Sunday 29 April 2012

Untuk Semua Dosaku (USD) Bab 3


            Sebaik bayang Lisa menghilang di sebalik pintu, Azri mengetuk pintu bilik studio Hanif di sebelah. Tak kira lah pagi – pagi buta pun janji ada kawan nak berkongsi cerita. Sebentar kemudian Hanif terjongol di muka pintu.
            “Pehal?” Suara orang bangun tidur yang buat Azri nak tergelak.
            “Firuz, pinjam Hanif jap.” Azri menjerit nyaring dari luar dan terus menarik tangan Hanif masuk ke rumahnya. Firuz dah biasa dengan aksi luar alam mereka berdua. Azri pun dah biasa dengan perhubungan luar biasa pasangan tak berapa nak matang ni. Maklumlah Firuz dan Hanif hubungan mereka umpama lampu isyarat jalan raya. Merah – hijau, on – off ikut musim. Sekejap okay, sekejap tak okay.
            Dalam studio yang kini dengan rasminya milik Lisa juga, Hanif disuruh duduk di sofa bed. Azri berdiri di hadapan Hanif.
            “Nif, cuba kau tengok keliling. Kau ada nampak apa – apa yang pelik tak?”
            “Apa? Aduh...” Hanif mengeluh. Baru bangun tidur dah ditanya soalan setaraf dengan subjek enjin. Dengan malas, mata ditayangkan juga ke seluruh bilik.
            “Hah! Kan pelik.” Azri berpeluk tubuh dan tersenyum. Sangkanya Hanif dapat menangkap maksudnya.
            “Aaa...la. Pokok yang Karev bagi tu patutnya kau letak menghadap cahaya matahari. Kau peruk (sorok) kat atas mesin basuh kenapa? Patutlah macam dah nak mati.” Balas Hanif gaya tak berdosa.
            “Ey sengal! Bukan tu lah. Ni...ni...” Dengan geram Azri menolak beg baju Lisa dengan susah payah ke arah Hanif dengan kaki kanannya.
            “Damia?”
            “Ey kau ni sah weng. Bukan Damia la. Ni barang room mate baru aku.” Tinggi suara Azri tak mampu dah nak bersabar dengan Hanif yang lambat benar tangkapnya.
            Mendengar perkataan room mate serentak dengan mata yang difokuskan kepada warna – warna pelangi baju kecik, baju besar di dalam beg dan pengakuan Azri barang ini bukan milik Damia membuat Hanif tersedar dalam erti kata sebenar.
            “Room mate baru kau?” Suara Hanif sudah mencecah frekuensi enjin kapal terbang.
            Azri menjawab soalan Hanif dengan anggukan sahaja.
            Hanif tergelak besar.
            “Mulut kau masin sangat.” Azri merujuk kepada ayat bunga si Hanif semalam dalam perjalanan balik dari Freiman.
            Mereka bertapa di rumah Bird di Freiman sepanjang hujung minggu. Saja nak melepak ramai – ramai. Rumah Bird rumah flat kat pinggir bandar juga. Tak jauh pun dari rumah mereka ni. Flat Bird taklah seselesa tempat mereka sekarang tapi seronok bab – bab melepak di basement layan movie ramai – ramai sambil - sambil buat aktiviti tak berapa nak sah di sisi undang – undang ramai – ramai. Karev, Jono dan Wong penyeri suasana sesi melepak mereka.
            Hanif tergelak besar. Teringat semalam dia cakap kat Azri, ‘Stop looking for a partner. The right person will eventually find their way to you.’ Tak sangka macam kena seru – seru dah sampai partner si Azri. Damia dulu memang kesilapan besar dalam hidup Azri.
            “Cun tak? Sesuai tak jadi partner kau?” Tanya Hanif dengan senyum perli yang masih bersisa.
            “Tak kot. No comment. Nama Kuntum Renjong. Kau bayanglah cun ke tak.” Azri tersengih dalam hati tapi muka serius ditayangkan kepada Hanif. Kenakan sikit si Hanif ni. Gelakkan aku ya.
            “Kuntum Renjong?” Mata Hanif membulat.

            “CAK!” Lisa mengejutkan Azri yang sedang berdiri di ruang tinjau dengan pandangan mata seakan – akan mahu menerobos pintu kaca dan gaya tangan yang disandarkan seakan mahu terbang ke arah deretan kapal terbang Lufthansa yang mendominasi pemandangan. Cantik pemandangan dengan kilauan LED di sepanjang tempat parking kapal terbang nun jauh di sebalik cermin.
            “Ish...”  Terkejut disergah oleh Lisa tak usah cerita tapi dikawal air mukanya. Baru kenal kan, kenalah control macho dulu. Si Lisa ni dari semalam kenal main aci redah. Tak nampak langsung kekok dengannya. Dia pula yang naik segan dengan sikap selamba Lisa.
            “Kalau ya frust pun tak payahlah nak ikut resam super hero. Ada patut super hero nama Azri tengah frust nak lepak kat air port. Cuba cari tempat elok sikit.” Usik Lisa.
            “Apa kau merepek ni? Apa yang frust – frust ni?” Azri mula tak sedap hati dengan gurauan Lisa. Apa yang budak ni dah tahu ni? Potong betul. Rungut Azri dalam hati.
            “Batman frust, lepak dalam gua. Spiderman frust, lepak atas bangunan.  Super hero kacak nama Syed Azri ni frust, lepak kat air port.” Lisa menekankan sebutan ‘Syed’ sambil tersengih – sengih.
            “Mana kau tahu nama aku?” Garau suara Azri bertanya. Faham sangat dengan sengih yang dibuat – buat Lisa. Harap muka cantik nak sengih – sengih macam tu, kalau orang lain ada muka tu nak kena ludah.
            “Memang tak lah teruk mana tempat lepak awak ni kalau nak compare dengan Superman. Superman frust, tu lagi teruk. Lepak di bulan.  Itu confirm awak tak mampu nak follow. Jom balik. Jangan nak dramatik macam super hero.”
            Perli Lisa tapi dia ada surprise untuk si Azri. Berani nak buli dia ya. Jangan harap. Ini pun paksaan kena jemput Lisa di lapangan terbang. Saja Lisa buat cerita dramatik, habis tugasan malam – malam buta tak kan nak suruh dia balik sorang – sorang kan?

            SIANG tadi, “Good Luck.” Azri menghulurkan kamus elektronik compact ke tangan Lisa sambil tersenyum sinis.
            Verrückt!” Jerit Lisa memanggil Azri si gila dalam bahasa German dan menghempas pintu kuat.
            40 minit kemudian, Lisa tegak berdiri di dalam ruang kaca empat segi. Cuaca permulaan musim panas agak mendamaikan hati Lisa. Walau pun dah terketar – ketar juga apabila bergaya ringkas begini di luar lapangan terbang tadi tapi dia tetap okay daripada mengenangkan musim sejuk di bawah paras beku nanti. Beku atas katil tak mampu nak pergi kuliah agaknya. Dia masih boleh bertahan dengan daily mean temperature atau purata suhu maksima dan minimum setinggi 12.2 darjah Celcius hari ini.
            Rokok di tangan ditenyeh ke built – in tempat abu rokok yang tersedia di atas meja. Tersengih panjang dia apabila melihat papan tanda berwarna oren dengan gambar rokok di atas kotak kaca segi empat. Tempat merokok yang dikhaskan di dalam lapangan terbang ini. Matanya terarah kepada papan tanda di dinding kaca yang bertulis SMOKE and GO! Apa lagi cepat – cepat lah dia melangkah masuk sementara menanti azab untuk hari ini. Kali pertama berada di lapangan terbang antarabangsa Munich ni dulu, kena kawal ayu juga di hadapan kawan – kawan yang lain. Mana dia nak cari tempat merokok. Tahan sajalah. Lisa bukan perokok tegar pun tapi stok memang sentiasa ada. Rajin hisap, malas tak hisap dan kalau tak hisap tak mati pun.
            Sepuluh minit kemudian, Lisa berdiri di tempat menunggu. Gambaran tetamu yang diberitahu oleh Azri diputar di kotak memori. Saiz badan orang putih yang pastinya tinggi dan besar. Sekali tengok ada iras George Clooney berjambang. Dua kali tengok ada iras Pak Arab. Kod pakaian adalah formal. Lengkap tali heler dan kot bagai.
            “Nur Lisa?”
            “Yeah. It’s me.” Nur Lisa tergagap menjawab. Terkejut dengan kehadiran orang yang ditunggu. Apa lah Azri ni. Susah payah cakap macam George Clooney, Pak Arablah. Cakap je lah macam Pirate of Caribbean, Johnny Depp versi tua tapi kemas dan segak. Tak boleh blah Lisa tengok rambut di belakang tetamu yang berdiri di hadapannya diikat sejemput. Stylo! Memang gaya korporat habis di sebalik rupanya yang errr...tatau nak tafsir macam mana. Senang cerita kalau muda confirm handsome lah.
            “Assalamualaikum.”
            “Waalaikumussalam.” Lisa menjawab perlahan. Muslim ke? Confusenya aku. Rupa macam campuran orang putih dan Pak Arab. Cara cakap pun siap ada lorat (loghat).
            “Are you Malaysian?” Tanya tetamu yang masih belum bernama.
            “Yes Sir.” Lisa tersenyum. Sungguh dia tak pasti kombinasi lorat apa yang tetamu di hadapannya ini berkata. British accent pun ada sikit – sikit. Arab accent pun ada sikit – sikit.
            “Orang Malaysia. Senanglah Uncle.” Terus keluar bahasa ibunda dari mulut Syed Gilani. Mati – mati dia ingat Syed Azri menghantar foreigner untuk menjadi translator untuk memudahkan memahaman sidang ekspo yang akan dihadirinya sebentar tadi. Sepatutnya Syed Azri sendiri yang menemainya hari ini tapi biasalah anak muda. Macam – macam alasan diberi untuk mengelak.
            “Oh, Uncle Malaysian ke?” Lisa menarik nafas lega. Ya lah tadi cara Azri membayangkan rupa tetamu di hadapannya langsung tak terbayang rupa orang Malaysia dan kenyataannya pun, kalau tetamu di hadapannya ini tak mengaku rakyat jelata Malaysia rasanya Lisa pun tak tahu nak teka rakyat mana sebenarnya.
            “Yeah, I’m Larkin born. It just I’ve been away for so long. My name is Syed Gilani Kamarudin. So Malaysian yeah my name.” Syed Gilani membuka salam perkenalan. Gadis di hadapannya yang berskirt paras lutut, blouse berwarna putih dan bersanggul comel di kepala dengan jaket labuh merah terang disangkut di lengan amat cantik pada pandangan matanya. Sekali pandang, nak cakap orang Indonesia pun boleh. Nak cakap Philiphines pun boleh. Rupa Nur Lisa amat Asia pada pandangannya.


            Lisa tersengih. Tang Kamarudin tu bunyi dekat – dekat dengan Tajudin jadi bunyi Malaysia lah jugak. Tang Syed Gilani tu ya ampun aku tak pernah dengar okay nama. Komersial tak hengat nama. Komen Lisa dalam hati. Larkin? Boleh tak, Lisa tak nak mengaku Encik Tajudin pun orang Johor? Nak mengaku jadi orang KL je.
            “Okay Uncle. Shall we start our day or you want to grab some food?” Lisa mula memainkan peranan. Berbayar kan. Azri cakap sepuluh patah perkataan German yang keluar dari mulutnya bernilai satu euro. Sekarang habuk pun tak ada lagi. Jawabnya tolonglah nanti kat dalam conference tu dia kena alih bahasa banyak – banyak. Kaya yob!
            “Tak, kita terus ke Trade Centre. Uncle nak jumpa kawan Uncle dulu sebelum mula conference.”
            “Okay. Kita pergi naik teksi ya.” Lisa mengambil kesempatan. Malas dari air port nak naik train atau shuttle bus.
            “You are my guidance angel. Anything you said.” Syed Gilani bermulut manis. Melayan Lisa seperti anak perempuannya Sharifah Azra.
            “Actually I found out during international conference, the centre offer shuttle bus commuting from air port and Munich Trade Fair Centre but we have to wait. They have schedule so better option is just to hop in taxi.” Terang Lisa yang sempat buat home work semasa dia berlegar – legar di lapangan terbang tadi.
            Lisa tersenyum. Syed Gilani yang membimbit brief case mengekori langkah Lisa. Mereka berdua memboloskan diri di dalam teksi yang bersusun di luar lapangan terbang. Teksi berwarna putih dengan kadar rata sebanyak 56 euro. Jangan suruh dia bayar cukup.
            “Messe München International” Lisa memberitahu destinasi mereka. Munich Trade Fair Centre lebih dikenali oleh orang tempatan dengan panggilan Messe München International.
            “Lisa, I suppose you should know a little bit about my background to make your translation easy. I hope your translations will portray my good image and the words are carefully chosen.”
            Jantung Nur Lisa macam nak terlepas keluar. Siapa pak cik ni sebenarnya. Tengok gaya memanglah korporat habis tapi gaya cakap dah macam pak menteri. Aku ada tak kenal menteri kabinet Malaysia ke? Rasanya semua dia tahu kalau tak dia tak akan lepas sesi saringan untuk mendapat biasiswa dan tempat di TUM.
            “Okay.” Jawab Lisa sopan.
            “This is my card.” Syed Gilani menghulurkan Lisa sekeping kad perniagaan ringkas hiasannya tapi nampak amat professional dengan pilihan tulisan yang kemas dan warna yang terang.
            Lisa menelan air liur.

            Dr. Syed Gilani Kamarudin
            Director
            Corporate Strategic Planning & Performance
            Dubai Maritime City Authority (DMCA)
            United Arab Emirates

            “You? Some background would be useful.” Syed Gilani memandang Lisa di sebelah yang masih khusyuk menatap kad yang dihulurkan tadi.
            “You are working with Dubai government?” Tanya Lisa agak terkejut. Soalan untuk dirinya tidak dihiraukan.
            “Yes. Malaysia kan boleh.” Jawab Syed Gilani dengan nada berlawak.
            Lisa berpura – pura tersenyum. Dalam hati menggelabah tak ingat. Sah – sahlah orang yang bakal bergaul dengan Syed Gilani nanti semua stok – stok gomen A- list. Aduh bala betul. Saat ni kalau Azri ada di hadapan mata mahu leher dia patah kena lipat. Cakap sidang ekspo biasa.
            “Oh my.” Lisa mengeluh perlahan.
            “Why Lisa?” Syed Gilani mengesan muka Lisa yang berubah keruh.
            “He said I just need to assist and translate simple Germans.” Lisa meluahkan rasa gundah. Baik terus terang. Malu karang nanti tak reti nak translate.
            “He?” Syed Gilani menggelengkan kepala. Syed Azri punya kerja lah ni.
            “Yes, the one who hired me.” Tak kan nak cakap ni kes room mate kena buli?
            “Syed Azri si anak bertuah tu maksud Lisa?” Syed Gilani menggeleng – gelengkan kepala.
            “He is your son?” Tinggi suara Lisa memecah suasana sunyi dalam teksi. Nasib baik dah nak sampai. Malu tak usah cerita. Mangkuk hayun betul si Azri ni. Syed Azri bin Syed Gilani rupanya.

            PENAT bercakap sepanjang mengekori Syed Gilani bertemu dengan rakan seperjuangan yang datang dari pelbagai pelusuk negara dan yang paling haru ialah apabila terpaksa mentafsir setiap penerangan daripada exhibitor atau tuan rumah. Berbelit lidah Lisa nak mentafsir perkataan yang kerap berulang seperti wasserversorgung iaitu water supply, lamberlastigung iaitu noise pollution, energieressourcen iaitu energy resource dan pelbagai lagi perkataan yang berkaitan dengan topik pameran dan conference iaitu IFAT ENTSORGA yang bermaksud The World's Leading Trade Fair for Water, Sewage, Waste and Raw Materials Management.  Ruang pameran IFAT ENTSORGA di Munich Trade Fair Centre dipenuhi dengan pakar – pakar dari seluruh dunia, wakil – wakil sektor kerajaan dan swasta, wakil institusi dan universiti serta wakil – wakil industri itu sendiri.
            Sekarang ialah payback time
          Selepas makan di Kafer tadi, restoran terkenal di Munich yang terdapat di Munich Trade Fair Centre, nak terbatuk Lisa mendengar komen Syed Gilani.
            “Azri banyak kerja agaknya itu yang dia hantar Lisa jadi Uncle punya guardian angel. Thank you for all your hard work this whole day.”
            Mahu tak terbatuk kalau Azri menghantarnya ke sini semata – mata untuk membulinya sahaja. Rasanya Azri sedap je tu berlingkar di katil. Tadi kata tak ada kelas pun.
            “Dia okay je Uncle. Busy sikit je.”
            “Glad to hear that. Ingat dia layan frust lagi dengan budak Damia tu.”
            Uhuk – uhuk.
            Langsung Lisa terbatuk tak boleh nak cover – cover. Syed Azri frust? Tu yang berjambang bagai? KahKahKah....boleh jadi bahan lawak bekalan setahun ni. Lisa mula beriak nakal. Syed Gilani yang memandangnya hanya disedekahkan senyuman.
            “Uncle sebenarnya dah lama tak jumpa dia. Suruh pergi Dubai langsung tak nak. Mommy dia kalau rindu, kenalah datang sini. Kalau Uncle yang datang cuba tengok ni Lisa yang dihantarnya.” Syed Gilani sedikit merungut. Perangai pelik Syed Azri tak pernah berubah. Buat hal sendiri dari dulu sampai sekarang.
            “Uncle nak jumpa dia ke?” Tanya Lisa. Kat dahi bersinar macam spot light dah.
           
            LISA bersiul – siul kecil. Gembira apabila Azri hanya mengekorinya tanpa membantah. Dia ingat Lisa nak bawa pergi tempat lepak Superman ke? Silap hari bulan lah bro.
            “Cantik nama Damia tapi saya yakin nama Lisa lagi cantik.” Lisa tersenyum mengusik.
            Azri terdiam. Dah lebih ni. Tak sampai 24 jam berkepit dengan Daddy dah macam – macam dia tahu. Mesti dah tahu dia anak Syed Gilani ni. Menyesal buli Lisa cara macam ni. Suka pula dia. Ingat nak baling bom ke kat air port ni. Apabila Lisa menelefon menyuruh Azri datang menjemput, cuak juga dia sebenarnya. Mengada – ngada. Nak balik berjemput pula tapi mengenangkan jasa Lisa menggantikan tempatnya, bolehlah bertolak ansur sikit. Lagi pun bukan ada apa nak buat kat rumah.
            “Tak payah nak cakap bukan - bukan. Dengar ni, not everything that can be counted counts, and not everything that counts can be counted.” Ayat cover terbaiklah konon – konon tapi ketawa Lisa meletus. Malas Azri nak melayan. Diam sahajalah. Apalah agaknya yang Daddy cerita lagi kat si Lisa ni.
            Ayat giler matematik. Sah petik ayat Albert Einstein. Lisa menarik tangan Azri agar berjalan laju. Jalan setapak – setapak sambil tangan masuk jaket, ingat macho sangatlah tu.
            Azri terkejut. Lisa ni memang main aci redah je tapi orang hulur tak kan nak jual mahal. Buat – buat selamba jugaklah gamaknya.
            “I want you to meet someone.” Lisa menunjukkan ke arah Syed Gilani yang sedang duduk di sebuah kerusi menunggu di bilik menunggu VIP.
             Mati – mati Azri ingat Lisa menghala ke jalan singkat untuk keluar ke S-bahn.
            “What are you doing?” Badan Lisa ditarik menghadapnya. Tegas suara Azri bertanya.
            “Payback time. Tak suka jumpa Daddy ya. Jomlah jumpa Daddy.” Lisa menjelirkan lidah. Ayat mengada – ngada diucap sengaja nak menyakitkan hati Azri.
            “Kerat lidah tu karang.” Azri mengerutkan dahi geram.
            “Kerat tak mo, Kiss tak apa.” Lisa membalas selamba. Bagi terbakar terus hati Syed Azri.
            “Lisa.” Azri meninggikan suara.
            “Like it or lump it.” Lisa membalas. Puas hati dapat menyebut perkataan yang sama.
           “Well okay if you say so.” Azri memegang bahu Lisa yang sedang mentertawakannya. Bibirnya dilekapkan kepada bibir merah jambu Lisa. Badan Lisa ditarik ke dalam pelukan.
            Tawa halus Lisa mati. Hati siapa yang sedang terbakar ni?
          “Azri!” Lisa terjerit kecil. Nak marah mulut dia yang cabul. Nak suka, hello? Baru kucupan pertama je pun. Jauh lagi nak menilai seorang Syed Azri bin Syed Gilani.
            “Ya Cik Lisa?” Senyuman sinis dihadiahkan kepada Lisa. Tangan Lisa ditarik main – main dan dilepaskan. Tadi kata nak. Nak juga tengok sampai mana si Lisa ni berani main aci redah. Dengan jelingan tajam Azri melangkah tegap menuju ke arah Syed Gilani.
           
            SAMPAI di rumah, Azri tak puas hati. Berani kenakan kita. Tak pasal – pasal kena menghadap Daddy. Azri melangkah ke arah mesin basuh dan sebentar kemudian menghadap Lisa yang tengah melayan TV. Bukan reti nak tukar baju. Pergi tidur ke. Rungut Azri dalam hati.
            “Nah.” Azri menghulurkan pasu comel berisi sepohon pokok lebih kurang setinggi hampir satu meter ke arah Lisa.
            “Apa ni?” Tanya Lisa blur.
            “Kerja wajib kau kat rumah mulai hari ini.”  Azri menunjukkan tempat yang sepatutnya Lisa meletakkan pasu tersebut. Jari telunjuknya dihala ke arah hujung balkoni yang akan menghadap cahaya matahari pada siang hari.
            “Tak paham. Kerja apa?” Lisa menonong mengangkat pasu dan diletakkan elok – elok ke tempat yang ditunjukkan oleh Azri.
            “Sebelum kau pergi kelas, tolong bagi pokok tu minum susu. Sekali sehari je cukup.”
            “Susu?” Lisa terperanjat.
            Pokok apa siram pakai susu? Lisa mula membayangkan dirinya membuka botol atau kotak berisi susu segar dan menuangkan isinya ke dalam pasu. Tak pernah ku jumpa pokok kena siram pakai susu. Paling – paling kurang, dia pernah dengar siram pakai air basuhan beras adalah. Pokok apa ni?
            Adakah?
Tlg abaikan tulisan Dr sy yg chantek itu :)

            “Lagi satu, tadi pak we kau, Tengku Akhbar datang.”
            “Hah?”
            Azri memotong segala teori yang baru nak berkembang di kepala Lisa.



p/s: 1st of all sorry. Saya jarang update. Tgah membiasakan diri maidless soon. Hahaha tapi waktu meroyan saya pasti ada nyerr. Doakan diri ini sentiasa sihat walafiat & berjaya menjadi super mom :))
Happy Labour Day utk working readers & non working readers, enjoy ur holiday 2morrow.
Teka jgn tak teka pokok apa tu?
Much lev.
            

Wednesday 25 April 2012

Untuk Semua Dosaku (USD) Bab 2


               Lisa duduk memeluk kaki di atas sofa. Dia suka dengan keadaan apartment di Pasing. Tenang dan yang penting jauh dari kelibat pelajar – pelajar Malaysia yang seangkatan dengannya yang sebenarnya berapa kerat pun. Sebenarnya untuk semester pertama, tempat tinggal disediakan oleh pihak penaja biasiswa dan kemudahan disediakan betul – betul berhampiran dengan TUM. Dengan kos sara hidup yang tinggi di bandar rasanya Lisa memperjudikan pilihannya untuk mula berdikari seawal semester pertama!
               Bukan Lisa tak gemar dengan kehidupan di bandar tapi kehadiran Tengku Akhbar menyesakkan jiwa. Memang tak kena nak menghadap Tengku Akhbar setiap hari yang tinggal di tingkat bawah flatnya. 
               Lagi satu sebabnya ialah baru seminggu di bumi Bavaria Lisa sudah lemas dengan pelbagai pertanyaan Lili di Malaysia mengenai Tengku Akhbar. Kata Lili, kawannya obses sangat dengan Tengku Akhbar. Kata Lili lagi, Lisa siap boleh dapat elaun atau upah kalau rajin menyuap kawannya yang Lili sendiri tak nak bagitau siapa sebenarnya dengan maklumat mengenai pergerakan Tengku Akhbar di sini. Matilah dia nak jadi mata – mata di sini. Pantang buka Facebook, pasang Mesengger, mesti Lili ada je online.
               Akhirnya Lisa memberi alasan dia mahu berpindah. Dikhabarkan kepada Lili, suasana tempat barunya tidak menarik. Pada hal dia penat nak melayan Lili. Dia lagi penat nak melayan Tengku Akhbar yang nampak berminat dengannya. Layan sikit – sikit tu bolehlah.
               Paling best, Lili cakap kawannya yang minat Tengku Akhbar sanggup menolong Lisa untuk mencari rumah sewa. Best lah sangat offer tu. Lili memang hidup mewah di JB dengan Papa jadi Lisa tak hairan pun kalau kawan Lili tu stok kerabat sekali pun. Lainlah dia, campur dengan pelbagai jenis orang kalau di KL. Dari yang sekaya – kaya Tengku Akhbar sehinggalah semiskin – miskin Jun. Lili kenal Tengku Akhbar pun seminggu sebelum Lisa dan Tengku Akhbar berangkat ke German. Kebetulan Lili ada di rumah Mama, Lisa minta Lili temankan ke KBU. Ada urusan yang hendak diselesaikan di kolej sebelum berangkat. Di situlah Lili berkenalan. Tang kawan dia yang tetiba pula minat Tengku Akhbar itu yang Lisa musykil tapi malas nak banyak tanya.  
               Mengenai offer kawan si Lili, syarat Lisa, janji ada roommate. Sharing basis flat dah cukup bagus. Malas Lisa nak cakap kenapa dia nak room - mate kepada Lili. Tak payah bagitau. Pelik kan? Lili di Malaysia, Lisa di German tapi orang Malaysia yang tolong menguruskan semuanya untuk dia. Kerja Lisa, pack barang, naik Metro, Line 8. Turun di stesen Pasing dan berjalan di sepanjang Gleichmannstrasse. Lebih kurang 150 meter menyusuri Gleichmannstrasse yang tenang dan hanya kelihatan beberapa penduduk tempatan berjalan keluar masuk kedai di sepanjang jalan menumbuhkan senyuman di wajah Lisa dan dia kemudian berjalan membelok ke kanan ke Bodenseestrasse.
               Tak percaya sebenarnya Lisa memilih untuk hidup terpencil di Pasing. Kalau nak mengenangkan hidupnya yang tak tentu hala di KL dulu rasanya kali ini macam berubah sangat. Cuak juga. Mampukah dia nak hidup gaya orang pencen di bandar kecil Pasing. Di Institutstrasse, tersergam bangunan 5 tingkat yang bakal didiaminya. 
               Lisa mula bosan. Daripada duduk – duduk tak tentu hala baik dia bersihkan apa yang patut atau mengemas bajunya yang masih berselerak di lantai. Pintu sliding yang berwarna putih dikuak. Pemandangan dari apartmentnya di Tingkat 5 ini menghadap Sungai Wuerm. Pemandangan untuk seorang pelajar kejuruteraan yang tak pernah terbayang di kepala Lisa sebenarnya. Kalau pergi bercuti bolehlah dia nak bayangkan sewa hotel menghadap laut lah, menghadap sungai, tasik atau lagi menjadi kegilaan sekarang ialah hotel di atas laut. Masalahnya dia bukan nak pergi bercuti tapi nak berperang untuk mendapat segulung diplom. Istilah ijazah yang digunakan di sini.
               Lisa pelik juga sebenarnya, apartment ini nampak amat mewah untuk didiami oleh pelajar tapi Lili cakap bakal teman serumahnya mencari teman untuk mengurangkan sewa. Amat gilalah kalau nak duduk seorang diri. Sewa apartment ni sebulan ialah $1500! Lisa hanya membayar $500 sahaja. Lili cakap teman serumahnya anak orang kaya. Agaknya anak orang kaya yang macam mana suka duduk di pinggir bandar macam ini siap cari lokasi baik punya menghadap sungai?
               Bab tu buat Lisa kembang perut mendengar. Jangan stok keluaran gedung Gucci cukup, jenuh dia nak melayan. Dia bukannya anak orang kaya nak bermewah – mewah sangat di bumi asing dengan kos yang amat tinggi ini. Duit biasiswa pun separuh sudah diperuntukkan untuk membayar sewa. Lisa cuma bernasib baik dan tak perlu risau sangat kerana Papa berjanji untuk mengirimkan wang tambahan setiap bulan. Nak kena bayar tiket bulanan metro lagi. Nak pergi TUM dari sini bukan dekat. Mahu dalam 40 minit. Bas pula punyalah bercinta, dua jam sekali kot ada sehinggakan Rachel, pengurus apartement (land lord) pun tak ingat jadual bas.
               Tak lah canggih mana German kalau begitu. Pendapat orang yang biasa melihat bas sebagai pengangkutan utama di Malaysia. Lisa tersenyum sendiri. Kat sini lain. Macam – macam pilihan ada mengikut tempat. Metro Tram, S bahn, U bahn. Baru dia teringat untuk memberitahu Tengku Akhbar tempat barunya. Dia nak mengkulikan Tengku Akhbar menghantar saki baki beg yang masih ada di rumah lama. Mana larat nak usung semua dengan menaiki pengangkutan awam. 
               “Akhbar, hai.”
               “Lisa, awak buat saya risau. Dah sampai? How’s the place?”
               “Banyaknya soalan. Nak jawab yang mana dulu ni?”
               Tengku Akhbar di hujung talian tergelak. Lisa memang suka menyakat. Ikutkan hati mahu sahaja berpindah mengikuti Lisa tapi mana mungkin. Ibu dan Ayah selalu buat spot – check. Kalau terajin singgah German, putus anak tengkuk kena kerjakan dengan Ibu. Lisa lain, siapa nak ambil tahu hal dia. Suka – suka boleh buat apa. Sejak mengikuti kursus A - Level German (ALG) bersama di KBU lagi dia nampak betapa hidup seorang Nur Lisa bebas bagai burung merpati. Jinak, diajak mari, ditangkap lari. Apabila mendapat tempat di TUM, bukan main gembira dia. Ingat tercampak di Albstadt atau mana – mana universiti terpencil di German ni. Tahu pula bersama Nur Lisa, bertambah gembira dan riang di jiwa.
               “Jawab soalan baru lah. Room - mate baru okay?”
               “Tak jumpa lagi lah. Masuk lambat kot. Rachel cakap orang tu pergi berjalan rumah kawan, esok balik kot. Barang dia pun langsung tak ada.”
               “Saya hantar barang awak pagi esok ya? Lepas tu saya temankan awak pergi shopping barang rumah.”
               “Okay. Supermarket Metro dekat je ni.” Nur Lisa merengek manja. Dia tak suka pun Tengku Akhbar tapi kadang – kadang dia memang suka mengambil kesempatan. Kaya tu babe! Tak kan nak pandang sepi kot. Ni namanya friends for benefit. Rimas dengan perhatian terlebih Tengku Akhbar belakang cerita, yang penting Tengku Akhbar memang baik. Tidak dilupakan juga misi pesanan Lili. Kena baik – baik dengan Tengku Akhbar untuk mendapatkan maklumat. Kalau tak ada pendapatan sampingan ingat boleh duduk apartment menghadap Sungai Wuerm ni? Jangan mimpi kalau kawan si Lili tak bayarkan deposit. Deposit mahal macam nak beli sebiji kereta BMW terpakai di KL. Sharing basis!
               “See you tomorrow.”
               “Okay.”
               Klik! Talian terputus. Lisa mula menyelongkar beg di lantai. Niat nak mengemas entah ke mana. Botol berisi pil berwarna kelabu merah diambil. Sebiji lagi botol yang mengandungi botol berwarna ungu diambil. Lisa membawa kedua – dua botol ke bilik air. Botol – botol tersebut disusun di atas rak tersedia di bilik air. Terlupa mengambil segala toiletries, Lisa keluar dan masuk semula menyusun semua ubat gigi dan berus, syampu, sabun, pencuci muka, skrub dan segala isi perut beg kecil itu disusun di rak.
               Senja mula melabuhkan tirai. Perut yang minta diisi tidak dihiraukan. Lisa membersihkan muka, nak mandi malas. Baju yang dipakai dari tadi ditukar kepada seluar Reebox separas peha dan baju bertali halus berbelang hitam putih. Perut lapar tapi malas nak jalan – jalan cari makan. Botol berisi pil berwarna ungu diambil dan dua biji pil dikeluarkan. Sejam kemudian, Lisa pulas di atas katil.
 
               DANG! Pintu studio dihempas kuat. Tak sengaja. Tak sempat nak halang dengan kaki. Maklumlah tangan kanan dan kiri Syed Azri penuh dengan barang. Sedikit barang dapur dan barang keperluan harian lain sempat dibeli tadi. Suasana bilik atau studio satu bilik yang mempunyai dua single bed, satu sofa bed, dapur yang lengkap, mesin basuh, TV, Ipod dock dan wi-fi kelam diterangi lampu di balkoni sahaja. Syed Azri menggelengkan kepala. Dah nampak dah ciri – ciri teman serumah baru yang tak boleh diharap. Pintu sliding ternganga. Nak buka jaket pun tak boleh, sejuk mencucuk ke tulang. Si John Doe enak tidur di bawah gebar. 
               Dalam hati dia tetap senang hati sebab ada kawan nak tonton kos sewa studio yang mahal giler ni. Hanif pula memandai – mandai tak nak kongsi. Nak duduk di connected room di sebelah. Katanya nak privasi. Tahu sangat, nak bawak balik awek dia senang tak ada orang nak kecoh lah tu. Dulu mereka dah empat tahun setengah di Augsburg. Menghabiskan Diplom Mekanikal di University of Applied Science tapi untuk permohonan Master, yang dapat TUM, alang – alang tukar universiti, mereka mengambil keputusan untuk berpindah dan mencari rumah sewa baru.
               Syed Azri mengiklankan pencarian teman serumah di mudah.com. Ini musim pelajar baru masuk, mana tahu kot melekat. Tepat sangkaannya, balasan datang jauh dari Malaysia tapi kata orang yang membuat bayaran deposit, orang yang mahu menyewa sudah ada di Bayern. Tuan tanah, Rachel memberitahunya tadi kunci sudah diserahkan kepada si John Doe yang tengah tak sedar diri di katil. Orang hempas pintu macam nak pecah pun tak dengar, memang terserlah sangatlah sifat jantan pemalas yang baru sampai ke tanah asing. Syed Azri merungut. Beg baju yang tergalas di bahu dicampakkan ke dalam almari. Dijeling sekilas ke lantai. Beg berwarna hitam terbuka separuh. Malas nak ambil tahu, Azri mula menarik tuala dan terus menuju ke bilik air. Paip shower dibuka. 
               Sambil menikmati air suam – suam yang membasahi badan, matanya terkelip – kelip menahan daripada dimasuki air. Badan yang melekit digosok perlahan. Sebelah lagi tangan mencapai sabun yang terletak di tepi dinding.
               “Strawberi?” Mata yang terpejam terus terbuka luas apabila bau strawberi terkesan di hidung. Sabun bertulis The Body Shop berwarna merah di tangan dipandang tak berkelip. Shower curtain ditarik dan badan yang basah tidak dihiraukan. Paip ditutup. Tuala disambar sambil mata mula melilau di rak dan fokus kepada barang – barang yang bersusun di atasnya. Jane Doe rupanya. Baru selangkah keluar, Azri berpatah balik. Botol yang letaknya tidak sempurna di rak menarik perhatian. Pil ungu di dalam botol dikeluarkan. Sebentar kemudian dia tergelak sendiri. Kaki high (khayal) rupanya. Boleh layan stone (khayal) sama – sama nanti. 
               Keluar dari bilik air, Azri cepat – cepat menyarungkan Bermuda dan t-shirt hitam berkolar V. Melekat di tubuhnya yang tinggi dan sasa. Tak puas hati dengan tekaan Jane Doe, Azri membuka almari kasut. Nike Walker berwarna putih dan biru lembut menghiasi pandangan. Tak puas hati lagi Azri membuka beg hitam yang separuh terbuka tadi. Huh! Warna – warni barang – barang di dalamnya macam pelangi kena sumbat dalam beg. 
               Azri menggaru kepalanya yang tak gatal. Nak cakap kat Hanif? Tak kan nak kacau. Firuz ada dengan Hanif. Malas lah nak kacau malam – malam ni. Perlahan Azri menghampiri katil. Selimut ditarik kasar. Orang kalau dah tidur telan Xanax, kena humban dalam Sungai Wuerm tu memang sah tak sedar lah. Kaki Lisa yang putih gebu terserlah. Mukanya agak tersorok dengan rambut yang serabai. Azri menarik nafas panjang. Dugaan macam ni yang dia paling malas nak layan. Kalau yang datang menyerah diri lainlah. Ini stok baik ke, stok ustazah ke, dia pun kurang pasti. Azri duduk di sebelah. Kepala Lisa diangkat dan dibaringkan di atas pehanya selamba. Azri bersandar di kepala katil tapi matanya menganalisa wajah diriba. Rambut Lisa yang sederhana panjang dikuak perlahan.
               Huh! Nafas dihembur perlahan. Baru aku clash dengan Humaira, dah dapat pengganti? Apa lah perempuan zaman sekarang ni. Memang tak kisah langsung masuk kandang buaya ke, kandang singa ke. Azri membuka anak mata Lisa. Badan Lisa bergerak – gerak. Azri cepat – cepat meletakkan kepala Lisa di bantal. Dia berdiri di sebelah katil. Rokok dinyalakan. Susah kalau on xanax ni, rumah kena bom pun tak sedar. Macam ni je nak bagi sedar. Asap rokok dihembus betul – betul ke hidung Lisa. Sekali hembus, dua kali hembus, tiga kali hembus.
               Uhuk – uhuk – uhuk. Lisa terbatuk.
               Azri cepat – cepat duduk di sofa bed yang terletak bertentangan dengan katil. Dia nampak Lisa bangun tapi mata masih terbuka dan tertutup. Mulut makin kering rasanya tengok free show depan mata. Entah berapa kali dah telan air liur ni. Lenggok Lisa kelihatan amat seksi di pandangan mata. Maklumlah orang tengah high memang lain macam lenggok badannya. Akhirnya Lisa berlunjur menghadapnya tapi masih tak menyedari kehadiran Azri di dalam bilik.
               “Wie Heißen Sie?” Azri memecah keheningan bilik.
               “Pardon?” Lisa yang tersedar kewujudan orang lain dalam bilik membuka mata dengan luas. Kepalanya masih pening dan otak amat lembap mahu mencerna soalan tadi.
               Akhirnya, mata bertentang mata.
               Azri terpaku pada wajah mulus milik Lisa.
               Lisa terpaku pada wajah maskulin milik Azri.
               “Sorry. Again.” Lisa cuba berdiri. Jantan mana pulak dalam bilik aku ni.
               “Wie Heißen Sie?” Azri mengulangi soalannya. Nak tahu sangat apa nama si jelita di hadapannya ini.
               Lisa terpisat – pisat memahamkan soalan jejaka maskulin di hadapannya ini. Dengan jambang dan janggut yang kemas dicukur kehijauan menyerlahkan kulitnya yang cerah dan pandangan mata yang bersahaja membuat Lisa terkedu. Pekatnya slang dia. 
               “Sape nama ko?” Azri dah mula geram. Lempang pipi tu baru sedar agaknya.
               “Ich Heize Kuntum Renjong.” Hah ambik kau. Aku bagitau nama aku Kuntum Renjong. Berlagak nak mati. Ingatkan asal mana. Maklumlah muka tu ada iras campuran jugak. Dia lainlah, muka Melayu je. Manis dan lawa pun tetap terserlah muka Melayunya. Senang sangat mamat ni nak cam.
               “Azri.” Syed Azri berdiri menghulurkan salam. 
               “Sharifah Azrina?” Tanya Lisa blur. Maklumlah Lili cakap nama room mate dia Sharifah Azrina.
               Oh now I get it! Hantu punya Lili. Dia nun jauh di Malaysia pun mampu nak buli aku. Kau memang adik yang kurang ajar Lili. Lisa menyumpah dalam hati.
               “Kau gila ke apa Sharifah? Azri.” Tekan Azri dan melepaskan tangan Lisa kasar. 
               Lisa mencari – cari getah ikat rambutnya. Rambut dah berserabut macam ni jatuh saham depan lelaki kacak ni ooi!
               “Nah!” Getah ikat rambut yang dia agak dicari oleh gadis ini dijumpai di sofa bed dan dihulurkan.
               Crunchy polka dot bertukar tangan dan pantas tangan Lisa mengikat rambut. Bahunya terdedah. Kalau tadi rambutnya yang cantik sedang elok melepasi paras bahu amat seksi kelihatan beralun tapi sekarang dengan bahu yang terdedah, seksa! Terdera mata Azri memandang. Bukan tak pernah nampak gadis lebih seksi daripada ini tapi mata Lisa amat menggoda baginya. Lenggoknya yang separuh sedar tu jangan ceritalah.
               “Nama kau?” Azri bertanya lagi. Tak kan nak panggil Cik Renjong kot. Tak sesuai langsung. Azri buat – buat menyusun CD yang baru dikeluarkan dari beg yang dibawa. CD stok rock old – school, The Pilgrim, Audioslave, Green day, Corumn 80, Carburator Dung dan banyak lagi disusun di rak sebelah katil Lisa. Tangan beralih mencari Ipod. Ipod disumbat ke dock dan speaker dikuatkan. Lagu Like A Stone berkumandang. Tak tahan sunyi begini duduk melayan awek tengah stone. Azri berpatah duduk di sofa bed.
               “Awak room – mate saya ke?” Tanya Lisa sopan apabila dia mulai sedar. Lisa duduk di kerusi makan tak jauh dari sofa bed. Jejaka yang bernama Syed Azri dihadiahi senyuman.
               Azri terdiam. Macam coolio giler budak ni. Tak kisah ke dapat room – mate laki?
               “Sorry. My name is Nur Lisa. Call me Lisa.”
               Hah! Sweetnya nama. Azri nak tergelak dalam hati. Kalau betul nama Kuntum Renjong haru jugak.
               “Friends?” Lisa yang tiba – tiba berdiri di hadapannya dan duduk di sebelah menghulurkan high - five. 
               Coolio babe! Getus Syed Azri di dalam hati.
               Between men and women there is no friendship possible. There are passion, enmity, worship, love but no friendship.” Jawab Syed Azri.
               “I take passion. Five?” Jawab Lisa selamba. Setuju sangat dengan kata – kata Azri. Antara lelaki dan perempuan, kalau bersahabat pasti ada yang tewas pada nafsu, kebencian atau cinta.  
               “I take enmity. I don’t think I can stand you but five for your courage.” 
               Five! Mereka bertepuk tangan.
               Lisa menjelirkan lidah. Melayani ego seorang lelaki yang cuba dipamerkan oleh Syed Azri adalah umpama makanan ruji bagi Lisa. Dah biasa. Laki memang macam tu. Baik buat tak tahu. Rupa pun tak nampak jahat. Nampak baik je, yang penting maskulin, kacak dan bergaya. Boleh buat cuci mata dan selamat terasa. Lisa tergelak tak cover - cover. Dia berjalan ke katil menyambung aktiviti yang tergendala buat tak tahu dengan kehadiran Syed Azri di ruang yang sama. Dalam hati memang sumpahan kepada Lili masih tak bernoktah tapi dia ada pilihan lainke? Bilik di TUM dah bagi kat orang, nak tidur tepi jalan ke? Nak tunggu duit biasiswa masuk lagi tiga bulan. Nak mintak Papa? Nak mati? Papa nak top-up sikit – sikit tiap – tiap bulan dah cukup baik.
               “Girl.”
               Lisa berpaling. Panggil aku girl? Euuwww...
               “Dengan satu syarat.”
               Mata Lisa tak berkelip memandang mulut Syed Azri yang terkumat – kamit dan tersenyum di hujung ayat. Hantu punya manusia. Mengambil kesempatan. Kalau duit aku berkepuk, memang aku ketuk kepala mamat ni dengan senduk lepas tu blah.
               “No!” Bantah Lisa.
               “Like it or lump it Lisa.”





p/s: alignment semua lari. Pardon me! Kalau free sy buat balik kalau x sorry sgt2. 
Do read as it is :(
Much lev .......
still in Paul Walker mode :p

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...