’ skettt dekat awek Acoustic Consultant ni. Comel!!!


Que Sara:
+Saya tak suka pramugara.
-Saya boleh tukar kerja.
+Kerja apa?
-Apa – apa je. Cakap je, semua saya boleh jadi.
+Errr...(Sara speechless. Ada cara lain tak nak me‘rambus’kan mamat ni dalam hidup dia?)

Sean Norman
Dia punya segala yang diinginkan lelaki; harta, kuasa, wanita tapi bukan bahagia. Antara sayangkan si adik atau sayangkan sang isteri, bolehkah untuk dia tidak memilih? Butakah dia sehingga tak nampak setiap kejelikan di depannya atau hatinya sudah lama terpadam cahaya cinta.


Nur Indah
Sara, maafkan aku. Kata – kata yang terlafaz hanya jauh di lubuk hati. Sebuah ikatan persahabatan yang dikorbankan demi tamaknya hati meraih cinta. “Aku akan buat Sean lupa dia ada adik yang bernama Sara.”



Shah Ezlan
Alasan Papa tak restu. Semua tu merepek Sara. Sebenarnya awak tak cintakan saya. Tak pernah Sara. Tak pernah. Relevan lagikah perbezaan darjat pada masa kini? Salahkah dia kerana jatuh cinta dengan adik tauke pusat snooker?

LOVE IS TRUST....
LOVE IS CRAP!


p/s: Novel terbaharu daripada Rin Ahmad, yeay finally! Silalah pelepak tegar sekalian terutama pelepak sejak dari zaman batu blog, die hard fan Abang Sean dengan Indah dapatkan di kedai - kedai buku berhampiran ya. 

New novel and new resolution because in life, you enter every different phase and every next level of your life will demand a different you!

Assalamualaikum and Happy New Year :D

xoxo, 
KL @RA



Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...