Tuesday, 17 September 2013

Bimbo Bab 17

            Elsuraya terpaku. Langkah terus mati di tengah – tengah panahan mata tetamu yang dimaksudkan oleh Jenna. Kenapa semuanya berlaku dalam waktu sesingkat ini? Tiada ruang waktu untuk dia menimbang akal dan hatinya. Akal yang tak kan pernah berkata tidak untuk keluarga tersayang dan hati yang tidak pernah merasa indahnya disimbah cahaya cinta.
            Apa yang cuba Allah tunjukkan padamu wahai hati yang selama ini mendung. Saat disapa mentari cinta, panasnya menerangi segenap ruang hati. Saat pelangi bertamu, indahnya seketika tapi bayangannya menyuburi segenap ruang jiwa.
            Fantasi dan realiti. Elsuraya sedang mengecapi kedua – duanya. Tak mampu memilih apabila kedua – duanya makin mendekat. Makin menuntut sebuah jawapan.


REALITI

            “Julia Hussin, I need to talk.” Entah dari mana kekuatan yang tiba – tiba menguasai diri, sebaik pintu lif mencecah rooftop dan kaki melangkah ke majlis yang makin rancak, tangan Julia ditarik kasar.
            “Yes, I know you are talking now and please let go of my hand. Kau gila apa?”
            Terus Elsuraya tergelak. Mahunya tidak, ayat pertama Julia sebut dengan drama ‘sympathy drunk’ dia yang tak tamat lagi dan ayat kedua ‘kau gila apa’ dengan intonasi yang mencecah desibel enjin kapal terbang nak berlepas. Sungguhlah lakonan aku-mabuk-jom-Fiona-kita-balik-awal gagal. Orang putih cakap ‘suck big time dude!’
            “Fiona mana?”
            “Dengan kawan dia. Lakonan aku sikit lagi nak berjaya. Dia dah nak bawak aku balik. Aku boring ni.” Julia buat muka bosan yang sangat tak boleh blah.
            “I just want to confess. Then I need your help. I just want to clear up things. Then I need you to help me. I just want a normal life. No drama. No playing with fire.”
            Julia yang tengah buat – buat mabuk boleh jadi mabuk dengar ayat Elsuraya yang merepek dan gelabah semacam.
            “Kau kenapa?” Julia meletakkan kedua – dua tangannya di bahu Elsuraya.
            “Hah, cakap.” Bahu Elsuraya digoncang kuat dan disuruhnya Elsuraya menarik nafas panjang.
            “Hembus.”
            “Oooo..kay.” Elsuraya kembali bertenang. Pandangan ditala ke sekeliling. Mencari kelibat seseorang.
            Bingo!
            “Kau nampak tak kat sana tu?” Jari telunjuk Elsuraya tegak menghala ke arah target.
            “Okay.” Julia bersuara ringkas.
            Suara Julia dah tak bunyi macam okay. Itu Elsuraya tahu sangat. Cikgu Bahasa Inggeris ni mesti tengah cipta teori sendiri.
            “Siapa tu?” Elsuraya buat – buat tanya.
            “Crush Fiona. Dani Ikram.” Sekarang mata Julia dah tak pandang ke arah target tapi budak depan dia yang tengah gelabah ni bertukar menjadi target.
            “Kau datang dengan dia? Yang Fiona cakap, Dani Ikram cakap ‘he’s taken’ meaning dia dengan kau?” Sebijik – sebijik ayat Julia.
            Elsuraya hanya mampu angguk.
            “Okay, this is weird. Aku nak masuk parti mana ni?” Julia buat muka blur.
            “Julia, please help. Aku tak naklah gaduh dengan Fiona. Aku tak naklah kisah aku ada third party. Ada watak antagonis. Ada pengacau. Ada heroin tambahan. Ada air mata darah. Kut ya nak ada pun tak kan Fiona?”
            Sungguh saat ni Julia tak tahu ayat yang terbaik nak disusun. Mata kalih ke arah target yang sedang ‘goreng’ gitar.
            “Dani Ikram memang terer main gitar. Zaman sekolah lagi. Fiona akan balik cerita kalau ada lagu baru yang mamat tu main. Kira kes Fiona dah tahap kronik. Tapi nak cakap macam mana ya. Dani Ikram dari dulu sampai sekarang mulut laser dengan perempuan. Kalau dia tak nak dia cakap tak nak. Pendek kata dia tak pernah ada girl masa sekolah. Tiba – tiba aku nak sangat tahu, macam mana dia tackle kau ek?”
            Penat Elsuraya pasang telinga nak tahu sejarah Mr Douchebag. Kut la Julia nak cakap mamat ni memang spesis douchebag dari dulu lagi ke. Kira memang spesis douchebag lah tu kalau Fiona yang cun pun dia buat tak nampak. Soalan Julia yang kat hujung tu tak berapa best nak dilayan. Kan malu nak cerita kisah Bimbo versus Douchebag kat orang.
            “Oh, dia pandai main gitar ke? Hah, aku baru tahu ni. Not bad jugak.” Elsuraya berdalih.
            Abaikan soalan tak penting si Julia. Saja dia buat – buat fokus dengan persembahan kat depan tu. Dani Ikram tengah main gitar pun mata sempat je pandang senyum – senyum kat dia. Pastu muka serius konon ambik ‘feel’ balik. Kata penangan Metallica. Kalau tak main lagu dorang tak sah lah. Ini lah yang Dani Ikram sibuk suruh naik cepat tengok konsert live tadi tu. Ingat jadi tukang nyanyi pastu tuju – tuju lagu untuk dia, bolehlah terharu sikit. Ini alahai.....si Rizki yang tengah pegang mikrofon sedia nak nyanyi. Untunglah Zuhia. Tapi untung ke kalau setakat tuju lagu Metallica ni? Layan lirik tak syahdu langsung. Layan gitar baru best. Elsuraya sedapkan hati. Apabila suara Rizki memecah suasana, terpegun Elsuraya mendengar lirik yang dimuntahkan.

Life it seems will fade away
Drifting further every day
Getting lost within myself
Nothing matters no one else
I have lost the will to live
Simple nothing more to give
There is nothing more for me
Need the end to set me free


            Baris kata yang seakan senadi dengan setiap denyutan nafasnya selama ini. Sejak Elsuraya rasa dia kehilangan semuanya. Saat dia menanti untuk menyalahkan orang yang menjadi penyebab. Penantian yang membuka ruang dan peluang untuk hatinya disentuh dan saat itu terasa sangat cepat berlalu kerana akhirnya realiti menjengah. Bukan setakat tertunai segala impian untuk bersemuka lantas memuntahkan lahar kemarahan yang tersimpan tapi membawa dia ke dimensi baru. Membuat pilihan atas masa depan berlandaskan akal fikiran atau rasa hati? Sungguh dia tak mampu......
            Matanya tiba – tiba fokus ke arah seseorang yang sedang berlari – lari anak siap ‘high-five’ dengan ahli band Metallica celup sekalian. Ya Allah!
            “Hah, tu mamat geek. Kau perasan tak yang Fiona cakap tadi? Aku suka dia. Lagi cool. Aku bukan nak condemn taste kau atau Fiona tapi mamat geek ni tak ada lah laser sangat dengan awek macam Dani tapi kalau nak kira balik, orang yang kasar macam Dani, sekali dia fall, aku tak rasa dia boleh bangun balik. Ah.... tapi aku tetap suka Azad. Budak laki high - tech sangatlah idaman Malaya.”
            Julia tergelak. Tak perasan air muka Elsuraya di sebelah pucat tak berdarah.



FANTASI


            Sungguh Elsuraya rasa mahu lenyap di muka bumi ini. Dalam hati menjerit ingin berterus – terang.
            “Dani, this is the super someone. Meet him, Azad.”
            Mampukah Elsuraya mematikan senyuman yang sedang manis terukir di wajah Dani Ikram yang tampak sangat gembira itu. Lebih – lebih lagi habis saja persembahan Metallica celup tu, Dani terus melangkah ke arahnya.
            “He’s coming. I better go.” Julia terus meminta diri.
            “Don’t leave me alone.” Tiba – tiba semangat yang berkobar – kobar ingin hidup di alam realiti hilang begitu sahaja. Dia rela berada di alam fantasi. Jatuh cinta pada yang tak pasti daripada menyakiti hati yang ikhlas. Julia mengenggam tangan Elsuraya erat.
           
            “I promise everything will be fine. Don’t worry about Fiona. Sometime people need fantasy to feel alive and fantasy can be reality too. I heard that if one is lucky, a solitary fantasy can transform to a million realities. Wish you best of luck.”

            Untuk malam ini, izinkan hati ini bergembira.
            Untuk malam ini, izinkan hati ini berlagu ria.
            Untuk malam ini, izinkan hati ini mengecapi bahagia.
            Untuk malam ini, Elsuraya berdoa. Izinkan fantasi ini menjadi realiti.

            Elsuraya membuang gundah jauh ke lubuk hati. Senyuman Dani Ikram dibalas ikhlas.
            “Tak tahu pulak pandai main gitar.”
            “Goreng sesedap hati boleh saja.” Dani merendah diri. Segelas air yang sempat diambil di atas meja buffet dipelawa kepada Elsuraya.
            “Minumlah.” Elsuraya menolak sopan. Dalam hati menahan debaran apabila melihat Rizki, Mervin dan Azad berjalan ke arah mereka berdua.
            “El, ni awak tak jumpa lagi. Azad. Orang yang kenal saya perkataan bimbo. Dia yang first cakap awak bimbo masa kat Titiwangsa tu. Sue him for that but I should thank him. Love you lah bro.” Dani Ikram menepuk bahu Azad. Memaksa senyuman terukir di wajah Muhammad Azad.
            “Hai.” Oh, ya Allah. Elsuraya boleh nampak muka terkejut Azad.
            “Hai bimbo.” Azad menegur selamba.
            “Agak – agak la pak cik nak tegur anak dara orang ‘live’ tu.” Zuhia menegur.
            “It’s okay. Elsuraya. Hope you are not another Mr Douchebag.” Dah rasa nak telan mamat nama Muhammad Azad ni hidup – hidup. Alangkah bestnya kalau orang boleh makan orang.
            “Douchebag?” Zuhia dan Rizki bertanya serentak.
            Dani Ikram dan Elsuraya terus tersenyum dan berbalas pandangan dan masing – masing seakan – akan berkata ‘Our sweetest memory. Only we know that. Let’s make fun out of this.’
            “Douchebag tu orang handsome macam brader ni.” Dani menaikkan kening. Saja nak cari mangsa.
            “Kalau orang sebelah kau tu bimbo, dah sah lah kau douchebag.” Azad selamba menala skrin telefon ke arah Dani Ikram.
            Elsuraya mengutuk dalam hati. Saja nak kenakan orang. Tahulah mamat ‘geek’ ke mamat IT ke mamat whatever-you-are-called-lah sebab daripada air muka Azad nampak sangat tak puas hati tiap kali pandangan mereka bertembung.
            “For having this kind of bimbo. Call me whatever. I can live with it.” Dani menaikkan ibu jari. Memenangkan pilihan hati. Telefon Azad berpindah ke tangan Zuhia pula. Berapa kerat sangat yang tahu maksud douchebag. Dia dulu pun sama. Kalau bukan kerana Cik Elsuraya rasanya sampai sekarang dia tak tahu.
            “Pergi tak konsert tu? Confirm sekarang lah.” Mervin ubah topik. Mungkin sebab majlis sudah hampir ke penamat. Pengacara majlis sedang mebaca nombor cabutan bertuah yang menjadi agenda terkahir majlis malam ini. Nasib baik Azad sampai lambat, kalau sampai awal sumpah dia akan kenyang dengan renungan mata perli menikam itu. Saat ini dia betul rasa nak cepat – cepat balik. Rizki pula yang bertanya soalan yang sama.
            “Azad ikut. Jomlah.”
            Nampak sangat mereka tak puas hati dengan alasan yang Dani bagi tadi. Kalau Dani tanya pendapat dia pun pasti Elsuraya jadi batu api. Tak payahlah pergi. Julia pelawa tiket percuma pun boleh dia tolak. Saat Dani berkalih pandang seakan membaca fikikrannya boleh pula mulutnya menderhaka.
            “Once in a lifetime.” Ops! Rasa nak tampar pipi sendiri apabila Dani terus cakap okay sebaik habis ayat konon ‘approve’ daripada buah hati. Elsuraya kau memang saja nak berdrama depan mamat geek ni kan?
            “Nombor aku.” Tiba – tiba Dani Ikram bersuara. Poket seluar diseluk dan kertas berlipat dibuka.
            “Tengah gian cerita pasal nak gi konsert, boleh pula kau dengar nombor tu?” Mervin buat muka tak puas hati.
            “Kebetulan nombor special. Tarikh first time aku jumpa El.” Dani menjawab selamba dan terus melangkah ke tempat pembahagian hadiah. Tak sedar dia meninggalkan ruang dua hati yang saling berdetak hebat.
            Bila aku jumpa dia pertama kali? Dia kira tarikh kat ATM machine atau kat Titiwangsa tu? Elsuraya berteka – teki sendiri.
            Bila tarikh mereka joging di Titiwangsa tu? Azad membelek skrin telefon mencari Calendar.
            Sedang Elsuraya ralit memandang Dani yang sedang bercakap – cakap dengan tetamu jemputan yang dia langsung tak kenal, telefonnya berbunyi tanda mesej masuk.
            Telefon yang ditarik keluar daripada beg tangan ditala lama. Hantu punya manusia. Sempat dia kenakan kita. Azad menghantar gambar ‘print screen’ siap dengan iklan penaja di bawah.

10 signs you are dating a douchebag;
1.       He has lines. – Tak bodoh nak meneka. Ayat mamat douchebag nak tackle mesti tiru ayat movie punya. Dani is original.
2.       He trash talks his exes – I never know he has an ex. Period.
3.       He talks back to the character in the movie – Oh yeah, dia tak pernah tengok wayang dengan Dani tapi kalau Dani bercakap dengan karektor dalam cerita yang mereka tengok, pasti dia merengkok masuk dalam kerusi. Malu!
4.       He update his Facebook/twitter a lot – Okay ni nak kena add Facebook Dani Ikram baru boleh periksa
5.       He does the side way peace in the photo – Yuck! Tak boleh terima akal.


       No 6 sampai 10 Elsuraya dah malas nak layan. Dia terus lompat baca pesanan penaja paling bawah.

       Nak kena cover sampai bila ni?
       Su, if only you know. You will laugh little and weep much.

       Elsuraya terus panggung kepala. Solitude? Tajam mata memandang Azad.

       Azad hanya mengangguk. Pandangan Azad berkalih kepada Dani Ikram yang sedang menghampiri mereka. Saya tahu Su. Tahu sangat puisi yang paling awak suka. Kembar yang bagitau. Saya cuba nak kenal awak. Cuba nak rasai derita yang awak lalui tapi dia yang berdiri di samping awak sekarang, dialah yang akan melukakan hati awak Su. Hanya dalam hati Azad bersuara. Dia sendiri hilang rentak. Perasaan yang datang hasil kerja keras dia memupuk dan membelai hati. Kini, perlukah dia meneruskan atau mencari titik akhir sahaja.

       Tak sampai hati rasanya melihat kegembiraan yang sedang dikecapi oleh Dani Ikram dan Elsuraya.
      
       They fall by chance.
       They can make a choice.

       Dani Ikram yang harga cintanya terlalu mahal. Elsuraya yang menyerah kepada yang dalang.

       Back off before it’s too late.
       Back off before you can’t even differentiate love and pain.
       You will fall hard.
       Both.
       Both of you.
      
       “Eh, aku balik dulu. Nak gerak balik kampung ni.” Azad meminta diri.




       “HAPPY?”
       Elsuraya mengangguk. Dia dah janji dengan diri sendiri. Dia tahu menjaga diri. Rasa yang baru beraja di hati tak akan ke mana pun. Tak lah dia berharap. Dah tahu pun Dani Ikram tu kawan Azad. Sampai bila nak berdrama.
       Perkara pertama yang nak dibincangkan dalam kereta balik ke Manjung nanti ialah hala tuju hubungan mereka. Azad sendiri yang cakap mereka tak perlu terlalu mengikut kata orang tua tapi dia dah besar. Ikut kata hati sangat pun mati. Jadi sungguh dia serba salah. Jalan terbaik ialah minta dengan Allah. Sampai Manjung, perkara pertama buat sebelum tidur ialah solat istikharah.
       “Tolong buka hadiah tu. Melisa cakap kalau tak ada bini kena bagi awek.”
       Elsuraya hanya menurut. Hadiah yang berbungkus cantik tu memang dah ada di ribaan sedari tadi. Sambil membuka bungkusan, mulut laju berbicara.
       “Saya kenal Fiona. Julia adik Fiona kawan baik saya. Dia ajar saya makan menu pelik kalau saya sakit.”
       “Ayat penyata ke soalan tu?”
       “Entah.” Elsuraya menggelengkan kepala sambil tangan menarik telekung putih dari balutan yang sudah terkoyak.
       “Telekung? Hmm....bagus, nanti pakai buat solat istikharah. Bagi muka hero ni yang keluar. El, saya nak ikut balik kampung. Saya hantar.”
       “Ayat minta izin ke arahan tu?”
       “If you must know. Not only Fiona but many girls. I said straight to their face if I didn’t like them. Never love anybody before. This hard. This much.” Dia bukan mamat douchebag yang susah nak faham ayat penyata sang kekasih.
       “Ouchhh.....tak kesian?”
       “Tell me what I must know first. How will he affect our relationship?”
       Nampaknya masing – masing sedar di mana mereka berpijak. Betulkah kita hanya akan meniti di atas realiti?
       EVERYTHING WITH CAPITAL LETTERS.
       Macam tulis besar – besar ayat tu dalam dada Elsuraya. Kalaulah awak tahu Azad orangnya, apalah yang akan berlaku.
       Elsuraya melencong.
       “The girls, Fiona, tak kesian?”
       “You have to be cruel to be kind.”
       “Meaning?”

       Dani Ikram hanya tersenyum. Dalam hati hanya Allah yang tahu.


p/s: wahhh tetiba diserang virus student tak boleh tdo malam.
I like this elegant template chosen by me.....ME....sebab tak der kerja.
Mood sgt 'mari'
Rasa nak buat surprise utk Jaz yg sentiasa support & love me unconditionally.
Readers, frens, pelepak tegar yg ya Allah..... sayang kamooo sgtttt.

- you have to be cruel to be kind
yesss....sebab nak tengok versi cetak kena lah stop kat sini jeh......
apa lah yg Dani maksudkan but I can assure you tak der nya hero perangkap heroine sbb nk kawen. tak der jgak wasiat2 ni....it just my plain love story.
The story will stick - from better to more -
as USD way out of range from bad worse to better which our life majority live in normal=better life.
GET out of range from rich to richer?????????
I'm not sure as I'm not a writer with label.
I am me. Write freely as always. Lepak like nothing else matter.


Love, KL
XOXO!!!


metalicca song : fade to black. malas nak cari utube...hahahha