Thursday, 28 June 2012

Untuk Semua Dosaku (USD) Bab 23


            Lisa pelik melihat Lili tersenyum – senyum selepas berbual di telefon. Gaya macam bercakap dengan Bos tapi lepas letak telefon, gaya macam orang angau. Lisa dapat tangkap Lili cakap ‘Ya Bos’, ‘Baik Bos’ tapi yang pelik siap gelak – gelak.
            “Ehem...lepas cakap dengan Bos pun tak kan lah nak kena sengih sana – sini. Semacam je Kak Long tengok.”
            “Tak ada apa – apalah.”
            “Jangan cakap pak we Lili tu Bos Lili.” Lisa mengusik. Sakit hati kena hantar Lili sekali pun tapi kalau dah namanya hubungan adik beradik, dia tak kisah beralah. Lagi pun kenalah layan berbual, jenuh nak tunggu sampai JB bawak jalan lurus macam ni.
            “Tak ada pak we lah.” Tengku Akhbar seorang je yang Lili tengah target ni tapi Kak Long janganlah kacau line. Lili menyambung jahat di dalam hati. Cinta pertama. Pertama kali tengok di KBU, hati Lili dah jatuh tergolek – golek.
            Nak tergelak pun ada sebab tiba – tiba tak ada hujan tak ada rebut Tuan Syed telefon. Nak tanya okay ke tak dan nak tanya balik JB dengan siapa. Sah Najwa dah siap bagi laporan penuh dia balik JB dengan Lisa. Memang dari awal lagi dah rancang nak suruh Lisa yang hantar dan perancangannya yang biasa – biasa pada asalnya kini dirasakan seperti amat hebat. Nak sangat dia tengok mereka berdua ni apabila bersemuka macam mana gaya agaknya. Tak seronok dengar Najwa cerita. Dipaksa Najwa cerita kisah pagi banyak kali tapi jawapan Najwa menghampakan. Nampak macam kenal tapi tak ada cakap – cakap pun. Muka Lisa garang sahaja Najwa cakap. Dengar Najwa cakap reaksi Lisa garang tu gaya macam benci benar Lisa dengan Tuan Syed tapi kenapa? Kenapa mereka berpisah kalau dah gayanya macam Romeo dan Juliet dalam gambar tu.
            Kalau budak – budak hotel tahu Tuan Syed ini suatu ketika dulu milik kakak dia, agaknya popular tak sekejap dia kat Hotel Seri Murni? Aci tak dia guna Lisa nak tarik perhatian Tuan Syed? Mana tahu tahun ni dapat anugerah pekerja cemerlang lagi. Tak gerek la pula nak popular pakai nama Lisa. Lili pun dah cukup komersial apa nama tu. Lili bersangka baik. Bukan dengan cara ini dia akan buat untuk mencantas jalan Tengku Akhbar tapi Lili dah cukup gembira dengan panggilan Tuan Syed tadi. Entah kenapa dia rasa Tuan Syed telefon semata – mata kini dia adik Lisa dan bukan sebagai seorang pekerja.
            Tuan Syed: You dah balik JB?
            Lili: Dalam perjalanan. (Pehal tetiba nak tahu ni?)
            Tuan Syed: Samalah kita. Saja nak tahu you okay ke tak.
            Lili: Ya Bos. Saya okay. (Wah, caringnya Bos aku. Uwekkk ni ada udang dalam mee.)
            Tuan Syed: Balik JB macam mana ni? Dengan siapa?
            Lili: Dengan kereta. (Confirm. Udang kara dalam mee ni, bukan sebarang udang. Tunggu ya Bos, surprise!!)
            Tuan Syed: Jumpa esok.
            Lili: Baik Bos. (Hahaha....padan muka. Dia sengaja tak jawab balik dengan Lisa)



            “LILI nak drive.”
            “Tak payah. Kalau Kak Long mengantuk baru tukar.” Lisa menolak pelawaan Lili. Lagi pun tak sampai Seremban pun lagi.
            Budak tengah remaja memang suka test power. Bagi Lisa, memandu kena fokus. Mana ada istilah test power. Bawak Perdana je pun. Kalau Ferrari, Beemer, Posh ke lainlah. Bawak pulak kat jalan di German. Walaweii kenangan terindah. Rugi kalau belajar di German tapi tak nak ambil lesen di sana. Bila lagi nak merasa bawak kereta macam pelesit. Selamat dan tak kena saman pun. Had laju yang dinasihatkan lebih daripada had laju maksima kat sini. Kat sana 130km sejam had laju yang dinasihatkan. Kat sini 120 km sejam dah kira macam roket. Entah buat apa bayar tol, ada lebuh raya elok – elok pun tak tahulah. Had laju maksima autobahn, ikutlah had laju kemampuan kereta anda. Berani bawak, berani tanggung.
            Baru Lili nak buka mulut nak memujuk Lisa, telefon si kakak berdering. Lili berkerut dahi apabila Lisa menghulurkan telefonnya minta jawab.
            “Apa?” Lili menyambut telefon dengan malas
            “Tolong jawab. Handsfree tertinggal dalam handbag lagi satu.”
            Terlupa nak ambil handsfree yang dia sumbat dalam poket depan beg tangan yang digunakannya ke pejabat pagi tadi. Lepas bercakap dengan Lydia, tangan gatal sumbat handsfree dalam beg. Patutnya tinggalkan setiap masa kat dashboard ni. Kan dah susah kalau stok suka tukar – tukar beg tangan ni. Ya lah, kata balik JB acara santai. Tak kan nak usung beg tangan Braun Buffel kulit berkilat – kilat yang dia bawak pergi pejabat hari – hari. Cukuplah dengan beg jenama XOXO yang santai nak turun JB.
            “Hello Kak Lisa. Darling ni. Sedihla akak tak datang rumah petang ni.”
            “Ops. Ni bukan Kak Lisa. Dia tengah drive.”
            “Oh sorry.” Muram sahaja suara budak nama Darling ni.
            “Nak pesan apa?”
            “Tell her I love her. Bye. Assalamualaikum.”
            Lili tergamam. Dia pernah lah tengok budak nama Darling ni. Baru darjah dua kot. Sopan dan comel tapi selalu lupa nak tanya Lisa siapa dia ni. Lydia kawan Kak Long ni janda ke apa?
            “Siapa?” Lisa menjeling ke sebelah sekilas.
            “Darling. Dia cakap ‘tell her I love her’. Dia anak luar nikah Lydia ke Kak Long?”
            “Lili! Jangan kurang ajar sangat mulut tu.”
            “La tanya je. Pakai tudung, tutup litup belum tentu baik pun. Macam Kak Long la. Dulu bukan main lagi.” Lili tersenyum dalam hati. Nak je cakap macam dia tak tahu Kak Long dengan Tuan Syed dulu dah macam laki bini pun. Nasib baik tak ‘ter’ada anak luar nikah je. Entah – entah ada? Siapa tahu kan?
            Lisa membrek kereta dan memberi signal kiri dan berhenti di laluan kecemasan. Dia dah tak boleh sabar. Dia boleh terima kalau perempuan tua busuk di German menghinanya, remaja – remaja di German yang tak tahu apa itu agama Islam sebenarnya atau dihina oleh Syed Azri tapi darah daging sendiri? Dia tak nak jadi macam kakak Lydia.
            “Lili turun sini. Turun!” Lisa mencerun ke arah Lili. Matanya besar kecik – besar kecik sahaja melihat Lili sekarang. Kalau tak diajar, sampai bila pun Lili ni tak reti nak hormat dia sebagai kakak.
            “Apa ni Kak Long?”
            “Dengar sini ya Lili. Kak Long dah cukup sabar apa yang Lili buat pasal rumah sewa tu. Kak Long dah cukup sabar apa yang Lili burukkan Kak Long dengan Tengku Akhbar. Ingat Kak Long tak tahuke? Lili cakap Kak Long menyewa dengan kekasih? Siapa yang kenakan Kak Long suruh menyewa dengan lelaki? Lili pernah fikir tak entah – entah kakak Lili ni mati kena rogol dan bunuh kat sana? Pernah tak sesaat pakai otak tu fikir pasal orang? Pernah tak?” Lisa menjerit lantang.
            Dia tak peduli langsung berhenti di laluan kecemasan adalah suatu kesalahan. Kalau dia terus memandu pun, mungkin dia tak boleh nak fokus dan bakal mengundang kemalangan sahaja.
            “Betul Lili nak tahu siapa Darling?”
            Lili diam. Takut kalau Lisa benar – benar tinggalkannya di tepi jalan. Hey kat mana ni? Betul – betul sunyi tempat Kak Long berhenti. Dahlah hampir senja.
            “Tak..tak..Lili minta maaf. Lili tak cakap macam tu lagi.” Lili tergagap – gagap memohon maaf. Dalam hati menyumpah – nyumpah. Apa yang Kak Long buat selalu mengena sahaja. Macam mana dia nak menang sekarang kalau sah kereta ni Kak Long yang pandu. Kalau dia nak melawan maknanya mencari nahas.
            “Darling anak sah taraf. Dia anak yatim piatu. Dia anak saudara Lydia. Lebih tepat anak kakak Lydia. Tahu macam mana Darling boleh jadi anak yatim piatu? Sebab....”
            “Kak Long tak apalah. Tak payah cerita.” Lili mengangkat kedua – dua belah tangan gaya meminta ampun. Jalan cerita nampak macam syahdu. Tak kuasa dia nak menangis sebab budak kecik tu.
            “Dengar! Kak Long nak Lili dengar.”
            “Kak Long....” Lili dah takut mendengar suara Lisa yang tegas dan garang. Sebijik macam gaya Papa kalau mengamuk. Ishh...lembut – lembut Lisa yang macam Mama pun, rupa – rupanya ada bahagian yang dia menurun perangai Papa.
            “Kakak Lydia kahwin dengan boyfriend dia lepas kena tangkap khalwat. Mereka memang sosial zaman muda. Masing – masing dah kerja. Dah kahwin, sebab dua – dua pasangan ni sebenarnya budak pandai, mereka mula berubah. Kakak Lydia mula nampak cahaya Ilahi. Suaminya pun sama. Kemudian mereka dapat Darling. Lepas beberapa bulan mereka kahwin baru mengandung. Tapi masyarakat kita suka menghukum semata – mata melihat kisah silam. Pernah kena tangkap khalwat. Jadi Darling semua orang cakap anak luar nikah.”
            “Err...”
            “Lepas Darling lahir, suami kakak Lydia meninggal dunia kemalangan. Keluarga Lydia kaya raya. Anak Tan Sri Ahmad, kenal?”
            Lili menelan air liur. Tak kan tak kenal. Eh, Danish Lutfi anak Tan Sri Ahmad tu adik Lydia lah kot? Siapa tak kenal, playboy seantero. Semua artis baru yang muda bergetah dia sapu.
            “Keluarga Lydia menentang apabila kakaknya nak berkahwin dengan pasangannya. Maklumlah kena tangkap khalwat. Laki tu pula anak orang biasa – biasa tapi dorang tak tahu laki tu lah punca anak mereka menemui jalan yang benar. Keluarga lelaki tu pun menentang juga sebab kononnya tak nak anak mereka kahwin dengan anak orang kaya yang sombong. Dalam hidup kadang – kadang dalam musibah kita bertemu cahaya. Kenapa? Kerana tiapa kali kita susah, kita akan lebih dekat dengan Allah.” Dia faham perasaan Durrah, kakak Lydia.
            “Jadi kakak dia kahwin tak dapat restulah? Anak derhaka betul.”
            “Kat situ ya dia jadi anak derhaka tapi pilihan Durrah menemukannya dengan jalan Allah. Habis bagus sangat ibu bapa yang dah tahu anak mereka perangai macam syaitan dan membiarkan anak – anak terus hanyut? Dah kena tangkap khalwat pun tak bagi kahwin pada hal masing – masing nak bertanggungjawab? Masing – masing dah kerja dan cukup syarat sah kahwin?”
            “Tak la...” Suara Lili kendur sahaja.
            “Masing – masing dah berubah tapi keluarga Lydia tetap memandang hina Durrah dan suaminya. Macam dalam drama Kak Long rasa tapi realitinya memang wujud lagi sistem kasta macam tu. Durrah betul – betul kembali ke landasan yang betul. Pernah suatu hari Durrah balik rumah masa tengah mengandung, seluruh keluarganya pulaukan dia. Dia cakap Durrah anak orang Arab mana sesat. Berkelubung macam tu. Kalau setakat nak sorok perut baik tak payah.”
            “Bodoh betul keluarga Durrah tu. Lydia mana? Kenapa dia tak stand up for her sister? Nampak dia pun baik je.”
            “Cakap orang bodoh. Yang tadi hina orang pakai tudung, tutup litup tu kenapa? Awak tu pun bodoh sama. Sama macam masyarakat Melayu tipikal. Orang nak berubah bukan nak sokong, nak menjatuhkan lagi ada.”
            “La...sorry la.”
            Lisa menjeling cermin belakang. Geraklah. Sambil bawak kereta pun boleh cerita. Harap – harap Lili ambil pengajaran. Lisa yang positif. Lili yang negatif. Penat Lisa cerita, dia angguk, dia geleng, masuk telinga kanan kemudian keluar telinga kiri.
            “Lydia kat London. Masih belajar. Durrah kahwin, tak ada orang bagitahu dia pun. Dia balik pun masa Durrah dah tenat. Sakit awalnya mungkin kerana tekanan. Tekanan orang sekeliling. Lepas suami Durrah meninggal dunia, keluarga mentuanya menuntut hak jagaan cucu mereka tapi mana boleh. Hak jagaan anak mestilah dapat kepada Durrah. Tak payah nak turun naik mahkamah sebab Durrah bekerja dan tiada sebab untuk dia tak layak menjaga Darling tapi sebab keluarga mentua selalu buat hal, selalu pergi serang Durrah, akhirnya dia tak tahan. Tiap kali Darling menangis, tiap kali Darling merengek, Durrah semakin merasakan tekanan membesarkan anak seorang diri. Tekanan daripada kawan – kawan sekerja yang memandang serong melihat Durrah membesarkan Darling seorang diri juga cukup hebat. Tekanan dari depan dan belakang, kiri dan kanan membuat dia kerap mengambil pil – pil penenang. Bertahun lamanya Durrah memendam rasa. Mencari redha Ilahi tanpa sokongan sesiapa pun. Habit yang melekat lama – kelamaan membuat hatinya rosak.”
            “Mati sebab tu? Apa bingai punya budak opis macam tu?”
            “Biasalah kerja dengan KPMG. Atas office, bawah pub. Meeting client dan lepak lepas kerja pun kat pub. Tiba – tiba Durrah berubah, mesti susah nak co-op dengan existing environment dia. Nak tukar kerja bukan senang. Family pun dah tak support lagi. Nak tak nak kena kerja. Kak Long nak tanya ni. Apa Lili rasa penyebab kematian dia? Sakit hati yang rosak atau sakit hati yang terluka dengan tekanan sekeliling?”
            Lisa mengeluh. Lili tak akan mungkin mengerti. Lili masih jauh di alam remaja yang mengkhayalkan. Dia faham perasaan Durrah. Sekali kita bertemu titik cahaya, nak menggapai cahaya tersebut agar menerangi seluruh hidup bukan senang. Terutamanya orang – orang seperti Durrah dan dia. Dosa – dosa semalam menjadi alibi masyarakat untuk menghukum. Dosa – dosa semalam membuat diri rasa terhina dan kadang – kadang terasa kerdil bukan setakat di mata Allah tapi di mata masyarakat sekali pun. Semua yang dilalui oleh Durrah pernah dilalui oleh Lisa. Bezanya Durrah bertemu cahaya bersama orang yang tersayang. Orang yang tersayangnya pergi dalam iman, dalam senyuman. Orang tersayang Lisa? Menghinanya dan langsung tak menghormati pilihannya.
            “Sakit hati kot.” Lili endah tak endah sahaja menjawab.
            Lisa diam. Sakit hati yang dirobek dengan kata – kata memang boleh melumpuhkan semangat. Sayang Lydia tiada di samping Durrah. Lydia dulu tak seliar Durrah, dunianya belajar dan belajar sahaja dan taklah sebaik sekarang tapi bersama Durrah di saat – saat akhir hidupnya menitipkan cahaya dalam jiwa dan raganya juga. Sehingga Lydia sanggup membawa Darling ke London bersamanya. Memanglah ada duit semua jadi. Lydia lebih daripada mampu untuk mengupah pengasuh untuk menjaga Darling tapi untuk membesarkan seorang kanak – kanak seperti anak sendiri? Lisa tabik berkali – kali. Lydia pernah meminjamkan diari arwah Durrah kepadanya. Rasanya air matanya mengalir sehingga tertidur membaca duri dan rintangan yang dilalui oleh arwah. Bila ditanyakan kenapa Lydia mahu dia membacanya. Jawapan Lydia membuat Lisa terpana.
            “Saya tak tahu ajal saya bila. Saya tak akan selalu di samping Lisa. Kalau suatu hari nanti Lisa keseorang dan diuji tanpa henti. Jangan mengalah. Jangan sesekali mengalah. Untuk berubah, kita kena kuat. Ya sokongan orang sekeliling penting dan kita harapkan tapi ingatlah, kalau ditanya amalan kita di akhirat nanti pun kita keseorangan, maka untuk mencari jalan ke syurga, apa salahnya seorang diri. Kalau benar tidak ada orang nak menyokong kita sekali pun. Allah kan ada. Tak cukup kasih sayang Allah untuk kita?”
            Hanya air mata yang menjadi jawapan kepada soalan Lydia. Yang membuat seorang Nur Lisa kuat. Yang membuat seorang Nur Lisa mampu melupakan seorang Syed Azri. Dia faham Lydia tak mahu Lisa lemah seperti Durrah. Memang kebiasaan Lisa akan mengambil pil Duromine atau Xanax kadang – kadang bukan kerana anxiety disorder yang dialaminya pun, tapi kadang – kadang semata – mata untuk melarikan diri dari masalah atau sebagai jalan penyelesaian singkat. Lydia tak nak Lisa jadi seperti Durrah kalau suatu hari nanti Lisa keseorangan.

            Kerana seorang sahabat yang inginkan yang terbaik untuk Lisa.
        Kerana Allah telah menetapkan ujian yang menguji ketaatan Lisa.
        Kerana ujian bakal menuntut seorang isteri menutup aib seorang suami.
        Yang bakal diharungi seorang diri.
        Yang bakal terpendam dalam hati.
        Yang bakal menusuk duri mawar ke tangkai hati.

            Seakan – akan Lydia mampu membaca rintangan yang menanti di hadapan Lisa. Mampukah Lisa menjalani dugaan tanpa Lydia, sebagai isteri? Sebagai isteri kepada seseorang yang tidak pernah diharapkannya walau pun dicintainya sepenuh hati. Sebagai isteri seorang Syed Azri aturan adik yang menabur fitnah dan aturan takdir Nur Lisa.
            Semester terakhir Lydia meninggalkan Lisa sendirian dia bumi German, dipupuk kata – kata Lydia di dalam hati. Nasihat Lydia yang mengatakan memang ramai orang yang bertemu hidayah jauh di rantau kerana di rantau orang, hati cepat menjadi sunyi, menjadi walang dan tersentuh. Paling penting, di tempat orang senang nak membezakan baik dan buruk. Jelas perbezaannya. Di Malaysia kadang – kadang nur Ilahi terkambus antara adat dan budaya, terselimut antara yang fasikh dan yang benar.
            Lisa memandu dalam keadaan sedikit pilu. Lili di sebelah dah tertidur. Sampai di R&R Seremban mereka berhenti untuk makan dan solat jamak. Baik berhenti awal – awal daripada dah malam benar, leceh nak berhenti. Lisa nampak Lili terus keluar dari surau selepas solat. Dia pula lama berteleku di sejadah. Lama Lisa panjatkan doa. Mengharapkan hadirnya Syed Azri, kembalinya Syed Azri seketika cuma mungkin untuk mengingatkan dosa – dosanya yang lalu. Mungkin dia sudah lalai di mana – mana. Mungkin amalannya ada yang terkurang di sana - sini. Syed Azri hanyalah bayangan kisah silam. Untuk mengingatkannya tentang hari ini. Hari ini yang dia bernafas untuk mencari keredhaanNya.
            Lisa melangkah keluar surau dengan perasaan yang bercampur - baur. Lisa mengatur langkah di lorong yang menyambungkan surau, bilik air dan kedai – kedai sambil mencari kelibat Lili. Tadi Lili cakap nak beli cool blog. Bab solat, Lili kalau suruh boleh pula ikut. Tapi tadi dia gertak nak tinggalkan kat sini. Acilah kan. Sesekali pakai kuasa veto kakak. Lagi pun benda wajib terpaksa ke tak terpaksa ke memang wajib kena buat. Lama – lama okaylah. Sebelum melangkah ke kereta, sekali lagi Lisa membuang pandang ke arah surau. Terkenang coretan diari kehidupan Durrah setiap kali menjejakkan kaki ke rumah Allah yang sudah dihafalnya.

March 2003
            Rupa – rupanya, rumah Allah memberi sejuta ketenangan. Darling menendang – nendang di dalam perut. Mungkin seronok dibawa melangkah ke rumah Allah. Kenapa lambat benar dia berjumpa tempat sebahagia ini? Kenapa kelab – kelab malam yang menjadi tempat bahagia di zaman remajaku? Ya Allah, ampunkan dosa – dosa hambamu yang hina ini. The tragedy of my life is not that it ends so soon but that I wait so long to begin with. For everything I have today, thank you Allah. Alhamdulillah.

April 2003
            Sekali lagi bersama Daddy mengimarahkan majlis ilmu di masjid berhampiran rumah kami malam ini. Darling gembira agaknya. Menendang – nendang dengan aktif apabila balik ke rumah. Daddy Darling pun teruja. Kami semua gembira tapi jauh di sudut hati, terasa kebahagiaan ini sementara sahaja. Bukan aku tidak bersyukur tapi hati ini tetap sakit. Rindukan Mama, Papa seperti mana Daddy Darling rindukan Mak dan Ayahnya. Semoga suatu hari nanti Darling tidak akan merindui kami seperti kami merindui kalian. I know life was never meant to be easy but I never thought it would be this hard. Still, thank you Allah. Alhamdulillah.

March 2004
            Berada di tempat yang sama. Walau pun ketenangan berada di rumah Allah tetap mendamaikan jiwa tapi kini hatiku tidak dapat tidak diselubungi duka. Dulu bersama Daddy Darling tapi kini Mommy keseorangan. Besar dugaanMu ya Allah. Kau berikan ku seluruh cahaya hidayahMu tapi kau ambil satu – satunya temanku. Mampukah aku menghadapi dugaanMu ini? Mampukah ya Allah kerana aku semakin lemah. If I ever have someone to talk to and to share with, I would only ask one question. Have you ever felt so alone and nothing makes sense? Well that’s how I feel right now. I feel like I’m facing everything myself, with nothing but tears and fake smiles. Again, I am still grateful. Alhamdulillah.

            Tubir mata Lisa mula bergenang. Sekurang – kurangnya Durrah bertuah. Merasa menjejakkan kaki bersama orang tersayang di rumah Allah. Dia?            Sedang Lisa menala mata ke hujung taman di hadapan surau R&R untuk menahan air mata daripada tumpah, Lisa yang sambil menyusun langkah, terhenti melangkah tiba – tiba. Air mata yang hampir tumpah di pipi diseka dengan hujung lengan baju. Beg tangan XOXO tersandang di bahu beralih ke tangan. Terbuai – buai beg tangan berhias taburan bentuk love yang comel dan cantik dimainkan di tangan kanannya. Jenama beg kegemaran Lisa. Entah dia tak peduli orang lain kenal ke tak jenama beg XOXO ni tapi dia suka je. Mata yang ditundukkan memandang hayunan beg cuba mentafsir bayangan di hadapan. Sama seperti bayangan yang dilihatnya di hadapan Masjid Ul Ummah di Munich dulu. Syed Azri, bayangan atau kenyataan?
            Hadirnya Syed Azri dua kali dalam lintasan mata di hadapan rumah Allah. Sebelum Azri kembali ke Malaysia, dia ingat kali terakhir dia nampak Syed Azri ialah di hadapan Masjid Ul Ummah, Munich tapi mungkin juga sekadar bayangan sebab jarak yang jauh juga. Apatah lagi setelah lama mereka tak bersua sejak Lisa berpindah ke Olydorf. Azri tak pernah mencarinya di Olydorf. Bohonglah kalau Azri tak tahu Lisa berpindah ke mana kerana dia pernah terserempak dengan Hanif dan memberitahu tempat tinggal barunya. Tak kan Hanif tak tolong pukul canang? Atau namanya sudah diharamkan disebut oleh Syed Azri tapi kali ini Lisa mula goyah. Baru di tengah embun pagi tadi, dia berjumpa dengan Azri. Tak kan sekarang orang yang dia nampak sedang berdiri sambil menghisap rokok di taman seberang jalan ialah Azri? Bukankah Azri di Kuala Lumpur? Tak kan dia silap. SSB Syed Azri yang menawan hati remajanya dulu hanya satu di dunia. Okay tak kira SSB Jake Gyllenhaal, Ryan Reynolds atau SSB model kacak Gabriel Aubry atau David Gandy sekali pun, hanya SSB anak Tuan Syed juga yang melekat di kepala.



            AZRI mencampakkan puntung rokok ke dalam tong hijau di hujung taman. Taman yang betul – betul menghadap surau R&R Seremban. Penat memandu seorang diri. Entah kenapa dia rajin nak menghabiskan masa di R&R. Biasanya kalau setakat KL-JB atau JB-KL dia akan rembat sahaja. Malas nak membuang masa berhenti. Tadi dia sempat dengan santainya minum kopi siap makan mee rebus. Tak sedap langsung. Akhirnya dibiarkan sahaja tak habis. Sekarang, dah habis rokok sebatang, perut terasa masih lapar. Beli roti pun cukup. Macam tak biasa alas perut dengan roti. Kalau Lisa dulu, dapat cheese bun dah menjerit macam dapat makan seekor kambing. Suka sangat.
            Lisa? Azri menarik nafas dalam. Lisa tinggalkan dia tanpa sepatah kata malam itu. Dia tak kan lupa. Dia tinggalkan Lisa di bumi Germany tanpa sepatah kata juga. Adil bukan? Cinta? Kasih sayang yang dia taburkan Lisa belum cukup ertinya. Lantas bagaimana lagi dia nak tunjukkan cintanya, buktikan betapa pentingnya Lisa dalam hidupnya?
            Bukan dia tak menghormati perubahan Lisa tapi egonya menambat jiwa yang pernah dibalut duka. Bukan takut dengan bayang – bayang sendiri tapi takut langkah Lisa tak mampu diikuti dan akhirnya Lisa memandangnya penuh hina. Biarlah mereka berpisah begini. Walau pun hati sakit tapi egonya masih bertempat. Dia boleh hidup dipandang Lisa dengan kebencian tapi bukan kehinaan. Cantiknya Lisa, ayunya Lisa sekarang mungkin bukan untuknya lagi. Dia tak layak pun untuk Lisa. Memuja dari jauh mungkin atau meneruskan hidup dengan bersandarkan kenangan lalu. Cukup? Cukuplah. Selama ini pun, hari – harinya bukan ditemani oleh kekasih atau mana – mana perempuan pun. Hidup juga. Azri malas nak fikir lebih – lebih walau pun tanpa sedar tadi dia menelefon Lili. Buat malu hero. Tak pernah umur dia nak telefon tanya – tanya khabar macam tu. Dia memang Bos yang prihatin tapi kalau setakat mabuk waktu bersuka ria, dah di luar etika kerja nak kena ambil berat pula.
            Azri membeli cheese bun dan sebotol Coke. Malas nak berlama – lama dengan orang yang makin ramai. Dengan plastik di tangan, Azri menuju ke arah bertentangan, tempat keretanya diparking. Sebelum tu singgah dulu masuk bilik air. Basahkan muka yang agak mengantuk dan lemau ni. Keluar dari bilik air, elok dia mengesat mukanya dengan sapu tangan, baru perasan lighter tadi tertinggal di atas bangku di taman. Laju kaki melangkah ke taman. Harap – harap ada lagilah. Azri tersengih apabila lighter biru masih berada di atas bangku. Sempat sebatang lagi rokok dibakar. Tengah menghembus asap dengan penuh nikmat, mata terhala ke arah seseorang yang juga sedang memandangnya. Lisa? Dia nampak Lisa cepat – cepat mengalihkan pandangan. Rokok tidak dihabiskan dan dicampakkan sahaja ke dalam tong sampah. Azri berjalan perlahan menuju ke arah Lisa. Tak pula dia melarikan diri. Tegak macam patung sahaja.
            “Lisa.” Azri menegur berhati – hati. Takut salah orang pula.
            “Assalamualaikum.” Lisa berpaling dan berdiri memandang Azri. Nak lari pun nampak macam budak tadika pula.
            “Nampak saya awak nangis? Kenapa? Terharu sangat ke?”
            Azri nak tergelak tapi air muka Lisa yang mendung macam baru lepas menangis membuat dia tak sampai hati nak meletuskan tawa. Senyum je la. Jumeirah Jane yang dah jadi Ustazah Nur Lisa baru lepas menangis. Kenapa agaknya?
            “Tak tapi pelik.”
            “Apa yang tak? Apa yang pelik? Kalau dah jodoh tak ke mana.”
            Lisa mengetap bibir mendengar usikan Azri. Jodohku siang dan malam kupinta agar diketemukan dengan seseorang yang mampu membimbingku. Azri? Not in million years!
            “Kali terakhir saya nampak awak. Kat Munich. In front of the mosque. It’s you, it’s really you. Right?”
            “Kalau orang tu handsome macam saya. Ya kot.” Azri tersenyum lagi.
            “Ya lah. Apa yang saya cakap, apa yang saya pilih, mana pernah penting bagi awak. Semua nak main – main. Tak pernah nak serius. Tak apalah.” Lisa melangkah meninggalkan Azri.
            “Lisa...okay look.” Azri menarik tangan Lisa.
            “Azri...” Lisa hampir terjerit kerana terkejut tapi cuba mengawal suaranya daripada memalukan Azri di tengah – tengah orang ramai.
            “Ops! Sorry tapi berlapik kan?” Azri cepat – cepat melepaskan tangannya yang mencengkam lengan Lisa kuat. Terlupa batasan yang dijaga oleh Lisa sekarang. Tertampar sekali lagi egonya. Bosan!
            Lisa menarik tangan kanan yang dilepaskan oleh Azri dan menunduk.
            “Kenapa panggil saya ‘Azri...’ macam tu lagi? Kenapa nak merajuk lagi? Merajuk dengan orang yang sayangkan kita Lisa. Yang cintakan kita. Patut ke saya pujuk awak sekarang? You tell me.” Azri menyambung senafas. Meluahkan apa yang terbuku setelah kisah mereka di Pasing berakhir.
            Senafas Azri menuturkan kata – katanya. Senafas sesak nafas Lisa mendengarnya.
            “Azri...”
            “Lagi. ‘Azri...’ Jangan Lisa. Jangan.” Azri menghela nafas dalam. Lisa sahaja yang memanggilnya lembut begitu. Panggilan yang dirasakannya penuh dengan kasih sayang.
            Lisa makin menunduk. Termalu sendiri dengan kata – kata Azri yang semuanya benar. Lenggok bahasa adalah jenis zina. Macam mana dia boleh lupa manusia boleh hanyut hanya kerana suara merdu?
            “Saya jalan dulu.” Lisa tersenyum sekadar menghormati Azri dan meminta diri. Sebak masih menguasai diri. Tiba – tiba dia betul – betul menjiwai perasaan Durrah sekarang. Beginilah rasanya mencintai seseorang tapi sebenarnya jauh. Durrah terpisah nyawa, dia? Terpisah dengan pilihan hidup yang berbeza.
            Have you ever felt so alone and nothing makes sense? Well that’s how I feel right now. I feel like I’m facing everything myself, with nothing but tears and fake smiles.
            Lydia, bukan setakat Durrah Nujhan, seorang yang bernama Nur Lisa pun boleh kehilangan arah dan panduan kerana tersesat dalam ulitan cinta dunia. Kuatkan semangatku ya Allah. Betul diri terasa kosong. Kosong kerana dulu Azri dunianya. Dia belum hilang ingatan. Jauh diusir segala kenangan bersama Azri di Pasing dulu sekali pun, semuanya datang bertandang sekelip mata. Kalau dibuang sekali pun segala gambar – gambar kenangan mereka berdua, Lisa tetap tak mampu membuang ingatannya sendiri.



Pasing, Germany

            “Azri tolong please....please...”
            “Sebut nama Azri tu ikut nota muzik yang betul ya.”
            “Azri...”
            “Lagi?”
            “My love, my shining sun, honey bunny, darling, sweetie pie, my everything....”
            “No...no...lagi...” Azri mengarah sambil bercekak pinggang.
            Amboi! Nak minta tolong sikit pun bukan main kena buli. Lisa memasamkan muka.
            “Azri...Azri...Azri...”
            “Congratulations. You just hit the right note! Okay. I’ll do.” Azri menepuk tangan. Dia suka cara Lisa memanggilnya begitu. Antara mereka tak pernah wujud istilah panggilan mesra tapi cara Lisa memanggilnya amat istimewa. Betullah orang cakap, keserasian wujud sebab toleransi. Lisa amat bertoleransi selama hidup dengannya. Tak sama dengan kemanjaan Damia Humaira yang tipikal. Lisa manja bersahaja. Lisa membuai hanya dengan memanggil namanya.
            “Okay, saya tidur dulu. Bye! Good Night!” Lisa terlompat – lompat keriangan. Seronok apabila Azri sanggup menolongnya menyiapkan assignment. Kacang je lah bagi senior pandai macam Azri tu. Dia sekadar mengambil kesempatan. Sungguh dah dua malam rasanya tak tidur. Macam ni seksanya jadi budak TUM. Pada hal baru semester ketiga.
            “Lisa...Lisa...come here.” Azri menggoyangkan jari telunjuknya.
            Baru nak tarik selimut, kena bangun balik. Dengan malas Lisa menuju ke meja belajar. Azri dah siap dengan pen dan kertas A4 kosong. Skrin laptop yang tadi menayangkan game poker dah bertukar kepada Words.
            “Kiss Pill. Nanti ngantuk.” Azri menarik tangan Lisa mendekatinya.
            “Yalah.”
            Cup!
            Lisa mengahdiahkan sebuah kucupan di dahi Azri.
            “Buat biar dapat full marks tau.”
            “Yes madam.”
            Lisa dengan senyuman berbaring siap sempat buat senaman betulkan urat di atas katil. Azri hanya tergelak melihat keletahnya.
            “Emmm...” Azri menghampiri Lisa di katil. Suis projektor pelangi dibuka.
            “Sleep with rainbow tonight. Tidur sambil dengar lagu MLTR, Sleeping Child ni okay.” Azri menepuk bahu Lisa sebelum kembali ke meja menghadap laptop. Lagu MLTR Sleeping Child dimainkan di laptop. Azri mula ralit membuat kerjanya. Untuk Lisa, demi Lisa.
            Lisa tergelak. Mata dipejamkan dan tak sampai berapa saat, dia sudah hanyut dibuai mimpi. Keesokan pagi, dia bangun dengan badan yang segar tapi Azri siap terlentok di meja belajar. Semata – mata nak menyiapkan assignment Lisa. Perlahan Lisa menghampiri Azri. Mouse digerakkan ke skrin dari muka surat pertama hingga ke muka surat akhir.
            Perfect!
            Lisa menguntum senyum. Belakang Azri ditepuk perlahan.
            “Wake up!”
             Lisa memeluk Azri dari belakang dan berbisik “Thank you dear.”



            AZRI sanggup berkorban apa sahaja untuknya tapi kenapa Azri tak sanggup untuk berjalan seiringan dengan jalan yang dipilihnya kini? Bukan susah pun. Malah ilmu Azri jauh lagi hebat dari ilmu di dadanya tapi apa gunanya ilmu tanpa amal?
            “Lisa, tunggu. Saya, ya saya yang awak nampak.”
            Air mata Lisa mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Tempat yang sama. Di hadapan rumah Allah. Waktu yang berbeza tapi perasaan yang sama. Dulu, memandang Azri dari jauh. Hati pedih dalam keterasingan. Kini, memandang Azri di hadapan mata tapi hati tetap pedih. Pedih dalam keterasingan.
            Lirik baris terakhir lagu Sleeping Child ‘keep you away from the world so wild’
melekat di kotak fikiran Lisa.
            Dear Azri, you can’t even keep me away from sin, the simplest sin, how can you ever keep me away from the world so wild?
            Dear Lisa, hold strong. Sometimes love just ain’t enough.



p/s: i think this song suits them well :(
I don't want to lose you
but I don't want to use you
just to have somebody by my side. I don't want to hate you,
I don't want to take you
but I don't want to be the one to cry.

And that don't really matter to anyone anymore.
But like a fool I keep losing my place
and I keep seeing you walk through that door.

(Chorus)

But there's a danger in loving somebody too much,
and it's sad when you know it's your heart you can't trust.
There's a reason why people don't stay where they are.
Baby, sometimes, love just aint enough.

Now, I could never change you
I don't want to blame you.
Baby, you don't have to take the fall.
Yes, I may have hurt you, but I did not desert you.
Maybe I just want to have it all.

It makes a sound like thunder
it makes me feel like rain.
And like a fool who will never see the truth,
I keep thinking something's gonna change.

(Chorus)

And there's no way home
when it's late at night and you're all alone.
Are there things that you wanted to say?
And do you feel me beside you in your bed,
there beside you, where I used to lay?

And there's a danger in loving somebody too much,
and it's sad when you know it's your heart they can't touch.
There's a reason why people don't stay who they are.
Baby, sometimes, love just ain't enough.

Baby, sometimes, love... it just ain't enough.
Oh, Oh, Oh, No



p/s/s: tetiba nak tambah. Since cter ni x hbs di blog, basically asal sy buat USD is nak share this value je kot. So the main objective of this USD is actually wrapped up in this epi. Dosa kecik, dosa besar, nak berubah, tepuk dada, tanya selera. Jgn harapkan org utk berubah. Sentiasa positif dlm hidup.
Yg lain bunga2 je kot. Kalau x cliche & sweet, sape nk baca kan? I'm great in making u guys ada rama2 dlm dada & flying & sitting on rainbow..hahaha...

Monday, 25 June 2012

Untuk Semua Dosaku (USD) Bab 22



Nota cinta: 12.12.12 some parts hv been removed :(


            Lie Lisa. Lie. Third lie is a poison to a blossom rose.
            “Ya lah tak ada. Eh, dalam banyak – banyak gambar, aku suka gambar ni. Gambar kau dengan Azri kat Schierke. Ni ha...” Tunjuk Adriana ke arah gambar Lisa dan Azri sedang beriba di atas kerusi di tengah – tengah taman macam taman negara di sana yang dipenuhi dengan salji.
            Lisa duduk atas riba Azri dan kedua – dua tangan memegang leher Azri. Masing – masing tersenyum riang. Masakan Lisa lupa, itu gambar yang ditangkap oleh Hanif. Mereka ramai – ramai bercuti di Harz National Park. Alang – alang dah sampai Hannover, nak ke Harz National Park tu ada dalam sejam. Musim salji tengah lebat tapi konon – konon nak ‘adventure’. Pakai dah tebal gaban pun dia rasa macam nak menyorok dalam baju Azri. Hehe.....zaman kanak – kanak riang. Balik Malaysia, masa tengok Twilight bahagian Edward bawa Bella dalam hutan nak tunjuk wajahnya yang kilat kena matahari dan bawa Bella terbang – terbang tu sebijik la macam hutan yang mereka pergi dalam gambar ni. Bezanya semua pokok – pokok besarnya dan tanahnya dilitupi salji. Lagi menakutkan suasana musim salji di Harz National Park.
            Melihat Lisa diam dan khusyuk memandang gambar tersebut, Adriana menambah.
            “You love him still, don’t you?”
            Lisa tergamam. Dalam masa sehari, kedua – dua sahabat kesayangannya bertanyakan soalan yang sama.
            “Mana ada.”
            Lie Lisa. Lie. Final lie is a heart break. Falling petals and thorns endure all the pain to the broken heart.

           


p/s: Hope 1 year with me is one good memory. As mine, u guys r osemmm!!
Tgu okay 2 bab lagi. XOXO!!!

Tuesday, 19 June 2012

Untuk Semua Dosaku (USD) BAB 21


            “Chen, tunggu esok je la. Tak kan you nak I pergi office pagi Ahad ni?”
            “Lisa please. I tak perasan I terdelete the document. I need to present on Monday morning so at least I kena tengok and rehearse dulu.”
            Lisa mengeluh apabila dipujuk oleh Chen, rakan sekerjanya. Penat buat laporan. Semua info yang dia kumpulkan adalah hasil kajian kumpulan R&D Otis di China. Di Malaysia, Lisa akan menganalisa semula dan mengeluarkan laporan berdasarkan kehendak pasaran Otis di Malaysia.
            “Bukit Damansara tu Chen. You ingat dekat ke dengan rumah I?” Lisa berdrama. Taklah jauh mana. Segala lebuh raya dah ada tinggal pilih je nak bayar yang mana kan.
            “I pay your fuel. I pay your toll. I pay your lunch.”
            “Tu bribe lah Chen. My salary dah cukup tak payah you nak bribe. Meet me there at 9. ”
            Nampak kecik sahaja tawaran Chen tapi rasuah tetap rasuah. Lisa dah insaf. Dah insaf hidup senang ditaja. Insaf hidup senang semata – mata berteduh di bawah payung lelaki. Biarlah dia hidup dengan hasil titik peluhnya sendiri. Gaji dia tak banyak sangat pun tapi 4 ribu tu dah cukup untuk menyara diri sendiri dan cukup untuk dihulurkan kepada Mama. Malah untuk Papa pun pernah dihulurkan walau pun ditolak oleh Papa. Malu agaknya. Lisa bukan membesar dengan Papa tapi dia sedar hidupnya di German pun banyak dibantu oleh Papa.
            Terutamanya dua tahun terakhirnya. Syed Azri dah tak ada. Payung emasnya semua dah dibuang. Tak ada istilah payung emas lagi dalam hidup Lisa. Yang ada masa tu istilah hujan emas adalah. Perit hidup di tempat orang. Kena berjimat cermat. Sibuk belajar, sibuk membetulkan diri. Betul sangat orang cakap hujan emas di tempat orang lagi bagus hujan batu di tempat sendiri. Hidup bersama Syed Azri umpama disimbah hujan emas. Indah dan mengasyikkan tapi cahaya emas yang berkilau ditemuinya di dalam hujan lagi bererti. Cahaya yang ditemui dalam hujan emas. Cahaya yang ditemui di saat cinta sedang mekar berkembang. Membiarkan diri basah diulit hujan emas atau mengekori cahaya yang ditemuinya adalah sebuah keputusan yang paling sukar pernah Lisa buat. Keputusan yang merobek hati sendiri demi sebuah kehidupan yang pasti. Hidup di alam sana.
            Pagi Ahad yang sengal, Perdana milik Mama sudah merentas jalan raya menuju ke HP Tower di Bukit Damansara. Lepas Subuh ingat nak bermanja – manja dengan Mama, nak masak istimewa untuk makan tengah hari dan petang pula ingat nak bawa Lili dan Mama keluar jalan – jalan. Kalau sekerat hari dah dibazirkan di luar rumah, balik nanti mood mesti dah tak ada. Harap – harap Lili bangun pagi ni dalam keadaan sedar dan tak menyusahkan Mama. Kalau tak nanti kasihan Mama. Mesti risau tengok anak perangai tak senonoh macam tu. Dia pernah macam tu dulu, dia faham perasaan Lili, dia faham perasaan Mama.
            Ikutkan hati dia nak tunjal – tunjal kepala Lili bagi otak kat dalam kepala tu bergegar dan insaf sikit tapi tu lah orang cakap, tak semua orang bertuah mendapat hidayah. Lili tu kalau nak kira tak kena pendedahan hidup sosial di luar negara langsung tapi gaya hidup kadang – kadang mengalahkan Lisa. Hidup nak best aje. Kalau macam dia tak menyusahkan Papa lainlah. Ini sikit – sikit Papa. Tak pandai nak hidup berdikari. Dalam mengata Lili, insaf seketika mengingatkan diri sendiri yang dulu tak segan silu berpayung di bawah payung emas Tengku Akhbar. Sejak dia bersama Syed Azri barulah istilah Friends For Benefits yang diamalkan tiap kali bersama Tengku Akhbar mansuh dengan sendirinya. Malulah, dah ada payung emas Made In Germany pun tapi tak segan – segan nak berteduh dengan payung emas Made In Malaysia.
            Bagaimanalah dia nak menebus dosanya dengan Tengku Akhbar? Dosa menggunakan wang ringgit Tengku Akhbar atas dasar persahabatan atau lebih tepat mengambil kesempatan. Salah Lisa juga dulu, tak ada perasaan pun tapi dilayannya Tengku Akhbar. Walau pun sebagai kawan dan jelas diletakkan garis pemisah tapi keakraban hubungan antara lelaki dan perempuan memang akan mengundang masalah. Berdosa! Dia baik, Tengku Akhbar suka dia. Bahkan suka sampai sekarang. Dia menjauh, Tengku Akhbar suka dia juga. Malah lagi suka kerana dia mengagumi pilihan Lisa dan sikap Lisa yang tidak hipokrit. Susah betul nak melarikan diri dari bayangan seorang sahabat. Betullah Tengku Akhbar seperti awan. Lisa berlari ke hujung dunia mana pun, awan akan sentiasa berarak menyelubunginya.
            Sekarang, betul Lili cakap Tengku Akhbar sudah berubah. Mereka hanya berhubung melalui e-mail sekarang. Itu pun secara kebetulan Tengku Akhbar berjaya menjejaknya di Facebook. Nasib baik Lisa tak aktif sangat Facebook, ada sekadar untuk berada dalam lingkungan sosial kawan – kawan dan rakan sekerja sekarang semata – mata. Dia pernah ‘stalking’ muka Facebook Tengku Akhbar. Ada gambarnya di Mekah, mengerjakan umrah. Tengok gaya Tengku Akhbar update status pun dia tahu Tengku Akhbar dah banyak berubah juga. Langsung tak ada status mengenai hiburan atau kehidupan sosialnya yang lalu. Kagum juga Lisa tengok maklumlah dalam lingkungan kerabat yang ‘hebat’ sangat tu tapi Tengku Akhbar berjaya membawa diri dengan matang. Ada sahaja ‘event invitation’ di muka Facebook nya yang Lisa arif sangat penuh dengan arak yang terhidang dan hiburan yang tak berpenghujung ditolak dengan manis. Kagum pun ada tapi Lisa segan nak komen secara terang. Dia hanya berdiam diri. Dia pun sibuk membetulkan diri setiap hari, tak mampu dia nak mengambil tahu hal orang secara berlebihan. Dia juga malu kalau Tengku Akhbar mengetahui jalan yang dipilihnya sekarang. Malu kerana Tengku Akhbar amat mengenali Lisa di masa lampau.
            Tak sampai sejam Lisa berada di pejabat, sekadar menyalinkan semula dokumen yang telah siap dan serahkan kepada Chen, dia meminta diri.
            “Lisa, lupa dulu you belajar mana? I mean which part of Germany?” Chen tiba – tiba bertanya.
            “Munich.”
            “Oh, My cousin Konztanz. Batch 2009.”
            “Dia belajar Universiti Konztanz la tu?”
            “Ya lah kot. I tak sure tapi I pelik when he’s talking about Diplom, FH. Apa tu?”
            “Tak ada yang peliklah. Dulu German pakai sistem Diplom macam bachelor tapi lain nama je dan mata dia kira lain sikit tapi dalam tahun 2004, dah banyak tempat tukar pakai bachelor. My uni 2008 still diplom tapi dimansuhkan one year after. Jadi kalau masuk TUM 2009 dah kira ambil bachelor lah.”
            “So that makes you batch?” Chen angkat bahu.
            “I batch 2008. Batch Euro 2008 yang German kalah final dengan Spain tu.”
            Chen tergelak.
            “Kenapa you gelak?”
            “Nasib you tak baguslah macam tu. Demam Euro tak menjadi.”
            Lisa tergelak juga. Mana dia nak layan bola tapi dia tahulah Hanif, Azri, Bird and the gang frust menonggeng. Istilah di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung benar – benar menyelinap di dalam jiwa waktu itu. Dia tumpang rasa sedih sikit je. Sikit je lah sebab kena pujuk Azri bagi gembira. Dia memang teman yang baik. Yang memahami seorang Syed Azri cuma si dia yang tak pernah langsung nak memahami Lisa. Dalam konteks jalan yang dipilih Lisa terutamanya.
            Ishh...Lisa mengucap dalam hati. Kenapa kenangan di German semua berputar kembali ni? Chen ni memanglah. Sebut pasal Konztanz lagilah Lisa rasa macam nak pitam. Lagi nak pitam dari kisah pagi tadi, kisah pertemuan cinta yang terlerai kerana keegoan seorang lelaki, kerana pilihan seorang wanita.



Die Blecnerie, Konztanz

            “Azri, where is he? Cakap dia accident. Kenapa saya kena jumpa awak kat sini pula? Mana Azri?”
            Ulang Lisa berkali – kali. Lisa mencerun melihat gelagat Hanif yang sedang tersenyum kambing. Sakit hati bukan kepalang. Dia sudah berjanji tak akan menjejakkan kaki ke kelab lagi. Lepas malam Azri merajuk tak nak keluar makan semata – mata Lisa tidak mahu menyarungkan gaun merah seksi Alexander Mc Queen, Azri mogok sehinggalah Lisa mengugut untuk berpindah. Kemudian mereka baik. Lepas tu gaduh balik. Bergaduh semua sebab Lisa menolak banyak permintaan Azri. Hubungan mereka kadang – kadang dah macam anjing dan kucing. Kali ini bukan Tengku Akhbar si anjing tapi Azri. He keeps coming back! Tak kira pilihan Lisa menyakitkan hati tapi Azri tetap datang jua kepadanya. Adakah Lisa akan menjadi kucing yang Azri pernah cakap? Once yelled, never come back? Setakat ini Azri belum lagi membuat hati Lisa hancur cuma kecewa dan kecewa dan kecewa kerana Azri tetap tidak terbuka hatinya untuk bersama – sama jalan terang yang dipilihnya.
            Lisa sudah merancang dalam kepala, kalau Azri begini selama – lamanya dan dia tak berjaya menjinakkan Azri, jawabnya astalavisata babeh! Dia tetap kena melangkah, menongkah arus yang dipilihnya.
            “Relaxlah Lisa. Apa serius sangat ni?”
            “Pasing-Konztanz is like KL-Penang. I’m so tired and you tell me to calm down?” Lisa bercakap seakan menjerit melawan latar belakang muzik yang berkumandang di segenap kelab. Sakit hati dengan jawapan Bird. Hanif sengih kambing tak habis – habis.
            Dia punyalah terkejar – kejar apabila menerima panggilan telefon daripada Bird. Kononnya Azri kemalangan. Dia tahu mereka ke Kontanz dengan kereta. Azri yang memandu. Berapa kerat je antara mereka yang ada lesen sini. Azri tu memang pantang cuti memang jadi pelanggan setia EUROPCAR atau Herz untuk menyewa kereta semata – mata nak pergi berjalan. Bab tu ada sikitlah nampak Azri ni stok anak orang kaya jugak sebab dia malas nak naik keretapi pada hal punyalah superb kalau jalan – jalan dengan keretapi kat sini. Jadi memang percaya bulat – bulat apabila menerima berita kemalangan Azri. Terus dia kemas barang dan bertolak. Sepatah pun dia tak sempat beritahu Lydia pemergiannya ke Konztanz. Tiba di Konztanz, Hanif menyuruhnya datang ke sini dan bukannya hospital. Dia dah syak yang bukan – bukan tapi demi Azri, Lisa melangkahkan kakinya jua ke tempat yang penuh maksiat ini.
            “So I guess this is a prank. Where is he?” Jerit Lisa marah.
            Dia bukan budak – budak nak meneka lawak bodoh jejaka – jejaka di hadapannya ini. Kalau Azri betul – betul ditimpa kemalangan, sampai mati dia akan menyalahkan dirinya. Azri beria ajak pergi tapi dia tolak mentah – mentah. Dahlah 3 hari lepas bergaduh bagai nak rak. Semata – mata dia tak nak ikut pergi Alte Galerie. Dia dah jemu berseronok. Dia dah puas hidup berterabur. Kalau dulu semua hiburan dunia menenangkan hatinya tapi kini membaca qalam Allah umpama mendengar muzik paling indah. Lagi indah daripada dendangan Bittersweet Symphony. Lagi indah daripada dendangan The Beatles I Want To Hold Your Hands yang pernah Azri nyanyikan.
            Musim sejuk kali ini lain ertinya bagi Nur Lisa. Banyak masa dihabiskan sendirian selain daripada melepak bersama Lydia dan Darling. Sesekali menghabiskan masa bersama Azri yang selalu lepas tangan memang membuat hati Lisa resah dan gelisah tapi dia belum cukup kuat untuk melangkah pergi tapi doanya setiap hari semoga Allah memberinya kekuatan untuk meninggalkan studio kecil yang melakar kehidupan indah antara manusia alpa Syed Azri dan Nur Lisa.
            “Gotcha!” Azri memeluk pinggang Lisa dari belakang.
            “Ya Allah. Are you okay?”
            Lisa terjerit kecil dan menolak tangan Azri perlahan, menjaga air muka sang kekasih di hadapan rakan – rakannya. Lisa memandang Azri. Segak di bawah kerlipan lampu Die Blecnerie. Kenapa begini dugaan untukku? Kenapa cinta ini yang menuntut pengorbanan untuk kutinggalkan kesemua dosa – dosaku?
            “Dear, we gotcha you. I want you to be here, with me. We are just celebrating the semester ends? Forget now that I’m not a student anymore?”
            Mana Lisa boleh lupa. Hari – hari yang dia terseksa menghitung dosa – dosanya di studio kecil itu. Nak lari, kaki seperti dipalang. Azri dah bebas. Dah habis program Masters dan hanya menanti tawaran daripada Bosch seperti yang dirancangnya. Azri akan bekerja sambil menantikan Lisa menghabiskan pelajarannya lagi 2 tahun. Dalam bergaduh, bertekak dengan Lisa yang ‘baru’ pun, dia terharu dengan kasih sayang Azri yang tak pernah surut. Kalau Azri merajuk terus dan tinggalkan dia kan senang. Tak payah dia nak buat keputusan. Tak payah nak berada di persimpangan dilema.
            “You are fine. I’m glad. Alhamdulillah.” Lisa tersenyum dah terus menapak meninggalkan Azri.
            Senyuman dipaksa untuk orang tersayang. Dalam hati bersyukur Azri selamat, tak ada apa – apa pun. Dalam hati juga pilu tak terkata. Sampai hati Azri mempermainkannya. Azri sepatutnya jelas dengan pilihannya. Dia tak kan hanyut dengan dunia sosial. Dia dah penat. Dosa yang lalu pun tak mungkin surut, darah daging yang terhasil dengan minuman syaitan tak akan hilang pun dalam diri. Tak mampu Lisa mengenang dan selangkah Lisa menapak keluar pintu Die Blecnerie, air matanya tumpah jua.
            “Lisa...Lisa...tunggu.”
            Lisa berhenti melangkah. Azri berdiri di hadapan.
            “Boleh tak sporting sikit. Awak pun dah datang dari jauh. Let’s have fun and I’m sorry if this is overboard.”
            “I forgive you Azri jangan risau tapi saya tetap nak balik.”
            “Lisa, alang – alang dah sampai pun. Awak tak rindu ke nak hang out with me like we used to be?”
            “Rindu. Rindu sangat tapi kalau nak jumpa, nak hang out pun bukan kat situ. Bukan macam dulu – dulu. Berapa kali saya nak cakap Azri? Awak sepatutnya menyokong pilihan saya malah awak patut berbangga dengan saya tapi sampai hati awak permainkan saya macam ni? Pasing-Konztanz ni macam rumah kita dengan rumah Lydia ke? Menapak je sampai?” Lisa menyapu air mata yang bersisa di pipi.
            “Lisa.” Azri cuba memeluk Lisa. Mahu mententeramkan Lisa. Dia kalah melihat titisan air mata di pipi Lisa.
            “No.” Lisa menolak tubuh Azri kasar.
            “Boleh tak jangan keras sangat. We’ve been together years and we’ve done lots more than this. Please....”
            “Tolong hormat saya. Perlu ke saya merayu agar awak menghormati saya or should I say even if we’ve been together thousands years, the fact is you are not my husband. Awak tak halal untuk saya. Dan saya pejam mata untuk kisah silam kita.”
            “Lisa!”
            “I better get going before things become worse.”
            “It’s worse already and I hate when you pretending to be good when I know who you are inside out.”
            “Then hate me.” Bergegar dada Lisa mendengar perkataan ‘pretending’.
            “I hate you did this but how can I hate someone that I love more than my own breath?” Azri menarik tubuh Lisa kasar dan mengucup bibir Lisa rakus.
            Pang!!!
            “I’m sorry.” Lisa memohon maaf.
            Tak pernah sekali pun Azri menyentuhnya kasar, Azri sentiasa membelainya tapi kali ini balasan belaian itu ialah sebuah tamparan. Tamparan dihadiahkan ke pipi Azri cukup untuk memberitahu Azri bahawa Lisa maksudkan setiap kata – katanya.
            Lisa melangkah pergi. Dia yakin kini pilihannya. Lagi lama Lisa menanti, kasih sayang dan cinta Azri hanya akan membutakan lagi hatinya. Azri hanya menjerit memanggil – manggil nama Lisa tapi dia tahu Azri tidak akan mengejarnya. Apa yang nak dikejar lagi?
           


            “KAK Long mana?” Lili yang bangun baru tidur keluar dari bilik dan menyapa Puan Laila dengan soalan yang amatlah manis. Bukan reti nak hulur tangan bersalam.
            “Kerja.” Puan Laila menyendukkan nasi goreng ke pinggan. Melayan Lili macam puteri. Lili bukan selalu ada di rumah. Sesekali apa salahnya melayan si anak dengan mesra.
            “Mama...kenapa bagi Kak Long pergi kerja? Kan Papa suruh Kak Long hantar Lili balik JB. Ahad pun kerja ke?” Lili mencuka.
            Kereta sendiri sudah disuruh Najwa bawa balik JB. Esok dia kerja. Tak kan nak balik naik bas? Pleasee...Naik kapal terbang? Ada ke tiket kalau nak beli minit – minit terakhir macam ni?
            “Makan dulu Lili. Kak Long ada on call. Sekejap je. Nanti balik.” Puan Laila menggamit Nur Lili ke meja.
            Lili masam sahaja tapi rindu juga nak makan masakan Mama. Masakan Mama memang sedap nak dibandingkan dengan masakan Mak Cik, mak tiri mereka. Nak buat macam mana, dah dia yang pilih nak duduk dengan Papa, haruslah kena berkorban. Nak hidup senang katakan. Kalau dengan Mama, harus berkurung sahaja lah dalam rumah. Nak dapat duit belanja setakat sepuluh ringgit bolehlah kot. Nak dapat kereta jauh sekali. Kalau dengan Papa, nak apa semua dapat. Papa mewahkan anak – anak. Seawal tahun pertama Lili di UITM Terengganu kerana melanjutkan pelajaran dalam bidang Hotel Management and Tourism lagi Papa dah belikan Lili kereta.
            Hidup Lili jauh lebih senang daripada hidup Lisa. Bezanya Lisa tak pandai nak mengejar kehidupan senang yang ditagih Lili. Lili pula memanglah stok mementingkan diri sendiri. Dah tahu duduk dengan Papa senang, dia terus memilih untuk tinggal bersama Papa. Satu sahaja yang dia cemburukan Lisa, hidup di Kuala Lumpur lagi seronok sebenarnya. Dia tahu langkah Lisa sepanjang mana di Kuala Lumpur. Beza mereka berdua, tiada siapa yang mempertikaikan langkah panjang Lisa kerana keputusan akedemiknya yang sentiasa cemerlang. Bah kan teramat cemerlang walau pun hakikatnya aktiviti sosial Lisa kalau dibukukan, lagi tebal daripada Kamus Dewan! Dia pula sentiasa dipantau rapi oleh Papa dengan alasan pelajarannya tak semenggah mana tapi selalu je Lili terlepas dari kawalan. Mana boleh dia tengok sahaja si kakak joli katak jauh nun di Kuala Lumpur, dia pun nak merasa juga. The Zone di Stulang Laut tu pun jadilah.
            Jadi sesekali datang ke Kuala Lumpur, mestilah Lili nak bersuka ria tanpa halangan. Kalau tumpang Papa datang KL lepas tu tidur rumah Mama, sahlah dia segan nak keluar. Lili taklah secekap mana bab – bab beralasan dengan Puan Laila. Mungkin sebab jarang berjumpa, jadi kalau bercakap bohong ada sahaja bahasa yang tersangkut. Kantoi lah jawabnya kalau kena soal siasat dengan Mama. Kes pagi tadi pun Lili yakin Lisa tak kecohkan kepada Mama.
            “Lara sihat kat sana?”
            “Sihat. Mama ni minggu lepas baru jumpa kan?”
            “Namanya anak Lili. Hari – hari Mama akan rindu.” Puan Laila sebak. Kalau Lisa, pasti tak akan berbahasa sekasar ini. Lisa amat memahami. Hatinya keras bertempat. Lili pula kurang terserlah karektornya. Mungkin masih hanyut seperti lalang. Perilaku remaja yang hanya mementingkan perasaan sendiri.
            Puan Laila sebenarnya cuba untuk menyelami perasaan anak – anak. Ada 3 orang anak perempuan dan terpaksa berpisah pula tu. Hanya pada Lisa disandarkan segala harapan. Hanya Lisa yang boleh diharap. Itu yang kadang – kadang ada perangai Lisa di belakangnya yang kurang menyenangkan dibiarkan sahaja kerana sebagai seorang anak, Lisa tetap anak yang mendengar kata dan anak yang baik. Di hadapannya, Lisa adalah penawar hati.
            Sehinggalah Lisa pulang membawa seribu kegembiraan dalam hidupnya. Setelah lama hidup penuh cabaran bergelar janda, kepulangan Lisa umpama cahaya menerangi seluruh hidupnya. Menitis air mata Puan Laila memeluk tubuh Lisa di KLIA. Dia pun nampak air mata Papa Lisa sama bergenang. Kasih sayang mak dan ayah terhadap anak sulung orang cakap memang istimewa. Sukar digambarkan kerana anak sulung adalah permata hati yang pertama. Lambang sewaktu cinta tengah mekar dan kasih sayang dicurahkan sepenuh jiwa dan raga tanpa berbahagi. Itu hakikat yang tak dapat disangkal.
            Tengoklah apabila sudah berpisah, Lili dan Lara menjadi mangsa. Sayang kepada semua anak memang sama tapi seorang ibu tetap akan mempunyai kesayangan. Rasulullah pun mempunyai anak kesayangan apatah lagi dirinya yang hina ini. Hina dimata Allah kalau dikenangkan segala amalan yang tak seberapa. Kalau dia baik, taklah menjanda. Kalau dia baik, taklah anak – anak macam ni hasilnya. Sibuk melayan suami sehingga anak terabai tapi akhirnya ditinggalkan jua. Kenapa? Kerana dia tak mampu nak lahirkan anak lelaki dan perempuan perampas tu sekarang apa dah jadi? Seorang zuriat pun tak mampu nak bagi kepada Tajudin. Nasib baiklah Mak Cik mereka ni setakat busuk hati merampas hak miliknya tapi tetap seorang ibu tiri yang baik.
            Bersyukur Laila kerana Lili dan Lara membesar dengan tangan yang lembut juga walau pun bukan hasil tangannya, hasil didikannya, hasil kasih sayangnya. Kepulangan Lisa bukan setakat berubah penampilan tapi budi bahasanya berubah. Kalau dulu Lisa agak biadap dengan Papanya sendiri tapi kini Lisa mula berlembut. Perilakunya juga benar – benar memikat hati. Kalau dulu selalunya Lisa tak mencampuri urusan kerja menjahit dan melayan pelanggan yang datang bertandang tapi kini, semua pelanggan yang singgah di rumah memuji budi bahasa anak gadisnya ini. Pandai melayan tetamu.
            Jangan ceritalah Tengku Ateefa yang nak sangat bermenantukan Lisa tapi Puan Laila tak berani berjanji. Entah siapa anak Tengku Ateefa ni. Dia pun tak pasti Lisa sudah berpunya atau tidak. Kalau dilihat, masanya banyak dihabiskan bersama Lydia atau Adriana sahaja. Kalau ditanya, soalan ini dibiarkan sepi. Dalam hatinya berkata adalah tu agaknya tapi mungkin belum tiba masanya.
            “Mama...mama...” Lili mengejutkan lamunan Puan Laila.
            “Ini air Kak Long buat ke Mama yang buat?”
            “Mama sayang.”
            Lili tergelak. Apalah yang Mama fikirkan sampai muka terkejut begitu sekali.
            “Patut sedap.” Lili sudah berubah mood. Dah kenyang katakan. Kepala pun dah tak pusing sangat.
            “Lain macam bunyi tu. Nak Mama tolong apa?”
            “Sayang Mama. Ingat Mama dah lupa trademark Lili.” Ujar Lili mengada – ngada. Dia memang selalu menuntut perhatian begitu. Pujiannya kadang – kadang tak ikhlas mana pun. Nak mengharapkan balasan sahaja lebih tapi Mama mana nak berkira dengan anak sendiri. Lagilah lemak Lili mengambil kesempatan.
            “Cakaplah.” Tekan Puan Laila.
            “Mama tolonglah pujuk Kak Long hantar Lili balik JB. Lagi pun Kak Long tak pernah balik JB sejak balik ni. Kan Mama? Papa pun rindukan Kak Long tau. Dia tak cakap je.” Bijak Lili memainkan peranan. Dia tak nak balik JB naik bas, naik kapal terbang pun dia tak nak. Nak balik naik kereta lagi seronok.
            “Ya lah tapi ni Mama nak tanya. Lili tahu tak Kak Long sekarang dengan siapa ya? Maksud Mama dia dah ada special belum?”
            “Mama! Jangan cakap Mama nak carikan Kak Long jodoh. Tak naklah Mama. Punyalah Kak Long belajar sampai ke luar negara, jodoh dia kita pula yang tentukan. Tak kellass la.” Lili hampir terjerit mendengar pertanyaan Mama.
            Dia selalu angin dan cemburukan Lisa tapi tak lah sampai dia nak menyokong idea kolot Mama. Jangan kacau Tengku Akhbar cukup dan kalaulah Lili tahu anak Tengku Ateefa tu ialah Tengku Akhbar, bagaimana agaknya reaksinya? Bunuh dirikah? Pengsankah? Jangan Lisa yang di ‘ayam’kannya sekali lagi cukuplah.
            “I’m just asking Lili.” Puan Laila pun turut tergelak. Baru terserlah hubungan mesra anak - beranak.
            “Ya lah. Mama tolong Lili, yang tu on the way balik JB Lili tolong korekkan okay.” Lili malas nak menolong Puan Laila mengemaskan dapur. Tahu – tahu dia masuk ke dalam bilik lamanya, menyalin pakaian yang mana ada dalam almari dan bersiap nak keluar.
            Pagi – pagi buta lagi dia dah mengumpan Tengku Akhbar untuk keluar dengannya. Sedar sahaja bukan dia fikir nak cakap terima kasih kat Lisa, cari Mama dulu ke tapi telefon yang dicarinya dulu. Penting tu jumpa Tengku Akhbar. Dah balik JB harapkan hubungan alam maya tak pun telefon sahajalah. Lagi susah sejak – sejak Tengku Akhbar bersalin kulit ni asyik mengelak sahaja untuk melayan Lili. Dah banyak dia berhabis untuk memikat Tengku Akhbar. Berhabis mengupah Lisa bagi maklumat satu hal, berhabis upah orang lain lagi. Berhabis bagi hadiah itulah, inilah kepada Tengku Akhbar. Macam dia pula lelaki yang sibuk memikat tapi bagi Lili, usaha itu tangga kejayaan.
           


            LILI mencampakkan kunci rumah ke sofa kasar. Terkejut Puan Laila melihat gelagat Lili. Memang pun anak nombor dua ni lain benar perangainya. Susah nak dilentur. Tadi kata nak keluar jumpa kawan tapi cepatnya balik.
            “Bilik Kak Long kunci tak Mama?”
            “Tak kunci tadi sebab Mama baru masuk ambil buku tafsir. Nak cari apa?” Maklumlah biasanya Lisa memang mengunci biliknya. Tak kunci tadi pun sebab dia yang cakap jangan kunci. Privasi sangat tapi dia tak marah pun kalau Puan Laila yang masuk tapi kalau adik – adik memang jangan haraplah boleh masuk. Sayang kat teddy bear tu kot. Entah Puan Laila tak pasti.
            “Nak pinjam syampu.” Lili terus bergerak masuk ke bilik Lisa dan menghempaskan pintu kasar.
            Sakit hati. Beria dia nak keluar dengan Tengku Akhbar alang – alang ada di Kuala Lumpur tapi ‘Mana Lisa?’ soalan pertama Tengku Akhbar apabila berjumpa.
            Dahlah Tengku Akhbar sekarang alim bukan main. Kalau dulu Lili tarik tangan, lepas tu manja – manja pun Tengku Akhbar buat – buat biasa sahaja. Dilayankan sahaja kerenah Lili tapi sekarang, siap kena ceramah ada. Siap bandingkan lagi Lisa dengan Lili. Kononnya kalau Lisa pasti tak akan memaksa. Dia ajak tengok wayang je pun. Kerek sangat. Macam baik sangat. Dia tahulah siapa kakaknya dulu. Dia tahu juga siapa Tengku Akhbar sebelum bersalin kulit. Ini Tengku Akhbar tak tahu Lisa lagi Lisa pun dah bersalin kulit sekali. Kalau tahu jawabnya makan asap je lah Lili.
            Lili bukan nak pinjam syampu pun tapi dia nak berbaring di katil Lisa. Berangan betapa seronoknya menjadi seorang Nur Lisa. Dahlah pandai, lawa dan yang dia tak boleh terima kenapa Tengku Akhbar tergila – gilakan sangat si kakak. Gaya Lisa tak ada pula nampak memberi layanan istimewa kepada Tengku Akhbar. Lili yakin Lisa hanya sekadar kawan tapi dia tetap risau. Adanya Lisa, harapannya untuk menawan hati Tengku Akhbar amatlah tipis.
            Sedapnya berehat di katil si kakak yang kemas dan ringkas hiasannya. Bilik seorang jurutera. Mana ada nak berbunga sakan. Semua hiasan minima tapi sedap mata memandang. Lili bergolek sambil memeluk teddy bear yang bersusun di atas katil. Sampai 7 teddy bear si kakak? Lili tergelak dalam hati. Kalah Nur Lara si bongsu tapi teddy bear dengan 7 warna pelangi ini amatlah comel. Teddy bear berwarna hijau dipeluk. Harumnya. Ini bau teddy bear ke bau Kak Long?
            Tiba – tiba Lili teringat haruman yang Lisa pakai semalam, sewaktu memapahnya di depan Zouk. Dia mabuk. Kepalanya dilentokkan di bahu Lisa. Haruman Lisa menenangkan dirinya yang pening dan nak muntah. Ingat nak balik dalam keadaan normal tapi ada sahaja yang mempelawa. Sesekali datang berhibur dengan rakan sekerja tak kan nak tunjuk baik pula. Balik ke rumah, dia sedar Lisa menukarkan pakaiannya. Lisa membasahkan mukanya, memaksanya makan pil tahan muntah. Menyuruh Lili minum teh suam dan bangun pagi serius Lili terasa segar. Hanya kepalanya sahaja yang masih pening sedikit tapi pandai Lisa menyorokkannya daripada Mama.
            Kalau Mama tahu Lili mabuk, tak tahulah nak cakap apa. Kalau Papa tahu lagilah jangan cerita. Honda Accord baru yang Papa beli tu jawabnya kena tarik balikla. Itu bukan main dia merayu Papa nak upgrade Satria ke Honda Accord. Haruman Lisa sama juga dengan haruman teddy bear ni. Bestnyerr! Lili tersenyum. Sayang Kak Long. Lisa memang baik hati walau pun kes rumah sewa di German dulu adalah sesuatu yang tak boleh nak dimaafkan tapi Lisa hanya buat – buat tak tahu.
            Lili bergolek di katil seronok sangat hinggalah sebuah teddy bear terjatuh di lantai.
            “Kesian cik Ted. Jom..jom naik balik.”
            Lili masih berlunjur di katil tapi kepalanya ditundukkan untuk mencapai teddy bear yang agak terperosok ke tepi katil. Comforter yang meleret di selak sedikit dan Lili menjenguk ke bawah katil seraya tangan kiri menarik Cik Ted berwarna kuning. Mata Lili tertangkap akan sebuah kotak di bawah katil. Kotak cantik dengan taburan bentuk hati. Gatal tangan, kotak tersebut ditarik Lili. Langsung tak berhabuk kotak ni. Agaknya hari – hari Lisa tengok kot.
            Tangannya rakus membuka kotak. Barang – barang lama Lisa rupanya. Mesti kenangan zaman tuk kaduk ni. Lili menarik perhiasan – perhiasan kecil yang disusun di dalam kotak. Hmm...semua Lisa beli semasa makan angin di sana lah ni. Ada key chain, ada magnet peti ais, ada penanda buku dan macam – macam lagilah benda comel – comel dalam kotak ni tapi yang menarik perhatian Lili ialah beberapa buah album di bawah sekali kotak.
            Lili tersenyum melihat gambar di helaian pertama album. Seksinya Kak Long tapi biasalah, tu memang gaya Lisa dulu lagi. Kadang – kadang Lili pelik. Masa di Malaysia, tak ada pula si kakak nak insaf. Di rantau orang pula boleh ketemu cahaya. Kan pelik tu. Ke ada sesuatu yang terjadi menyebabkan si kakak berpusing 360 darjah?
            Helaian kedua album membuat anak mata Lili terjojol. Tuan Syed! Jantung Lili berdegup kencang. Betullah kata Najwa. Najwa cakap dia nampak Tuan Syed tegur Kak Long. Dia pun macam sedar juga Tuan Syed ada di belakang mereka sehingga badannya dihempas Lisa di dalam kereta tapi kot ingatan separa sedar mana boleh nak percaya. Kalau nak diingat kata – kata Syed Azri..good girl...bad girl...tapi dia ingat dirinya yang sedang diperkatakan. Maklumlah Tuan Syed seorang Bos yang amat bertanggungjawab walau pun masih muda. Sporting pula. Kalau tak, mana mungkin Bos nak menyertai aktiviti yang tak masuk dalam rekod rombongan pekerja Hotel Seri Murni ni.
            Tak pernah terlintas Bos sendiri mengenali si kakak. Siapa berani tanya hal peribadi kepada Tuan Syed. Tak ada orang berani. Lili berani pun setakat tanya belajar mana. Konon nak buka cerita Lisa pun belajar di German tapi apabila Tuan Syed cakap belajar di FH Augsburg, dia terus tutup cerita. Bukan TUM kerana sebenarnya tak siapa pun Azri pemegang segulung Masters dari TUM. Karang pelik pula ada bergulung sijil tapi kerja di hotel?
            Bukan setakat terjojol, nak tercabut anak mata Lili melihat gambar – gambar Lisa dan Tuan Syed. Macam – macam aksi. Siap berpeluk sakan, bercium bagai nak rak. Pendek kata dia pun tercakap jugalah MasyaAllah Kak Long! Handsome gila Tuan Syed zaman dulu – dulu.
            Lili tersengih. Memang patut menjadi pujaan setiap pekerja perempuan di hotel, Syed Azri memang kacak orangnya. Padan sangat dengan Kak Long. Sambil – sambil nak tercabut anak mata tengok pun, jauh di hati dia memuji. Memang padan dan secocok Lisa dan Syed Azri. Agaknya ini sebabnya Tuan Syed membujang hingga kini? Dan si kakak pun membujang sehingga kini?
            Sebuah lagi album menarik perhatian Lili. Album yang dibuat sendiri. Rajinnya Lisa buat. Lili memuji. Muka hadapan album ditampal gambar sekuntum bunga ros berduri. Tulisan Lisa di helaian pertama mengundang pelbagai persoalan di minda Lili.

            ALL ABOUT ROSE

            Ros? Jangan cakap Kak Long puitis orangnya. Memang taklah. Puas Lili menatap helaian demi helaian. Semuanya gambar Lisa bersama Azri. Dalam hati Lili tertanya – tanya. Berapa lama mereka ni bercinta? Sejak bila? Sahlah dah putus kan sebab kalau tak dia yakin masing – masing akan sentiasa berjumpa dan dia pasti akan tahu jua.
            Otak Lili giat membuat spekulasi. Lisa menconteng sesuatu di setiap gambar yang dibesarkannya.
           
            Love is much more like a wild rose, beautiful and calm but willing to draw blood in its defence.

            A relationship is like a rose, how long it lasts, no one knows. Love can erase an awful past, love can be yours, you'll see at last. To feel that love, it makes you sigh, to have it leave, you'd rather die. You hope you've found that special rose, 'cause you love and care for the one you chose.

            The rose speaks of love silently, in a language known only to the heart.

 

            Lili terbuai dengan ayat – ayat puitis yang ditulis di setiap gambar. Rajin Kak Long mengumpulkan kata – kata indah begini. Pasti sayang benar dia kepada Tuan Syed. Lili pasti kerana setahu dia, Lisa tak pernah ada teman istimewa sebelum ini.

 

            Dua helaian terakhir album membuat Lili tergamam. Sayu pula membaca luahan hati Lisa. Nama Tuan Syed jelas tertera. Sekeping gambar Lisa dan Azri sedang memandang kamera dengan Azri memeluk Lisa dari belakang, Lisa tersenyum riang dan latar belakang pantai dan matahari yang sedang terbit agaknya.

 

            Syed Azri Syed Gilani, you are the sun. Thus the rose is a symbol my love for you. The sun will shine the petals in beauty and the thorn shows it pain. It is pain, very painful that I’ve to endure but shall the love remains because my love for you is forever.

           

            Gambar terakhir ialah gambar Tuan Syed seorang! Tak berkelip Lili melihat gambar tersebut. Gambar Tuan Syed sedang tersenyum sambil mengangkat segelas martini amat menggoda, dalam kelab agaknya dan dia yakin ini saat – saat gembira Kak Long dan Tuan Syed tapi kenapa mereka berpisah? Senyuman terukir di wajah Bos nya nampak amat bahagia. Senyuman yang tak pernah Lili nampak terukir di wajah Tuan Syed sebelum ini. Tulisan kecil Lisa di kaki gambar membuat Lili terpana.

 

            But he that dares not grasp the thorn should never crave the rose.

 

            Dalam maksudnya.







p/s: ni namanya n3 meroyan. Tanda cinta saya, sayang saya utk readers *ala2 SASG syg Lisa gituuu. Panjang gaban jadi komen meroyan ala2 cerpen amatlah dialu-alukan...muahaha :(