Wednesday 29 January 2014

ARLUNA DI PASARAN FEBRUARY 2014


Assalamualaikum and good day untuk semua pembaca yang dihormati.

Alhamdulillah akhirnya karya pertama saya di blog Karya Lepak
diterbitkan oleh Kaki Novel.

Teruja, berdebar menanti feedback, happy and rasa sedih pun ada. Sedih sebab akhirnya saya
dah keluar dari kehidupan Joe & Nina as when you are writing, you are in their world. 
Heh?
Yes, I think.
Satu - satunya alasan untuk saya berblog and menulis ialah untuk lepak, stress-free, jadi
menulis sesungguhnya hobi yang bermanfaat so as reading.
Read, Read, Read....
3X
Peringatan yang Allah bagi untuk umatnya agar membaca.

Tewas Itu Taat.

Sesungguhnya yang baik daripada Arluna hanya dari Dia dan kekurangan
adalah kerana kurangnya ilmu di dada ini.

Get your own copy 
at
http://www.kakinovel.com/
or
click Arluna cover at your left bar.
or
Bookstores near you.


XOXO
Rin Ahmad

Monday 6 January 2014

ARLUNA - Marathon Part 1

This is non-edited version ;
Arluna is my first love, ever....






BAB 1


            Nama surat beranak: NIA ARLUNA BIN NAJIB.
            Nama akaun Facebook: Nina Najib

            APA relevan Facebook dengan aktiviti yang sedang dilakukannya sekarang? Ya, sebenarnya langsung tak relevan. Dia tengah susun ayat untuk memuat naik status terkini di Facebook. Pegang dan belek – belek telefon sambil tawaf KLCC. Azi sahabat baik ada di sebelah. Mata melingas kiri dan kanan, tangan sekejap pegang barang. Sekejap letak. Akhirnya telefon juga yang dibelek.

            Orang nak kahwin cepat, dia pun buat – buat yakin dengan diri sendiri. Nak juga dia kahwin cepat. Hari tu beria – ria sangat sebut kalau dah sukalah kalau dah jodohlah, terpanggil, serasi dan sekarang? Apabila hari perkahwinan makin mendekat, perasan sendiri sukar pula dibelai. Boleh tak duduk diam – diam, buat – buat seronok wahai hati? Jantung asyik berdebar – debar sahaja. Teringat nak kahwin, teringat nak jadi isteri orang, jantung terasa nak meloncat keluar. Alahai…

            Dasim, anak iblis laknatullah rasanya sedang keletihan mengekorinya membeli – belah. Itu yang dibisikkan keraguan dalam hati Arluna. Iblis sangat benci, berang dan dengki setiap kali ijab kabul dilafazkan. Si laknat ini tidak mengenal erti putus asa dalam menimbulkan rasa benci dan marah antara suami isteri. Apabila lafaz talak dijatuhkan, maka itulah kemuncak kegemilangan bagi kerajaan Dasim yang terkutuk.

            Sebelum kahwin fikir masak – masak Arluna. Jangan sampai Dasim yang menang.

            “Dapat suami kacak dan berharta bukan senang. Betul dah bersedia ni?”
            “Mestilah dah bersedia. Johan okaylah Umi. Jangan risau.”

            Sekarang? Okay lah sangat! Gelabah macam buaya nak bertelur.

           Arluna berjalan sambil membelek skrin telefon. Azi pun tengah buat benda yang sama. Masalahnya belum sempat dia nak taip status yang penat dia fikir semata – mata nak alih perhatian otak daripada fikir majlis kahwin, status Azi terpampang terlebih dahulu di Facebook.

            Right man, wrong time. Wrong man, right time.
            Good man, wrong words. Bad man (jerk), right words.
            New man, same old lies. Old man (ex), new lies.

            Sekian pantun dikerat-kerat oleh aku yang bosan.

            Maknanya sambil jalan ni lah minah ni reka pantun? Nak tergelak pun ada Arluna baca. Arluna mempercepatkan langkahnya. Oh bosan ya temankan aku. Cuba tengok boleh kejar tak?

            “Nina, jalan perlahan sikit boleh tak? Kau ingat kita tengah lumba lari?” Termengah - mengah Azi mengejar langkah Arluna yang panjang - panjang.

            Dalam hati Azi punyalah bengang, tadi beria-ria minta teman pergi shopping, konon nak buat persiapan terakhir, alih – alih dia jadi tukang kejar si Arluna. Bukan apa, baru tengah syok dia memilih barang, pegang- pegang, baru nak feel, Arluna dah bising nak pergi tengok kedai lain pula. Adat orang nak naik pelamin katakan, semua nak tip top tapi Azi dah sekerat nafas melayan Arluna.

             Rasanya dah sampai 3 jam Arluna berpusing – pusing di KLCC namun satu barang  pun dia tak berkenan. Telefon bimbit disumbat ke dalam beg tangan. Sekeping kertas siap dengan bentuk hati merata - rata hasil contengan kreatif Arluna yang dipenuhi senarai barang yang sepatutnya dibeli hari ini ditarik keluar daripada beg tangan. Ditenung kertas tersebut dengan penuh khusyuk. Bukannya pada senarai barang tapi tulisan tepi yang bertulis Arluna Love Johan Forever. Ishh….macam budak – budakla kau ni Arluna. Ada patut aci main tulis di kertas macam zaman cinta monyet. Namun tak dapat dinafikan hatinya sangat berdebar – debar di saat tarikh perkahwinannya yang makin menginjak tiba. Memang dah parah kerana sekejap matanya meliar di kiri dan kanan kedai yang mereka lalui sekejap kepada skrin telefon dan sekejap pada kertas di tangan. Kalah buruh paksa buat tiga kerja dalam satu masa.

            “Azi, jom Starbucks, aku belanja buat upah kaki kau yang dah nak tercabut tu. Lagi satu upah pantun yang kau kerat – kerat di Facebook tu. Bosan ya.” Arluna senyum perli sambil angkat kening tengok reaksi Azi buat muka yea-ke-kau-nak-belanja sambil jari telunjuknya ditunjukkan ke hidung.

            Hahaha...bukan senang nak dapat makan free dengan Arluna. Lepas bertunang memang dia budget habis. Kononnya kena berjimat cermat pada hal rasanya Johan tu kalau Arluna minta nak kahwin gaya fairy tale ala anak Allahyarham Tan Sri Nasimmudin NAZA tu pun tak ada masalah. Alasan Arluna sekajang kertas A4 apabila Azi bising kenapa sibuk – sibuk nak berjimat cermat sangat dan antara sebab yang sempat otak Azi proses ialah;

                        1.      Kitaorang nak rasa susah senang nak siapkan majlis kahwin kitaorang.
                        2.      Seganla, keluarga aku biasa – biasa aje, takkan nak beria sangat.
                        3.      Tak penting pun sanding besar – besar tu, janji kitaorang kahwin.
                4.      Zaman kahwin beria – ria sampai membazir dan nak menunjuk – nunjuk sekampung dah way outdated. Sekarang punya trend back to basic jer.     
                       5.      Aku student lagilah, nampak sangat la kantoi pakai duit mak ayah aku dengan duit Johan je kan...heheheh, ini aku rasa ayat cover paling terbaik wok!

                       
                        Masing – masing menarik nafas panjang. Amat selesa berada di dalam Starbucks buat menghilangkan lelah. Java Chip Frappuccino disedut rakus oleh Arluna. Haus dek kepenatan ukur tanah KLCC. Entah kenapa mood Arluna hari ni serba tak kena. Risau majlis yang bakal berlangsung atau lebih kepada hidup berumahtangga yang bakal dijalaninya. Sambil minum sambil tangan laju menaip. Akhirnya Arluna memuat naik status di Facebook. Meluahkan perasaannya sekarang. Hanya dia yang mengerti ayat yang berlapis maknanya ini.

            After shopping a few hours (3 hours exactly) at KLCC, I wish my future husband is someone who loves shopping so he'll do all the shopping for our kids. I can have me-time at home. Yes, at home.

            Iffil: Basically husbands are that who push the trolley cart and that’s it.      
            Azi: Mana tak bosan, pegang, letak. Pegang, letak.
            Sarah: 3 jambaru? Itu kalau aku baru sikittttt….
            Nurul: Aku nak tag Joe kat status kau…muahahaha
            Jojet: Wow! Aku tak lah impress dengan status kau tapi kinda scary.
            Azi: Future husband tukar terus dengan nama. Tak payah susah – susah.
            Sarah: Betul – betul. Bukan boleh tukar nama lain pun.
            Wawa: I wish my future husband is someone who pays everything I want.

            Cepat betul ruangan komen berisi. Azi di sebelah sambil minum, sambil jeling pun sempat mencelah. Ewah – ewah. Berpakat pula membahankan aku di ruangan komen. Mereka yang tergolong dalam kategori kawan baik Arluna akan tahu, membeli – belah bukan minat dan kepakarannya. Okay aku tak suka membeli belah sebab orang ramai dan sesak. Tak boleh bayangkan besok – besok ada anak nak beli baju raya. Mungkin aku kena beli siap – siap awal tahun atau sub kan skop kerja tu kepada sang suami yang malang.

            Komen Azi dan Sarah sangat memberi impak. Dah sah tak boleh berpaling. Calon dah ada. Mana boleh tukar nama lain. Malu Abah dan Umi di kampung nanti.

            “Kelakarlah pantun kau Azi.”
            “Aku bosan kejar kau. Mata aku asyik merayap pada jejaka - jejaka handsome bersepah di KLCC dan mendatangkan ilham.”
            Arluna tergelak. Azi memang sahabat baik yang sangat memahami dan sangat kelakar.
            “Status kau pula macam orang sakit jiwa.”
            “Mana ada.”
            “Jangan nak nafikan. Biasalah orang nak kahwin. Cuba bertenang. Tak ada apa yang nak dirisaukan sangat. Insya Allah.”
            “Aku laparlah Azi tapi macam kena diet sikit.” Arluna bijak mengalih topik yang digemari oleh semua wanita di dunia. DIET!
            “Aku pun tengah diet ni.” Azi membalas sambil mencubit lengannya sendiri.
            “Kau diet kenapa pula?”
            Azi tersenyum tapi mata ke arah lain. Tengah cari alasanlah tu.
            “Aku rasa aku dah tembamlah.”
            Lagi panjang bibir Arluna menguntum senyum.
            “Tembam tu simbol kebahagian. Justifikasi bahagia. Okay lah tu.”
            “Kau kurus melengking ni kira tak bahagia lah?”
            Pecah ketawa mereka berdua tapi Azi tiba – tiba diam dan bersuara serius. “Nina, kau jangan pandang dulu lepas aku cakap ni ya. Ada awek belakang kau belah kiri, ikut jam pukul 9 dari tadi pandang sini. Kau kenal? Okay, after 1 minute from now you can turn.”
            Hish…siapa pula ni? Moodnya yang tengah berangin Monsun amat tak sesuai nak menjana benda yang dirasakan tak relevan dengan perasaannya yang tengah gundah. iPhone yang ralit dihadap diletakkan di ribaan.

            58 saat, 59 saat, 60 saat, ting!

            Arluna memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Azi dan kebetulan pandangannya bertaut dengan empunya diri yang Azi maksudkan. Sinis sekali tenungan matanya namun Arluna tidak dapat mengecam siapakah empunya diri itu.
            “Aku tak kenal tapi baju yang dia pakai tu macam baju Johan cuma minah ni pakai baby-T, Johan punya loose-fit man. Aku ingat sangat Johan sibuk cerita T-Shirt yang bertulis huruf besar ADDICTION tu mommy dia beli masa pergi Macau dulu tapi serius aku tak pernah nampak dia ni.”
            “Tak kenal lantaklah. Jeling orang sampai naik juling. Nak pergi jalan mana lagi?” Azi menghabiskan sisa Caffe Latte, bimbang Arluna terkeluar idea bombastik hendak pergi sambung ukur tanah di KLCC lagi.
            “Jom, GE.” Arluna membalas.
            “GE?”
            Ini lagi bala dari KLCC. GE atau Great Eastern Mall tu maksudnya nak kena keluar dari KLCC ni dah bersesak – sesak kat Jalan Ampang tu, roti cicah jem nenas la jawabnya. Kalau kat berita trafik Hotfm tu, tak pernah sebutla Jalan Ampang lengang.  Kena tukar kakila macam ni, kaki sekarang dah la lenguh segala. Azi buat muncung itik, protes tak puas hati.
            “Bukan shopping la, teman aku pergi drop something to my sister then we go home.” Arluna membalas sambil beriak nakal.
            “Ler…buat suspens.” Azi separuh terjerit.  
            Azi laju membontoti Arluna ke mesin Autopay di tingkat P1 dan terus ke tempat parking kereta. Kedua – duanya memboloskan diri ke dalam Myvi milik Azi. Kereta milik Azi tetapi Arluna yang menjadi tukang driver dan tukang sponsor minyak. Memandangkan  hari ini Nor Azian binti Ishak   dinobatkan pangkat jadi dayang pengiring Arluna dengan penuh paksaan maka dia dengan bangganya menetapkan kedua - dua syarat itu. Arluna terpaksa akur. Punat air cond dan radio ditekan sebelum pedal minyak dipijak dan enjin menderum garang. Ala, garang – garang manja enjin kereta buatan Malaysia sahaja pun.
            “Bosanla dengar DJ ni membebel, pasang CD la.” Arluna mengarah gaya mem besar.
            Yalah, orang tengah khusyuk pandu kereta mana boleh nak buat itu ini, kena fokus kepada pemanduan. Tangan Azi pantas menekan punat radio, memasukkan CD dan berkumandang lagu nyanyian The Corrs. Lagi sanggup mendengar lagu The Corrs yang dah berzaman tu daripada mendengar siaran radio yang penuh dengan iklan dan celoteh DJ. Tak tahulah Azi rembat CD siapa punya. Generasi dia rasanya tak kenal The Corrs ni.
            “Buat apa jumpa Dina kat GE? Kau tak balik rumah ke hujung minggu ni?” Tanya Azi pelik.
            Majlis perkahwinan Arluna dah hampir menjelang tiba, hanya tinggal sebulan sahaja lagi. Pada anggapannya sudah pasti Arluna akan balik ke rumah setiap minggu untuk menyiapkan segala keperluan.
            “Banyak kerja, assignment berlambak nak kena siapkan sebelum majlis. Nanti lepas majlis dah final exam. Final semester for final year ni, mana boleh nak main – main. Aku nak semua smooth before the wedding. Tu yang aku nak jumpa Dina, nak pass contoh bunga telur yang aku nak kat Umi aku.” Balas Arluna.
           “La ingat lagi kau nak periksa, ingat kepala dah penuh dengan Johan.”  Giat Azi sambil tersengih.
            Padahal memang dia kenal sangat dengan perangai Arluna yang perfectionist. Biar pun perancangannya untuk menamatkan zaman bujang nampak tergesa – gesa namun dengan gelaran dean list yang diperoleh Arluna setiap semester, Azi yakin Arluna telah membuat perancangan rapi tentang masa depannya. Pelajaran dan perkahwinan semoga seiringan menuju objektif.





    
BAB 2


            JOHAN memandang ke hujung penjuru kolam renang tak berkalih. Ada sesuatu pada seorang gadis yang tengah bergelak ketawa dengan rakan – rakannya itu mencuri tumpuannya. Gadis itu hanya mengikut rentak perbualan rakan – rakannya namun pada pengamatan Johan, matanya sering ditala ke arah kolam renang yang terletak di hujung Observation Deck. Aku tertarik dekat halter bikini top yang tersarung mantap kat badan dia atau aku tengah bayangkan emm…
            “What is underneath her the very damn short skirt? Perhaps a lowrider or Brazilian bikini bottom?”  Hah! tu dia kalau terlebih dos membaca majalah Victoria Secret. Johan senyum sendiri sambil matanya melilau mencari kawan – kawannya yang lain.
            “Jom minum, aku dah penat cuci mata.” Shahrir menepuk bahunya sambil mendahuluinya menuju ke kafe di tepi kolam renang. Raziq dan Eid juga mengekori Johan dari belakang menghala ke kafe yang dinamakan Ku De’ Ta.
            “Joe, aku tengok kau dari tadi duduk bersantai kat bench, kenapa tak turun swimming sekali?” Eid bersuara sambil tangannya membelek – belek menu. Berbeza dengan Johan dan Raziq, Eid dan Shahrir memang menghabiskan masa dengan berenang manakala Johan hanya bersantai dan paling teruk si Raziq yang sibuk mengayat minah – minah celup di situ.
            “Jap lagi kan boleh swimming lagi. Aku penat drive pun tak hilang lagi. Aku suruh booked airline ticket earlier kau tak nak, kan tak pasal – pasal kena drive all the way KL-JB-Singapore. Korang dok membuta dalam kereta bolehla enjoy.” Dengus Johan.
             Tiba – tiba si Raziq playboy tersohor Malaya bersiul – siul apabila ada dua orang gadis Melayu melintas di hadapan meja mereka. Johan juga berkalih pandang. Memang pelik la kalau tengok gadis Melayu kat Sands Skypark Pool. Sands Skypark ini umpama penghubung kepada 3 menara yang membentuk Marina Bay Sands. Ini tempat tumpuan orang asing atau orang tempatan yang kaya raya. Maklum sajalah, Marina Bay Sands ini selain menempatkan Sands Skypark di puncaknya, juga amat terkenal dengan butik Louis Vuitton kedua terbesar di dunia. Kedua – dua gadis ni pula nampak amat sederhana tanpa bag berjenama tersandang dibahu.
Setahu Johan, orang umum dibenarkan ke Sands Skypark yang terletak di tingkat 57 hotel Marina Bay Sands ini dengan dikenakan tiket berharga SGD 20 seorang. Itu pun sekadar untuk melihat panorama Singapura yang menakjubkan dari tingkat teratas hotel ini tidak termasuk kebenaran untuk berenang di kolam renang terbesar dan terpanjang di dunia pada ketinggiannya ini. Saiz kolam renang ini merentas hampir 150m daripada keseluruhan panjang Sands Skypark. Hanya tetamu hotel yang diberi kebenaran untuk menikmati kolam renang terhebat ini. Marina Bay Sands yang memulakan operasi pada 24 June 2010 asalnya adalah projek kombinasi kasino, pusat membeli belah, muzium, teater muzik dan hotel.  Namun tarikan utama seluruh dunia terhadap Marina Bay Sands ini ialah pada Sands Skypark.
            Bilik Johan yang ditempah oleh Eid berharga hampir SGD 500. Itu pun bilik yang paling murah di hotel ini. Sementelaah mereka berempat memang gemar menghabiskan masa hujung minggu jauh dari pelusuk KL jadi kos tidak menjadi halangan. Biasanya Eid yang akan menjadi event commander. Sahrir jadi tukang roger, bertugas mengumpulkan keempat-empat jejaka ini sementara Raziq dan Johan pula tukang ikut, janji ada kelapangan dan tempat diatur menarik dan mampu merehatkan minda mereka yang penat bekerja.
            Hanya mata Raziq yang masih melekat kepada kedua – dua gadis tersebut sementara yang lain telah membuat pesanan setelah puas meneliti Poolside Menu. Shahrir dan Eid memilih jus buah kranberi dan epal. Sementara Johan penggemar kopi tegar memesan ice coffee black. Mereka hanya memesan  wagyu mini burgers with fontina cheese dan smoked tomato relish and green chilli mayo sekadar mengisi perut sebelum makan malam.
            “Kenyang ke tengok orang?” Tanya Eid bosan dengan perangai control maco Raziq. Raziq hanya tersenyum sambil mulutnya laju membuat pesanan. Datang tempat yang high - class tapi perangai macam budak kampung, buat malu company. Desis Eid dalam hati.
            “Bitter lemon for drink and I like to have Six jet-fresh new york oysters and Japanese citrus.” Raziq menutup menu dan menyerahkannya kepada pelayan yang setia menunggu dari tadi.
            “Sombong sangatlah budak dua orang tu,” keluh Raziq sambil matanya beralih arah mencari mangsa yang lain. Mahunya tak sombong, bukannya ditegur elok – elok tapi disiul –siul macam budak rempit sahaja lagaknya. Kalau aku jadi perempuan pun tak lalu nak layan, hela Johan dalam diam.
            “Agak – agak kau, ada tak surau kat level ni?” Bingo! Soalan terbaik daripada Shahrir untuk abad ini.
            “Aku bagi kau lima ratus kalau ada tempat solat kat sini.”
            Eid bengang dengan soalan bodoh Shahrir. Tempat berpeleseran begini bukanlah tempat yang sesuai untuk didirikan surau awam apatah lagi berada di negara yang Islam hanyalah sebagai agama minoriti penduduk.
            “RM 500 ke SGD 500? Kalau SGD 500 sekarang juga aku pergi tanya.” Raziq beria - ria.
            Tanpa menanti jawapan Eid, Raziq laju menghala ke arah pelayan yang sedang tersenyum manis di sebalik meja kaunter. Setelah 20 minit Raziq kembali dengan senyum lebar sambil di tangannya diawang – awangkan sekeping kertas. Bukan sebab duit dia tersenyum lebar tapi dari mula sampai di Sands Skypark dia berkenan melihat pelayan yang persis kacukan belanda berada di kaunter tersebut tapi pelayan tersebut kelihatan sentiasa sibuk membuatkan Raziq menanti waktu yang sesuai.
            You can pray inside your room Sir. We don’t have dedicated prayer room. Sorry and if you don’t mind take this. This brochure might be useful during your stay Sir.” Raziq mengajuk lenggok lemah - lembut gadis pelayan yang berada di kaunter pertanyaan bercakap dan menyerahkan brochure yang dipegangnya tadi kepada Eid. Johan menangkap brochure tersebut cepat – cepat.
            “Bak sini SGD 500.” Raziq menadah tangan di depan Eid.
            “Aku placed bet dengan Shahrir, aku tak cakap nak bet dengan kau pun. Kalau bet dengan kau semua orang kalah bab – bab sosial terlebih ni. Laju aje pergi tanya, bukan nak tanya pelayan jantan tu ke, awek juga yang nak ditanyanya.” Eid mengutuk sambil memandang Johan mengharapkan sokongan.
            Hanya Johan yang mampu memotong ‘jalan’ Raziq dalam apa jua keadaan. Dari dulu sampai sekarang, Johan dan Raziq yang telah berkawan baik lebih dari 15 tahun memang saling mendahului antara satu sama lain. Kalau dulu dari segi pelajaran, sekarang pula di alam pekerjaan. Pencapaian kedua – duanya hampir seiring. Manakala Eid dan Shahrir menjadi kawan rapat mereka hanya sejak di universiti.
            “Are you coming? Shahrir memandang Johan yang masih belum habis makan.
            Johan mengangguk.  Makanan yang masih bersisa dihabiskan dengan suapan rakus dan kemudiannya mengelap mulut dengan tisu. Air disedut rakus sebelum bersuara.
            “Raziq kau ni memang hantu, Shahrir tanya mana surau, kau punya cerdik bawa balik brochure Banyan Tree Spa ni buat apa? Nak bersolat bukan kat sini, bermaksiat bolehla kat sini.”
            Helaian kedua brochure Banyan Tree Spa dibelek. Kagum juga dia apabila mengetahui Banyan Tree Spa mempunyai 64 cawangan di seluruh 26 negara dan yang pertama di Singapura berada di hotel Marina Bay Sands terletak di tingkat 55. Memang patutlah maju dan berkembang pesat sebab Banyan Tree Spa amat terkenal dengan nilai terapinya yang bernilai estetika tinggi dan bertaraf dunia.
            “Jom Shahrir, aku pun nak turun solat Zohor dulu, nanti naik balik aku nak berenang.” Johan terus bangun dan berjalan menghala ke arah lif. Shahrir pula yang sibuk nak mencuba hidangan yang dipesan oleh Raziq. Malas Johan nak melayan Raziq bab – bab minat kawannya yang satu pasal perempuan ni.
            “Joe, tunggu!” jeritan Shahrir yang nyaring membuatkan Johan yang laju berjalan di tepi kolam renang berhampiran Observation Deck berhenti melangkah mengejut.
            Gedebush!
            Bunyi orang terjatuh ke dalam kolam renang. Dia terlanggar orang! Eh, orang terlanggar dia!






BAB 3


            ARLUNA tersengih sebaik sahaja kakinya melangkah keluar kereta. Impian menjadi kenyataan! Yeay! Hatinya berlagu riang. Rancangannya untuk ke Marina Bay Sands yang terletak di Singapura ini telah lama tergendala. Dia sentiasa sibuk dengan kuliah dan kebanyakan cuti semester dihabiskan di kampung bersama keluarga.
            Bukannya tak boleh diajak keluarganya datang bercuti tetapi rancangan utamanya sudah pasti akan dilarang keras oleh Abah dan Umi. Kalau setakat ajak datang membeli - belah di sini, Umi okay sahaja tapi hajat dihati Arluna agak jauh menyimpang daripada membeli - belah. Dia tak hairan dengan aktiviti membeli - belah yang Umi suka. Teringat betapa susahnya untuk mendapat keizinan Encik Najib untuk ke sini.
            “Abah, Nina nak minta izin pergi jalan – jalan kat Johor rumah classmate Nina.” Arluna menyusun ayat dengan berhati – hati.
            “Azi pun ikut.” Laju Arluna menyambung sebelum sempat Encik Najib menjawab.
            Escort penting tu. Kalau pergi seorang, gelap sikit harapan nak dapat green-light Abah.
            “Berapa hari? Masuk Singapura sekali ke?” tanya Encik Najib sambil matanya tak lekang dari saluran ESPN.
            “Abah bagi ke? Yeay!” Arluna melonjak riang persis kanak – kanak.
            “Ada abah cakap boleh?” Terdiam Arluna seketika mendengar kata – kata Encik Najib. Oh! Maknanya sesi soal jawab tak habis lagi la ni.
            “2 hari je. Kakak kan dah cakap Isnin dah start praktikal. Ahad dah kena balik KL. Isnin dah daftar kat syarikat tu. Jumaat kakak turun JB, Sabtu masuk Singapore balik hari je then Ahad pagi dah balik KL. Please la Abah. Please…” Panjang lebar Arluna yang membahasakan dirinya kakak dalam keluarga menjelaskan rancangannya. Bukan setakat izin Encik Najib yang diharapkan tapi sponsorship juga penting dong! Huh...penantian itu satu penyeksaan, Arluna memandang Encik Najib tak berkalih mengharapkan jawapan positif.
            “Ok, ON tapi kalau dah tersangkut kat hotel Marina Bay Sands tu abah nak ingatkan jangan sesekali masuk kasino. Kita ni orang Islam ingat sikit walau pun setakat nak tengok atau bergambar kat kasino tu dengan niat nak letak kat Facebook baik tak payahla, Abah tak izinkan. Banyak lagi tempat lain Nina boleh pergi.”
            Fuh! Izin bersyarat. Namun begitu Arluna menganguk laju tanda akur pada syarat tersebut lagi pun tak pernah terlintas dihatinya untuk ke kasino yang amat terkenal di dunia yang terletak di Marina Bay Sands itu. Walaupun Encik Najib sendiri pernah bercerita tentang kehebatan kasino tersebut. Menurutnya pintu masuk kasino itu sahaja kosnya mencecah ratusan ribuan ringgit dah amat gah. Jangan salah sangka ya, abah tak pergi pun cuma pernah tengok dokumentari kat TV. Tapi apa yang nak dihairankan kalau kos pembinaannya sahaja mencecah SGD 8 billion! Lu pikirla sendiri.
            Finally, I am here!
            Arluna membetul – betulkan ZARA TRF maxi long skirt berwarna turquoise yang dipadankan dengan t-shirt putih yang menyerlahkan badan langsing dan kulitnya yang putih mulus. Bag sandang diletakkan di bahu. Sedikit lip gloss dioleskan sekadar menutup wajahnya yang lesu dek menempuh kesesakan lalu lintas sepanjang perjalanan dari JB ke Marina Bay Sands ini. Arluna berlari – lari anak mengekori Azi, Nurul dan Sarah yang laju di depan menuju ke tingkat B1. Arluna amat teruja. Tiket masuk yang dibeli oleh Sarah sehari sebelum perjalanan mereka ini dipegang kemas.
            “Mana kau punya swimming suit? Beg cinonet bawa aku tengok.” Sarah pelik melihat hanya beg kecil yang tersandang dibahu Arluna. Rancangan asal kononnya nak jalan - jalan di The Shoppe dahulu tapi Arluna pantas mencantas. Katanya destinasi pertama ialah Sands Skypark. Permintaan orang luar perlu diutamakan. Tambah Arluna lagi, Sarah dan Nurul anak jati Johor yang bila – bila masa pun ada kesempatan untuk ulang – alik ke Marina Bay Sands ini.
            “Aku dah siap pakai, malas nak tukar – tukar nanti.” Arluna tersenyum.
            “Ya lah dah siap pakai tapi nak tukar, nak salin nanti kau bawa apa? Macam bawa diri je aku tengok.” Nurul pula yang pelik.
            “Apa ada hal, nanti aku pakai baju ni balik, tak kan la towel pun nak bawa, tak style la nak usung beg berat – berat. Mesti kat pool ada sedia punya.”  Penuh yakin Arluna menjawab. Arluna memang jenis yang ringkas dan ranggi orangnya. Sikap yang konon perfectionist tu dia praktis  kat belajar jer.
            Mereka melangkah menuju ke Porte Cochere, turun ke B1 dengan menaiki eskalator dan terus ke kaunter tiket. Lif yang tersedia di B1 ini akan membawa mereka terus naik ke tingkat 57, Sands Skypark. Sementara menunggu giliran mereka untuk naik, mata Arluna meliar mencari bilik air.
            “Tunggu sini jap eh, aku nak pergi ladies.” Arluna bergegas meninggalkan Azi, Sarah dan Nurul. Arluna kembali dengan muka tak puas hati apabila giliran mereka masuk nampaknya tak kunjung tiba.
            “Berapa lama nak kena tunggu ni?” Tanya Arluna tetapi mereka bertiga menggelengkan kepala tanda tidak tahu.
            “Rugila macam ni, dah nak pukul 11.30 pagi ni, nanti aku ingat nak swimming sekejap aje lepas tu kita boleh la ikut rancangan Sarah nak pergi window shopping kat The Shoppe tu.” Arluna cuba mengambil hati tuan rumah.  Maklum sajalah dahlah menumpang selama dua malam di rumah Sarah di JB, masuk Singapura ini pun dengan kereta Sarah jadi memang patut Arluna bertoleransi sedikit.
            “Excuse me? May I know why they halt the entry?”
            “They are waiting until the capacity has been reduced to allow the comfort and safety of all guests.” Jawapan daripada pegawai bertugas belum mampu melegakan Arluna.
            Setahunya Sands Skypark boleh memuat kapasiti sebanyak 3900 orang pada sesuatu masa. Buang masa sahaja. Desis Arluna dalam hati. Sedang asyik dia membebel sendiri, berjalan ke hulu ke hilir, akhirnya tiba jua giliran mereka untuk menjejakkan kaki ke Sands Skypark.
            Mereka terpegun sebaik sahaja menjejakkan kaki di Observation Deck View. Sebanyak 12 lokasi pandangan berbeza yang telah ditandakan. Mereka amat teruja melihat panorama Singapura dari tingkat 57 Sands Skypark ini. Nurul sibuk mengambil gambar mereka bertiga dan kadang – kadang mereka bergilir – gilir posing di lokasi pilihan masing – masing. Angin yang bertiup lembut dan cuaca yang amat baik sekali menambah lagi seri suasana indah di deck ini. Mereka riang bergambar dan bergelak ketawa.
            “Eh, jom! Aku nak tukar baju.” Arluna mencuit Azi. Sebenarnya dia cuak juga. Tercari – cari mana pintu masuk ke kolam renang yang nampak terpisah dengan Observation Deck.
            “Nak tukar kat mana? Tak ada nampak changing room pun. Posing dulula. Tak habis view point lagi ni. Baru kat point nombor 6 ni.” Azi menjawab tapi matanya masih ditala ke luar deck view point 6. Marina Bay Sands Museum, St. Andrew Cathederal dan Helix Bridge dapat dilihat dari atas deck Sands Skypark view point 6 tersebut.
Arluna melangkah ke arah bilik air yang terdekat tanpa mempedulikan Azi, Sarah dan Nurul. Halter top yang disarungkan dari rumah lagi dibetul – betulkan sambil memasukkan baju ke dalam beg cinonet di bahu. Nasib baik Arluna teringat nak membawa mini sarong untuk menutup pair bottom swim suit nya kerana bilik air agak jauh dari kolam renang idamannya. Boleh tahan juga tebal muka nak berjalan seksi – meksi di hadapan orang ramai. Bukanlah kebiasaan Arluna buat tayangan percuma untuk umat Adam ni tapi kerana matlamat utamanya ke Sands Skypark adalah kerana untuk merasa nikmat berenang di kolam renang infiniti sepanjang 150m merentas Sands Skypark yang panjangnya 340m. Terpaksa ditebalkan muka melangkah keluar bilik air. Kebiasaannya dia hanya menyarungkan legging dan t-shirt sahaja kalau mandi di kolam renang taraf  biasa - biasa. Kalau tempat macam Sands Skypark, wajib kena halau kalau tidak mengikut etika pakaian renang sebenar.
Sejak Sarah dan Nurul sibuk bercerita tentang kehebatan Marina Bay Sands yang menempatkan Sands Skypark itu, dia mula menyimpan angan – angan untuk merasa sendiri nikmat berenang dari ketinggian 200m itu sambil menikmati seluruh pandangan Singapura. Mesti kenikmatannya tidak dapat dibayangkan hanya dengan kata – kata. Arluna tersenyum sendiri dengan hobinya yang satu ini. Kawan – kawannya menggelarkannya hantu air, anak itik, pocong air dan macam – macamlah kerana kegilaannya terhadap aktiviti air terutamanya berenang. Pantang cuti semester atau sejak zaman cuti sekolah lagi dia pasti mengheret keluarga atau kawan – kawannya ke kolam renang awam, pantai – pantai atau kadang – kadang menjelajah pulau – pulau.
“Jomla temankan aku kat hujung deck tu, aku nak survey tempat masuk. Kita bergambar kat sana pula ya.” Pinta Arluna dengan Nurul jurugambar tak bertauliah. Harapkan kamera je gempak tapi tangkap gambar semua pakai auto mode! Azi dan Sarah tidak mengendahlan Arluna kerana masih leka menikmati pemandangan di Sands Skypark. Sedang mereka melangkah ke hujung Public Observation Deck yang bersambung dengan kolam renang, tiba – tiba seseorang menghampiri dan menahan mereka.
Excuse me Madam, only hotel guest are allowed to use the swimming pool.” Pekerja hotel rupanya. Ingat mamat handsome mana nak mengorat aku tadi, desis Nurul termalu sendiri.
What?” Suara Arluna meningkat beberapa desibel. Sah dia kena tegur kerana kalau tengok sekeliling, hanya dia seorang sahaja yang berpakaian renang. Arluna mula tak sedap hati tapi buat – buat bertenang.
But I can’t see any signage being placed around.” Arluna mula berang. Baru nak menghampiri kolam renang. Tak nampak pun lagi jalan nak ke seberang tapi dah siap kena sound. Sarah dan Azi yang melihat dari kejauhan menghampiri mereka bertiga.
I come here purposely for this. You should have advised the public about this regulation earlier.” Arluna masih tidak puas hati.
Actually everything being stated inside the brochure we gave upon your entry and you can’t even access the pool from here.”
Arluna termalu sendiri.  Patut dia seorang yang selamba berpakaian renang dan pelawat lain seorang pun tak ada macam dia. Memang dia tak sempat membelek pun brochure tersebut kerana sampai sahaja dia sudah sibuk mencari bilik air. Budak bertiga tu sudah pasti tidak memberi perhatian kepada info mengenai kolam renang kerana hanya dia seorang yang beria - ria hendak berenang di kolam renang yang amat terkenal di dunia itu. Arluna amat kecewa.

Oh! My bad.
Oh! My unlucky day!

 “It’s ok then, but can we just take a few photos near swimming pool? I mean at the end of the deck?” Sarah cuba menyelamatkan keadaan dan cuba mengelakkan Arluna daripada menyinga. Tak kan nak bergambar menghadap kolam renang pun tak boleh. Memang melampau kalau begitu.
Sure, sorry for your inconvenience and enjoy your visit.” Pekerja hotel tersebut tersenyum dan berlalu pergi.
Sorry dear.” Sarah dan Nurul cuba memujuk Arluna.
It’s not your guys fault okay.” Sayu Arluna menjawab sambil matanya tak berkalih memandang kolam renang.
“Dari tadi sebenarnya aku dah pelik. Kenapa aku nampak tak ada pintu nak ke kolam renang tu. Bersambung tapi siap berpagar macam diasingkan. Terfikir juga aku tak kan nak kena lompat. Aku nak cakap tapi tak tercakap pula.” Sarah tunduk. Penuh rasa bersalah. Sepupunya Hezra yang selalu datang menginap di hotel Marina Bay Sand ni tak pernah pula beritahu yang hanya tetamu hotel yang boleh menggunakan kemudahan kolam renang infiniti ini. Hezra cuma sibuk bercerita betapa seronoknya berenang seperti berenang di atas awan. Tak boleh pakai punya sepupu.
“Dah aku pun tak terfikir. Mana aku letak akal tadi entah.” Suara Arluna sangat sedih bunyinya.
“Eh, aku ada teka – teki, siapa boleh jawab aku belanja Sup Tulang Merah kat Adam Road sebelum balik nanti.”
“Kau buat lawak apa ni?” Sarah tergelak kecil. Boleh pula Nurul nak buat lawak  teka – teki antarabangsa. Nurul dipandang dan kemudian beralih kepada Arluna. Kalau Arluna dapat berenang kat kolam tu aci jadi anak itik tapi sekarang ni Sarah tengok bibir masam Arluna dah macam muncung itik pula.
“Ada sebuah warung kat Kampung Melayu Majidee. Orang ramai sangat makan kat warung tu. Yang paling ramai kaum Adam, ayah aku cakap ramai orang pergi sebab tarikan pelayan kat warung tu. Pelayan semua tak pakai bra wa cakap. Baik punya. Soalan dia ialah korang rasa kenapa pelayan tu tak pakai bra?”
Azi dah tergelak sakan mendengar teka - teki kategori pemikiran kuning. Azi orang pertama yang cuba menjawab.
“Sebab tauke warung nak mandrem pelanggan la, baru ramai orang datang.”
“Salah.”
“Sebab bra pelayan tu tak kering,” Sarah pula mencuba.
“Salah.”
“Sebab pelayan tu gatal.” Azi masih mencuba. Manakala mata Arluna masih berselang memandang kolam renang.
“Dahla korang ni, bagila tau jawapan Nurul. Tak belanja pun tak apa janji lepas ni kita gerak pergi The Shoppe pula.” Sarah tak sabar nak mendengar jawapan Nurul. Dalam hati masih berharap Hezra membalas panggilan telefonnya sebentar tadi. Berkali – kali juga dia menelefon Hezra sambil telinga dipasang mendengar teka – teki Nurul.
“Sebab...sebab...,” Nurul sengaja melambat – lambatkan konon ala – ala suspen gitu.
“Pelayan tu lelaki!” Jerit Nurul sambil disambut hilaian dari Sarah dan Azi. Arluna hanya tersenyum sumbing. Okayla tu daripada muncung itik tadi!
Korang posing la habis – habis kat sini dulu, aku nak pergi tukar baju jap.” Celah Arluna yang masih bersarung halter top dan mini sarong.
Instinct kau kuat tak nak bawa tuala dan baju spare itu yang tak ada rezeki kau nak berenang agaknya.”
Azi menyinggung bahu Nurul sambil mukanya bergerak – gerak tanda okay-ayat-tu-boleh- kasi-Arluna-letup-baik-diam wahai si Nurul!
“Hehe...aku gurau je. Jom Nina, last shot depan pool ni, nanti aku edit konon – konon kau kat dalam pool bukan kat tepi pool.” Ayat Nurul diikuti dengan jeritan kecil Arluna.
“Nurul!”
 Lantas semua ketawa melihat Arluna yang sudah mencerlung macam ibu tiri. Kecewa tu memang kecewa tapi makhluk paling seksi, sempoi dan ranggi seperti Arluna selamba menanggalkan mini sarong dan bergaya kononnya betul – betul nak pergi berenang. Haru sungguh! Sebaik sahaja habis bergambar, Arluna laju menuju ke bilik air untuk menukar baju dengan ditemani oleh Azi.
Arluna melingas ke kanan dan ke kiri mencari Azi sebaik selesai menukar pakaian.
“Mana Azi? Tadi kata nak teman.” Boleh pula dia tinggalkan kita kat sini, getus Arluna geram. Dia akhirnya ternampak Azi berdiri di hujung deck sebelah kolam renang sambil bergambar bersama Nurul dan Sarah. Tak habis – habis ke bergambar wahai kawan – kawan ku? Arluna menggeleng seorang diri melihat rakan – rakannya yang tengah bergaya sakan. Arluna membuang pandang ke luar deck dan langsung tak sedar Sarah menghampirinya.
“Dear, good news.”
“Apa?”
“Sepupu aku ada menginap kat hotel ni malam tadi. Kejap lagi dia check out. Kita jadi tetamu dia. Kita jumpa dia di bilik lepas tu pandai – pandai sendiri kita naik balik ke Sands Skypark ni ikut laluan tetamu hotel. Kau selamat berendam, kitaorang tinggal pergi The Shoppe. Okay tak?”
“Yippie! I love you Sarah. Rancangan kau ni sangat – sangat okay dah.” Arluna tak segan – segan memeluk si sahabat sebagai tanda terima kasih.
“Mengadalah kau. Aku tengok muka dah macam arnab demam tu yang aku saja telefon sepupu aku yang selalu outstation Singapura ni. Rezeki kau. Kebetulan. Aku pun salah sebab tak periksa yang kolam renang ni hanya tetamu hotel boleh guna. Tak tahu pula aku siap ada pagar asingkan kolam renang dengan Observation Deck ni. Sorry babe.”
“No sweat. I am the happiest girl. This is the best thing that could happen to a girl like me.”
Sarah tergelak.

Arluna, swimming is the best thing?
Nope!
Sarah, shopping is the best thing.



BEGITULAH berbezanya Arluna dengan kegilaannya yang satu itu. Nurul, Azi dan Sarah menemani Arluna ke bilik hotel sepupu Sarah. Selepas berbual ringkas, tanpa berlengah – lengah mereka naik ke Sands Skypark lagi sekali tapi melalui hotel. Senyuman lebar Arluna terukir sebaik dia menghirup udara segar di Sands Skypark. Kini, kolam renang infiniti yang menjadi idaman terbentang di ruang mata!
“Kami lepak kat kafe tu jap.” Azi memberitahu Arluna. Sarah dan Nurul mengikut sahaja Azi. Mereka tak berkongsi kegilaan macam Arluna. Datang pun sekadar ingin menikmati pemandangan dan mengutip pengalaman berada di puncak kota Singapura.
Arluna mengangguk laju. Tak kisah dah janji impian hampir menjadi kenyataan. Matanya galak menebar pandangan ke segenap ruang.
Yes! Yes!
Cepat – cepat dia menghampiri bilik menukar pakaian yang disediakan di hujung kolam renang.  Eh, tak jadi tukar dululah. Baik ambil angin dulu. Tukar kejap lagi pun tak ada masalah. Sekejap aje. Bikini masih tersarung di dalam. Nanti zas! Cepat je. Lagi pun bukannya ada apa yang nak dikejar. Dia bukan nak pergi The Shoppe sangat. Lebih baik dia berlama di sini dan layan diri kat dalam kolam renang. Semua orang tak faham nikmat berenang yang boleh melegakan fikiran. Tak kira lagi manfaat yang menyihatkan badan. Kalau terapung di kolam renang di puncak kota singa ini, terasa diri terapung di atas awan dan bukannya di kolam renang. Itu hobinya yang utama, terapung di air dan pandang ke langit. Menghayati corak awan memutih dan awan membiru sangat mendamaikan.
Arluna mengatur langkah jauh dari tetamu hotel yang lain. Sambil berjalan ke arah Nurul, Azi dan Sarah, dia sempat berangan alangkah indahnya kalau dia berpeluang membuat beberapa pusingan corak free style di sini, dia terdengar jeritan seorang lelaki menggamit seseorang dan tiba – tiba seorang lelaki yang sedang berjalan di hadapannya berhenti secara mengejut.
Gedebush!






BAB 4


            SEGALANYA berlaku dalam sekelip mata. Tercungap – cungap Arluna cuba mengimbangi tubuhnya ditambah dengan skirtnya yang panjang basah berselirat melekat ke badan menyukarkan pergerakannya di dalam air. Tiba – tiba Arluna terasa ada tangan yang menarik pergelangan tangan kanannya cuba menyelamatkan dirinya. Arluna menarik kasar tangannya kembali. Setakat jatuh beberapa meter dari hujung kolam renang tak payahla sibuk nak selamatkan aku, bukannya budak kecik yang tak tahu berenang. Desis Arluna teramat bengang. Hatinya membara dengan kejadian yang berlaku. Dahla tak ada baju spare, macam mana nak balik ni.
            Johan terpinga – pinga apabila tangan gadis tersebut berjaya ditariknya namun gadis tersebut menyentak kasar  dan terus berenang meninggalkannya. Johan berenang di belakang gadis tersebut.
            “Excuse me, I am sorry that...”
             Belum sempat Johan menghabiskan ayatnya, Arluna yang tengah mengambil nafas yang masih belum stabil mencerlung dan membalas kasar.
            “Kau yang tolak aku tadi kan? Menyusahkan orang je!”
             Melihatkan sahaja baju yang berwarna shocking pink basah melekat di badan sasa lelaki yang sedang berhadapan dengannya kini, Arluna yakin seratus peratus memang dia yang berjalan di hadapannya tadi dan berhenti dengan mengejut. Mana boleh lupa warna shocking pink tu, euwww...geli gitew.
            “Eh, kau tak tengok side mirror dulu ke before brake?”
            “Emm…err...I’m not a car. Uh...I didn’t bring side mirror while walking.”  Okay, tak apa. Aku nak minta maaf elok – elok kau dah potong siang – siang lepas tu tanya soalan standard budak darjah satu, amik kau jawapan budak tadika! Johan pun mula hilang sabar. Orang cakap elok – elok kena belasah pula.
Panas Arluna mendengar jawapan mamat handsome ala bad boy ni. Dengan renungan mata yang tajam lahir daripada mata yang menawan, rambutnya yang basah terjuntai di dahi, Arluna dihadiahi dengan sebuah senyuman yang memukau. Arluna sempat meneliti bak televisyen HD (High Definition) air yang menitik di muka mamat baju pinky ni. Kepalanya hanya mampu proses tiga ayat.

1.      Bad boy
2.      Eagle eye
3.      Killer smile.

Sekali tengok persis Ryan Reynolds campur Tony Stark campur senyuman membunuh Matthew Mc Coughney. Dah campur semua jadilah macam mamat kat depan dia ni. Nasib baik warna kulit sawo matang, Melayu la tu. Takkan twin Ryan Reynolds pula, terang – terang tadi orang yang jerit suruh tunggu sampai mamat ni brek mengejut cakap Melayu. Agak – agak mamat ni Singaporean? Malaysian? Jangan – jangan Indonesian tapi kawan dia tadi cakap Melayu, kalau Indonesian lain bangat bunyinya jadi teori mamat Indon tu tolak tepi. Tak apalah tak penting pun nak tahu, bukannya jumpa lagi pun nanti. Hey...harap muka sahaja handsome tapi perangai macam haprak, cubala gentleman sikit. Dah lepas buat salah tu, nombor satu mengaku, nombor dua minta maaf, nombor tiga blah la. Yang dok terhegeh –hegeh lagi kat sini ni buat apa.
            “Miss, I am so sorry. I tak tolak you pun tadi tapi you yang terlanggar I. By the way my name is Johan.”
            Okay mamat ni pakai telepati ke apa macam tahu je apa kat kepala aku tapi kenapa macam lain je ayat dia ni.
            “Memangla kau tak tolak tapi kalau dah brek tak bagi salam tu, macam mana orang tak terlanggar.”
            Tak ada gunanya pun nak buat sesi perkenalan bagai. Hishh…lagi lama menghadap mamat ni memang buat hilang segala keayuan diri, desis Arluna dalam hati. Lantaklah, bukannya jumpa lagi pun lepas ni.
            “Nak brek kena bagi salam ke?”
            Erk? Bengangnya! Tak sempat Arluna membalas, dua orang pekerja hotel datang menghampiri kolam renang mungkin kerana masing – masing tidak berpakaian renang dan sesi pertelingkahan pendek mereka telah mengganggu orang sekeliling. Arluna baru menyedari Azi, Nurul dan Sarah setia menonton dirinya yang basah kuyup dalam kolam renang itu. Mesti gelakkan aku tu, gerutu Arluna. Sadis betul pengalaman dalam kolam renang idaman ni.
            “Can we help you? May we know what is going on here?” Tanya lelaki yang memakai nametag Brandon.
            Johan pantas berpaut pada tebing kolam renang dan melompat keluar cuba menerangkan kejadian yang telah berlaku.
            “Come.” Johan menghulurkan tangan pada Arluna cuba membantu. Harap minah kerek ni janganla cuba nak buat hal lagi kat sini. Aku ikhlas ni nak tolong. Kesian pula dia melihat wajah kesejukan gadis yang dari tadi tidak diketahui namanya.
            “Save for later.”  Tegas Arluna cuba menolak dengan sopan. Tak payah nak tunjuk maco kat sini la, takat nak naik ni apa ada hal. Seorang lagi pekerja hotel dengan sopan menghulurkan tuala untuk Johan dan Arluna. Brandon membawa mereka jauh sedikit dari kolam renang untuk berbincang. Arluna hanya memberi isyarat mata kepada kawan – kawannya agar tunggu sebentar.
            “Both of you had caused stirred at the pool just now. It causes an inconvenience to the hotel guest. If you are not the hotel guest, please fill up this form.” Brandon mengunjukkan sekeping borang dan sebatang pen kepada Johan. Arluna yang masih kesejukan berdiri lemah disisi Johan sambil mengerling tanda kau-tolak-aku-kau-jawabla sambil keningnya dijungkitkan sedikit.
            “What this form all about? It was just an accident. We accidentally bumped and fell into the pool. That’s all.” Johan nampak tidak berpuas hati dengan layanan tersebut.
            “Actually we don’t want this incident to be discussed outside and on behalf of management we would like to settle things before any issue rose related to our place. Unsatisfied guest voice will tarnish our reputation.”
            “Excuse me. They don’t have to go through this nonsense because they are your guest. They have all the privilege to access the swimming pool be it with proper attire or not. Don’t worry, we won’t sue you if that is what you meant.” Sergah Raziq yang tiba – tiba muncul dari arah belakang Arluna. Johan tersengih memandang Raziq tetapi menjeling tajam pada Shahrir di sebelah. Ni semua kau punya pasal la Shahrir.
            “I am sorry Sir but this girl just now we caught her violated the entry regulation for public. She tried to access the swimming pool from Public Observation Deck.” Brandon teragak –agak berkata. Hati pelanggan mesti dijaga tetapi tanggungjawab tetap harus dilaksanakan. Setiap peraturan yang ditetapkan di Sands Skypark ini wajib dipatuhi dan tindakan akan diambil bagi sesiapa yang gagal mematuhinya.
Arluna yang diam dari tadi gugup seketika. Mak aii..malunya aku. Apa nak buat ni? Over sangat mamat Brandon ni. Aku saja – sajalah pakai baju renang tadi. Boleh tak cakap macam tu? Arluna mengetap – ngetapkan bibirnya sambil otaknya ligat berfikir. Si Johan ni lepas la, aku ni nampaknya banyak lagi la nak kena proses. Kesian kat Azi, Sarah dan Nurul yang tak sabar – sabar menunggu untuk meneruskan rancangan ke The Shoppe. Tergendala lah rancangan Sarah. Rasa bersalah menghantui diri. Tiba – tiba Johan menariknya ke tepi.
            “Apa tarik – tarik ni, lepaslah!” Arluna terjerit kecil.
            “Betulke apa yang pekerja hotel tu cakap?”
None of your business.”  Arluna menyilangkan tangannya. Nak cakap dia naik sini melalui Hezra rasanya tak guna sebab Hezra dah check out pun. Buat malu berganda kalau dituduh menipu pula.
Miss no-name. Kejap lagi kau ikut plan aku.” Johan tersenyum sinis.
Arluna terasa amat malu. Aci tak kalau rasa macam nak terjun dari tingkat 57 ni? Mesti mamat ni budget aku budak sekolah yang datang nak berenang di kolam renang awam. Tengok gaya mamat ni dengan kawan – kawannya memang gaya anak orang kaya tak hengat ni. Tapi buat apa nak dipedulikan si Johan ni. Sekejap lagi masing – masing akan membawa haluan sendiri. Dari jauh kononnya datang nak merasakan kenikmatan berenang di Sands Skypark tapi yang jadinya jatuh gedebush dalam kolam renang infiniti tu adalah. Apalah kau Arluna!
Actually just now she was waiting for me. It was an accident. I’ll take her to my room now if you may excuse us. We need to change our clothes.” Johan dengan selamba memberitahu Brandon dan terus menarik Arluna dengan diekori oleh kawan – kawannya menuju ke lif hotel.
Arluna ternganga.
Miss-no-name, shut your mouth.” Johan merapatkan bibirnya ke pangkal telinga Arluna. Perlahan sahaja suaranya bagi mengelakkan daripada didengari oleh pekerja – pekerja hotel tadi. Kalau nak ikutkan hati Johan boleh je dia nak cakap kononnya miss-no-name ni bini dia ke, tunang dia ke, bagi drama sikit tapi bila dia rewind balik memori dalam otak dia ni baru dia perasan ni la gadis Victoria Secret yang dia usha tadi. Ampunla nak jadi calon bini, nak buat berlakon pun aku tak sudi! Mana dah pergi baju Victoria Secret miss-no-name ni, sekarang ni sopan pulak dengan long skirt dan t-shirt putih ni. Johan menjeling sekilas ke arah gadis yang sedang berdiri di sisinya.
 Berdiri bulu roma Arluna mendengar bisikan Johan. Ish...ish...asyik test jantung aku hari ni. Tak payah berenang sebulan pun tak apa. Jantung pasti sihat.
What do you think you are doing?” 
Just follow me at least to the hotel lobby, change your cloth then I’ll let you go. It’s for your own good by the way and please go tell your friend you are coming with us.
Johan berhenti melangkah sambil mengisyaratkan Arluna agar pergi mendapatkan kawan – kawannya. Betul juga cakap Johan, sah – sah Arluna dah di black – list dan setiap pergerakannya mesti diperhatikan. Malunya!
“Sekarang pandai pula brek bagi salam eh?”Arluna cepat - cepat berlari anak meninggalkan Johan.



AIR MUKA Johan berubah. Sempat pula dia perli kita.
“Lawa awek tu Johan. Kalau aku yang accident pun aku sanggup,” usik Eid usai Arluna melangkah pergi.
“Lawa memang lawa, cutting body pun A tapi mulut belacan!”
“Mana kau tau Johan, kau tak bagi CPR pun tadi,” sela Shahrir disambut ketawa yang lain. Mereka bersidai di hadapan lif menunggu kedatangan Arluna.
“Sarah, Azi, Nurul, aku minta maaf jadi macam ni.” Termengah – mengah Arluna meminta maaf dek berlari mendapatkan kawan –kawannya ini.
“Nina, ceciter sikit apa jadi? Macam mana boleh jatuh ni? Aku nak pergi dekat kau duk bagi isyarat okay – okay. Tak nampak macam okay ni.” Tanya Azi, orang yang paling risau. Nampak sahaja Arluna terjatuh ke dalam kolam dan suasana kecoh tiba – tiba, terus dia nak menghampiri sahabat baiknya tapi isyarat tangan Arluna membantutkan niatnya. Bukan apa, nanti penat nak menjawab dengan Encik Najib kalau jadi apa – apa noks!
Dorang tunggu aku. Aku tengah bengang ni, benda kecik je. Aku menyusur kat tepi kolam tadi cari korang. Sedap aku tengah berangan, terlanggar mamat tu terus gedebush dalam kolam. Ni yang sampai pihak hotel kecoh. Aku ingat nak terus blah pergi The Shoppe tapi baju aku basah. Mamat yang langgar aku yang konon hero kesian tak nak aku kena halau so dia cakap aku datang dengan dia so now I’ve to go with him, get myself dry because I’m so clever not to bring any spare cloth. Meet me later at The Shoppe,” terang lagi bersuluh penjelasan Arluna.
“Kenapa tak cakap kau tetamu hotel juga? Tak payah nak ikut mamat tu. Bahaya lah.” Sarah mula risau.
“Hezra dah check out kan tadi. Kalau aku cakap pun dah tak ada guna. Sarah, tak apalah. Masuk kolam ni tak berenang pun tak apa. Aku puas hati. Dah memang tak ada rezeki aku. Aku kenang jasa kau sampai bila – bila Sarah. Aku akan kenang juga jasa mamat tak guna tu sampai bila – bila juga. Rosak rancangan aku.”
“Kau biar betul Nina. Berani pun biar bertempat.”
“Habis tu kau nak aku menapak masuk The Shoppe basah macam ni? Aku ikut turun je bukan ikut dorang pergi mana pun. Kawan dia seorang pergi mengaku aku kawan mereka jadi itu yang orang hotel lepaskan aku. Kalau tak aku dah kena tarik dengan mereka dari tadi lagi.” Arluna faham kerisauan Nurul.
“Turun sama – samalah. Tak apa kitaorang tunggu baju kau kering.” Azi bertambah risau.
“Eh, tak payah. Nanti lambat korang nak pergi The Shoppe. Aku turun sekali dengan mereka tapi sampai lobi aku berpecahlah. Pandai – pandai aku cari port keringkan baju aku dulu lepas tu aku jumpa korang kat The Shoppe.” Terbayang dalam kepala nanti dia akan kesejukan dan amat berharap bilik air di lobi ada menyediakan pengering rambut. Baru cepat kering kalau setakat pengering tangan, macam mana nak tadah baju dia ni?
“Janji kau kena jaga diri. Jangan layan budak – budak tu. Kita tak kenal pun. Tak tahu baik atau jahat tu.” Azi dah siap bagi pesanan penaja. Memang tak salah Encik Najib percayakan Azi pun. Sangat mengambil – berat.
“Ia, aku tahu. Jangan risau. Ada siapa nampak handbag aku tak?” Tanya Arluna sambil berdoa janganlah ada dalam kolam renang. Tak sanggup nak masuk kolam dan berenang semata – mata nak geledah cari beg tangan. Ini pun dah cukup malu.
“Ni hah, aku ambil kat tepi kolam. Kau tengah kalut tadi jadi aku ambil. Basah sikitla. Nasib baik kau terlepas sebelum kau gedebush dalam tu kalau tak selamat tinggal romeo segala harta karun kat dalam tu.” Nurul menyerahkan beg tangan Arluna.
“Nanti apa – apa call. We meet at The Shoppe. Make sure your phone is on roaming mode.” Sarah mengingatkan Arluna.
“Jangan risau, aku turun je dengan dorang pakai lif hotel, tunggu baju aku kering kat lobi tu jap pastu aku terus pergi The Shoppe. Ikut hati, dengan basah – basah ni nak je aku masuk The Shoppe tu beli baju baru. Masalahnya duit dollar aku tinggal ciput.” Arluna membebel menenangkan kawan – kawannya yang kerisauan.
“Kau betul tak nak aku temankan kau?” Tanya Azi.
“Tak payahla. Sekejap je.” Balas Nina tak mahu menyusahkan Azi.
Okay then, see you there.” Azi melambai – lambai sambil membontoti Nurul dan Sarah.
Arluna bergerak malas menuju ke arah Johan dan kawan – kawannya yang masih setia menanti di hadapan lif. Kalau lif biasa kelajuannya 3.6 m/s agaknya lif yang membawa mereka turun berapa pula kelajuannya? Dari tingkat 57, cepat sahaja sudah sampai ke tingkat 20. Arluna cuba mengawal riak di hadapan Johan dan kawan – kawannya yang tidak lepas daripada memandangnya.
What is your name? Where are you come from?” Shahrir memecah suasana sunyi dalam lif.
Aku dah agak dah mesti ada yang nak bersoal jawab. Johan pula hanya memandangnya sekilas dan tangannya relax diseluk ke dalam poket seluar pendeknya. Kuyup macam ni pun nak control maco lagi ke?
Nina. Not important.” Arluna menjawab ringkas sambil tersenyum nipis. Sekadar berbahasa apa salahnya.
“Oh, tadi nama miss-no-name, sekarang asal not-important. Never heard such place exist,” perli Johan sinis.
“Encik Johan, you never ask my name. You je yang sibuk nak kenalkan diri siapa suruh?” Arluna tidak mahu mengalah. Cukup la dah malu macam orang batak pergi Sands Skypark curi – curi nak mandi kan. Mana aci sebab aku tak tahu pun orang awam tak boleh guna kolam renang infiniti tu. So tak la batak sangatkan.
“Johan ni memang sopan sikit Nina tapi walau pun Nina tak tanya saya nak juga kenalkan ni kat sebelah saya Eid, sebelah Johan tu Shahrir dan saya Raziq,” ujar Raziq cuba mencucuk line.
Ting!
Pintu lif terbuka dan Arluna terus meloloskan diri keluar. Laju Arluna menonong dan hanya melambaikan tangan ke arah Johan dan kawan –kawannya. Bukannya Arluna tidak mahu beramah mesra dengan mereka tetapi perkenalan yang singkat dan memalukan membataskan segalanya. Pada awalnya memanglah Arluna bengang dengan Johan yang menyebabkannya terjatuh dalam kolam tetapi sekarang lebih kepada malu apabila dituduh Brandon cuba mencuri mandi di kolam renang tersebut.
Yeehaa!
Tunggu baju kering jap pastu boleh join dorang. Bisik Arluna sambil berlegar – legar di hadapan bilik air. Yalah dah kuyup luar dalam macam ni, tak kan nak bertebeng kat depan lobi hotel high class ni. Berapa lama baju nak kering ni? Adoyai!
Nina, why are you still in your wet clothes?”
Mak kau pocot! Arluna melatah dalam hati terkejut dengan sapaan Johan yang tiba – tiba muncul. Rasanya tadi dia telah mencilok di tengah keramaian orang dengan baiknya sebaik meloloskan diri keluar lif supaya tidak dapat dikesan hala tujunya.
Actually I didn’t bring any spare cloth.” Terasa muka macam tengah buat tayangan iklan Colgate bila tayang senyum paksa kat Johan.
“What?” Suara Johan separa menjerit.






BAB 5



            “LEPAS lah...sakit ni.” Arluna memegang tangannya yang baru sahaja dilepaskan oleh Johan sebaik sahaja mereka meloloskan diri ke dalam lif.
            “Kau kenapa main tarik – tarik anak orang ni?”
            “Shhh.” Johan meletakkan jari telunjuknya ke bibir Arluna.
            Tergamam Arluna apabila mata mereka bertaut. Panahan mata helang empunya badan yang ala bad boy ni kalau tak membunuh pun boleh buat orang koma la! Sebab pandangan mata helang inilah yang membuatkan Arluna terdiam apabila Johan menariknya tadi. Apabila dia cuba menjerit dan cuba melepaskan tangannya, Johan mengeratkan lagi pegangannya. Malu juga dia jika ditegur pihak hotel sekali lagi. Terpaksa dia mengheret langkahnya dengan longlai. Sebaik sahaja pintu lif Tingkat 19 terbuka, Johan berjalan menyusuri lobi dan berhenti di hadapan sebuah bilik. Arluna diam membisu walaupun dia sudah merasa cuak. Johan mengeluarkan sekeping kad daripada poket seluarnya yang masih lembap seperti juga baju yang tersarung di badannya. Kad tersebut dimasukkan ke slot dan pintu bilik pun terbuka.
            “Masuk.” Arah Johan sambil menolak Arluna ke dalam.
            “Tak nak.” Arluna bergerak beberapa langkah ke belakang.
            “Masuk.” Johan tercegat di sisi pintu.
            “Tak nak.” Arluna melangkah lagi setapak menjauhi pintu.
            “Masuk.” Suara Johan berubah keras.
            “Tak nak!” Suara Arluna meningkat beberapa oktaf.
            “Okay, fine.”
            Gedebum!
            Johan menarik tangan Arluna masuk ke dalam bilik sepantas kilat dan menutup pintu sekuat hatinya. Arluna yang terkejut ditarik dengan tiba – tiba berjalan terhoyong – hayang dan sebaik pintu tertutup, kakinya tersadung sesuatu dan dia hanya sempat menarik lengan Johan menahan daripada jatuh namun kedua – duanya elok tertiarap di atas karpet bilik hotel mewah tersebut.
            1 saat
            2 saat
            3 saat
            4 saat
            5 saat
            Masing – masing hanya mampu memandang siling moden yang dihiasi dengan lampu warm light sambil mata terpejam celik cuba mencerna kejadian. Tiba – tiba Arluna mendengus kasar. Dia menyepak hujung kaki Johan yang bertindih di atas kakinya. Tangannya memberi refleks yang cepat menolak bahu Johan yang yang bersentuhan dengan bahunya.
            “Bangunla, tak kan nak baring sampai malam kat bawah ni kot,” gerutu Arluna sambil kakinya sekali lagi menyepak Johan.
            “Aduh! Sakitla.” Johan terus bangun dan menghulurkan tangan kanannya untuk membantu Arluna berdiri.
            “Kalau sampai malam aku pun tak nak kat bawah ni, kat atas tu bolehlah.”
            Johan terus berjalan menuju ke arah beg setelah Arluna menepis tangan yang dihulur. Johan membuka t- shirt nya yang lembap dan mencampakkan ke katil.
            “Cup!Cup! Sebelum kau buat adegan pelik – pelik kat sini, Encik Johan please I’m begging you, let me go. I don’t see any purpose why you brought me here.” Arluna segan melihat Johan yang separuh berbogel ditambah lagi dengan kesempurnaan bentuk badan Johan. Pada pandangan Arluna ianya amat menipiskan iman. Namun soalan Arluna dibiar berlalu sepi.
“Tadi siapa suruh degil orang cakap masuk, masuk je lah. Nak kena cakap sampai tiga kali pun tak dengar. Tak kuasa la aku nak ulang macam radio buruk.”
            “Aku tak kenal kau.” Mata dijeling ke arah pintu. Bersedia untuk keluar bila – bila masa sahaja.
            “Aku pun tak kenal kau.”
            “Habis tu aku nak buat apa kat sini?”
            “Aku nak keluar.” Arluna menapak ke pintu.
            “Kejap.” Johan yang hanya berseluar pendek menghampiri Arluna. Beg di bahu Arluna dirampas dan dibuka.
            “Hey! Ni dah lebih.”
            “Ni je barang kau bawak? Rumah kau kat – kat sini je ke?”
            “Suka hati akula nak bawa apa pun.” Soalan kedua dibiarkan tak berjawab.
            “Pergi tukar balik pakai two pieces kau ni.” Johan mencampakkan pakaian renang Arluna dan mini sarong yang tadi elok terlipat kini bersepah di atas karpet.
            No way! What for?” Arluna cuak.
            “Kau ni kan memang budak sekolah tak habis belajar kan? Tanya banyak tapi salah forecast. Tukar pakai ni then baju kau yang lembap tu kau keringkan dulu kat bilik air sana. Jangan lupa amik bathrobe kat wardrobe tu sekali. Tak hingin aku nak tengok tayangan perdana lagi. Baju kau dah kering nanti, kau boleh blah.” Perli Johan sinis sambil tangannya menunjukkan arah pintu bilik air.
            Arluna menelan air liur.
            Okay this is totally insane, humiliating and really out of plan!
            “Sebelum tu aku masuk dulu.” Johan mengambil baju dan seluar baharunya dan melangkah ke bilik air.
            Arluna mengutip baju renangnya yang dicampak kasar oleh Johan tadi. Arluna duduk bersila di hujung katil sambil menarik selimut dan membaluti tubuhnya yang kesejukan. Arluna berasa amat rimas disaluti oleh pakaian lembap ditambah dengan kedinginan penghawa dingin.
Matanya meliar meneliti dekorasi sekeliling bilik hotel di Marina Bay Sands itu. Bilik yang berkeluasan pada anggarannya mungkin lebih kurang 35 kaki persegi sahaja membentangkan panorama Singapura yang maju namun masih pesat membangun. Konsep moden mendominasi dengan pemilihan perabot yang ringkas namun tetap kelihatan menarik dan mewah. Hari ini nampaknya impiannya memang menjadi kenyataan walau pun amat tak sesuai di abadikan dalam memori indah. Kolam renang infiniti di Sands Skypark berjaya juga dinikmatinya walaupun dengan cara penuh tragis dan bilik hotel mewah di Marina Bay Sands ini juga berjaya juga dijejakinya walaupun dengan cara terpaksa.
Arluna menguntum senyum mengingatkan separuh hari yang dilaluinya hari ini. Badannya yang mula rasa suam – suam terasa amat selesa namun matanya hampir terlelap menunggu Johan bersiap. Mandi atau tidur kat dalam tu? Mamat ni memang teramatlah menyakitkan hati orang. Dah tahu ada tetamu, buat – buat la cepat sikit, ini mandi macam tuan puteri bersiram lagaknya. Lamunan Arluna terhenti apabila mendengar loceng pintu.
Nak bukak, tak nak, nak bukak, tak nak, nak bukak, tak nak.
Ish, tak nakla. Karang kena tangkap basah je. Ish, kau Arluna, ini international hotel  dan terletak di Singapura. Sila faham kat sini tak ada orang nak kisah kau buat apa dalam bilik ni. Orang memang tak kisah tapi Allah nampak Nina. Teringat ini, berada sebilik bersama Johan walau pun tanpa rela rasa seperti maruah murah benar tapi jeritan Johan mematikan lamunan.
Nina, help me get the door.” 
Okay sekarang aku turun pangkat satu tahap lagi. Tadi buruh paksaan sekarang jadi doorgirl’s pulak kan. Arluna bangun dari bersila namun selimut yang menyelubungi tubuhnya tetap diseret ke pintu. Pintu dibuka perlahan.
“Hai Johan.”
“Aaa?”           

























BAB 6



Who are you?” ‘Orang’ yang tengah berdiri kat depan aku ni bertanya.
“Saya? Tak der sesiapa pun. Sekejap ya saya panggilkan Johan.” Nak jawab apa lagi kan sebab aku dengan Johan memang bukan sesiapa pun. Kenal pun tak sampai satu jam.
Bila aku lihat mata ‘orang’ ni mencerlung tajam menganalisa aku atas - bawah ulang balik atas - bawah maka sebaiknyalah tindakan aku ni, tutup pintu, panggil Johan cepat – cepat. Lagi bijak.
Dum! Selamba aku tutup pintu dan biarkan ‘orang’ itu di luar bilik.
Sedang aku melangkah menuju ke bilik air baru aku tersedar yang aku sedang berbungkus dengan comforter dengan rambut yang masih lagi lembap. Memang patut pun ‘orang’ itu memandang aku semacam. Memang mengundang prasangka la kalau duduk dalam bilik hotel berdua – duaan, aku siap berbungkus comforter, Johan pula dalam bilik air. Memang sebijik macam scene – scene dalam drama sebelum couple kena tangkap khalwat.
“Johan, cepat! Ada orang nak jumpa.” Aku ketuk pintu bilik air bertalu – talu.
Urgent! Orang tu suruh cepat sikit.”  Tak sanggup aku nak menghadap dengan orang yang tak ada kena mengena dengan aku.  Mandi dahlah kalah puteri bersiram, aku lambat karang tak pasal – pasal melepas nak tinggal jejak kat The Shoppe tu.
Who?”
Perkataan urgent memang memberi impak yang besar heh! Laju je Johan membuka pintu. Wangian Eternity Man memenuhi rongga hidungku. Haishh…mamat ni kalau aku jumpa kat universiti memang aku tackle punya. Cukup pakej jejaka idaman Malaya. Rupa ada, bentuk badan superb, lagi Arluna? Okay to be frank fizikal aje kan yang boleh dinilai dalam tempoh masa yang singkat, lain – lain sifat kalau sekali pandang dah tahu senangla aku nak cari calon kekasih hati. Berdiri kat tepi kaki lima, scan jer yang mana berkenan. Hahaha…gelak Arluna dalam hati.
Ermm, I didn’t ask.
And why you shut the door?”
Jangan nak tunjuk muka konon aku biadap tinggalkan tetamu dia kat luar. Aku panik okay. Tindakan refleks je tutup pintu tu. Gumam Arluna sendiri tapi matanya hanya ditala ke luar tingkap. Malas nak bersoal jawab. Aku nak blah la wei! Cepat kau layan ‘orang’ tu, lagi cepat aku boleh keluar bilik hotel ni.
“Nah! Letak kat dalam.”
Tuala basah yang dipegangnya dari tadi dicampakkan kepada Arluna. Tak guna betul! Gerutu Arluna namun disambutnya tuala tersebut dan terus menuju ke bilik air. Pintu dikatup rapat. Namun apabila menangkap suara Johan yang sayup – sayup di luar, Arluna merapatkan telinganya ke pintu cuba mencuri dengar. Hormon ‘busy body’ Arluna tiba – tiba meningkat naik.
Auntie, sorry to let you wait outside. Masukla.”
Suara Johan kedengaran ceria. Auntie? Rambut kuning macam warna air karat tahap SAJ tak pernah buat penyelenggaraan tu dipanggilnya Auntie? Sumpah tak ada gaya Auntie, gaya awek tak pun mistress baru sesuai.
Oh My Gucci!
Aku ingat Johan datang dengan kawan – kawannya yang semuanya kacak tu aje. Aku salah dengar kot. Badan solid, bergaya mantap habis macam nak tersembul nasi lemak 50sen, mudanya Auntie ni. Entah – entah buah hati Johan yang namanya Antiya tapi nama manja kot Auntie tu. Wah! Banyak pula teori kau Arluna.
“Hanna mana? Tadi cakap nak pergi shopping lepas tu terus balik. Tak tahu pula Joe yang Auntie nak singgah hotel.”
            Bertambah maklumat pasal si Johan ni. Selain handsome dan berbadan sasa, nama glamour mamat ni disebut dengan kosa kata Jo-wi ya kanak – kanak sekalian bukannya Joy.
“Hanna ada di salon Action Hair Boutique, tengah buat hair treatment, Auntie cuma nak bagi tiket Universal Studio ni. 4 tiket semuanya kan? Ke dah lupa suruh Hanna beli tadi?”
            Siapa pula si Hanna? Kalau Auntie Johan ni rambut warna air karat, aku budgetla, budak yang nama Hanna ni warna pelangi agaknya rambutnya. Arluna mengomel dalam hati.
            “Lepas ni terus balik KL ke?” Tanya Johan.
            “Yes, terus pergi Changi Airport. Our flight is at 7pm. Lepas high-tea then terus heading airport.”
            “Hanna tak kisah ke kalau Joe tak hantar? I have my own plan tonight.”
            “She is safe with me. No worries.
            Hanna tu agaknya girlfriend Johan kot. Risau semacam nampak mamat ni. Desis Arluna yang masih mengintip di sebalik pintu.
            “Siapa yang buka pintu tadi Johan?  Lawa benar Auntie tengok. Hanna tahu ke tak ni?”
            “She is just someone that erm ... how should I say? Ermm...never mind Auntie but please don’t tell Hanna.”
            “Sure but don’t go overboard naughty boy.”
            “You are great Auntie.”
            “Trust me.”
            Kenapa ayat si Johan ni macam nak buat aku tercekik jer dengar. Cakap lah aku ni kau baru kenal, kau terlanggar dan sedang menebus dosa. Bukan payah pun berterus – terang. Ada kat bilik ni sebab aku insan hina tak berdaya nak tolak bila kau tarik tangan aku tadi. Ces, konon kesian tengok aku kesejukan tak ada baju nak tukar la pula. Agaknya memang sahla Hanna tu buah hati Johan, sibuk je suruh Auntie dia cover. Malas la nak dengar lagi. Arluna berdiri menghadap sink dan mula menanggalkan pakaiannya. Pakaiannya yang lembap digantungkan di ampaian. Arluna mandi ala kadar dan menyarungkan bathrobe yang diambilnya daripada almari di luar tadi. Diambil pengering rambut dan dihalakan ke arah bajunya yang basah. Bagi cepat sikit kering, desis Arluna.
            Tok!Tok!
            “Nina. Keluar kejap.”
            “Ada apa? Aku tengah  nak keringkan baju ni.”
            “Keluar la sekejap.” Gesa Johan.
             Arluna memadam punat pengering rambut dan menolak daun pintu. Johan sedang berdiri menghadap tingkap sambil kedua – dua tangannya disilangkan di dada.
            “Mana Auntie seksi awak tadi?” Tanya Arluna apabila mendapati hanya dia dan Johan yang tegak berdiri dalam bilik hotel tersebut. Segan pula aku berdiri dengan memakai bathrobe ni.
            “Selamba kau je kan mengata orang. Tadi masa kat Sands Skypark, bukan kau ke makhluk tuhan paling seksi?”
            Aduh...bisanya! Kenapalah mulut aku ni suka menderhaka pada tuannya? Aku pun sama juga seksi ada hati nak mengata orang. Tapi aku hanya akan seksi apabila penyakit gila air aku datang. Sesekali aku tak akan seksi kalau bukan upacara melibatkan air okay! Arluna termalu sendiri. Buat penat cakap. Sudah pasti Johan sesekali tak kan percaya kalau terang – terang dia di ‘tangkap basah’ di Sands Skypark tadi. Apa yang nak dihairankan pun, minah – minah Salleh kat atas tadi lagi seksi. Bikini aku jenis two pieces yang paling sopan okay. Malunya!
            “Kau, Auntie aku, semua perempuan keliling aku sama sahaja.Tak faham aku kenapa perempuan ni suka buat tayangan perdana.”
            Hah? Maksudnya si Johan ni dikelilingi oleh semua perempuan seksi lah tapi kenapa emotional semacam. Bukankah lelaki semua suka dikelilingi perempuan seksi.
            “Encik Johan janganla emo sangat, yang penting girlfriend Encik Johan nanti makhluk tuhan paling sopan.” Turun satu oktaf suara Arluna. Malas dia nak layan lebih – lebih si Johan ni. Maksudnya si Hanna tu makhluk tuhan paling sopan la ya. Arluna membuat kesimpulan sendiri.
“Etika berpakaian terpengaruh sangat dengan barat. Memang tak sesuai la nak jadi bini aku kalau spesis pakai kain tak cukup ni. Bagi aku less is more.”
“Tapi Encik Johan, kita jumpa ni accident je pun, tak payahla nak melalut sampai calon bini pula,” sangkal Arluna berang bila dilabel sebegitu. Hanna tu nak tinggal mana?
“Cukupla semua perempuan dalam rumah aku pakai tak cukup kain, bini aku besok mesti pakai kain cukup – cukup sebab aku ni lebih daripada mampu nak beli kain berbidang – bidang.” Johan membebel sambil menyarungkan kasut dan kemudiannya berdiri menghadap Arluna.
 Arluna pelik. Pelik dengan perangai Johan yang anti – seksi? Kalau istilah anti – dadah, anti – rokok memang sesuaila dengan kaum lelaki tapi anti – seksi? Macam tak sesuwei je. Gaya Johan yang serba sofistikated melambangkan dia dibesarkan dalam keluarga yang berada dan elit tetapi luahan yang keluar dari mulut Johan sebentar tadi membuatkan Arluna keliru.
 Who are you man?
“Aku keluar dalam setengah jam. Kau tunggu kat bilik sekejap.”
“Tapi baju aku dah nak kering, nanti aku nak terus blah ni.”
“Bukan dah kering pun, dah nak keringkan? Maksudnya belum lagi kering jadi tunggu je la kat sini sekejap.” Johan terus melangkah keluar dan meninggalkan Arluna terkulat – kulat di situ.


            SETENGAH jam kemudian.....
            “Nina...Nina...” Johan memanggil – manggil Arluna namun yang menyapa pandangan hanyalah ruang biliknya yang kosong dan sepi. Sebaik kakinya melangkah ke katil, Johan terperasan sekeping nota yang ditinggalkan di atas meja hiasan.

Dear Johan,
Thanks & Sorry. Got to go.
xoxo :)
Nina Najib 

            Johan merebahkan badan ke katil. Beg kertas bertulis ESCADA yang berisi  gaun labuh untuk Arluna dicampak ke hujung katil.
             What a day!















BAB 7



            MARI kita mulakan pagi yang ceria ini dengan semangat baru dan azam yang kental. Perkara – perkara wajib yang mesti dimasukkan dalam senarai peringatan hari ini ialah;

1.             Gali sebanyak mana pengetahuan berguna.
      2.      Tunjukkan kewibawaan dan kesungguhan semasa bekerja.
      3.      Jangan tertidur masa bekerja.
      4.      Maintain ayu setiap masa.
      5.      Mesti berdisiplin.
      6.      Jangan terlibat dengan aktiviti gosip!

                        Lama Arluna berteleku di sejadah usai solat Subuh. Biasanya pada pagi yang damai ini, aktiviti harus kalau tak wajib pun ialah sambung tidur tetapi hari ini merupakan hari yang penuh kelainan yang perlu ditempuhinya. Kewajipan sambung tidur walau hanya 10 minit yang menjadi kebiasaan mesti ditinggalkan. Panjang Arluna berdoa agar dipermudahkan segala urusannya pada hari ini.
            Sempat juga Arluna menyenaraikan enam perkara sebagai panduan dia menempuh hari ini dengan cemerlang. Tapi macam kelakar aje senarai aku ni terutamanya perkara nombor tiga. Takkan tertidur kot kalau sebeban kertas diaorang bagi aku taip nanti. Jangankan tidur, makan pun tak sempat nanti. Desis Arluna sambil melipat telekung dan sejadah.
            Arluna melangkah ke cermin hiasan yang berbentuk hati tergantung di dinding bilik. Dia mengeluh panjang melihat rambut kesayangannya. Dia berpusing 360 darjah membelek – belek rambutnya yang baru keluar saloon. Maklumlah hari ini amat penting bagi Arluna.


DAH terlambat ni. Macam mana boleh salah perhitungan. Arluna membuat langkah panjang – panjang. Kakinya yang sememangnya panjang diatur cermat persis model berjalan namun dihayun dengan lebih laju.
Bad impression! Bad impression!
Nak cakap apa ni? Nak bagi alasan apa ni? Adoyai!
Sampai sahaja Arluna di hadapan lif dia terus menerobos masuk. Punat 8 ditekan. Bibirnya terkumat kamit membaca doa – doa yang terlintas difikirannya saat ini dengan harapan segala urusannya sekejap lagi dipermudahkan. Sebaik pintu lif terbuka di Tingkat 8, terpampang papan tanda berwarna pink?
 Ngee…betulke aku ni? Aku tak tersalah pejabatke? Surat tawaran ditarik keluar beg tangan. Padini mesengger bag yang berisi buku log dan beberapa buku rujukan yang dipegang di tangan pula disandarkan ke dinding. Ditadah surat tawaran tersebut pada paras pandangannya untuk dibandingkan dengan nama yang terpampang pada papan tanda tersebut.
“Samalah, betul ni.”
“Ya, Cik, apa yang samanya, apa yang betulnya? Boleh saya tolong?”
Arluna tergamam, tak sangka ada orang mendengar bebelannya sebentar tadi.
“Ini Jurutera Perunding R. Arsyad kan? JPRA?”
“Yup, this is JPRA, how can I help you?”
Arluna tersenyum lebar. Betul pun. Cuma tang colour pink dan warna pejabat yang terlebih ceria ni je yang mengelirukan aku.
Are you our new practical student? Eh, come in. Actually I came from HR Department at Level 7. They said we are expecting a practical student today.” Gadis yang berbaju kurung hijau pucuk pisang menolak daun pintu.
“I’m Nia Arluna Najib,” balas Arluna sambil membontoti gadis tersebut. Rambut gadis ini yang hitam bersinar beralun lembut  diperhatikan Arluna dengan penuh irihati.
Nice name. Boleh I panggil you Luna?”
Dia dah mula dah. Ni yang aku pantang bagitahu nama betul aku ni. Kenangan zaman kanak –kanak ribena pasti datang mengundang. Tak nak la sebut je nama aku orang teringat pensil warna LUNA brand Staedtler tu. Tak mo la!
            “Boleh panggil saya Nina.” Balas Arluna sopan.
             Control ayu, control ayu. Ingat senarai nombor 4.
            “Duduk dulu, sebenarnya awak datang lambat ni. Our boss tadi pagi – pagi dah cari mana budak praktikal tak sampai – sampai lagi. JPRA jarang ambil budak praktikal tapi kali ni macam berkecuali sikit. Bulan ni syarikat tengah tight dengan big project and A-list client. Jadi bos nak temporary helper. Sedang elok awak submit permohonan. Pakej pula dengan awak dean list student jadi boss assume awak mesti pick up and will be a great helper for him.”
            “Okay.” Hanya itu yang mampu diucapkan oleh Arluna. Gulp! Matilah aku macam ni. Mesti bertimbun tu kerja nak buat. Mesti nak kena binding kontrak ni. Tak pun kena fotostat drawing. Apa lagi donkey works yang selayaknya budak praktikal buatkan? Arluna berteka – teki. Jangan tukang buat kopi sudah.
            “Tunggu sekejap ya, Boss tengah meeting. Awak boleh tunggu kat meja yang kosong tu.” Gadis berkurung hijau pucuk pisang itu menunjukkan sebuah meja kosong di hujung 3 buah bilik yang bertutup dan bertinted dark purple.

             Did I just say purple?
            Owh My Prada!
            Okay at least its dark not bright purple.

            Aku ingat tinted glass wujud warna hitam je. Aku ni amatla low – tech. Arluna tersenyum nipis sambil memandang gadis berkurung hijau pucuk pisang itu. Wah! Penat aku nak sebut gadis-berkurung-hijau-pucuk-pisang. Tak boleh ke cik adik gadis manis ini kenalkan diri. Bagilah tau nama. Seganla aku nak activate hormone busy body aku ni.
            “Saya Seri Mawar. Panggil Seri je ya.”
            Hehehe... Macam Superherolah Seri ni boleh baca fikiran aku. Arluna berlawak sendiri. Arluna meletakkan Padini mesengger bag di atas meja dan berdiri di sisi meja sambil pandangannya menala ke sekeliling pejabat. Beg tangan Roxy yang sering dipakainya hari – hari ke kelas masih tersandang elok dibahu.
             “Saya sebenarnya Technical Assistant kat sini. Assistant Ir. Shukri. My place kat hujung corner belah sana. You ada apa – apa nak tanya?”
            Tunjuk Seri ke arah mejanya yang berlatar belakangkan dinding bercat orange?
            “Terima kasih Seri. Awak pergilah buat kerja awak. Saya tunggu bos panggil. Maknanya bos awak saya punya supervisor lah ya?
            Arluna fikir dia hanya akan berada di bawah pengurusan jurutera sahaja dan bukannya bos syarikat. Mengikut kata senior – senior yang pernah membuat praktikal, mereka hanya diletakkan di bawah pengawasan jurutera dan hanya membantu membuat kerja – kerja yang ringan. Malah ada juga dikalangan mereka yang dilayan tak ubah seperti kerani. Walhal tempoh praktikal ini amatlah penting bagi mendedahkan pelajar akan dunia pekerjaan dalam bidang kejuruteraan yang sebenar. Dan sebagai pelajar Bachelor Engineering Electrical, besar harapan Arluna agar dia mendapat pengalaman yang selayaknya.
            “Seri, pejabat you cantik, I never know engineers love colors this much.” Nak je aku cakap actually pejabat you ni colourful sangat macam tadika dah. Warna – warni cat dinding campur lagi dengan perabot yang juga pelbagai warna.
Namun jika dilihat secara keseluruhan, amatlah bijak interior designer ni menyuai padan perabot dan warna cat. Warna – warna disuai padan dengan begitu bijak sehingga menimbulkan suasana ceria tetapi amat sofistikated dan kontemporari. Sebaik Arluna berdiri di hadapan pejabat tadi pun dia sudah dikejutkan dengan papan tanda syarikat pink embossed. Namun tetap juga memperlihatkan ketinggian citarasa apabila berlatarbelakang kayu teguh yang dicat hitam.
Lobi menunggu pula berwarna putih bersih dan disuaikan dengan meja receptionist rekaan yang sleek berwarna turquoise dan kerusi berbelang hitam putih. Manakala dinding daripada lobi menuju ke bilik – bilik pejabat di sebelah kanan pula berwarna kelabu, berpintu hijau pekat dan dilengkapi partition glass bertinta ungu. Manakala dinding daripada lobi menuju ke bilik – bilik pejabat di sebelah kiri pula berwarna oren namun amat kelihatan moden apabila disuai padan dengan semua perabot berwarna putih.
            “You should ask our boss. This entire concept is his idea. He said he wants cheerful office design. If not mistaken, he referred to Belkin’s interior office design.”
            Dan Arluna mula membayangkan bagaimanakah rupa bakal bossnya itu jika dilihat pada citarasanya.
            Adakah gay? Tidak. Tidak.
            “Seri, awak boleh tinggalkan saya kat sini. I’ll be alright.” Arluna cuba berbahasa bimbang kehadirannya mengganggu kerja Seri. Jika dilihat pada suasana pejabat yang sunyi ni, nyatalah kesemua penghuni bilik – bilik ini amat sibuk dengan kerja masing – masing. Memang patut pun bos cari konsep cheerful, kalau tak mati terus aura pejabat ni, desis Arluna memandai – mandai dengan teorinya. Menurut Seri juga Tingkat 8 hanya dikhaskan untuk bahagian operasi yang terdiri daripada jurutera dan arkitek senior. Tingkat 7 yang menggabungkan semua department pula berkonsepkan open space lay –out.
 Arluna melabuhkan diri di kerusi sebaik sahaja Seri meninggalkannya. Arluna mengeluarkan buku log daripada beg Padininya, tak betah duduk diam tanpa kerja bermanfaat. Conteng - conteng sikit pun jadilah.
            “Hai, are you our practical student?” satu suara garau menyapa telinga Arluna yang sedang membelek – belek buku lognya. Arluna mengangkat muka sopan dan menghadiahkan senyuman. Ini mungkin bos atau supervisor yang aku tunggu – tunggu. Namun senyumannya mati disaat matanya menyapa seraut wajah yang dikenalinya. Walau pun hanya dalam tempoh yang singkat tapi cukup untuk memberi Arluna kenangan seumur hidupnya.
            Yes. I am Nia Arluna,” Arluna menjawab sambil menundukkan wajahnya. Please, please janganla tetiba mamat ni pergi memory lane, tak pun please bagilah RAM mamat ni kena serang Trojan sekejap. Doa Arluna dalam hati.
            “Okay, let’s start our day.”
            Oh? Dia tak perasan? Adakah sebab Hana Tajima?


p/s: Sebab musabab rajin bermarathon?
Sajer nak semakkan blog.
Sajer nak up kan semangat menanti book version.
Sajer nak dera diri sendiri, kenapa dah jarang lepak? oh well, dah new year, better commitment, greater expectation, extra hardwork. That's 2014.
Thank you for lepaking & re-reading sampai lebam :p

XOXO!!
Karya Lepak @Rin Ahmad







Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...