Monday 8 October 2012

Gadis Edisi Terhad (GET) Bab 11


Ramai betul tetamu Papa malam ni. Selesai sahaja kerja – kerja nya di Integrate Landscape, terus diajak Miza menghantarnya balik ke rumah Papa. Malas pula hendak berpatah balik ke Desa ParkCity semata – mata nak ambil kereta. Tak apalah, balik nanti boleh minta Ferhad hantar. Kalau tak cilok sahaja kereta Papa yang bersusun di garaj.
 Boleh juga minta pertolongan Miza membantu Mama membuat final touch up hiasan majlis. Pagi tadi dalam perjalanan ke Modenreka, sempat juga Jasmeen mengarahkan pekerja di nursery, Alira mengumpulkan French Marigolds yang berwarna oren, kuning dan merah menghantarnya ke rumah. Mesti senyuman Mama melebar melihat kuntuman marigolds segar dijadikan hiasan meja dan disusun di dalam pasu besar di sepanjang jalan bermula di pagar sehingga ke pintu utama rumah. Mesti berseri kelam malam dihiasi warna – warna terang. Tak payah touch up banyak – banyak pun tak apa sebab lanskap rumah Tan Sri Farhan memang sudah cukup mengagumkan. Ceh! Naik lif tekan sendiri. Itu namanya riak, bangga dengan hasil tangan sendiri. 
“Eh, ini Meen French Marigolds ke? Kecik sikit bunga ni kan? Ini saiz bunga lebih kurang 2 inci je.”
Becok mulut Mama bertanya. Gembira melihat jambangan – jambangan bunga yang siap berhias cantik dalam pasu kristal. Jasmeen dan Miza berbalas pandang. Jasmeen memberi arahan zip-your-mouth kepada Miza. Silap haribulan dibocorkan rahsia bunga ni asalnya planted pot yang disewakan kepada seorang pelanggan tetapnya  di sebuah bangunan prestij di tengah ibu kota. Planted pot marigolds akan ditukar baru setiap minggu. Jadi selepas keluar daripada bangunan, marigolds ini biasanya akan dipotong dan dijual pula sebagai bunga hiasan. Istilah bunga reject lebih sesuai sebenarnya tetapi tak sampai hati nak bagitahu Mama yang sedang teruja membelek – belek kuntuman marigolds. Lagipun sekali pandang bunga – bunga ni masih cantik apa? Tanya Jasmeen kepada dirinya sendiri.
“Betul lah tu Mama. French Marigolds ni kecil sedikit berbanding African atau American Marigolds yang Meen pernah bawak balik dulu. Marigolds tu saiz bunganya hampir 5 inci tetapi sayang cuma ada warna oren dan kuning sahaja. French Marigolds ni ada warna merah.”
Panjang Jasmeen bercerita. Puan Sri Nur Maria hanya mengangguk setuju. Peluh dah melekit ni. Orang dah mula datang, baju pun belum bertukar lagi. Blazer Viviene Westwood Red Label sudah lama bertenggek di bahu. Rimas.
“Anak dara pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu.” Arah Puan Sri Nur Maria apabila melihat muka Jasmeen yang hampir berkilat dek seharian di simbah cuaca luar yang tak menentu.
Jasmeen tersengih sambil mengenyit mata. Bos bagi warning tu! Jangan cuba – cuba nak bocorkan rahsia peribadi kat mem besar tu pulak. Bukannya Jasmeen tak tahu nanti Puan Sri Nur Maria akan memulakan sesi mengorek rahsia – rahsia kerajaannya dengan Miza. Selangkah je Jasmeen beredar pasti Miza akan diserang dengan pelbagai soalan. Topik hangat sudah pasti lah ‘Bos kamu tu tak ada keluar dengan siapa – siapa ke sekarang? Bos kamu tu garang sangat ke sampai tak ada yang melekat? Bos kamu tu memilih sangat ke?’

* * *
           
            Wah! Dah penuh sesak rumah ni dengan tetamu. Mata Jasmeen melilau cuba menangkap bayang sesiapa yang dikenalinya namun hampa. Mama dan Papa mestilah sibuk melayan jemputan masing – masing. Dua buah kanopi yang berhias cantik di halaman rumah penuh dengan tetamu. Tujuan majlis diadakan pun Jasmeen lupa nak bertanya. Malas nak ambik port. Istilah seorang anak yang kurang berperasaan dan kurang sensitif. Apa – apalah ya.
Jasmeen yang menyarungkan floral - print silk maxi dress rekaan Collette Dinnigan yang berwarna hijau lembut dan berbunga putih kelihatan manis dengan gaya bersahaja. Disarungkan draped jersey cardigan berwarna putih dan dililit tudung berwarna hijau lembut tanpa sebarang corak. Jasmeen melangkah ke halaman rumah dengan malas. Dilihat Ferhad sedang melayan Auntie Yan, kakak Mama. Jasmeen melangkah ke arah mereka berdua. Sempat Jasmeen menangkap kerlingan Papa apabila Papa melambainya untuk memperkenalkan lelaki di sebelahnya namun tidak dihiraukan Jasmeen. Malam ni diisytiharkan hari lepak sedunia. Tak kuasa nak layan agenda bisnes ni.
“Laparlah Ferhad. Makanan best tak? Katering mana Mama tempah ni? ”
“Entahlah. Aku pun tak makan lagi. Tadi aku sibuk jumpa kawan lama. Kau ingat lagi tak Irshad, yang matrix dengan aku dulu? ”
Ingat. Eh! Macam mana pula Irshad boleh datang? ”
“Jadi driver Daddy dia. Aku tengah melepak kat depan pagar tadi. Elok je nampak dia drop Daddy dia. Aku ajaklah masuk sekali.
“Oh! Aku makan dulu lah. Kejap lagi aku nak terus balik ni. Kau hantar ya.
“Ya lah. Bibik kau dah balik kan. Aku nampak kat dapur tadi. ”
“Dah, aku minta dia datang sini tadi. ” Jasmeen meninggalkan Ferhad keseorangan.
 Auntie Yan juga sudah melangkah masuk ke dalam rumah. Tak betah agaknya berada di halaman rumah yang penuh dengan VIP dan korporat – keparat ni. Jasmeen tersengih sendiri. Laju pula langkah dihayun ke meja buffet apabila melihat Miza sedang menyenduk makanan.Ada geng ni!
            “Miza.... ”

Bushh!!

            Habis draped jersey cardigan berwarna putih yang tersarung di badan Jasmeen lencun. Kurang asam punya Miza. Terkejut pun agak – agaklah. Tak kan majlis high class macam ni ada sexual assault kot. Baru cuit bahu, tak payahlah nak terkejut sakan. Haishh!
            “Cik Lysha, sorry!!! Ampun! ” Muka Miza berubah pucat.
            Lencun baju yang tersarung di badan Jasmeen dek kelalaiannya. Rasa bersalah satu. Takut kena marah dua. Yang nombor tiga yang paling menakutkan tu. Bukannya dia tak tahu setiap helai yang tersarung di badan Cik Fellah Delisya ni semuanya bernilai ribuan ringgit. Nampak je ringkas tetapi mak aihh! Semua koleksi baju bosnya ini rasanya limited edition collection. Wah!! Gua rasa macam nak mati. Jerit Miza dalam hati.
            “It’s okay. Enjoy your meal. I go get change first.”
Miza menghantar langkah Jasmeen dengan pandangan sayu. Alahai spoil betullah! Dahlah tadi sesi FBI-KGB berlangsung giat dengan pelbagai soalan payah kalah soalan Fizik. Pengakhirannya dilencongkan juga topik Fellah Delisya Anak Dara Terlajak ke topik mari menanam Marigolds! Terlajak ke? Macam tak je, bosnya baru berumur 27 tahun. Tengah kembang mekar lagi tu. Ada ke dikatanya terlajak. Puan Sri Nur Maria ni dah lupa kot zaman sekarang bukan macam zaman 80-an lagi dah. Namun yang penting teruja juga Puan Sri Nur Maria dengan topik mari menanam Marigolds. Yang paling membuat Puan Sri teruja ialah apabila mengetahui Marigolds amat senang ditanam dengan syarat;

                        1.      Ditanam di bawah cahaya matahari atau separa terdedah dengan cahaya matahari.
                        2.      Tanah mesti dijaga pengalirannya dengan betul, tanah yang gembur dan lembut serta subur.
                        3.      Menambah potash fertilizer untuk memanjangkan tempoh berbunga.
                        4.      Membuang bunga yang pertama sebelum mengembang supaya merangsang pokok berbunga dengan lebat.


* * *


            Lama Fareez berteleku di anjung rumah. Menikmati angin petang menenangkan dirinya yang gundah. Argh! Gina. Nurul Jannah yang sentiasa membuat hidupnya tak keruan. Mungkin sekarang adalah masa yang sesuai untuk Fareez  menilai kembali hubungan cintanya dengan Gina. Nak menelefon dan berhadapan dengan Gina pun Fareez tidah betah. Baiklah dia berfikir semasaknya akan hala tuju hubungannya dengan Gina sebelum bersemuka.
Kalaulah Datin Julia dan Datuk Ismadi bukanlah sesiapa dalam hidupnya, sudah pasti hubungannya dengan Gina tidak sekonflik ini. Mana mungkin Fareez melupakan segala jasa baik kedua orang tua Gina menjaganya sedari dirinya berusia 13 tahun. Menjadi anak yatim piatu semuda itu adalah sesuatu yang sukar bagi Fareez yang sedang membesar. Mujurlah Datuk Ismadi dengan ikhlas menjadi pengganti kepada Papa untuk memberinya tunjuk ajar dalam meladeni kehidupan dan membentuknya menjadi lelaki yang serba – serbi lengkap. Dengan kasih sayang Datuk Ismadi dan Datin Julia, Fareez tidak pernah kekurangan apa pun. Bertuah arwah Papa dan Mama mempunyai kawan sebaik Datuk Ismadi dan Datin Julia.
Jam tangan Baume & Mercier yang tersarung gah ditangan dikerlingnya sepintas. Ya Allah! Dah hampir Maghrib. Fareez menolak pintu sliding anjung dan melangkah masuk ke rumah. Ditalanya ke segenap ruang tamu. Kebosanan dan kesunyian mencengkam jiwa.
Usai Maghrib, Fareez membuka almari pakaiannya untuk menukar baju Melayu dan kain pelikat yang sedang tersarung kepada pakaian rumah yang lebih santai. Fareez menarik bermuda untuk dipakai namun di saat matanya terpandang kemeja yang tergantung kemas teringat pula pesanan penaja Mr Dugoff siang tadi.
“You must come young boy.”
            Tanpa berfikir panjang Fareez mengambil keputusan untuk menghadiri majlis makan malam di rumah Tan Sri Farhan. Biarlah dia bukan orang penting bagi Tan Sri Farhan pun tetapi untuk melangut dan bermain dengan perasaan seorang diri di rumah disenaraikan sebagai pilihan terakhir.
            Life must go on!

Gadis Edisi Terhad (GET) Bab 10


Fareez bergegas meninggalkan pejabat menuju ke hospital. Peti masuk mesej tidak dibuka. Mesej penuh dibiarkan tidak berbaca. Hanya kerisauan yang menghuni lubuk hati Fareez.  BMW X5 menderum laju meninggalkan Modenreka. Peluh mula merecik walau pun disimbah kedinginan air cond kereta.
            Punat CD yang rancak mendendangkan lagu Nazareth ditekan. Hatinya yang sedang gundah tak lalu mendengar irama lagu rock yang menambah sesak di dada. Siaran radio dibuka. Telefon yang berdering nyaring mengejutkan Fareez yang tekun memusatkan pandangan pada pemanduan.
            “Assalamualaikum Mommy.”
Fareez terangguk – angguk kepala mendengar butir bicara Datin Julia yang dipanggilnya Mommy sedari dulu lagi.
            “Waalaikumussalam.”
Pangilan telefon diakhiri dengan salam dan seribu kelegaan. Segala gundah yang bersarang di hati terbang sekelip mata. Fareez menghembuskan nafas dalam. Cermin tingkap BMW X5 diturunkan. Kotak Dunhill berwarna merah yang diselitkan di celah handphone holder ditarik. Sebatang rokok ditarik keluar kotak dan dinyalakan. Rokok disedut dalam dan dihembus perlahan. Lega!
            ‘Everything seems to be alright. She said she was sent to Ampang Puteri by her friend. She will send Gina home. Don’t worry.’
Fareez menyesal menengking Gina pagi tadi. Perangai Gina kebelakangan ini yang asyik memungkiri janji membuatkan Fareez berang. Mujurlah Gina hanya terlanggar tembok pembahagi jalan. Cuma luka kecil di kepala akibat kepala terhantuk ke steering. Gina cuma dihantar ke hospital untuk pemeriksaan kerana darah gemuruhnya. Pantang panik terus tekanan darahnya turun dengan mendadak. Kalau berlanggar dengan kereta atau lori mungkin Gina tak akan bernasib baik seperti ini.
Argh! Tak mampu Fareez membayangkan hidupnya tanpa Gina. Sedutan terakhir dinikmatinya dengan tenang. Serasa tenang mendengar lagu yang tidak diketahui tajuknya dari radio sambil menghisap rokok. Kereta hanya bergerak pada kelajuan 80km/jam. Puntung rokok yang masih menyala dicampak keluar tingkap. Telefon yang diletakkan di dashboard diambil. Tangannya laju mencari kotak inbox. Mesej daripada Datin Julia yang diterima di pejabat tadi dibuka.
‘Gina accident. Minor injury only.’
            Fareez malu sendiri. Kalau dibacanya mesej penuh Datin Julia sudah pasti dia tidak akan gelabah seperti ini. Tiba – tiba Fareez teringat akan temujanjinya dengan bos Integrate Landscape. Nombor Iskandar didail.


* * *


            “Cik Fellah Delisya. Saya minta maaf sangat – sangat. Bos saya yang nak jumpa Cik tadi tapi dia ada hal kecemasan. Tak ada jodoh agaknya. Lain kali saya aturkan pertemuan Cik dengan bos saya.”
Iskandar malu sendiri. Penat diyakinkan Jasmeen agar menanti ketibaan Fareez. Rupanya Fareez sudah lesap dari pejabat. Arfah pula bukannya nak beritahu.
            “Tak ada masalah Encik Iskandar. Tak jumpa pun tak apa. Janji kerja saya selesai dan memuaskan hati Encik Iskandar dan bos Encik.”
Sopan Jasmeen menjawab. Cuba mengambil hati Iskandar walau pun dalam hatinya berbakul juga sumpah seranah dihadiahkan kepada bos Iskandar. Setengah jam lebih Jasmeen membuang masa di Modenreka semata – mata menunggu ketibaan bos Iskandar. Perbincangannya dengan Iskandar sebenarnya telah lama tamat dan masing – masing telah mencapai kata sepakat.
           “Kalau Cik ada kabel besar kat Majlis, bolehlah tolong saya mohon authority approval untuk projek ini. 
Jasmeen tersengih mendengar luahan Iskandar tentang kerenah birokrasi tiap kali plan submission kepada pihak Majlis. Lumrah kehidupan apatah lagi dalam dunia perniagaan yang amat kompetitif. Istilah ‘it is not who you are but it is who you know’ telah lama menjadi duri dalam daging dunia perniagaan.
Jasmeen bersetuju untuk membantu Iskandar mendapatkan kelulusan pelan. Ini bukanlah kali pertama Jasmeen menggunakan pengaruh Tan Sri Farhan dalam memudahkan kerjanya. Marah – marah Papa pun, pejam mata Papa juga yang banyak membantu. Kalau istilah kabel besar digunakan sebagai ganti diri orang berpengaruh, rasanya saiz kabel Jasmeen adalah berukuran 500mm bersamaan dengan saiz kabel yang biasa digunakan oleh TNB dalam kerja – kerja bawah tanah. Besar tu kabel!

* * *

            “Fareez ikut Mommy ya. 
            “Please Fareez, come with us. Kalau Fareez tak pergi, Gina pun tak nak pergilah. 
Fareez memandang kedua – dua jelitawan di hadapannya. Datin Julia yang sentiasa anggun walau pun sudah berusia dan Gina yang terserlah kejelitaannya yang berkacukan Arab. Dilahirkan sebagai anak tunggal menjadikan Gina gadis manja. Semua kemahuannya mesti dituruti.
            “Fareez baru rancang nak balik rumah Atuk Syed cuti kali ni Mommy. 
            “Mommy tengok Fareez ni, tak habis – habis nak balik sana. 
Gina mula beriak sedih. Apalah makna percutiannya kali ini tanpa Fareez. Penat Mommy dan Daddy mengajak Gina menghabiskan cuti sekolah tahun ini ke Gold Coast tapi Gina tetap mahu ke Genting Highlands. Kalau ke Gold Coast sudah pasti ditolak mentah – mentah oleh Fareez. Bukannya Gina tidak tahu perangai Fareez yang pemalu dan amat berdikari. Menyusahkan orang tidak termasuk dalam senarai hidupnya.
            “Mommy keluar sekejap. Fareez makan tengah hari kat sini ya hari ini. Fikir betul – betul. Mommy balik nanti nak dengar keputusan Fareez. 
Datin Julia meninggalkan Fareez dan Gina yang masing – masing ralit menonton rancangan kartun kegemaran Fareez. Doraemon! Aiseh malu je dah besar panjang tengok Doraemon tapi memang itulah kartun kegemaran Fareez. Puas dikorek Gina kenapa dalam banyak – banyak kartun, Doraemon yang menjadi pilihan tetapi jawapannya ialah rahsia! Ish…tengoklah Superman ke Batman ke, baru ghai!
            “Gina, here. Take this
Cotton candy kegemaran Gina bertukar tangan. Gina tersenyum girang. Sebentar tadi Fareez meninggalkan Gina keseorangan menonton TV, tak disangka Fareez keluar berjalan ke kedai runcit yang terletak lebih kurang 100m dari rumahnya semata – mata untuk membeli hatinya.
            “Thank you. I love you. 
Fareez hanya tersengih. Gina memang sentiasa menghargai pemberiannya. Malah apa sahaja layanan istimewanya terhadap Gina akan berbalas mesra. Thank you, I love you tak pernah lekang daripada bibir mungil Gina. Argh! That was 12 years ago! Fareez mendengus.
Dulu cotton candy sahaja cukup untuk meraih cinta Gina tetapi sekarang? Fareez buntu. Terkilan mendapat berita daripada Mommy bukannya daripada empunya badan sendiri. Nombor Gina didail. Lama Fareez menunggu talian bersambut namun hampa.
Fareez membuat pusingan U. Tidak jadi balik ke pejabat apabila Iskandar memberitahu bos Integrate Landscape sudah meninggalkan pejabat. Pedal ditekan laju. Haluan ditukar menuju ke Ampang Puteri membelah Jalan Ampang. Harap – harap Gina masih di hospital. Sampai sahaja di hospital, melilau mata Fareez mencari petak parking kosong. Bukannya ada valet parking di hospital. Naik ambulans bolehlah merasa parking betul – betul di hadapan pintu masuk hospital.
Mata tajam Fareez menangkap bayang Gina dari kejauhan. Gina sedang membuka pintu keretanya di bahagian pemandu. Fareez menghala kereta BMW X5 ke arah tempat parking kereta Gina. Dari kejauhan kelihatan dahi Gina bertampal plaster kecil. Alhamdulillah, luka kecil sahaja. Fareez kelegaan.

Sreeetttttttttt!!!!

Fareez menekan brek BMW X5 dengan mendadak. Tak percaya melihat aksi di hadapannya kini. Matanya dikerlip berkali – kali.


Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang telah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun
Aku mampu tuk mengenangmu

Darimu...
Kutemukan hidupku
Bagiku...
Kau lah cinta sejati


            Lagu yang masih berkumandang di corong radio tidak mampu dihayatinya lagi. Fareez menekan pedal dan BMW X5 menderum laju meninggalkan perkarangan Ampang Puteri.









p/s: Assalamualaikum. Saya minta maaaf sebab GET sekejap ada, sekejap tak ada. Yess, amat tak konsisten sbb nya, lmbt lg printed version nk keluar so keterujaan nti tak ada tapi tolongla teruja layan PKB (Darren - Bell) di KLFP sebab citer tu saya akan habiskan di KLFP, then transfer to e-book.
Again, love you readers and sorry + thank you!

XOXO!!
Love, KL


p/s/s: My side bar is broken, till I fix it, plss scroll the chaps at the bottom. I'll publish 2 entries today to make up all the lambat & lembap post... :)) soon GET 11 otw!

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...