Friday, 12 April 2013

Gadis Edisi Terhad di Pasaran May 2013



Alhamdulillah.
First love goes to my publisher - Kaki Novel.
Everlasting love goes to my pelepak - pelepak tegar since day one i've published this Gadis Edisi Terhad here.
Show some love. GET can be purchased here, CLICK BELOW ;



and major book store near you.



Dear pelepaks, readers,

Nak share kat sini sinopsis panjang  :)

Lepas tu support Fareez & Jasmeen oke!




 Pertama kali berbicara;

Awak ni Landscape Architect ke tukang kebun? – Fareez
            Minta maaf Encik. Saya Landscape Architect bukan tukang kebun. - Jasmeen
            Then act like one! - Fareez

             Pertama kali bertemu;
            Are you crazy? - Fareez
                        Saya minta maaf sekali lagi Encik. Saya tolong Encik pilihkan kain yang lagi bagus 
kualiti daripada kain ni. Yang kat sana tu baru sampai Encik. Kain tu edisi terhad. Ada dua… - Jasmeen
                        Listen here! I don’t care about your limited edition or whatever that you have here. I just want to get out from here. – Fareez

            Jasmeen anak perempuan kepada Tan Sri Farhan. Orangnya suka berdikari dan paling penting mempunyai hobi yang unik. Dia mengumpul semua benda keluaran edisi terhad. Cinta? Dia sentiasa takut untuk meletakkan komitmen lantas cinta Iqmal ditolak mentah – mentah.

            Fareez Ilham, anak yatim piatu yang dibesarkan oleh sahabat baik arwah Ilham iaitu Datuk Ismadi dan bekas pemandu keluarga, Atuk Syed. Orangnya amat setia dalam bercinta tapi sayang, cinta Gina kepadanya beralih arah kepada Iqmal tanpa diduga. Kehadiran Jasmeen memberi sinar tapi siapakah Jasmeen sebenarnya? Penjual kain? Tukang kebun? Landskap Arkitek? Pencinta sejati?

            Dalam masa yang singkat, pertemuan demi pertemuan akhirnya membuahkan rasa cinta di antara Jasmeen dan Fareez.

            Avillion Port Dickson;

 Do you know that love does not consist of gazing at each other, but in looking together in the same direction as what we do now? Meen, will you make me the happiest man alive? - Fareez

The most important things are the hardest to say, because words diminish them. I read Stephen King tulis kat novel mana entah tapi I am very sure that important word consist of three letter and it start with Y. – Jasmeen

Mereka bercinta tanpa Fareez menyedari Jasmeen ialah Fellah Delisya, Bos Integrate Landscape yang selalu dikutuk dan anak kepada Tan Sri Farhan iaitu pelanggan terbesarnya.

“Let me know when you want to use that coupon. Anytime.” Fareez menghadiahkan senyuman yang paling menggoda tetapi setiap kupon yang dimaksudkan oleh Fareez lebih menggoda Jasmeen. 

Coupon 1: Lunch for free with Fareez Ilham
Coupon 2: Dinner for free with Fareez Ilham
Coupon 3: Unlimited Groceries Shopping at Cold Storage with Fareez Ilham
Coupon 4: Rose+Godiva = Movie treat with Fareez Ilham
Coupon 5: A night with Fareez Ilham

“Malam ni kalau nak pakai kupon nombor 5 dulu pun okay. Telefon ya.” Fareez mengenyit mata dan Jasmeen tiba – tiba terasa macam nak pengsan!


Dugaan melanda dalam hubungan mereka apabila Fareez mengetahui siapa sebenarnya Jasmeen. Mampukah sebuah realiti menepis hakikat sebuah cinta sejati? Sebuah episod luka membuat Jasmeen memutuskan untuk memberi ruang kepada Fareez dan akhirnya dia terbang membawa sekeping hati lara ke New York.

Potamac River;

            Do you still remember I told you before that love does not consist of gazing at each other, but in looking together in the same direction as what we do now? Meen, will you make me the happiest man alive forever?- Fareez

            Betul ke orang cakap cinta tidak boleh diukur dengan mengira sebanyak mana pasangan kita membuat kita ketawa tetapi dengan mengira sebanyak mana dia membuat kita tersenyum selepas kita menangis? – Jasmeen

                Ini kisah cinta persinggahan,  ‘rebound relationship’ atau cinta sejati?


                THE END;
                
p/s: Jangan lupa nanti share dengan saya review anda.
p/s/s: Insya Allah saya ada di booth Kaki Novel during PBAKL on 28th April at 2.30pm. Datang ya. Dapat souvenir kecik - kecik janji edisi terhad eksklusif for first 100 buyer :).
Till then. Assalamualaikum. Good Day!


Lev,
KL @ Rin Ahmad
XOXO!






Gadis Edisi Terhad (GET) Bab 16





Rumah Datin Julia, majlis sambutan ulang tahun Gina.

“BANYAK kali aku call, Bob Marley kau dah bisu ke apa?”
Jasmeen beriak selamba dan tersenyum nipis. Suka hati oranglah, orang punya telefon. Apa hak mamat handsome ni nak arah – arah orang gaya Hitler ni. Orang datang ni pun dah cukup baik. Bob Marley pula dimarahinya.
Sejak Subuh tadi di Port Dickson Fareez galak mengusiknya kerana menggunakan lagu Bob Marley No Woman No Cry sebagai ringing tone. Semuanya berpunca daripada panggilan telefon daripada Ferhad yang bertalu – talu. Ferhad ni pun kalau call tak boleh berhenti selagi Jasmeen tak jawab. Faham sangat kerisauan Ferhad apabila pesanannya malam tadi akan kembali semula mengambil Bibik tapi mana disangkanya idea otak senteng jejaka di hadapannya ini mengundang seribu kekalutan. Pengakhirannya dihantar mesej kepada Ferhad menyatakan Jasmeen bermalam di rumah sepupu mereka Hanna.
            “I’m talking to you Jasmeen.”
Garau suara Fareez melihat riak bisu Jasmeen.
            “Kau okay tak ni? I thought that we are even.”
Kalau takat tidur kat dalam bilik, dia tidur dalam kereta kira even, macam tu aku pun nak aci main culik anak orang. Letak dalam bilik diam – diam je kan? Jasmeen tersenyum sinis. Nak panjangkan hal pun tak guna sebab apabila melihat jarum jam mencecah 7.30 malam, pintu almari baju seluas empat pintu dibuka kesemuanya semata – mata membuat persediaan untuk melangkah ke sini. Ke sini, tempat yang tiba – tiba membuat Jasmeen menjadi bisu!
            “Okay....”
Ayat tiba – tiba tergantung dan Jasmeen terus jadi tak okay apabila melihat kelibat Gina yang muncul anggun dengan panne-velvet-maxi dress membaluti tubuh Gina yang langsing. Bukan takat tak okay, terus jadi bisu sehingga tak mampu menghabiskan ayatnya. Dengan idea Fareez, pertemuan kedua bersama Gina terasa serba – serbi tak kena. Juga terasa kerdil dirinya apabila membandingkan yang dia hanya tampil ringkas dengan python-print-silk-mousseline-blouse YSL dan sepasang silk-crepe pants berwarna ungu gelap. Jasmeen melangkah meninggalkan Fareez yang juga tergamam melihat kelibat Gina yang menuju ke arah mereka.
            “Stay!
Fareez menarik kasar tangan Jasmeen sehingga Jasmeen terdorong ke pelukan Fareez menyebabkan tote bag yang dipegangnya terjatuh. Haruman Polo Safari menusuk ke hidung Jasmeen membuai perasaannya jauh ke pedalaman indah dan mengasyikkan namun Jasmeen segera melarikan tangannya dan berpura – pura mengangkat MIU-MIU wool-felt tote yang terjatuh tadi. Sempat pula Fareez tergelak melihat Jasmeen yang menggelabah.
            Kurang asam punya mamat. Bisik Jasmeen dalam hati tersangat geram dengan lagak selamba Fareez. Senyumannya yang selamba dan dahinya berkerut sedikit menyerlahkan dagu terbelahnya. Kalau tolak warna kulit, rupa dan gaya Fareez persis artis terkenal Hollywood dengan kedua belah tangan yang dengan selamba diseluk ke dalam poket jaket hitam yang dipadankan dengan t-shirt putih dan jeans biru laut.
            “Happy Brithday Gina. Wish you all the best and may your dream come true.”
Jasmeen menutup kekalutan dengan memberi ucapan selamat hari jadi kepada Gina. Segera dia meminta diri dari terlibat dengan cerekarama Fareez-Gina. Walau pun Jasmeen yakin dia mempunya sedikit ‘rasa’ terhadap lelaki bernama Fareez itu namun rebound relationship atau menjadi orang ketiga bukanlah pilihannya. No way!


Bukit Gita Bayu, Sabtu

           
            “TEMANKAN aku. Please.”
Fareez memandang tepat ke arah Jasmeen apabila Mini Cooper berhenti betul – betul di hadapan pagar rumahnya di Bukit Gita Bayu. Fareez tidak pasti kenapa dia merendahkan egonya merayu kepada gadis yang hanya baru beberapa kali ditemuinya. Bukannya tidak boleh diajak Diya atau mana – mana gadis yang hanya menunggu peluang merebut hatinya di luar sana tetapi sesuatu yang ada pada Jasmeen meruntun hati lelakinya untuk mengenalinya dengan lebih dekat walau pun hanya sebagai kawan. Fareez hampa kerana Jasmeen hanya ralit memandang ke sekitar alam Bukit Gita Bayu yang indah daripada melayan permintaannya.
“I don’t fall under sweet talker category so believe me, using the word ‘please’ is tough for me.”
Fareez membuka pintu bahagian pemandu. Jasmeen melangkah mengambil tempat Fareez. Enjin yang tadinya dimatikan Fareez dihidupkan kembali. Walau pun marahnya hampir reda dan sudah berganti dengan keseronokan dengan aktiviti yang dilakukan di Port Dickson namun tidaklah semudah itu untuk Jasmeen mengatakan ya.
What if Datin Julia addresses me as Fellah Delisya?
What if Gina....?
 What if Fareez...?
Banyak betul persoalan yang berlegar di fikiran Jasmeen membuatkan mulutnya berat untuk mengatakan ya.
            “Kalau saya lapang Insya Allah pergi, nanti terus jumpa kat sana.”
Jasmeen sendiri pun mendapat jemputan majlis hari jadi anak Datin Julia, jadi sekiranya dia menghadirkan diri sekali pun tidak semestinya kerana Fareez. Hanya itu ayat terakhir yang dilemparkan Jasmeen sebelum Mini Cooper antik terus membelah jalan meninggalkan Bukit Gita Bayu.


Rumah Datin Julia, majlis sambutan ulang tahun Gina.

         
            “KENAPA you nampak macam selesa betul dengan dia?”
            “Dia? Atau Diya?”
            “You know who Fareez. Be serious. Kalau Diya budak kampung tu I tak hairan”
Fareez menjeling ke arah Jasmeen yang sedang galak bercakap dengan Datin Julia di hujung taman. Senyuman Jasmeen yang nampak sopan di bawah cahaya bulan tampak memukau. Maka tak hairanlah jika mana – mana lelaki yang berselisih dengan Jasmeen sedari tadi pasti akan menoleh untuk kedua kalinya. Tidak hairan juga kalau Gina lupa akan pertemuan kali pertamanya dengan Jasmeen dahulu kerana tempoh hari Jasmeen hanya ringkas dengan jeans dan t-shirt dan malam ini dengan sedikit sentuhan berbeza, Jasmeen kelihatan amat elegan dan cantik sekali. Pertama kali bagi Fareez melihat wanita bertudung yang kelihatan amat anggun, manis, bergaya dan berada dalam kelas yang tersendiri. Kalau pun wanita bertudung yang pernah dijumpainya sebelum ini ramai juga yang cantik tetapi macam mana nak cakap dengan ayat lebih manis ya. Are not as classy as Jasmeen or not above class quite a harsh comparison?
            “Someone who I like to be with and comfortable to be with.”
Gina terkedu dengan jawapan Fareez. Direnung anak mata Fareez jauh ke dalam namun gagal menemukan kepastian. Siapa yang mulakan? Fareez atau dia yang sebenarnya mempermainkan hubungan mereka? Iqmal yang berjanji untuk menemaninya di saat dia cuba berterus terang akan hala tuju hubungannya dengan Fareez masih tidak nampak batang hidungnya. ‘I need your strength Iqmal. Please be with me now.’ Gina terasa lemah. Terasa kalah melihat anak mata Fareez yang bersinar – sinar tiap kali memandang Jasmeen. Terasa makin kalah melihat Fareez yang membelakangkannya sebelum sampai waktunya berterus terang.
            “Fareez, what about us?”
            “Us? Is ‘us’ still appropriate when you already have someone else in your life Gina?”
Fareez tersenyum sinis sambil matanya tidak lepas memandang Jasmeen. Fareez memanjatkan kesyukuran di dalam hati kerana kehadiran Jasmeen memberi sedikit kekuatan dalam dirinya untuk berhadapan dengan Gina. Tak kisahlah siapa sebenarnya si Bunga Melur, hadir dalam hidupnya sesingkat ini dan terus memberi seribu erti. Fareez langsung tidak hairan dengan lawannya, dengan lelaki yang dilihatnya mesra atau lebih tepat terlebih mesra dengan Gina di hospital tempoh hari. Fareez yakin dari segi fizikal atau kebendaan markahnya sudah pasti sahaja seri atau mungkin Fareez lebih serba serbi dari segi itu. Pasti hanya cintanya saja yang tidak mampu menandingi kecintaan lelaki itu terhadap Gina. Yang membuat Gina ingkar terhadap percintaan mereka yang telah terjalin lama. Yang membuat Gina lupa siapa yang sedari dulu berada di sampingnya.  Fareez cuma terkilan kenapa dia tidak menyedari rentak Gina sedari awal. Atau rentak hatinya sendiri telah lama pudar ditelan masa?
            “What do you mean?”
Gina berpura – pura tidak mengerti. Terkejut bukan kepalang mendengar tembakan radar Fareez yang tepat pada sasaran.
            “If you pretend that you don’t understand. Please stop it. It’s not gonna hurt me but it will surely hurt you more.”
Gina terkedu. Amat mengharapkan Iqmal berdiri di sebelahnya di saat ini. Melalui detik pengakhiran hubungan hatinya dengan Fareez tidaklah semudah yang disangka. Gina tahu hubungan kekeluargaan mereka tak akan mungkin putus hanya kerana kegagalan sebuah percintaan ini kerana dia tahu betapa sayangnya Mommy dan Daddy terhadap Fareez yang sudah dianggap sebagai anak lelaki kesayangan dalam keluarga. Melihat Daddy dan Mommy yang sedang berjalan berpegangan tangan ke arah mereka berdua menambahkan debar di dada Gina.
            “They don’t have to know.”
Bisik Fareez perlahan apabila melihat sepasang suami – isteri romantik yang sudah dianggap seperti ibu bapanya sendiri makin mendekat.
            “Gina, Daddy pinjam Fareez kejap. Daddy nak kenalkan Fareez dengan tetamu istimewa Daddy malam ini.”
Gina hanya mengangguk melihatkan Fareez yang tersenyum segaris dan terus mengikut langkah Daddy. Mommy mengambil tempat menghadap Gina.
            “Kawan yang Fareez bawa tadi tu Gina kenal tak siapa?”
            “Never see her before.
          “Tu lah tauke Integrate Landscape. Ala...yang Mommy pernah cerita anak Tan Sri Farhan dengan Puan Sri Nur Maria tu. She is very pretty just like her mom.”
Gina menjungkit bahu tanda dia tidak pernah mengenali gadis tersebut. Mendengar pujian Mommy yang Gina sendiri mengakui akan kebenarannya membuat hatinya sakit.
            “Nama pun secantik empunya badan, Fellah Delisya. Kan Gina ada masa dia datang rumah nak buat landskap.”
Fellah Delisya? Hell No!
Serentak dengan dentuman hebat yang bergolak di dada Gina, suara Daddy yang berduet dengan Fareez memecah kebisingan majlis. Lagu yang mengembalikan memori pertemuan pertama dengan gadis bernama Fellah Delisya atau Jasmeen. Orang yang sama rupanya dan betullah setelah diamati lagi rupa Fellah Delisya yang dimaksudkan oleh Mommy, dialah juga Jasmeen wakil Integrate Landscape tempoh hari. Lagu duet Tracy Chapman dan Eric Clapton disangka Gina umpama nyanyian suara hati Fareez.

Give me one reason to stay here and I'll turn right back around
Give me one reason to stay here and I'll turn right back around
Because I don't want leave you lonely
But you got to make me change my mind

I don't want no one to squeeze me - they might take away my life
I don't want no one to squeeze me - they might take away my life
I just want someone to hold me and rock me through the night
This youthful heart can love you and give you what you need
This youthful heart can love you and give you what you need
But I'm too old to go chasing you around
Wasting my precious energy


Dihujung lagu apabila Fareez menoktahkan pandangannya ke arah Jasmeen, Gina menahan seribu rasa. Kenapa Jasmeen?





























Tuesday, 9 April 2013

Gadis Edisi Terhad (GET) Bab 15







“ DAH okay sikit?”
Getting better.
“Mestilah kena okay. Tomorrow ops today is your happy day.”
Gina tersenyum manja di hujung talian. Suara Iqmal yang serak – serak basah kedengaran sungguh merdu di pagi hari nan indah ini.
            “Can I wish again?”
            “You ni kan. Dah lah you kacau I tidur semata – mata nak wish. Berapa banyak kali you nak wish. Save it for many years ahead okay.
            “Last...last...I love you more today.”
            “Hah? Hari ni je?”
            “Esok lagi banyak.”
Argh! Iqmal jejaka yang manis berkata – kata. Jam di hujung katil sudah menginjak ke pukul 1 pagi. Beberapa kali Gina menguap namun tetap ditahan kantuknya. Kata – kata Iqmal yang manis berkrim umpama ayam berkokok yang menyuruhnya bangun namun kepenatan masih terasa di segenap tubuh badan. Kalau Gina kenang tahun – tahun yang lampau, sudah pasti tarikh keramat seperti ini diraikan dengan Fareez. Gina tahu dia salah. Mempermainkan sekeping hati milik Fareez. Mungkin hari ini adalah hari yang terbaik untuk Gina membetulkan jalan hidupnya yang telah songsang. Gina yakin Fareez pasti terlupa seperti tahun – tahun yang lalu. Tahun – tahun yang selalu diselamatkan oleh Mommy dan Daddy yang akan wajib menjemput Fareez meraikannya bersama. That hopeless romantic guy!
            “See you tomorrow.”
            “I thought we agreed that you shouldn’t come.”
            “Please Gina. I’ll never let this precious moment pass without standing by your side.”
            “But it will be harder for Fareez.”
            “It is hard for you too. Don’t be harsh to yourself Gina.”



ISKANDAR merenung bos yang sedang berdiri di hadapannya dengan pelik. Kusut semacam.
            “Afternoon boss.”
            Fareez memandang sekilas dengan wajah yang serius. Langkah dituju ke arah Arfah. Arfah yang berkulit hitam manis kelihatan anggun berkebaya dengan tudung satin yang dipadankan. Iskandar punya taste lah ni. Cari setiausaha atau Personal Assistant dah gaya nak cari calon bini. Nasib baiklah si Arfah ni cekap bekerja.
            “Boleh cancel tak meeting kita petang ni?”
Ditoleh juga ke arah Iskandar yang mengekorinya sejak dia menjejakkan kaki di Modenreka mengharapkan jawapan. Kepala dah rasa macam nak putus fius tak tidur semalaman. Dari PD terus disuruhnya Jasmeen menghantarnya ke rumah. Tak masuk rumah pun, enjin BMW X5 dihidupkan dan terus dipecut ke Modenreka. Hari ini Sabtu. Sepatutnya semua orang bekerja separuh hari tetapi memandangkan masing – masing bertungkus lumus untuk menyiapkan dokumen tender terbaru yang Modenreka ingin sertai terpaksalah semua orang berkorban.
            “Sekejap En. Fareez, saya check.”
Arfah mendail nombor orang yang telah diatur temujanjinya dengan boss yang kelihatan berserabut di hadapannya kini. Aikk...pelik juga Arfah hari ni kerana tak pernah lah tengok En. Fareez serabai macam ni. Biasanya gaya En. Fareez masuk pejabat kalah gaya model jalan kat pentas. Kemas, bergaya dan maskulin. Cuma jaket kulit yang tersarung di badan bosnya yang handsome ni tetap menyerlahkan kesegakan susuk tubuhnya. Gagang telefon diletak dan Arfah tersenyum lebar.
            “Bos, kita dah boleh tutup kedai. George cakap boleh postpone to Monday 10am.”
Fareez menarik nafas lega. Boleh balik mandi dan beli sesuatu untuk Gina. Gina? Perluke? Nafas dihembus dalam.
            “Iskandar, do final review on jogging track route. It shouldn’t intrude privacy. Use only front route and backyard, no middle route. Don’t take advantage on gateless design.”
Fareez terus melangkah meninggalkan pejabat. Sempat dikerlingnya sekali lagi ke arah Arfah yang sedang membetulkan tudungnya. Aiseh..hari Sabtu pun datang pejabat gaya nak pergi kenduri kahwin Arfah ni. Terserlah sangat ke-skema-annya. Baguslah untuk produktiviti syarikat tapi sakit juga mata memandang kebaya dan tudung yang berkilat – kilat tu. Kalau Jasmeen mesti sempoi je. Pergi makan malam rumah VIP pun pakai jeans dan t-shirt. Cuma aksesori dan tudung nampak disesuaikan dengan dengan suasana. Jasmeen? Kenapa dia bandingkan Arfah dengan Jasmeen? Kerap juga bayang Jasmeen menemani Fareez dalam tempoh tak sampai 24 jam ni dan Fareez sendiri tidak mengerti.
            Sebaik kereta menyusuri kawasan clubhouse yang diberi nama Kebun Mimpi, Fareez memperlahankan kereta. Tasik buatan yang melatari clubhouse dengan taman yang cantik kehijauan mendamaikan jiwa. Kawasan perumahannya di Bukit Gita Bayu berhampiran The Mines Resort City amat cantik dan terkenal dengan konsep tropikal.  Fareez memberhentikan kereta di tepi tasik dan keluar menghirup udara segar. Sepuntung rokok dikeluarkan dan dihisap dengan penuh nikmat.
 Terkenang zaman remajanya yang lebih banyak dihabiskan di rumah orang dari rumah sendiri. Mana mungkin Fareez tinggal seorang diri di rumah besar peninggalan kedua orang tuanya ini. Pengakhirannya masa terluangnya banyak dihabiskan di rumah Datin Julia dan Datuk Ismadi atau di rumah Atuk Syed. Siapa yang tidak sedih kalau semua ahli keluarga yang tinggal hanya mementingkan harta peninggalan Papa. Tiada seorang pun saudara yang datang untuk melihat kebajikannya dan apabila mereka datang adalah semata – mata untuk menuntut pembahagian harta sahaja. Mujurlah sebagai kawan paling rapat Papa, Datuk Ismadi mempertahankan segala hak Papa mengikut seperti apa yang telah diwasiatkan.
Apabila Fareez sudah pandai berdikari, Datuk Ismadi memecahkan saham syarikat yang dahulunya milik Papa dan Datuk Ismadi dan sejak itulah Fareez mengemudikan Modenreka dengan caranya sendiri. Alhamdulillah jatuh dan bangunnya Modenreka sentiasa disokong dan dibantu oleh Datuk Ismadi yang jauh lebih berpengalaman dalam dunia perniagaan. Puntung rokok kedua dibakar. Fareez berjalan mengelilingi tasik walau pun panas terik tetapi kehijauan tasik dengan pohon rendang yang merimbun menyejukkan suasana dengan angin yang bertiup sepoi – sepoi bahasa. Jaket kulit tadi sudah ditanggalkan dan dicampak ke tempat duduk bahagian belakang. Kini Fareez menyinsing sahaja lengan t-shirt yang panjang tersarung dibadannya sejak malam tadi.
Fareez telah mencongak – congak untuk menjual satu – satunya rumah di Bukit Gita Bayu ini yang menyimpan seribu kenangan sedih. Yang tertera di segenap ruang rumah ialah impian milik Papa dan Mama bukannya impiannya. Apalah yang tinggal dalam hidupnya kini. Dulu jauh impiannya untuk membina hidup seindah perancangan hidup Papa dan Mama. Dengan kehilangan Gina yang hampir pasti Fareez tahu keputusannya untuk menjual rumah peninggalan ini amat tepat. Menurut Jaclyn yang membantunya memudahkan proses menjual rumah seluas 7300 kaki persegi ini, nilai pasaran sekarang hampir menjejak RM 4 juta lebih jika harga jualan dikira RM 658 per kaki persegi. Fareez mahu sebuah rumah miliknya sendiri yang melambangkan inpiannya sendiri. Biarlah segalanya bermula tanpa Gina. Hembusan terakhir dikepulkan ke udara membentuk bulatan – bulatan kecil. Kepakaran yang dipelajari daripada Atuk Syed! Fareez melangkah berpusing kembali ke tempat kereta diparking.
            Sesampai di rumah barulah Fareez menyedari plastik buah – buahan yang ditinggalkan Diya beserta nota ringkas di hadapan pintu rumah. Tadi sebaik Jasmeen menghantarnya di Bukit Gita Bayu dia langsung tidak menjengah ke pintu depan. Pagar yang tidak berkunci dibuka dan kereta terus dipacu ke Modenreka. Argh! Marahkah Melur si cantik manis itu?




















Gadis Edisi Terhad (GET) Bab 14





< Emergency. Ask Bibik 2 wait
> Whr?
< Hish..bnyk tanya. GTG

Mesej diakhiri dengan got to go sahaja. Kalau dilayan lagi banyak soalan Ferhad. LG Prada dimasukkan kembali ke poket seluar. Cukuplah dengan memberitahu Ferhad akan ketiadaannya. Segan pula nak masuk rumah bagitau sendiri niat baiknya untuk menghantar jejaka yang baru ditemuinya dua kali. Sebab dengan jam yang hampir menginjak ke pagi nampak sangat idea ni amat tak baik!
            “Jom.”
            “Let’s go and thank you in advance.”
            “Kereta awak ni kira tinggal kat sini ke?”
            “Tak apa. Nanti mekanik sampai sini, my despatch will send the spare key.”
            “Percayanya bagi orang pegang spare key. Ingat ni kereta antik macam kereta saya ke?”
Sebenarnya dalam hati Jasmeen menyumpah – nyumpah kelancangan mulutnya tadi untuk menghantar Fareez. Kalau dah siap ada despatch segala tu, suruh lah ambik kau kat sini hantar balik. Boleh pula dia mengambil kesempatan menyusahkan kita. Jasmeen merungut – rungut dalam hati sambil pintu kereta antik Papa dihempas kuat.
Fareez mengekori Jasmeen sambil senyuman kecil tersungging dibibir. Soalan Jasmeen dibiar sepi. Kalau dulu Papa ada Atuk Syed sekarang Fareez ada Jalil, pemandu Modenreka yang boleh diharap. Jalil ni cucu saudara Atuk Syed, dia bertuah seperti Papa juga mendapat orang yang sudi bekerja dengan ikhlas, jujur dan bersungguh – sungguh. Kalau bercerita pasal jujur memang menyakitkan hati kerana dalam banyak – banyak orang, kekasih hati sendiri yang tidak jujur dengannya. Esok tidak boleh tidak, perhitungan nasib percintaannya akan dibuat. Fareez bukanlah orang yang suka membuang masa dengan perkara sia – sia. Kalau benar hati Gina bukan lagi untuknya tetapi untuk lelaki yang dilihatnya di hospital dahulu maka dia rela mengundur. Dan di saat Melur si cantik manis di sebelahnya memandu meninggalkan bandar Ampang, hujan mulai turun dengan lebat.
“Lebatnya hujan.
“Kau bawa aku kira hujan rahmat ni. Hujan pun nak merungut? ”
Jasmeen mula risau. Matanya bukannya boleh diharap sangat dengan gelap malam dan hujan lebat yang mengaburkan lagi pemandangannya. Badannya dirapatkan ke steering. Uishh..wiper pun gerak ala- ala manja gitu mana aku nak nampak jalan ni. Siaran radio pula mulai terganggu dengan kilat mula sabung menyabung. Terkumat – kamit mulut Jasmeen membaca doa mohon dilindungiNya. Melihat stesen minyak Esso di tepi lebuhraya MRR2, Jasmeen memberi signal dan terus membelok ke kiri.
            “Berhenti buat apa?”
            “Adalah.”
Nak buang air keciklah. Sejuk sangat ni. Segan pula nak bagitau.
Go get some hot coffee.”
Sempat Jasmeen mengarah gaya bos. Belum sempat dijawab Fareez, Jasmeen berlari – lari anak sebaik kereta di parkir di kawasan stesen minyak Esso Pandan Indah. Selesai projek kecilnya, Jasmeen melihat kereta Mini Cooper antik Papa sudah beralih parkir.
“Masuk.”
Fareez menurunkan tingkap di bahagian penumpang dan jeritannya dari dalam kereta tenggelam timbul dengan hujan yang makin menggila. Jasmeen yang tidak tahan kesejukan di luar terus masuk.
            “Aku bawak sampai rumah. Tak payah susah – susah nak tunjuk jalan.”
Jasmeen hanya mengangguk sambil memeluk tubuh. Kalau air-cond dimatikan, berkabus la pula cermin kat dalam. Langsung mengganggu pemanduan. Lantas dibiarkan sahaja kesejukan mencengkam diri. Dijeling orang sebelah. Segak dengan jaket kulit dan rambut yang kebasahan dek tempias hujan. Tak perasan pula Fareez memakai jaket, mesti sempat rembat dalam keretanya tadi. Cemburu tahap gaban! Kalau nak dibandingkan dengan baju yang tersarung dibadannya dan Fareez yang sedia memakai t-shirt lengan panjang ditambah dengan balutan jaket mesti mamat ni selesa sampai lupa dunia. Kesianlah orang kat sebelah yang dah nak mati kesejukan. Namun jeritan itu hanya tersekat di kerongkong Jasmeen.
            “Errmm... bosan.”
Terpacul ayat penyata pendek daripada mulut comel di sebelahnya.
            “Your coffee.”
Kopi yang masih berasap diletak di tempat drink holder dihulurkan kepada si cantik manis disebelahnya. Nampak sangat si Bunga Melur ni kesejukan. Nak pelawa pakai jaket macam terlebih gentleman pula. Terbayang pertemuan kali pertama mereka. Walau pun diherdiknya, si gadis ini tetap berwajah selamba dan sanggup membongkok menggilap kasutnya yang tidak sengaja dikotorinya. Dengan siaran radio yang telah dimatikan, hanya rintik hujan yang mengisi kesunyian membuat Fareez kelu. Nak tanya apa? Nak cakap apa? Sambil otaknya ligat berfikir tangannya pula mula menekat punat CD.
            “Ada CD player kan?”
            “Adalah. Ingat kereta antik macam ni tak upgrade ke?”
Opsie! Masalahnya kereta yang antik ini juga dilengkapi dengan segala macam lagu antik. Maklumlah kerete ni kenalah ikut selera Papa. Kalau kereta dia sendiri haruslah variety. Mana aci layan satu genre je. Dengar semua rentak baru boleh layan mood.

Her name is Lola, she was a showgirl
With yellow feathers in her hair
And a dress cut
Just cut down to there
She would merengue
And do the cha-cha
And while she tried to be a star



            Fareez mengerutkan dahinya mendengar lagu yang dimuntahkan dari CD player.
            Please remind me that this year is 2k.”
Okay, I know exactly what this man is thinking!
Jasmeen macam nak tergelak pun ada apabila lagu pertama yang keluar ialah lagu Copacabana. Dah sah – sah Barry Mannilow tu penyanyi kegemaran Papa, nak cakap apa. Kereta ni dah sah – sah kereta Papa layan diri setiap hujung minggu bawa jalan – jalan pergi pasar atau surau dekat rumah.
            “Ala..layan je lah.”
            “Masalahnya kat rumah Tan Sri Farhan tadi pun telinga  aku dah naik tepu dengar lagu Barry Mannilow ni.”
            “Jap, tengok ada CD lain tak.”
Jasmeen menarik glove compartment tapi teramatlah hampas kerana yang tersusun di ruang mata ialah kesemua CD yang penyanyinya sekarang kalau dalam kubur, tulang temulang pasti sudah sebati dengan tanah. Alahai malunya. Mesti ingat aku ni stok ketinggalan zaman.
            “Tak ada CD lainlah. Tertinggal kat pejabat agaknya.”
            “Tak apalah layan sahaja.”
Dengan hujan yang makin melebat dan dari lagu Copacabana bertukar ke Mandy bertukar ke Never Gonna Give You Up bertukar ke Somewhere Down The Road umpama membuai – buai mata Jasmeen. Siapa boleh tahan kalau jarum jam hampir menginjak ke pukul 1 pagi dengan pemanduan yang terhad dek hujan lebat dan ditemani lagu otai yang level-tak-boleh-nak-follow.
            “Jasmeen, bangun. Lagi satu kilometer sampai.”
Fareez menoleh ke sebelah. Dah tertidur Cik Melur ni? Fareez menoleh sekali lagi. Mata dihala cepat – cepat ke jalan. Comel giler! Pada pandangan matanya serba tampak sempurna. Dengan mata yang tertutup, alis mata yang panjang melentik dan dahi yang sedikit tertutup dengan tudung membuat matanya tak henti berkalih. Masa dah nak sampai rumah ni pula lah boleh budak ni tidur mati. Fareez melihat papan tanda yang tegak berdiri di tepi jalan.

            The Mines Resort City
            Nilai
            Seremban
            Port Dickson           

            iPhone ditarik keluar. Nama Derrick Avillion dicari. Telefon dilekapkan ke telinga.