Saturday, 25 May 2013

SHORT STORY : Keizo and Nat – Two souls, one heart

Assalamualaikum. Hello. Good Day.

Jaz,
Happy belated birthday.
Ni hadiah utk you, simple story. you tak suka kawen paksa, you tak suka isteri kurang ajar dgn suami,
you tak suka org ketiga yg cliche. Apa yg you suka ha? hahaha.....
The best I can think of - simple love story between two hearts in searching their marriage direction.
May Allah Bless You.

ALL pelepaks, yes you.
Lama sangat tak melepak. It took me 3 solid hours to melepak di sini. To create this.
Yes, sorry. the grammar, the bahasa. This is not a cerpen to contest in anugerah watnot so
forgive the double bahasa here and there.
Miss you guys so very much. Shout and tegur plsss....i'm here. Commit myself to reply all comments. Heh? Yes insya Allah.



The highest happiness on earth is marriage - Willian Lyon Phelps
So does what Nat think.
Keizo thinks so too.


            “I letak baju kat sini.”
            “Okay, drive carefully.”
            “Dinner tonight?”
            “Will confirm later.”
            Gedebum! Pintu tertolak kasar, terlanggar briefcase di tangan kiri. Tangan kanan sibuk membetulkan anak rambut. Bahu senget menahan handbag yang hampir melurut.
            “Alamak!” Dia berlari naik. Mendaki anak tangga gaya bebas. Briefcase dah selamat mendarat di sofa tadi.
            “You, I salah letak baju. Lupa hari ni you kena attend meeting.” Dia menjerit.
            “Eh?” Penat menjerit sebab Keizo dengan tuala putih melilit pinggang,  shaver di tangan kanan, tangan kiri pula bercekak di pinggang sedang membelek muka di cermin besar tepi katil. Dia ingat Keizo masih di bilik air.
            “Okay.” Pelik tengok Nat pagi – pagi kalut semacam. Okay bukan hari ni je Nat kalut tapi dah dua minggu. Dia observe. Dia perhatikan sahaja. Tunggu Nat bersuara tapi zero. Nat tetap Nat yang dulu. Partly berubah. Partly remain the same.
            Almari dibuka. Mata zap – zap ah....baju kemeja ungu lembut yang siap digosok elok tergantung menarik perhatian. Laci ketiga dari atas pula ditarik. Matchy – matchy where are you? Ah...tie hijau tua dengan garis timbul ungu tua ditarik daripada barisan tie yang bersusun kemas.
            “Okay done. I put it here. Bye.”
            “Morning kiss please.”
            “Hah?” Nat berpusing.




The beginning of love is to let those we love be perfectly themselves – Thomas Merton
So does what Nat believe.
Keizo believes so too.



            “Lambat lagi.”
            “I’m a boss. In case you forget.”
            “I’m your Secretary. I’m reminding you ‘bout your 2 minutes-meeting about to start. In case you forget. Oh, I’m your buddy and that’s give me right to bikin bingit pagi – pagi buta.”
            Nat ketawa. So good to be back.
            Edlin menala ke skrin telefon. Jalan masih seiring.
            “So how’s he find the new place?”
            “Very much happy. Tak banyak komen. After all the house is his.”
            “Ulang – alik lah ni JB-Singapore?”
            “Yeah. He’ll be fine.”
            Straits View. Rumah ayah dan ibu Keizo. Tanah kurnia. Maksudnya, tanah yang diberi kepada orang yang berjasa tanda penghargaan. Tanah premium. Ayah dan ibu balik Jepun, mereka duduk Singapore. Dah dua tahun. Nat sanggup berhenti kerja. Demi alam yang baru ditempuhinya. Nat yang beria nak pindah. Bosan city living di tengah Kota Singa. Malam kalau bosan mereka keluar clubbing. Double bosan throw party. Keizo pergi kerja, dia bebas nak pergi shopping atau jumpa kawan – kawan yang merata di sana. Kebanyakan bini expatriate, bini kawan – kawan Keizo. Yang kerjanya goyang kaki, habiskan duit laki macam dia. Dua tahun campur dengan zaman mereka bercinta, rutin yang sama buat Nat bosan. Buat Nat tercari – cari erti hidup. Nat nak hidup yang biasa – biasa. Di sini. Tanah tumpah darahku. Keizo tak bantah. Dia okay je.
            Straits View 5, balkoni dari bilik betul – betul menghadap selat tebrau. Angin laut menampar muka setiap hari. Divine!
            “Aku tak pernah jumpa Keizo pakai suit atau so called baju kerja. Aku tengah bayang ni.”
            Pap!
            “Aduh.”
            “Hello. Your imagination is now blocked. Please gather your sense.” Menyesal telefon bagitau dia lambat sebab salah pilih baju.
            “Layout tu dah siap?” Tukar topic.
            “Dah Mrs Designer.” Edlin yang sentiasa cekap.
            Blog Designer. Web Designer. For commercial. Kerja Nat. Benda yang dia masih pakar setelah dua tahun memerap joli – jula. Bukan tak boleh duduk rumah buat kerja ni tapi tak kena gaya. House is a house. Typical defined by Nat.
           


For you see, each day I love you more today more than yesterday and less than tomorrow – Rosamonde Gerard
I will do anything for you Nat.
Same here Keizo.



            “Lilies?”
            “Yup. Lama tak beli. Been busy.”
            “Anniversary? Birthday. We should book a place to celeb her.”
            “Nothing special. It just Nat being different.”
            “How different?”
            “Like jom-pindah-balik-kampung. Like you-tak-nak-tukar-kerja. Like let-spend-more-time-together-doing-right-things. I start looking for the meaning of her ‘right things’. Like what?”
            “Okay, surrender. Complicated. Bye. Jumpa esok.”
            Keizo menatap langit. Lepas hujan. Kerja tangguh esok. Pagi tadi dia pergi mesyuarat di HQ. Jalan – jalan Orchard Road. Teringat Nat suruh pegang plastic bag kat tepi jalan. Dekat – dekat Ion Orchard.
            “Kenapa?”
            “I dah lama nak masuk. Nak tengok dalam.”
            “Okay.”
            Lama dia tunggu. Nat keluar dengan senyum lebar. Muka polos. Make – up baru.
            “Lama?”
            “I pray.”
            “Oh, okay. Shall we?”
            Sejak tu, Nat lain. Lain sangat tapi dia tetap Nat yang menjadi denyut dan nadi dalam hidupnya.
            Tuala di hujung kaki ditarik. Sejuk. Bayang Chong Meng dah sayup mata memandang. Tugasan hari ni beres. Semua shackles di upper depth dah siap pasang. Tujuh kali dive hari ini. Average dive per day paling sikit 5 kali dive. USD 350 per dive. And Nat asked to quit? Zaman bujang dia pernah dive offshore tapi dah kahwin, nak tinggalkan Nat? Tak mungkin. Cukuplah onshore. Bayaran sikit pun dia okay. Nat okay.
            Kalau cakap tak suka dia buat freelance okaylah jugak. Kerja tetap dengan Marine Engineering Division tu dah cukup lumayan pun tapi thrill yang dia cari. Thrill job with good pay.
            Sayup – sayup Marina Bay Sands kelihatan cantik disimbah matahari yang malu – malu keluar selepas hujan. Jambak lilies diambil. Delivery sampai site. Budak yard tolong beli. Bukan murah tapi nak pergi cari sendiri takut tak sempat. Nak redah jammed balik JB lagi. Lemah sungguh. Angin pulau Sentosa yang sejuk buat Keizo laju bangkit. Tank dan dive equipment yang lain diarah Ebrahim angkat.
            Teringat e - mail siang tadi daripada Nele Andersh. Jemputan untuk Commercial Diver and Diving Operations Asia 2013 (Civil, Naval and Military) International Conference and Exhibition. Buat dia Marina Bay Sands. Dia nak ajak Nat. Malam boleh sambut ulang tahun perkahwinan mereka di sana. Nat mesti suka.
            Keizo bangun. Senyum dan jambak lilies cantik dibuai angin laut.


          
Woman hope men will change after marriage but they don’t; men hope women won’t change  but they do – Bettina Arndt
I wish Keizo one day... one day
Nat don’t....


            “Kahwin zaman sekarang memanglah. Sebab suka sama suka. Sebab cinta. Berapa kerat yang kahwin sebab Allah?”
            Stunt!
            Tengah jammed. Banyak – banyak siaran, IKIM FM je yang paling clear. CD Player tiga hari lepas rosak tak sempat repair. Pendrive nak cucuk USB pula entah mana dia letak. Dah lambat. Keizo cakap dia balik awal. Dinner together.
            Tiba – tiba rindu Mama. Bulan lepas dah balik Manjung. Azad kahwin. Mama dan Abah suruh balik. Keizo sporting. Ikut sahaja. Soalan bonus, bila nak dapat anak. Mama sempat puji cantik warna baru rambut. Eh ya ke puji? Keizo yang pilih tapi dia tak jawab apa. Senyum sahaja.
            “Mama doakan ya bagi Nat ada rezeki cepat.” Tu lah yang dia ulang.
            “Ramai yang salah. Mengadu pada ibu. Bukan tak boleh tapi ibu pun akan doakan untuk anak dan meminta dengan Allah juga. Bukan molek kita minta sendiri?”
            Stunt!
            Volume dikuatkan. Dahi berpeluh. Air cond pun dah tak berapa nak rasa dah. Suara Ustaz Amin jelas.
            Nak ubah suami? Tak payahlah. Kenapa? Sebab bukan kerja isteri. Habis? Tak payah usaha? Usaha baik kan diri sendiri dulu. Suami nampak. Kalau dia tak buta. Okay lawak. Nat senyum. Soalan dan jawapan yang silih ganti menarik perhatian Nat.
            Galakkan suami solat. Kenapa? Sebab dalam solat, dalam bacaan ayat yang wajib dibaca bakal memberikan kita hidayah.
            1:6 - Ihdinash shiraathal mustaqim.
            Tak payah halang minat dan kesukaan dia tapi galakkan solat. Lama kelamaan dia akan sedar. Itu kesan solat si isteri sendiri yang sungguh – sungguh. Jangan isteri pun hangat – hangat marigold pulak.
            Hal ni pun tak payah mengadu kepada ibu. Tapi memang mengadu kepada keluarga lebih afdhal kalau tak tertanggung seorang diri. Kenapa? Sebab yang menjaga hati suami ialah Allah. Mengadu padaNya. Dia yang berkuasa. Sesungguh hati mengadu kepadaNya, lebih daripada kita mengadu kepada ibu, kepada kawan baik. Mama? Edlin? Yes, Nat tak pernah mengadu pun. Nat yang keras. Dalam hati hanya dia sendiri yang tahu. Dia yang rasa. Keizo cinta dan nyawa Nat. Perasaan yang dia rasa kini lain. Sangat lain tapi membuat perasaan kasih dan cinta pada suami bertambah tapi.....



A man is not where he lives, but where he loves – Latin Proverb
I will always love you Keizo.
Nat, you are my everything.



            Nat bangun. Awal sangat. Sejadah dilipat cepat – cepat. Sambil melangkah ke almari, jam loceng dibirai katil sengaja ditolak.
            Prangg!
            “Nat, what happened?”
            “Oh na...nothing. Sorry to wake you up.” Sejadah dan telekung ditangan digawang – gawang sambil tunduk mengutip jam. Keizo yang prihatin. Yang sentiasa pastikan Nat selamat dan bahagia disampingnya.
            “It’s okay. Kita keluar breakfast awal lah hari ni. I keluar joging jap.”
            “Okay.”
            Nat senyum. My commercial diver husband. Badan tegap dan tahap kesihatan yang maksimum. Fit jangan cerita. Exercise tu nasi Keizo. Memang patut Edlin kena luku bayangkan Keizo pakai baju formal. Dah jarang sangat dia pakai baju formal. Diving suit tu lah baju kerja Keizo. Jadi keluar rumah jeans dengan t-shirt dah cukup.
            Nat melangkah ke arah pintu. Nak turun kemas ruang bawah. Semalam mereka lepak sambil layan movie. Nat memang cair dapat lilies pink dan putih. Lama mereka bincang. Nat lega. Keizo open.
            “Nat, yang call you semalam tu siapa?”
            Langkah Nat terhenti.
            “When?”
            “Masa u kat dapur. I heard.”
            “Oh, tu abang Edlin.”
            “The one yang baru balik Al – Azhar tu? Yang you cakap handsome tu? Dia dah kahwin belum?”
            “Errr....I pernah cakap ke? I rasa belum kahwin and I think you should ask why he call me. Kan?” Nat pelik.
            “Oh yeah. Why?”
            “I carik buku. Edlin kot bagitau.”
            “So now you get the book?”
            “Nope. He just asked the title.”
            “Okay, love you.”
            Nat gelak manja. “I love you too.”
            Semalam waktu dinner, dia tahu Nat cuba sampaikan sesuatu.
            “I’m English.”
            “You are always American.”
            “English. For two weeks. You tak perasan ke?”
            Okay. Dibancuh juga Jasmine Tea untuk si isteri. Bertahun – tahun kenal kaki kopi tiba – tiba pencen dah sah Nat buang tabiat. Lepas lepak borak dan dia faham. Tapi bolehkah mereka?



If anything can go wrong, it will – Murphy’s First Law
I’m with you Keizo.
I know Nat. I know. But....


            Mata Nat dah bengkak sebab banyak menangis. Sejak orang bawak Keizo pergi Raffles sampailah Keizo dipindahkan ke Pakar Puteri. Betul dia rasa nyawanya melayang. Kalau Keizo tak ada, dia pun tak mampu hidup.
            “Ibu, ayah balik dulu. Nat tunggu.”
            “Okay tapi kalau ada apa – apa telefon kami cepat – cepat.”
            Cakaplah apa pun Nat tak akan dengar. Jangan suruh dia balik. Jangan suruh dia tinggalkan Keizo.
            “Nat....Nat....I’m thirsty.”
            Nat yang baru lena di lengan Keizo terpisat – pisat. Dah berapa malam tidur pun di kerusi. Sikit pun dia tak nak berenggang dengan Keizo.
            “Sekejap.” Cepat Nat mengalih duduk bantal. Gelas dengan straw dihulur.
            “Nat.”
            “Ya.”
            “How are you?” Tangan Nat digenggam.
            “I should ask you that. How do you feel now?”
            “I’m okay.” Keizo senyum. Perit dalam hati tapi sikit pun tak nak tunjuk depan Nat. Cukuplah apa yang Nat rasa sekarang.
            “I’m sorry.”
            “Why?”
            “Tak dengar cakap you. Diving je yang I can do best Nat. I don’t know how to do other things. That’s the best next to loving you.”
            “I tak pernah halang pun. I faham. Dulu tu cadangan. I tak paksa pun. We talked about it once and that’s it. You have done a lot more for me. Kena ulang – alik jauh pergi kerja. You izinkan I kerja. Dah cukup.”
            “I know what exactly you want Nat. I know and I’m trying my best here.”
            Nat mengucap syukur dalam hati.
            “Hamper tu siapa bagi?”
            “Your team. To their best diver. Wishing you all the best and I know. You will be better soon.” Masa dorang datang Keizo tidur. Nat tak nak kejut.
            Keizo ada valid HSE siap dengan ADAS (Australian Diver Accreditation Scheme) certification. Top up lagi dengan engineering qualification. Jadi kerja underwater memang dia champion but accident happens. Kalau partner dia tak peka, lambat berapa minit Keizo naik jawabnya lagi lama tersepit kat bawah, arwah dah dia tapi dah nama commercial diver. Siap sedia selalu. Keizo selamat tapi.....
            “Nat, I nak bincang. Serius.”
            “Okay.” Nat menahan gelisah.
            “I can’t walk anymore.”
            “We will do physio. Everything. Anything. Usaha.” Nat memang dah maklum.
            “Tapi lama sebab mungkin permanent handicap. I hope not too but for now it is.”
            “Keizo, tidur.” Nat pejamkan mata. Muka disembamkan di katil. Air mata menitis.



A man without a wife is like a vase without a flower – African Proverb
This is impossible Keizo.
This is the best for you Nat.


            Alhamdulillah. Keizo makin sihat. Dah boleh keluar hospital pun. Lain – lain hal Nat tak peduli.
            “Ibu, Ayah. Kejap. Yang kita bincang semalam rasanya dah final.”
            “Betul?” Ayah muka serius.
            “Ibu ikut.” Ibu muka sedih.
            “Apa ni?” Nat muka blur.
            “Nat, sini.” Keizo menggamit. Nat ikut. Dari berdiri Keizo suruh duduk di katil betul – betul sebelah dia.
            “I ikut ayah dan ibu balik Jepun.”
            “Okay.”
            “You stay.”
            “I’m not.”
            “Yes you are.”
            Nat mula menangis.
            “I’m your wife. I akan ikut ke mana you pergi.”
            “Nat, you baru bukak company. I tak kerja. I’m contract workers. I’m not entitle for long medical leave. Apa yang I ada sekarang memang cukup nak bagi you. Cukup sangat tapi kalau sampai bila – bila I tak boleh jalan? I can’t dive. I can’t work. I tak mampu pun nak sara you Nat.” Ground work boleh tapi kalau ada orang nak ambik kerja. Keizo masih positif walau dalam hati hanya Tuhan yang tahu. Compensation, insurance memang ada tapi sampai bila boleh tahan?
            “Meaning? Ayah? Ibu?” Pandangan Nat silih berganti. Ibu dah menangis. Ayah dari muka serius dan nampak sebak.
            “Mama dan Abah Nat balik umrah bila?”
            Nat diam. Malas nak jawab. Tak ada kaitan.
            “I nak ikut. I tak kisah. Selama ni I ikut mana you pergi. I tak peduli. I nak ikut.” Nat menangis tak berhenti.
            “Nat....sayang....look.” Keizo menahan rasa.
            “I love so much. Doktor cakap I tak boleh jalan lagi tapi I nak usaha. Kalau boleh pun sangat lambat so the percentage is still there. I’m taking the chance because of you Nat. I am this strong because of you. Please understand sayang.”
            “Tak...tak faham kenapa I tak boleh ikut.”
            “Sebab.....sebab kalau I tak boleh jalan lagi, I tak kan balik Nat.”
            “Habis I?”



Things turn out best for the people who make the best out of the way things turn out – Art Linkletter
Take care Nat.
I can’t live without you Keizo.


            “Mama, Nat tak boleh hidup tanpa suami Nat. Nat nak ikut. I can take leave. I can ask somebody to look after the company. Mama....Abah please....Nat rasa nak mati.”
            “Nat.....” Abah diam. Lelaki akan faham perasaan lelaki.
            “Abah.....apa yang Keizo buat tu salah. Cakaplah salah. Dia tak boleh tinggalkan Nat.”
            “Nat, sabar sayang. Kan boleh telefon, email, macam – macam social network ada. Tak payah lah risau sangat.” Mama dah tak tahu nak cakap apa. Dah sebulan Nat hilang arah. Macam zombie. Hidup tak terurus.
            “Tapi tak sama. Dia suami Nat. Masa dia sakit, susah, Nat yang kena jaga bukan orang lain. Sampai hati buat Nat macam ni.”
            “Nat, dengar sini. Cuba faham ego seorang suami. Cuba faham perasaan Mukhriz. Untuk sekali ini. Kalau betul Nat ikhlas sayangkan Mukhriz, sokong dia. Ya, salah dan langsung tak rasional. Kalau Abah ada, memang Abah paksa dia bawak Nat tapi Mukhriz perlukan bukan setakat masa untuk sembuhkan fizikal tapi jiwa. Pernah Nat fikir perasaan suami Nat? Hari – hari Nat hanya fikir diri sendiri. Percayalah Mukhriz lagi menderita. Abah nak, Nat naik atas. Duduk diam – diam. Istigfar banyak – banyak. Ingat Allah. Abah tak payah ajar. Nat tahu apa yang perlu Nat buat.”
            “Abang janganlah kasar sangat.” Mama cuba membela.
            “Tak apalah Mama.” Nat faham. Abah dah bosan tengok dia macam ni.
            Nat melangkah longlai ke bilik. Terasa diri menyusahkan Abah dan Mama. Nasib baik abah kerja sendiri. Kalau makan gaji memang mereka tak kan boleh menemaninya selama ini.
            Album kahwin dibawa ke katil. Aktiviti wajib sebelum tidur sejak berpisah dengan Keizo.
            Budak muka Jepun. Lekat kenan anak Jepun. Tak tahulah bila ibu dan ayah rasa nak balik duduk Malaysia ni. Sebab tu semua orang panggil dia Keizo. Saja – saja gelar dan melekat sampai sekarang.
            Nat tertidur. Panggilan Wechat dan WhatsApp kepada Keizo tak berbalas. Tidur berteman air mata untuk kesekian kalinya.


                                                                    (dengar je, mata tutup :p)



Dreams are today’s answers to tomorrow’s questions – Edgar Cayee
I know everything gonna be fine Keizo.
I can only dream Nat.


            Surprise!
            Itu yang dia nak jerit kepada suami tersayang tapi dia yang dapat surprise. Keizo tak ada pun di Jepun. Sampai hati. Dia ingat Malaysia-Jepun macam KL-Jelapang ke? Pergi US tak cakap.
            “I dah cakap jangan datang. Kenapa degil?”
            “I miss you so much.” Dapat tengok Keizo dalam video call WeChat pun cukup. Ini bertuah Keizo nak layan. Sebab kesian dia dah sampai Jepun agaknya. Siapa suruh tak cakap?
            “I miss you more than you know Nat.”
            “It’s not working there Nat. Sebab you I usaha jugak. Boleh tak you faham. Kalau you ada. I feel so useless. Can you just duduk diam  diam and pray for me? I can survive by knowing you are okay and you love me. But tell me if you can’t wait. I can always let you go. Because I want you to be happy.” Ayat yang akhir – akhir tu Keizo lafaz dengan air mata jantan yang dia tahan.
            “Okay, I tak nak dengar you mengarut. I balik but please promise me, you will come and find me. I can’t live without you. I’m going crazy.” Nat menangis. Kecewa. Rindu yang tak tertanggung.
            Keizo termenung di hujung jendela. Parah. Hidup tanpa Nat langsung tak bererti. Hidup di samping Nat kalau cacat begini pun apa ertinya? Akan menyusahkan Nat sahaja.
            “Ibu....Kesian Nat.”
            “Your session.” Ibu tunjuk ke arah bilik Physiotherapy. Ibu selalu ubah topik. Ibu cakap kalau dia yang kena berpisah dengan suami, dia pun akan mati. Nat tu kira kuat lagi.
            “Ibu, sebenarnya it is not just this. More than that. Nat deserves better. Before accident, we have a long talk. We were like far from our root. Our lifestyle. You know that. She wants to change. I want it too but tengok Ibu. Allah dah bagi ujian macam ni. Tak sempat nak berjalan di jalan yang lurus dengan Nat.”
            “Ibu dah penat tegur.”
            “Tahu.” Cara hidup dia dan Nat pilihan mereka sendiri. Dua – dua hidup bebas di zaman remaja. Bukan sebab mak bapak tak bagi didikan tapi hanyut dengan arus kemodenan. Gaya hidup zaman sekarang. Bukan dia dengan Nat sahaja agaknya malah ramai lagi pasangan muda macam ni. Terperangkap dengan gaya hidup moden. Tahu salah tapi buat tak tahu.
            “Tak payah tengok belakang. Start with one. There is always a starting point. Bilik kosong belakang. Tadi ibu solat sana. Jom ibu bawa.”



Kun Fa Ya Kun – Allah The Almighty
Alhamdulillah for everything. Nat, thanks.
I am very grateful. Keizo, no thanks to you.



            “Nat.....Nat.....Natasha......” Dah lenguh dia tekan loceng. Terpaksa minta tolong abang teksi papah masuk dengan wheelchair dan buka pintu. Sekarang dia terjerit – jerit sebab nak panjat tangga, dia belum confident.
            “Assalamualaikum. Nat.....Nat.....Sayang......”
            “Walaikumussalam. Keizo? Ya Allah.” Nat berlari turun. Langkah dah sumbang, Yang dia tahu nak peluk suami tercinta. Rindu.
            “I batalkan wuduk you ya.” Keizo sempat bergurau.
            “Oh, ya. Never mind.” Dia dengar loceng tapi tengah solat. Waktu Asar pun. Mana dia nak sangka Keizo yang balik. Ingat siapa tadi.
            “I miss you.”
            “I miss you too.”
            “You are back. I can’t believe this.”
            “I’m back but I’m still on the chair.” Wheelchair ditepuk.
            “No big deal. You can boss me around.”
            “Can walk but need help a lot so basically your husband is still a handicap.”
            “I ada. I jadi tongkat you. I akan jaga you. Sampai bila – bila pun.” Nat tunduk mencium kedua belah tangan suami.
            “Being far from you, I’ve learn a lot.”
            “To be better of course. I can see. Nat....”
            “Ya.”
            “I macam ni. You....?”
            “You are my husband forever. Boleh jalan ke tak, I tak peduli. Once, I love you more than anything else in this world. You left, I learn to love myself. I learn to love Him more. Now, I love Him more than you. But you are the way leads me to heaven Keizo, life may teach us the hard way but I percaya apa yang jadi is the best.”
            “It just I hope we do it together. Like what we’ve discussed. You are steps ahead.”
            “No....we are even. I tahu kita sama. Malam ni Maghrib you jadi imam.”
            “You know?”
            “Ibu told me....”
            “Ibu ni....” Pecah tawa Nat dan Keizo. Hidup kembali bercahaya. Life may teach us differently but no matter who start first, when and where, hidayah is to find and to look for and it is harder once your are married. Sebab? Isteri bukan kerja dia bimbing suami. Usaha dan cuma mampu doa.
            Sekali dia sayangkan Keizo sepenuh nyawa, sepantas kilat Allah tarik nikmat bersuami. Ditinggalkan dia rasa nak mati. Dekat dia sentiasa tak sedap hati. Allah dah tentukan. Jauh dari Keizo, Nat belajar. Belajar sayangkan diri sendiri. Ada yang patut dia paling sayang. Bukan manusia tapi Sang Pencipta. Dekat dengan Dia, yakin dengan Dia, Dia betulkan semua. Dia Maha Penyayang.
            “I bought you something.”
            Buku bertajuk Deadly Mist dan Rasulullah Is My Doctor karangan Jerry D Gray bertukar tangan.
            “Ingat lagi?”
            “Ehemm....sebelum ada ustaz nak tackle isteri I, kena potong siap – siap.” Dia balik walau pun dia tak sempurna. Nak lepaskan isteri macam Nat? Yang faham dia. Yang sentiasa terima kekurangan dia. Sangat mustahil. Dia yakin dengan cinta Nat.
            They need each other.
            They will always be perfect together.
            “I smell green.”
            “No you are not.”
            “You are.”
            “Okay fine. Cemburu dengan orang lebih baik dari kita tu bagus kan. Taught us to work harder to be better. Take the positive lah. I dah tua for hanky - panky ni Nat.”
            Tualah sangat. Nat ketawa. Control maco. Sempat tu. My Mischievous Mukhriz.
            “Since you tak boleh naik. I siapkan bilik bawah. I tidur atas, you tidur bawah ya.”
            “Berani you.” Keizo buat muka garang tapi tergelak kemudiannya. My Naughty Natasha.

             Post – anniversary present. Better day. Better them.


When one is in love, a cliff becomes a meadow – Ethiopian Proverb
Love story between Mukhriz bin Zahri and Natasha binti Ismail
Keizo and Nat – Two souls, one heart
           
                         
                       
           

Happy weekend.
Thank you for reading.
XOXO!

Lev, KL @ Rin Ahmad