Monday 30 July 2012

Gadis Edisi Terhad (GET) Bab 4


            


          “Meen, kau dah buat apa kat tempat kerja aku? Sebab kau buat hal masa ganti aku, langsung aku diberhentikan tahu tak?” Sergah Ferhad tiba – tiba.
            Jasmeen menoleh ke arah pintu yang terbuka. Bertuah punya adik. Salam tidak, apa pun tidak. Alih – alih terus tanya soalan cepu emas. Pintu yang terbuka luas diterjah oleh Ferhad.
            “Angkat kayu kain, gunting kain, layan pelanggan. Apa lagi? Takkan aku nak buat design landscape kat situ kot? ” Jawab Jasmeen bersahaja.
            “Habis tu sampai aku kena buang kerja kenapa? ” Ferhad tidak puas hati dengan jawapan Jasmeen.
            “Mana aku tahu.” Jasmeen menjawab malas sambil memanggil Bibik.
            “Bik, tolong buat air untuk Ferhad ni. ” Jasmeen mencampak remote Astro ke arah Ferhad.
            Kaki dihayun ke bilik. Hanger yang dikhaskan untuk menyangkut tudung tergantung kemas di dalam almari ditilik. Tudung mana nak pakai ni. This one? No. That one? No. Jasmeen terangguk – angguk kepala bercakap sendirian. Akhirnya tudung Syria daripada fabrik denim yang berwarna merah jambu lembut ditarik. Padan dengan jeans biru dan kemeja kotak – kotak pink-putih yang sedia tersarung di badan. Jasmeen melangkah keluar.
            “Kau nak pergi mana? Aku tak habis cakap lagi.”
            “Ambil angin kat bawah. Nak ikut ke? ”
            Ferhad geram. Jasmeen memang begitu. Perkara yang dianggap remeh baginya langsung tidak akan dilayan. Pintu lif terbuka di tingkat 3A. Lanskap yang menghijau terbentang luas di hadapan. Ferhad yang masih bengang dengan Jasmeen sedikit terubat. Tenang melihat kehijauan taman. Tingkat 3A yang menempatkan taman dan kolam renang bagi kemudahan penghuni di The Northshore Gardens memukau pandangan. Ferhad mengekori Jasmeen melabuhkan diri di bangku yang terletak di bawah pokok yang rendang. Damai sekali.
            “Aku minta maaf susahkan kau.” Ferhad memulakan kata.
            Perasaan bersalah terhadap kakak tersayang menguasai diri walau pun perasaan marah dan kecewa mendominasi.
            “Aku okay.” Jasmeen membalas pendek.
            “Meen, salah ke apa yang aku buat?” Ferhad buntu. Nasihat Jasmeen mesti diambil kira. Tidak boleh tidak.
            “Kau terlebih tengok cerita Korea lah aku rasa.” Jasmeen membuat rumusan sendiri.
            “Aku kan Gu Jun Pyo versi Melayu. ”
            “Jangan nak main – mainlah. Aku tak suka. ”
            “Meen, tapi aku suka sangat kat awek tu. Comel sangat. Nama dia Alya.”
            Planning kau dah hancur baru nak bagi tahu aku?”
            “Meen, aku minta maaf. Please....janganlah merajuk. Kau satu – satunya kakak aku dunia akhirat. Aku tak sempat pun lagi nak berkenalan dengan Alya. Baru main jeling – jeling dengan tahu nama je. Kalau Papa tak telefon cakap nak minta aku sign agreement kereta baru aku tu memang aku tak minta kau cover aku.”
Geram juga Ferhad dengan Papa. Punyalah berkurun Ferhad minta kereta baru, masa yang paling tak sesuai pula permintaannya dikabulkan. Kalau tak mengenangkan kereta Honda Accord lamanya yang asyik meragam kebelakangan ni memang Ferhad buat bo layan je. Arghh... kakak seorang ni pula, Ferhad tahu sangat perangainya. Tegas tapi bunga ros penuh setaman dalam hati. Corner – corner memang Jasmeen tak layan. Namun setegas Jasmeen pun, segarang Jasmeen pun, Ferhad tahu kasih sayang Jasmeen terhadapnya umpama seluas lautan dan setinggi langit. Buktinya dikala Ferhad memerlukan bantuan, Jasmeen tetap membantu tanpa banyak soal. Ferhad menyambung bicara apabila melihat Jasmeen masih mendiamkan diri.
“Minggu lepas aku ikut Mama pergi Binwanis beli kain baju kurung. Aku nampak iklan kerja kat situ, esok aku datang terus mohon. Masa tu yang aku tahu aku nak kenal sangat awek sales girl tu. Aku nak menyamar sebab aku takut nak tackle dia as if I am Ferhad Daniel.”
            “Ayat kau ‘as if I am Ferhad Daniel’  tu buat aku nak muntah lah. Ferhad, kenapa nak susah payah macam tu? Bukan setakat susahkan diri tapi susahkan aku juga tau.” Suara Jasmeen meninggi tetapi lebih kepada risau dengan akal fikiran Ferhad yang pendek pada pandangan Jasmeen.
            Tudung yang terletak di kepala dibetulkan apabila angin sepoi – sepoi bahasa bertiup mengganggu letak tudungnya. Jasmeen menyambung lagi.
            As if I am Ferhad Daniel tu ayat tipikal dalam cerekarama. Sebab nak cari awek semata tak kan nak kena menipu. Tak berkat pun sebuah hubungan yang bermula dengan cara yang salah. You are Ferhad Daniel. Just be yourself. You can still let people like you because of yourself and  not because of who you are and what you have. Kau faham tak?
            But the girls always come after me just because of what I have Meen. Kau pun tahu kan. Tak apalah Meen. Tak ada rezeki aku kot. Kena tackle cara lain lah. Aku kena buang kerja sebab kakak aku yang jadi tukang cover ni tak pandai nak cover langsung.”
            Suara Ferhad mula kedengaran ceria. Kalau ayat Jasmeen dah mula panjang sikit atau dah lebih daripada sembilan patah perkataan maknanya aura membebel yang semulajadi wujud dalam diri Fellah Delisya dah mula nak aktif dah.
            “Aku punya pendapat senang je. Kau kena jadi diri sendiri. Memang ramai pun perempuan mata duitan zaman sekarang tapi kalau kau banyak berdoa, pilih betul – betul mesti Allah akan bagi juga awek yang betul – betul suka kat kau dengan ikhlas. Dulu cakap tak kisah konon biar cinta datang sendiri. Sekelip mata pula aku tengok kau berubah. Apa kes?
            “Sebab aku rasa aku tak jadilah ikut jejak kau jadi anak dara tua.”
            “Ferhad!!!!”
            Nyaring jeritan Jasmeen memenuhi taman yang sebentar tadi sunyi dan damai. Laju Jasmeen berlari mengejar Ferhad yang cergas meyelamatkan diri sebaik menuturkan perkataan tua. Al-maklumlah Jasmeen amat sensitif dengan isu anak dara tua. Baginya perkahwinan pada usia yang matang lebih menjanjikan kebahagiaan dan masa depan. Ayat stereotype orang yang tak ada boyfriend dikala usia mencecah 27 tahun!
            “Ferhad!! Stop you foolish!”
Jasmeen sudah penat mengejar Ferhad mengelilingi kolam renang yang panjang berbentuk segi empat tepat itu. Peluh mula menitik. Dahi dilap dengan hujung lengan kemeja. Jasmeen walaupun menginjak umur 27 tahun namun masih kelihatan seperti remaja awal 20-an mungkin kerana cara berpakaian yang ringkas dan bibir yang sentiasa menguntumkan senyuman.
            “Nanananana…Nae meoriga neomuna nappaseo
            Ferhad menjerit dari seberang kolam renang meniru lagu kegemaran Jasmeen Because I’m Stupid dalam siri Boys Over Flower. Teringat bagaimana Ferhad melihat Jasmeen menangis menonton episod yang sedih siri tersebut. Ferhad pula jadi tukang pass tisu. Haru betul ada kakak macam ni. Nak cakap hantu cerita Korea tak juga. Balik – balik cerita Boys Over Flower dan Full House je yang diulang tayang oleh Jasmeen. Ferhad yang menjadikan The Northshore Gardens, kondominium mewah Jasmeen di Desa Parkcity sebagai rumah keduanya pun hampir hafal kesemua skrip kedua – dua siri tersebut. Argh! Women are really from Venus!
            “Because I am too stupid maksud lagu yang kau nyanyi dalam bahasa Korea tu sesuai untuk kau bukan untuk aku. Pandai sangat buat idea menyamar jadi sales boy. Macam budak tak cukup akal.”  Jerit Jasmeen termengah – mengah.
            “I know I am. I’m sorry sis!”
Akhirnya Jasmeen berhenti di bangku yang menghadap kolam renang. Kepenatan mengejar Ferhad yang masih tak berkurangan staminanya.
            “Kau nak aku pergi belasah tak mamat budget handsome yang menyebabkan adik kau ni bakal jadi bujang terlajak?” Ferhad duduk di sebelah Jasmeen sambil tangannya menghulurkan sekuntum bunga loceng berwarna kuning yang dipetiknya khas untuk melembutkan hati Jasmeen.
            “Merepek lah kau ni. Mana kau tahu handsome? Ada aku cerita?” Bunga loceng diambil dan diselitkan di celah tudung.
            “Argh… kau Meen macam aku tak tahu. Kalau tak handsome, pasti kau punya skrip sumpah seranah mesti ada ayat jambatan tak siap, longkang pecah, pocong hidup dan macam – macam lagilah. Handsome sangat ke handsome biasa - biasa? Semalam tak ada pun skrip tu.”
Teringat Ferhad panggilan telefon Jasmeen memaki hamunnya apabila menceritakan peristiwa memalukan bersama pelanggan di Binwanis semalam.
            “Boleh tahan lah. Back to you, ‘bout Alya kau jangan risaulah. Aku mesti tolong kau tackle jugak awek Binwanis tu tapi tak payahlah nak kena jadi sales boy kat situ. Banyak lagi strategi lain.”
            “Aku ingat aku nak give up lah. Mungkin Allah nak tunjuk Alya tu bukan untuk aku. Lagi pun kau tahu tak penat gila kerja kat Binwanis tu. Dah jadi macam hamba tebusan kapal lanun aku rasa pada hal baru kerja tiga hari.”
            “Don’t give up, Alya will be yours one day. We’ll find other way to approach her. Eh! Kau punya feel jadi tebusan kapal lanun tu macam best lah jugak, aku ni yang baru sehari kerja ganti kau ni terasa macam hamba abdi perang tau tak. Nak – nak masa kena tembak dengan mamat budget handsome tu. Aku rasa macam nak bom balik je kepala mamat tu.”


***

            “Are you crazy?” Lantang suara Fareez kedengaran di ruang Binwanis. Jasmeen yang pegun dari tadi tersedar.
            Cepat – cepat dialihkan kayu fabrik yang jatuh menghempap kaki milik pelanggan yang sedang mencerun memandangnya.
            “Saya minta maaf.” Jasmeen cuba bertenang.
            Control composure Meen! Digagahkan juga untuk tersenyum walau pun amat gugup.
            “Saya tak pernah jumpa sales girl yang berkhayal macam awak. Kalau dah rasa kaya sangat tak payahlah nak kerja kat sini. Main – main pula dia.” Entah kenapa mood Fareez berubah 360O.
            Bukanlah kebiasaannya meledakkan kemarahan tanpa menghiraukan sekeliling. Namun melihatkan wajah di hadapannya yang tenang dan tegak berdiri menerima sahaja makiannya semakin mencabar egonya.
            “Saya minta maaf sekali lagi Encik. Saya tolong Encik pilihkan kain yang lagi bagus kualiti daripada kain ni. Yang kat sana tu baru sampai Encik. Kain tu edisi terhad. Ada dua…”
            “Listen here! I don’t care about your limited edition or whatever that you have here. I just want to get out from here.”
Belum sempat Jasmeen menghabiskan ayatnya terus pelanggan tersebut memintas ayatnya. Seorang gadis manis yang kecil molek datang dari arah belakang mereka. Mungkin kekasih hati mamat budget handsome ni. Gadis tersebut cuba mententeramkan pasangannya yang sedang menyinga umpama mahu menelan Jasmeen sahaja lagaknya.
            “Jasmeen, apa hal ni?”
Supervisor yang bernama Marina datang untuk mengawal keadaan. Belum sempat Jasmeen menjawab, gadis yang berada disamping pelanggan tersebut menerangkan kejadian yang berlaku dan menyalahkan Jasmeen.
            ‘Ek eleh, macam kau nampak tadi.’ Bisik Jasmeen dalam hati meluat dengan gadis gedik itu.
            “You should fire her.”
Mendengar ayat terakhir gadis tersebut membuatkan mata Jasmeen besar-kecil, besar-kecil je memandang pasangan tersebut. Wahai hati, sabarlah! Pasangan tersebut mula mengorak langkah keluar dari Binwanis namun Jasmeen perasan pandangan mamat budget handsome tu sempat mengerlingnya tajam.
“Encik, sekejap.” Jasmeen membongkok.
Sapu tangan Nautica yang putih bersih dikeluarkan daripada kocek seluar. Ikutkan hati rasa macam nak gulung – gulung sapu tangan ni pastu cekik je mamat ni tetapi mengenangkan status yang disandang sekarang apalah salahnya menjaga nama baik Binwanis. Semua bentuk perniagaan mengamalkan konsep client is always right. Jasmeen tahu sebab dia pun orang berniaga. Lagi pun bersabar tu dapat pahala apa!
“Minta maaf. Kasut Encik kotor sikit.” Tutur Jasmeen yang sedang membongkok mengelap kasut hitam Bally Fareez yang tadinya berkilat tetapi sekarang dihiasi sedikit kesan debu kayu fabrik yang terjatuh ke atas kakinya tadi.
Sudahlah dimaki hamun sales girl yang sedang mengelap kasutnya sekarang ni tadi tapi sekarang boleh pula segala perbuatannya diterima dengan tenang. Siap lap kasut gua la wei!



Tuesday 24 July 2012

Gadis Edisi Terhad (GET) Bab 3




Jasmeen merenung sekeliling halaman rumah yang besar. Hadiah harijadinya yang ke – 26. Rumah banglo yang terletak di kawasan perumahan elit, Valencia. Cantik memang cantik. Kalau tak takkan harganya mencecah hampir dua juta. Halaman yang luas masih kosong tanpa sebarang sentuhan ajaib tangannya. Hatinya agak tersentuh apabila Papa cuba sedaya upaya untuk membeli hatinya yang semakin menjauh. Papa mesti tahu kawasan perumahan Valencia ini pernah mendapat anugerah Malaysia Landscape Architecture Award 2009 bagi kategori Excellent Landscape Planning & Development daripada Institute of Landscape Architects Malaysia. Kalau tak takkan Papa yang menentang minatnya dari dulu lagi sanggup mencari rumah yang menjadi sebutan ramai Landscape Architects di Malaysia ini.
Hati Jasmeen tak lalu untuk mereka landscape rumah sendiri. Tak terjangkau akal fikirannya mendiami rumah sebesar ini berdua dengan Bibik. Ditambah lagi dengan lokasi Valencia yang jauh dari pusat bandar menyukarkan langkah rutinnya. Jasmeen lenguh berdiri. Langkah dihala ke pintu utama. Teringat perbualan telefonnya dengan Mama sebentar tadi. Papa meminta Jasmeen untuk mengadakan house warming. Katanya rumah dah beli setahun tapi jamuan doa selamat tak pernah lagi dibuat. Bukannya Papa tak tahu hasrat Jasmeen untuk menjual rumah ini. Daripada terbiar tak berorang baik dijual sahaja. Ingatannya menerawang ke perbualannya dengan Tan Sri Farhan tempoh hari.
“Papa tak izinkan Meen jual rumah tu. Kalau tak nak duduk sekarang pun nanti dah kahwin boleh Meen duduk sana.”
“Ala.. Pa, nanti Meen siapkan lanskap rumah tu cantik – cantik, kasi up sikit harga rumah pastu Papa jual eh?” Pujuk Jasmeen lagi.
Prinsip Jasmeen pula berbeza. Sudah pasti lah Jasmeen akan mengikut kemahuan suami biar pun hanya tinggal di rumah teres. Namun Jasmeen malas nak memanjangkan hal. Kalau dengan Papa memang Jasmeen tak akan menang. Akhirnya pasti salah seorang akan terluka. Niat dihati Jasmeen sekarang ialah untuk menyiapkan konsep lanskap rumah ini. Sekurang – kurangnya menghargai pemberian Papa. Cuma mood belum ada. Jadi jual ke tak belakang kira.
“Bibik! Bibik! ”  Laung Jasmeen kuat.
Bibik dibawa bersama untuk mengemas apa yang patut. Tak elok jika rumah ini dibiarkan langsung tidak berurus. Sekali – sekal Jasmeen akan membawa Bibik menjengah rumah di Valencia ini.
            “Dah siap ke? ”
            “Dah Cik Lysha. ”
            “Okay, jom balik. ” Ujar Jasmeen sambil mengunci pintu utama rumah.
            Tombol pintu kayu yang diperbuat daripada kayu jati siap berukiran mewah itu ditarik untuk memastikan pintu telah selamat berkunci. Jasmeen berjalan mengelilingi rumah bermula dari belah kanan rumah mengikut pusingan jam dan berhenti di hadapan Mercedes C-Class Coupe. Jasmeen berpuas hati dengan tahap keselamatan rumah ini. Bukan apa, risau juga. Memang keseluruhan kawasan Valencia dilengkapi dengan sistem CCTV tetapi mengenangkan pembinaan banglo baru di lot hujung Valencia membuat Jasmeen mengambil langkah awal. Prevention is better than cure!
Irama Bob Marley berkumandang sebaik sahaja kereta menderum laju meninggalkan Valencia. LG Pradanya yang mendendangkan irama Bob Marley tersebut. Suara Adele yang mendendangkan Rolling In The Deep di radio kereta diperlahankan.
            “Meen, kau kena tolong aku. ” Suara Ferhad kalut menerjah telinganya yang disumbat earphone handsfree.
            “Apa? ” Tanya Jasmeen dengan mata yang difokuskan ke jalan raya.
            “Apa je yang aku nak cakap, tak kira apa pun, kau kena jugak tolong. ”
            “Cakaplah dulu kalau ya pun.”
Suara Jasmeen meninggi. Marah juga dengan sikap Ferhad yang suka memaksa. Tak boleh tidak. Sama seperti hujung minggu yang lalu. Penat Jasmeen melayan Ferhad seharian, alih – alih bila diajak teman memcari pokok bunga di Sungai Buluh, ada sahaja alasannya. Tak aci! Ini lah satu – satunya part paling tak best bergelar seorang kakak. Asyik kena mengalah je.
Since when? Kau gila? ” Makin meninggi suara Jasmeen mendengar penjelasan Ferhad di hujung talian sehinggakan Bibik yang berada di sebelah pun melatah kerana terkejut. Permintaan Ferhad baginya teramat gila. Langsung tak masuk akal.
Please Meen. This is my only shot. Kena ada replacement. Kalau tak esok aku kena fired. Habislah strategi aku.


* * *

            “Fareez you free ke sekarang? ” Tanya Diya sebaik mereka melangkah keluar dari restoran Leha Kelfood.
Mereka beriringan menuju ke tempat letak kereta. Agak jauh juga kereta di parking. Maklumlah restoran ni terletak di deretan rumah kedai yang hanya mempunyai tempat letak kereta di hadapan kedai. Ikut logik pun, kalau restoran dah penuh dengan pengunjung, ditambah lagi dengan kewujudan restoran lain yang popular seperti Sate Haji Samuri, Secret Recipe, Nasi Lemak Antarabangsa dan pelbagai lagi restoran menarik di deretan kedai yang sama, ratio kependudukan dengan parking amatlah tak mencukupi.
            “Sekejap bolehlah. 1 hour maybe. ” Balas Fareez kekenyangan.
            “Okay enough. Temankan I cari hadiah untuk Atuk I. Ingat nak hadiahkan baju batik je nanti Atuk boleh pakai masa kenduri kahwin sepupu I nanti.”
            “Okay boleh je. Pergi dengan my car then I’ll drive you back here to take your car.”
            “Okay.”
Fareez dan Diya melangkah masuk ke Binwanis Ampang Park. Baru 15 minit menemani Diya, Fareez mula bosan apabila Diya melencong daripada memilih baju batik untuk Atuknya kepada aktiviti memilih baju untuk diri sendiri. Kelibat Diya dicari dan dilihatnya gadis tersebut sedang asyik membelek kain baju kurung di hujung sana.
Fareez mengambil keputusan untuk membuat aktiviti sendiri. Dia bergerak ke arah bahagian baju lelaki. Fareez leka memerhati baju – baju untuk lelaki yang berjenama Ungaro, Giani Versace dan Valentino. Dua - tiga helai baju yang berkenan dihati dibelek – belek. Fareez sedar ketampanannya yang amat terserlah mengundang pandangan salesgirls di Binwanis. Argh..perempuan. Semua sama. Kalau tak rupa yang dipandang pasti poket yang ditimbang.
Fareez meluat dengan pandangan gadis – gadis penjual di Binwanis. Pandangannya terhenti pada kain Giani Versace yang terletak di rak paling atas. Cantik juga ni fabrik ni kalau buat kemeja kerja. Fareez mendekati salesgirl yang leka dengan handphone di tangan. Orang lain sibuk usha aku, minah ni boleh pulak buat derk. Desis Fareez dalam hati.
            “Excuse me.” Fareez menegur.
            Sales girl tersebut masih tidak perasan dengan kehadirannya. Fareez mula hilang sabar.
            “Excuse me! You ni nak jual kain ke nak bercinta kat sini? Main – main SMS pula masa kerja.” Sergah Fareez lantang.
Arghh shit!! Mana budak lain ni. Jasmeen mula melilau mencari sales girl yang lain. Dari tadi lagi Jasmeen mula mengelak dari melayan pelanggan. Sejak Binwanis memulakan operasi lagi, ada je pelanggan menghampiri pasti dia berpura – pura menghantar kain ke kaunterlah, lipat kain di rak belakanglah dan bermacam – macam helah lagi direka untuk mengelakkan tanggungjawab paksaan ini. Manalah dia tahu apa pun pasal kain ni. Kalau nak beli baju kurung pun yang dia tahu pesan kat Mama dan pastikan kain baju kurungnya satu – satunya yang ada atau kain limited edition. Maaf sikitlah kalau nak pakai baju kurung yang bergulung kat kayu – kayu di rak ni, silap – silap haribulan sama dengan kain baju kurung mak cik – mak cik kat pejabat sebelah!
Siaplah kau Ferhad. Bisik hati kecil Jasmeen. Jasmeen mula berdiri tegak. Takut juga melihat gelagat mamat handsome tetapi garang bak serigala jadian di hadapannya ini.
            “Patutlah kerja main – main. Jual kain pun boleh pakai handphone limited edition.”
Bidas Fareez kasar apabila melihat salesgirl tersebut berdiri macam patung tidak berkutik. Bukannya nak diambil gulungan fabrik yang ditunjukkan tadi. Sempat pula pandangannya menangkap LG Prada yang diselukkan ke dalam seluar oleh gadis tersebut. Kalau dah kaya sangat buat apa nak kerja sini? Buat menyusahkan orang sahaja. Cuma apa yang nak dihairankan dengan budak zaman sekarang, sanggup berhabis wang ringgit semata – mata untuk bergaya. Fikirnya lagi.
Sekali tengok cantik juga salesgirl ni. Rupa taklah comot gaya budak lulusan SPM. Dengan bentuk muka yang bujur, mata yang galak dan hitam bersinar dan alis mata yang melentik menambah keayuannya. Muka bersih tanpa cela walau pun tidak mengenakan make up tebal. Dengan sedikit lip tint cukup menambah seri gadis yang masih tegak macam patung di hadapannya ini. Boleh polish lagi ni. Bisik Fareez nakal.
“Encik nak yang mana satu?” Jasmeen berbahasa. Suara salesgirl tersebut mengejutkan lamunan Fareez.
That one.”
“Sekejap ya encik.” Jasmeen melilau sekeliling. Macam mana aku nak turunkan kayu fabrik tu. Kain yang ditunjukkan oleh mamat handsome keturunan Jacob serigala jadian dalam filem Twilight ni letaknya paling atas. Paling atas tahu tak! Aduh! Jasmeen bingung. Kerusi dipanjat. Tangan Jasmeen terawang – awang cuba menggapai kain tersebut.
“Hati – hati.” Fareez mula cuak apabila melihat gerak langkah salesgirl itu yang nampak amat kekok dimatanya.
“Tak apa Encik. Dah biasa.” Kepala hotak dia dah biasa. Heyy...malang betul nasib aku hari ni. Hilang sudah keayuan duduk terlompat – lompat kat kerusi ni semata – mata nak mencapai rak atas. Jasmeen merungut dalam hati. Berpeluh – peluh dibuatnya.
Tiba – tiba bukkk!!! Berdebuk bunyi kayu fabrik menimpa mamat budget handsome yang tengah menunggu. Jasmeen pegun.




























Thursday 19 July 2012

HAPPY ANNIVERSARY KARYA LEPAK

THE MOST AMAZING YEAR IN MY LIFE 


READERS


THANK YOU FOR ALL YOUR SUPPORT.
SALAM RAMADHAN.


RIN AHMAD


1. MY FIRST STORY ARLUNA = MY FAVOURITE PART
2. MY SECOND STORY GADIS EDISI TERHAD = NEW ENTRY
3. MY THIRD STORY JEJAKA EDISI TERHAD = MY FAVOURITE PART
4. MY FOURTH STORY UNTUK SEMUA DOSAKU = NEW ENTRY
5. MY FIFTH STORY POKOK KRISMAS BERGERAK = NEW ENTRY



           “Jom, swimming.” Ajak Johan dan mendukung Arluna yang masih di ribaannya ke katil.
            Cepat sahaja Johan menukar baju yang sedang tersarung di badan berganti dengan seluar pendek Nike separas peha.
            “I can walk.” Arluna membantah. Tak penat ke Johan dari tadi dok meribanya. Dukung ke hulu ke hilir? Aiseh memang kasanova kelas satu lah.
            “No. Nak jugak dukung.”
            “Taraa...kat sini je boleh?” Arluna yang didukung diletakkan perlahan di dalam bath tub. Tingkap di hadapan bath tub yang menghadap laut dibuka.
            Angin petang  menerobos masuk membuatkan Arluna memeluk tubuh kesejukan. Johan memeluk Arluna dan bertinggung di hadapan bath tub. Air panas dibuka dan dibiarkan mengalir. Arluna menarik bahu Johan dan menyembamkan mukanya ke dada Johan. Dia mula teresak – esak.
            “Kenapa nangis? Shooshh...” Johan memeluk Arluna dan tangannya mnegirai – ngirai rambut Arluna.
            “Nothing. It just I’m so afraid.” Sungguh dia benar – benar cintakan Johan Arif. Kalau hatinya tidak tertawan, tak kan sedari awal dia menerima lamaran Johan. Arluna cuma kesal dia langsung tidak mempertimbangkan kisah silam Johan sebelum ini. Kalau betul Johan masih cintakan Fazleen maka dialah isteri yang paling malang di dunia.
            “Nina, kenapa ni? Salah saya tadi okay but I did say sorry. Apa yang Nina takut? Tell me honey. Please.” Johan mencium rambut Arluna yang harum semerbak. Err... bau peach, seriously? Sekali lagi Johan mencium dan membelai – belai rambut Arluna. Wah, betul rambut isterinya harum seperti bau buah peach!
            Dia tahu hati isterinya terluka dengan tegurannya yang agak kasar sebentar tadi. Kasihan pula. Kalau Abah tahu macam ni aku layan anak sulung dia ni harus segala keturunan Tajul Mulok turun ni.
            “Saya sayang isteri saya yang manja ni. Kalau tak nak cakap pun tak apa. Just stop crying. Come.” Johan masuk juga ke dalam bath tub yang agak selesa dan besar dan membiarkan Arluna menangis. Tubuh Arluna dipeluk erat.
            “Joe. I always like this song tau. Selalu melalak time – time tengah buat assignments. Dengar tau. Ni kira balas pantun tadi ya.”
            “Okay. I’m listening.”
            “I don´t know where we´re heading. I´m willing and ready to go. We can´t drive it so fast we just need to slow down. And just roll.”
            Memang kelakar giler lah nyanyi lagu rancak Cheryl Cole sambil nangis – nangis tapi memang Arluna macam tu pun. Kalau sedih, orang yang membuat dia sedih yang akan dicarinya juga. Baginya kalau orang tu buat dia sedih, orang tu jugak kena buat dia gembira. Kalau dulu Umi marah, Abah pujuk mesti dia tak nak. Nak jugak Umi yang pujuk. Kalau Umi tak nak pujuk, dia sendiri yang pergi peluk Umi. Johan dah tegelak sakan dengan kerenahnya sekarang. Malunya...
            Johan masih memeluknya erat. Tangan kirinya mula menarik blinder tingkap. Tali bikini mula melurut ke bawah. Bersama suami, selalu orang cakap kalau tengah terluka, isteri akan tewas apabila digoda tetapi bagi Arluna tewas itu taat.




                “Meen, aku nak pergi beli ais krim. Nak tak?” Ferhad bangkit dari kerusi.

            “Strawberry flavour ya.” Jasmeen mengangkat ibu jari. Memang terbaiklah makan aiskrim sambil – sambil menjamu mata ni.

            Jasmeen membetulkan Gucci sunglasses yang melurut ke hidung apabila Jasmeen membetulkan selendangnya sebentar tadi. Sengaja dipilih selendang berwarna hitam dengan fesyen lilitan separuh meninggalkan sebahagian daripada selendang terbuai – buai ditiup angin. Ringkas sahaja Jasmeen hari ini dengan belted silk-georgette top Antonio Berardi yang berwarna ungu gelap dipadankan dengan asymmetric leather jacket berwarna coklat dan seluar denim biru.

            “Flower and strawberry flavour for my lady.”

            Jasmeen tersentak. Matanya dipalingkan ke arah suara garau yang amat dirinduinya. Fareez! Betul Fareez yang sedang berdiri di hadapannya dengan sebelah tangan memegang sekuntum ros putih dan sebatang aiskrim. Perkataan yang Jasmeen sempat tangkap sipi – sipi di hujung telinga hanyalah flower, flavour, what? Tiba – tiba jantungnya berdegup kencang, tidak tahu hendak beriaksi.

            “Assalamualaikum.” Fareez duduk di sebelah Jasmeen.

            Nak tergelak pun ada tengok Jasmeen terkejut sampai tak terkata begini. Bagi salam dululah biar enjin otak si Bunga Melur ni panas dulu.

            “Waalaikumussalam.”

            “Ada pun suara. Nah.”

            Aiskrim bertukar tangan. Rasa macam menggeletar seluruh badan Jasmeen melihat panahan mata Fareez. Tarik nafas. Hembus nafas. Ulang lagi Jasmeen. Jasmeen memberi arahan kepada dirinya sendiri. Sungguh tak terkata.

            “May I?”

            Fareez berdiri menghadap Jasmeen, membongkok dan menyelitkan ros putih yang sengaja dipatahkan baru tadi di celah lilitan tudung Jasmeen.

            “Sekarang bagi ros putih, kejap lagi bagi yang merah pula nak tak?” Fareez dah memulakan aura sengal dia.

            “Err..this one is nice already. Thank you.” Jawab Jasmeen tak dapat menangkap maksud Fareez.

            “Accept?”

            “Dah ada kat sini, terimalah.” Jasmeen menunjukkan jari ke arah bunga ros yang melekat ditudungnya dan tersenyum.

            “Wow, senangnya awak maafkan saya.” Fareez terjerit riang dan berdiri di hadapan Jasmeen.

            Saya? Sila tulis dalam diari tarikh hari ini kerana manusia bernama Fareez bin Ilham membahasakan dirinya  S.A.Y.A. Saya tahu tak! Jasmeen rasa macam nak keluarkan pen dan diari sekarang juga takut – takut terlupa nak tulis sejarah ni.

            “Meen, I am sorry. Rasanya awak tak tahu kot ros putih tu maksudnya I am sorry. Will you forgive me?” Fareez duduk di rumput menghadap Jasmeen yang duduk di kerusi.

            Over mamat ni tau! Jasmeen terkedu. Lembap betul dia nak menangkap maksud Fareez. Sumpah tak ingat bukan tak tahu. Kalau dah kerja jual bunga, tanam bunga, gubah bunga dan segala bagai yang melibatkan bunga dan pokok tak kan tak tahu kot. Ros merah pula maksudnya ‘i love you’.

            “Meen, say something.”

            “Bila sampai?” Jasmeen mengubah topik perbualan.

            “Semalam. Datang dengan Ferhad.”

            “Dah agak dah. Semalam tidur mana?” Jasmeen menjawab perlahan.

            Kalau tak ada pakatan kotor macam ni, tak adanya Ferhad sibuk nak datang layan pokok ceri ni. Jasmeen je yang rajin nak melayan kerenah Ferhad. Hujung mata Jasmeen mengekori langkah Fareez yang kembali duduk di sebelahnya. Masing – masing membuang pandang ke tasik.

            “Marriot. Bethesda.”

            “Jauhlah dari rumah saya. Saya duduk Manhattan.” Pada hal Jasmeen sudah dapat mengagak.

            Mesti rancangan Ferhad. Dihantarnya Fareez ke Bethesda dahulu barulah paksa dia turun ke Tidal Basin ni konon – konon nak re-unite. Hampeh punya adik!

            “Lagi jauh Malaysia dengan New York.” Balas Fareez berjenaka.

            Ishh..lama betul si Bunga Melur ni amik masa nak panaskan enjin. Biasanya Jasmeen cepat je bab – bab menjawab dan memotong cakap dia. Sudah bosankah Jasmeen melayan kerenahnya?

            “Meen. Talk to me please.” Rayu Fareez lembut.

            “I’m listening.”

            “Sama ke talk and listen?” Fareez bertanya .

            “I miss talking to you. Saya rindu dengar awak membebel la.” Fareez cuba menjentik perasaan Jasmeen.

            “Eeiii..ada ke macam tu. Bila masa pula saya membebel kat awak?”

            Fareez tersenyum. Mengena pun umpan. Kena trigger sikit barulah cik adik ni lantang nak menjawab. Kalau tak jawabnya dua tiga patah je. Tadi sekurang – kurangnya dua belas patah perkataan.

            “Tak ke? Macam ya je.”

            “Bila?”

            “Cuba ingat.” Giat Fareez.

            Jasmeen tersenyum sendiri. Betul lah cakap Fareez, memang dia kuat membebel pun. Kalau dia tak kuat membebel pasti dia boleh ingat bahagian mana yang dia membebel. Haruslah perempuan bersikap begitukan? Kalau tak membebel tu maksudnya kita tak kisah. Kalau tak kisah tu maksudnya kita tak sayang kan?

            “Meen.”

            “Ya saya.”

            “I am sorry.”

            “Dah banyak kali dengar. Dah banyak kali baca ayat yang sama.” Jawab Jasmeen berbisa.

            Fareez tersenyum. Memang pun. Agaknya dah berapa ratus kali dia menaip perkataan I am sorry disetiap hujung email yang dihantar kepada Jasmeen. Walau pun hanya satu emailnya yang berbalas, Fareez tak pernah jemu menghantar email kepada Jasmeen walaupun kandungannya sekadar I miss you. Ikutkan hati hujung minggu selepas pemergian Jasmeen ke New York terus Fareez mahu menyusul tetapi dia mengambil keputusan untuk tidak tergesa – gesa. Pasti ada hikmahnya atas segala yang berlaku. Fareez yakin berjauhan dengan Jasmeen untuk sementara waktu mungkin adalah jambatan untuk memperbaiki hubungan mereka jika mereka ingin maju lagi setapak.

            “Habiskan ais krim tu dulu. Dah nak cair tu. Nanti kejap lagi nak dengar lagi saya cakap sorry.”

            “Fareezzzz...” Jasmeen tergelak. 



            “You never tell me you love me Sara. Never.”
            “Action speaks louder than words.”
            “Not enough. Nak dengar jugak. Hari ni. Sekarang. Wajib.”
            Amboi! Dah pandai main paksa – paksa.
             I like!
            Sara tersengih. Nampaklah sikit ciri – ciri nak melentur Sara yang kadang – kadang boleh buat – buat terlupa dia dah ada Que Zafril dalam hidupnya. Mereka menggunakan tempoh masa untuk masing – masing menyesuaikan diri dengan pekerjaan baru serentak dengan mengenal hati budi masing – masing.
            “Okaylah. Ajarlah macam mana. Tak menuntut lagi ilmu memikat anak teruna orang ni.” Sara buat – buat suara merajuk.
            Mereka menyusuri jalan – jalan kecil di Templer’s Park. Angin petang di taman bertiup sepoi – sepoi bahasa dengan awan berarak mendung. Cuaca yang mendamaikan. Pokok – pokok di kiri dan kanan jalan yang dilalui mereka amat cantik dengan bunga – bunga berwarna kuning tengah mekar berkembang.
            “Contoh, pembaca berita ramalan cuaca di The Maui News, mereka boleh menyampaikan ramalan cuaca yang sama dengan ayat yang berbeza. Dengar ni and you better think your ways of saying I love you fast.” Arah Que menarik perhatian Sara. Kalau tak gertak si Sara ni, ada harapan dia nak buat bodoh sahaja. Penat dia membebel nanti.
            “First, partly sunny with a stray shower, second, partly sunny maybe a shower, third, some sun with a shower possible, fourth, chance of a shower partly sunny otherwise and lastly, a few clouds and maybe shower.” Que tersenyum.
            Sara tergelak. Gila punya kerja. Penat bina ayat, maksud sama sahaja.
            “Gelak jangan tak gelak. I want to hear yours.”
            Sara memejamkan mata. Otak kiri pun kena jalan sekali ni. Kalah soalan periksa semester akhir ambil kursus kejuruteraan.
            “I’m falling for you. Okay cliché.”
            “Never mind. Next.”
            “I cherish you like nothing else, I’m beguiled with you, I venerate you.”
            “Wow! Improving. Last.” Que tersenyum Gigih benar Sara membina ayat – ayat cinta paksaan.
            “I need you more than anything else.”
            “Okay I’m touched. They are all sound better than I love you.”
            “Seronok kenakan orang?”
            “Orang nak dapat hadiah, kenalah dera sikit – sikit.”
            “Hadiah?” Mata dah berkelip macam Minnie Mouse.
            Que berhenti menolak stroller Sean Nadhif.
            “Sebelum tu dengar ni. My own ways of expressing my love to you.”
            “Jangan cakap ayat – ayat ni pun stok edisi terhad.” Perli Sara.
            “Main kasar ya. Ayat edisi terhad tapi untuk the one and only Sara Nabila.” Que tergelak. Potonglah Sara ni. Baru nak masuk lane romantika.
            “1, 2, 3 go.” Sara dah gaya penjaga garisan tiup wisel nak mengenakan Que.
            “You fill my heart, you are the one and only for me, you are all I see, you are my treasure and lastly you gonna be Mrs Zafril. Say yes?”



         “Itu fitnah Azri. Lili yang fitnah kita. Kenapa nak teruskan kerana fitnah yang akan merosakkan masa depan awak, masa depan saya?”
            “No comment.” Azri malas nak cakap dia dah kena belasah dengan Encik Tajudin tinggal separuh nyawa. Kot dramatik dan hilang segala kejantanan pula. Kalau orang tu bukan Papa Lisa harus mohon minta nyawa dia serang balas tapi malangnya serangan yang tak boleh nak dibalas.
            “Berdiri di sebelah saya. Kita terangkan kepada keluarga saya hal kita yang dah lama berlalu. Please.
            “No.” Balas Azri dan melepaskan putaran pen. Kot pening pula pen ni tapi perbuatan daripada memutar pen bertukar kepada menekan – nekan hujung pen yang tak bertutup.
            Tap! Tap!
            Kot patah nanti pen tu dek ketidak stabilan emosi Syed Azri. Dia pun serba salah. Tak boleh nak membayangkan hidup bersama Nur Lisa setelah lama berpisah. Sama lagi kah Nur Lisa di sebalik auratnya yang kini terjaga rapi? Masih menggiurkan lagikah Nur Lisa? Rasanya jawapannya ialah ya dan masih kerana setiap pertemuan dengan Nur Lisa menggetarkan perasaan yang sama. Hanya ego yang dibesar – besarkan menghalang hati yang teramat menginginkan Nur Lisa tapi kejamkah dia kalau dia nak Nur Lisa kerana nak semata – mata? Cinta, ya dulu. Sekarang?
            Azri mengeluarkan sebatang rokok daripada kotak yang terletak di atas meja. Penenang jiwa di saat kusut. Sama juga macam Lisa dulu. Kaki hembus juga tapi kalau nak membayangkan Lisa merokok dengan tudung di kepala rasanya dia pengsan dulu kalau nampak depan mata. Kalau dulu pun dia tak suka perempuan merokok apatah lagi sekarang.
            “Sebut pasal fitnah ni teringat buku yang saya baca. Orang zaman dulu kalau kena fitnah sanggup lari duduk dalam gua atau penjara semata – mata untuk melarikan diri daripada fitnah.”
            “Cerita pasal orang buat apa. Masalah kita ni lagi besar.”
            “Tak lah kot awak nak sangat elakkan fitnah adik sendiri tu. Saya nak buat tawaran lah ni. Saya boleh hantar awak pergi Gua Tempurung. Nak? Cantik tau gua tu.” Azri tergelak. Sengaja membakar perasaan si gadis.
            “Kalau nak ikutkan cerita awak tu I wish I could. Orang zaman dulu buat macam tu bukan sebab tak nak paksa kahwin tapi sebab nak elakkan diri dari ketidak adilan duniawi dan tawaran duniawi yang menyesatkan dan mengasingkan diri begitu akan mendekatkan diri kita dengan Allah. Masalahnya dalam dunia realiti saya, there's no cave for me to run towards and I certainly wouldn't choose prison.”
            “If you choose prison to avoid this marriage, I’ll be your visitor for life.” Azri tergelak lagi.
            Dia malas nak fikir. Banyak benda yang memang mengundang fitnah dan dalam hal ini susah untuk dia memberi jawapan yang tepat. Dia nampak satu ruang kelabu yang keliru. Yang tiada jawapan yang betul atau salah malah kalau difikirkan hanya memungkinkan jawapan yang jauh menyimpang daripada kebenaran.
            “Main – main pula. Tak kan awak nak kahwin orang kolot macam saya.” Lisa akhirnya buntu dan kehabisan idea nak memujuk Azri. Degilnya tak berubah.
            Tegang suara Lisa kedengaran tapi Azri buat – buat tak kisah. Dia boleh faham perasaan gadis kesayangannya, si Jumeirah Jane.
            “Kolot tak kolot. Senang kahwin dengan orang yang nak kan kita. Nanti dia mesti jaga kita kan?”
            Lisa mengetap bibir mendengar Azri tergelak sinis di hujung talian. Dia nak tahu cerita sebenar sebelum menghadap Papa. Dia nak tahu pendirian orang yang di hujung talian yang nampak tenang sahaja nak dijodohkan dengannya. Tipikal Syed Azri bin Syed Gilani!
            “Call off this wedding. Please.” Lisa akhirnya merayu. Dia tak sanggup menjadi barang mainan Lili dan Azri. Sampai hati mereka.
            “Lisa, saya banyak kerja. Daddy and your sister in law to be kirim salam. Mereka tak sabar nak jumpa awak minggu depan. Kalau ada nak kirim apa – apa barang kat Dubai untuk engagement day nanti, let me know. Like it or lump it dear. Next time don’t choose passion. The word is haunted.



            “Mommy, baru balik Mekah ke ni?” Bell tersengih dan duduk bersila di atas karpet tebal di ruang tamu.
            Turut menyertai aktiviti Mommy yang sedang membelek – belek plastik di hadapannya. Macam – macam ada dalam beg plastik tersebut. Kurma Ajwa, halwa dan buah – buah kering, tasbih warna – warni, gelang kilat – kilat, sejadah, kopiah dan jubah.
            “Nenek kirim dengan Uncle Syuib tadi. Kan Nenek baru balik Mekah.”
            “I’m old and classic. Sorry, Bell lupa.”
            “Sibuk memanjang. Kerja gaji 3 ribu kalah orang gaji 30 ribu. Kamu tak nak balik kampung sangat jumpa Nenek.”
            “Hey Mommy...Mommy...jangan cakap orang ya. Mommy pun sama tak balik kampung. Kalau tak Nenek kirim kat Mommy lah kan. Kantoi kata nak balik jumpa Nenek. Mommy pergi mana?”
            Kampung Baru pun kira kampung kan?
            “Errr.....ah! Cantik jubah ni Bell. Cuba pakai.” Mommy tersengih mengelak. Mak dengan anak dua kali lima. Mana Daddy tak pening kepala.
            “Alahai. Cantik pun nak pakai pergi mana jubah ni.” Bellina menyambut jubah hitam yang dadanya tersusun batu permata berwarna putih berlian dan kristal pelangi dijahit kemas di lengan. Ringkas tapi nampak menarik dengan susunan batu – batuan yang kreatif dan tak terlalu sarat.
            “Pakai pergi dating la. Kan cantik kenakan dengan tudung.”
            “Mommy!”
            Bellina terjerit kecil. Malu kena bahan dengan Mommy. Maklumlah Mommy tergelak pecah perut apabila tengok Bellina balik bertudung selepas keluar dengan Darren. Daddy cakap Alhamdulillah, dia rasa terharu, Mommy buat muka perli dia rasa macam muka kena cili. Sadis betul penangan nak jadi anak solehah Megat Amani.
            Mommy mengarah agar Bellina mencuba jubah yang dihulurkan. Bellina menurut. Cantik juga jubah ni. Dia bergerak ke hujung ruang tamu yang agak tersorok dan bersambung dengan balkoni ke kolam renang bertutup di dalam banglo mereka. Baru nak tanggalkan seluar skirt kembang yang dia pakai, Kiki menelefon.
            Sambil bercakap, sambil dia tanggalkan skirt. Tak sedar dah berjalan sampai ke depan kolam renang. Kiki ni ada je cerita lawak. Ada pula kisah Datuk Iskandar yang tergilakan dia tunggu Bellina dalam hujan lebat dijadikan bahan. Kiki cakap dia pun sangkut kat Putrajaya sebab gatal nak pergi Alamanda.
            Skirt dah melurut ke lantai. Sebelah tangan terkial – kial memegang telefon, sebelah tangan nak buka zip blouse pendek di belakang. Dia selamba je, dah sah kat rumah ni sekarang tinggal dia dengan Mommy je. Apa lagi, jadilah model Victoria Secret sekejap. Set pink terang dia pakai pagi ni baru beli minggu lepas.
            Hujung telinga terdengar Mommy bercakap dengan seseorang. Hmm....Auntie Jenna lah tu kot. Sahabat semati Mommy. Rapat kalah dia dengan Kiki.
            “Kira kau ganti aku dating dengan Datuk Is lah ni?”
            Bellina tergelak besar apabila Kiki menjerit di hujung talian. Rambut panjang yang diikat dilepaskan dan rambut gatal diurut dengan sebelah tangan yang sedang memegang jubah. Bellina riuh mengusik Kiki sambil sebelah dua kaki dimasukkan ke dalam jubah yang diletakkan di atas lantai. Bellina tunduk dan menarik jubah ke atas. Teknik pakai jubah sambil buat kerja lain. Jubah dah siap tersarung di badan tinggal separuh lengan sahaja belum masuk.
            “Aaaa....” Bellina tersadung hujung jubah yang labuh meleret dan hilang imbangan.
            “Gosh! Thank you.” Bellina menarik nafas lega. Baru berpaling dan nak tersenyum, tengok muka Darren yang tersengih – sengih terus muka Bellina jadi muka Snow White. Pipi dah pink. Tangan refleks menarik blouse di lantai dan diletakkan di atas kepala.
            “Darren! What are you doing here?” Bellina terjerit.
            “Daddy you suruh datang. Assalamualaikum Bellina.” Darren menyembunyikan senyuman dan berpura – pura serius.
            Anggap je lah yang dia nampak tadi bonus di pagi hari. Confirm lagi seksi dan menggiurkan daripada semua stok yang dia pernah ada. Memang betul lah Daddy cakap stok ustazah. Pakai jubah depan kolam renang? Pemandangan unik tak pernah dia tengok kat bumi. Kalau kat Planet Nameck bini Raja Syaitan Pikor pakai jubah pergi berenang tak tahulah. Hmm...tapi kalau kat dalam set pink terang macam Adriana Lima atas pentas, tak kisahlah kat luar jubah saiz XL pun. Rambut Bellina yang panjang dan seksi mengurai? Pergh!
            “Waalaikumussalam. Pusing belakang. You tak nampak kan?” Bellina mengarah tapi malu tak usah cerita. Tak tahan dengan mata Darren konon sinis memandangnya. Segan kat ustaz ni ooi!
            “Errr...nampak Mommy you ke? Mommy you ada kat depan. Dia yang suruh I cari you kat sini.” Darren buat – buat tak berdosa.
            “Jalan ke depan. Tunggu I datang balik kat living room.” Bellina memberi arahan lagi. Terlebih sporting Mommy ni. Kalau Daddy jangan harap. Dating luar pagar lah jawabnya.
            “Bell.”
            Darren berpusing ke arah Bellina tapi mata dipejamkan rapat. Konon tak nak tengok pada hal dah selamat simpan kenangan dalam kotak memori.
            “Ya.”
            “Tak payah lah tunang Bell. Jauhkan maksiat. Kahwin terus okay?”
           Bellina tersedak. Rasa macam nak cucuk mata Darren yang sedang terpejam tapi bibir tersenyum.
            A sexy masculine smile to die for!






Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...